Gave In

Romance Series 28423

SUASANA di meja makan begitu sunyi. Sudah tiga hari berlalu semenjak pertengkaran itu, Daizy belum mahu berbicara dengan suaminya. Dia benar-benar sakit hati dengan perbuatan lelaki itu. Bibirnya juga meninggalkan kesan melecet akibat ciuman paksa dari suaminya.

Walaupun marah, Daizy tetap menjalankan tugas sebagai isteri di rumah. Makan minum lelaki itu tetap disediakan.

Levent bukan tidak tahu punca isterinya bersikap sedemikian. Akan tetapi, dia juga buntu. Sukar untuk dia menahan rasa cemburu dalam hatinya. Luka yang terdapat di bibir isterinya bukanlah disengajakan. Dia hanya mahu menunjukkan kuasanya keatas wanita itu.

Daizy lebih dahulu berdiri setelah menghabiskan sarapan paginya. Pinggan yang sudah kosong itu dibawa ke singki untuk dicuci. Levent hanya memerhati isterinya sebelum ikut berdiri kemudian menuju ke singki.

     Belum sempat suaminya berbicara, Daizy lebih dulu mengambil pinggan kosong dari tangan suaminya kemudian dicuci. Sedikit pun tak menghiraukan lelaki itu.

Levent hanya mampu mengeluh panjang. Kali ini, isterinya benar-benar melancarkan perang dingin. Itu membuatkan Levent semakin tak keruan. Dia tidak biasa didiamkan seperti ini. Dia semakin rindu mahu mendengar suara manja dan gelak tawa isterinya.

     Selesai mencuci pinggan, Daizy segera palingkan tubuh untuk beredar.

     "Sayang," panggil Levent, sayu.

     Daizy masih mengunci mulut. Tatapan matanya begitu kosong menatap suaminya.

     "Sayang, please. Jangan diam macam ni. Saya tak bolehlah." Kedua-dua tangan isterinya digenggam lembut.

     "Okay, fine. Saya minta maaf. Saya yang salah sebab fikir yang bukan-bukan. Saya tahu yang awak tak akan khianati saya." Tangan Levent mulai naik menyentuh pipi isterinya.

     "Sayang, say something. Saya rasa awak dah makin menjauh walaupun kita tinggal dalam satu rumah." Mata Levent mulai merah. Dia tidak lagi mampu menahan sebak di dada.

      Daizy segera larikan pandangan. Tersentuh hatinya melihat wajah sayu suaminya. Namun, dia juga harus memberi pengajaran kepada Levent agar tidak mengulangi perbuatannya.

"Awak tahu tak perbuatan awak membahayakan rumah tangga kita?" Daizy akhirnya bersuara.

"Apa yang awak fikirkan tu semuanya salah. Awak cuma terlalu ikutkan perasaan. Awak jadi overthingking, Levent."

"Kalau ada benda yang awak tak puas hati, terus cakap dengan saya. Jangan biarkan fikiran negatif kuasai awak."

Levent memejam mata seketika. Dia sedar akan kesilapannya yang selalu bertindak mengikut perasaan.

"Saya sayangkan awak, Daizy. Saya tak nak kehilangan awak," tutur Levent begitu sayu.

"Tapi, perbuatan awak ni akan buat awak kehilangan saya," balas Daizy.

Levent menggeleng laju. Tidak sanggup membayangkan perkara itu berlaku.

"Please. For the sake of our marriage. Kawal ego dan emosi awak."

"Saya kawin dengan awak bukan untuk setahun dua. I wanna build a happy family with you. Saya nak bahagia dengan awak bersama anak-anak kita nanti. I can't wait for that moment. But..."

     Daizy mengesat air mata yang mengalir.

     "Kalau ujian sekecil ini pun awak tak mampu nak hadap... saya minta maaf awal-awal kalau saya lebih dulu menyerah. Kalau awak pun tak mampu nak selesaikan masalah ni, apatah lagi saya."

     "I need you, Levent. I need your support. Awak ketua keluarga, jadi awak sepatutnya lebih bijak menghadapi masalah." Suara Daizy kedengaran benar-benar lelah.

     "I'm sorry, sayang." Levent pantas menarik Daizy ke dalam pelukannya.

     "I'm so sorry. Saya cuma takut kehilangan awak. Setiap kali saya nampak awak dekat dengan lelaki lain, saya rasa yang awak akan tinggalkan saya." Levent menangis sambil memeluk isterinya.

Akhirnya, tangan Daizy naik mengusap belakang suaminya. Dia tahu, Levent bukanlah sengaja mahu berkasar padanya. Sifat cemburu suaminya belum mampu dikawal dengan baik.

"Awak bagi saya segalanya, sayang. Untuk apa saya tinggalkan awak? Betapa ramainya perempuan dekat luar tu yang berebut nak jadi isteri awak. End up, awak pilih saya. Kan rugi kalau saya lepaskan awak untuk diorang," pujuk Daizy.

Walaupun suaminya yang memulai pertengkaran, dia pula yang harus memujuk lelaki itu.

Salahkah jika dia mengalah demi kebaikan rumah tangga mereka? Namun, sampai bila dia harus mengalah begini? Pertengkaran yang disebabkan oleh sifat cemburu suaminya bukanlah pertama kali berlaku. Sepanjang 8 bulan perkahwinan mereka, Daizy sudah banyak bersabar dan mengalah. Akhir perdebatan, dia juga yang terpaksa akur demi kebaikan bersama.

"Dahlah. Saya maafkan awak," kata Daizy seraya melepas pelukan.

"Tapi janji, jangan buat lagi. Okey?" Kedua-dua belah pipi suaminya dicubit manja.

Levent mengangguk perlahan. Kini, dia nekad mahu berubah. Dia tidak mahu perkara sebegini terus berulang. Dia sayang pada isterinya dan juga rumah tangga mereka.

     "Dah, jom. Lambat dah ni nak ke office. Jalan sesak nanti." Bahu suaminya ditepuk lembut sebelum berpaling.

    Belum pun sempat melangkah, tumbuh Daizy dicempung oleh suaminya.

    "Awak! Jatuh nanti!" Daizy pantas memeluk leher suaminya. Bimbang tubuhnya jatuh ke atas lantai.

    "Sebelum pergi office, saya nak minta upah. Dah tiga hari awak tak bagi."

     Wajah Daizy terus merona merah. Dia faham akan maksud suaminya.

     "Kita dah lambat!" Dada suaminya ditumbuk manja.

     "Tak kesah. Saya bos, awak bini bos. Jom!" Levent segera beredar sambil mencempung tubuh isterinya naik ke bilik.

     Bergema tawa bahagia Daizy sepanjang menuju ke bilik tidur mereka. Walaupun sempat marah, semuanya lenyap begitu sahaja. Dia tidak mahu perkara yang berlaku meragut kebahagiaan mereka.

KALENDAR di atas meja kerja ditatap lama. Tanggal 26 pada bulan Mei kalender tersebut sengaja dibulatkan. Lebih tepatnya tarikh tersebut merupakan tarikh pernikahannya bersama Levent. Tidak sedar, sudah setahun mereka menjadi suami isteri.

Daizy segera menoleh ke arah ruangan kerja suaminya. Pintu bilik yang tertutup rapat itu ditatap seketika. Pagi tadi, suaminya keluar lebih awal untuk menghadiri mesyuarat bersama klien. Daizy terpaksa memandu sendiri ke pejabat. Itu tidaklah menjadi masalah. Cuma dia sedikit terkilan. Levent sama sekali tidak mengingati tarikh hari ini.

Bunyi panggilan yang masuk menyedarkan Daizy dari lamunan. Tangannya segera mencapai telefon sebaik melihat nama suaminya di situ.

"Sayang, I'm swamped. Sangat-sangat busy. Lepas ni nak jumpa CEO Paradise Hotel. So, tak dapat lunch sama-sama." Terdengar Levent mengeluh panjang di hujung bicaranya.

     "It's okay. Jangan lupa makan, tau. Nanti saya lunch dengan Wati," balas Daizy. Tidak jadi merajuk selepas mendengar suara suaminya.

     "Satu lagi. Sayang balik rumah terus tau. Tak payah tunggu saya sampai office. Habis kerja dekat luar saya terus balik rumah," pesan Levent.

     "Okay sayang. Jumpa dekat rumah nanti, bye."

     "Bye, sayang." Baru hendak matikan panggilan, Daizy bersuara kembali.

     "Sayang, hari ni hari apa?" Soal Daizy sengaja memancing.

     "Hari rabu? Why?"

     Daizy mengetap bibir seketika.

     "Nothing. Saya sambung kerja dulu. Bye." Daizy segera tamatkan panggilan kemudian bersandar pada kerusinya. Mengingati ulang tahun perkahwinan bukanlah kewajipan. Tetapi, itu salah satu bentuk dari sebuah kepeduliam terhadap pasangan. Atau mungkin, dirinya yang terlalu manja?

     Daizy terus mengelamun sehinggalah tiba waktu rehat. Dia tetap di tempat duduknya walaupun staf sudah mulai meninggalkan pejabat. Seleranya terus merundum selepas perbualan telefon dengan suaminya sebentar tadi.

SEBAIK tamat waktu pejabat, Daizy segera keluar dari situ. Hari ini dia berniat mahu membuat kejutan untuk suaminya. Biarlah dia memberi bertindak terlebih dahulu. Daripada makan hati, ada baiknya jika dia yang memberi kejutan.

     Daizy pun singgah di pusat membeli belah untuk mencari hadiah buat suaminya. Hampir sejam keluar masuk premis, akhirnya dia menemui hadiah yang sesuai buat suaminya.

     Seutas jam tangan jenama Fossil menjadi pilihan Daizy. Walaupun tidak semahal jam Rolex Deepsea sedia ada milik suaminya, pasti tidak akan sama dengan jam pemberiannya. Dengan senyuman penuh kepuasan, Daizy keluar dari premis tersebut dan terus memandu pulang ke rumah.

     Sebaik memasuki halaman rumah, kereta suaminya sudah terparkir di situ. Maka, semakin lebarlah senyuman Daizy. Tidak sabar mahu membuat kejutan untuk suaminya. Kotak berisi jam tangan dimasukkan ke dalam beg sebelum turun dari kereta.

     Semakin mendekati pintu rumah, telinga Daizy menangkap bunyi bising yang datang dari dalam rumah. Semakin dekat, bunyi tersebut semakin jelas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience