Effort

Romance Series 28423

Levent dan Muzammil, kedua-dua memandang Daizy dengan wajah kerisauan mereka. Wanita itu nekad mahu masuk ke pejabat walaupun ditegah oleh mereka. Zila juga ada di situ. Riak wajahnya jelas menunjukkan dia meluat melihat Daizy.

     "Daizy, awak rehat dulu. Saya bagi awak cuti tiga hari sampai awak betul-betul sihat," pujuk Muzammil.

     "Nak rehat buat apa? Saya bukannya sakit. Duduk dalam bilik sewa lagilah sakit. Tambah lagi nak hadap muka sorang ni," katanya seraya menjeling tajam ke arah suaminya.

     "Sayang." Levent mendekat dan serentak itu Daizy berdiri sambil menyandang beg tangan di bahunya.

    "Saya nak pergi kerja. Saya tak nak tengok muka awak dekat sini waktu saya balik nanti," katanya pada Levent.

     "Sampai bila awak nak macam ni?" Soal Levent sewaktu Daizy ingin beredar.

     Daizy terhenti di hadapan pintu. Soalan suaminya seolah-olah dia yang bersalah selama ini.

     "Saya minta satu aje dari awak. Jangan ganggu saya."

     "Jangan pernah munculkan diri. Atau lebih baik kita berpisah. So, kita tak payah jumpa lagi lepas ni," katanya begitu nekad.

     Levent terdiam. Mereka yang lain juga tidak ada yang bersuara. Daizy akhirnya meninggalkan bilik itu kemudian diikuti oleh Muzammil. Setibanya di bawah, Muzammil segera mengejar Daizy.

Melihat Levent yang sedang kecewa, Zila datang mendekat. Dia cuba untuk menjadi penenang lelaki itu.

"Encik Levent jangan risau. Saya tahu sangat perangai Daizy tu walaupun baru setahun kami kenal," katanya sambil mengusap belakang Levent.

"Saya janji akan tolong Encik Levent untuk pujuk Daizy," katanya lagi cuba meyakinkan lelaki itu.

"Terima kasih, Cik Zila. Saya sangat-sangat memerlukan pertolongan dari Cik Zila," kata Levent penuh harapan.

Zila angguk dengan senyuman manisnya. Dia harus meyakinkan Levent agar dapat lebih dekat dengan lelaki itu.

"ARE you sure?" Tanya Muzammil seraya melirik Daizy yang sedang duduk di tempat duduk di kerusi sebelah.

"What?" Tanya Daizy tanpa menoleh. Masih kesal dengan kedatangan suaminya.

"Awak yakin nak masuk kerja hari ni? You look so pale. Macam tak sihat," kata Muzammil kebimbangan.

"I'm okay as long as lelaki tu tak tunjuk muka depan saya," kata Daizy.

"Lelaki tu suami awak, Daizy," kata Muzammil cuba mengingatkan wanita itu.

"He used to be my husband, then and now. Tapi sebaik saya keluar dari rumah, itu tandanya saya memang tak nak teruskan rumah tangga kami," tegasnya.

Muzammil senyap sebaik mendengar kata-kata Daizy. Nampaknya, wanita itu nekad sekali mahu mengakhiri perkahwinannya.

SEMINGGU berlalu, Daizy masih berkeras dengan keputusannya walaupun sudah dipujuk berkali-kali. Levent juga semakin terhimpit kerana Alfie sudah mulai menekan dirinya. Lelaki itu ingin menceritakan semuanya kepada Bonda Zainah jika Daizy tidak dibawa pulang dalam masa terdekat.

"Please sayang. Kali ni saja. Kita perbaiki semuanya. Saya janji! Saya janji akan berubah." Levent menyusun sepuluh jari di hadapan isterinya. Berharap agar wanita itu mahu perbaiki hubungan mereka semula.

"Janji, janji. Manusia memang macam ni, kan?" Sindir Daizy.

"Saya penat nak tadah telinga dan berangan pada janji yang awak lafazkan," katanya lagi seraya beredar dari situ. Sudah setengah jam dia bertekak mulut dengan suaminya di pinggir jalan kerana lelaki itu mengekorinya sewaktu menunggu bas.

"Sayang, please," rayu Levent sambil mengejar isterinya.

"Stay away from me!" Tegas Daizy.

"No. Kita dah cukup jauh sebelum ni," kata Levent, sayu.

"Saya yakin, Allah sengaja buat kita menjauh. Sebab kalau dekat, kita selalu bergaduh. Bila berjauhan macam ni, kita dah mulai rindu satu sama lain," tutur Levent cuba memujuk.

Daizy segera palingkan wajah saat matanya mulai berair. Tidak mahu sampai air matanya dilihat oleh suaminya.

    "Tak payah nak basa basi. Dekat dengan awak buatkan hidup saya menderita. Awak munculkan diri pun dah datangkan masalah dalam hidup saya."

     "Okay, fine. Saya minta maaf atas kejadian hari tu, tapi sumpah! Saya tak buat apa-apa. Memang saya sempat hilang kawalan. Tapi saya sedar yang awak memang tak nak benda tu berlaku," jelas Levent.

     "And, saya rasa tempat tu tak selamat. You are drugged. Awak meracau, hilang kawalan. Dan..." Levent serba salah mahu melanjutkan kata-katanya.

     Daizy juga terdiam. Masih segar diingatan bagaimana dia merayu agar mereka melakukan hal tersebut sebelum akhirnya tak sedarkan diri.

    "Tak payah nak bela diri. Awak fikir saya percaya? We are naked! Mustahil awak tak buat apa-apa!"

     "Kalau kita buat pun, tak ada masalah, sayang. Kita suami isteri. Awak mengandung pun tak apa," pujuk Levent, begitu lembut sekali.

     Daizy mengetap bibir menahan sebak. Mengandung? Dua tahun mereka hidup bersama, dia belum pernah mengandungkan benih suaminya. Adakah dirinya mandul atau suaminya? Adakah salah satu dari mereka yang sakit?

     "Dua tahun kita sekatil, saya tak pernah mengandung pun. Apa kata awak kahwin lain. Mana tahu awak boleh dapat anak? Mungkin saya ni yang mandul," katanya tiba-tiba sebak.

    "Sayang, jangan cakap macam tu..."

     Daizy segera menepis sewaktu Levent ingin menyentuhnya.

     "Dahlah! Saya nak balik!"

"Jangan ikut saya!" Tegasnya memberi amaran. Dengan dengusan kasar, Daizy meninggalkan suaminya di situ.

Levent mengeluh panjang. Usahanya belum menbuahkan hasil. Tapi tidak bererti dia berputus asa untuk memujuk isterinya.

KEESOKAN paginya, Levent sudah menunggu di bawah bangunan bilik sewa isterinya. Sebaik Daizy muncul, Levent melambai dengan senyuman manis. Tidak peduli langsung pada amaran isterinya sebelum ini.

"Jom, saya hantar awak pergi kerja," katanya seraya membuka pintu kereta untuk isterinya.

Tanpa pedulikan Levent, Daizy teruskan langkah menuju untuk ke perhentian bas.

"Sayang," panggil Levent seraya mengejar isterinya.

"Saya hantar awak pergi kerja, ya?"

"Awak buat apa lagi dekat sini? Tak ada kerja dekat office awak?" Perli Daizy.

"Saya ambil cuti seminggu," kata Levent, perlahan.

"Untuk apa? Nak pujuk saya?"

"Walau awak cuti sebulan sekali pun, saya tak akan ikut awak. Faham? Sudah-sudahlah, Levent Haidar. Hidup saya dah cukup tenang semenjak berjauhan dari awak. Saya lebih bahagia semenjak keluar dari rumah awak," luah Daizy tanpa sedikit pun rasa bersalah.

Wajah Levent bertukar sayu. Sedalam itukah luka yang membekas dalam hati isterinya? Keras sungguh hati wanita yang dahulunya begitu lembut orangnya.

"Saya minta maaf," ucap Levent, sayu.

Wajahnya tunduk seketika untuk menyembunyi mata yang mulai memerah.

"Bosan," pintas Daizy sebelum meninggalkan suaminya di situ.

Levent tidak lagi mengejar isterinya. Diperhati sahaja wanita itu berlalu sehingga naik ke dalam bas. Baru hendak beredar, dia disapa oleh Zila. Jelas keterujaan di wajah wanita itu melihat Levent ada di situ.

"Nak jumpa Daizy?" Tanya Zila.

"Ya."

"Jomlah naik," ajak wanita itu.

"Tak apalah. Saya baru aje jumpa dia tadi," kata Levent dengan senyuman hambarnya.

Zila angguk perlahan. Dari riak wajah Levent, dia tahu Daizy masih marah pada suaminya.

"Encik Levent sabar tau. Nanti-nanti sejuklah dia tu," katanya sambil mengusap lembut lengan Levent. Sengaja mahu mengambil kesempatan dalam kesempitan.

"Cik Zila tolong pujuk Daizy, ya. Saya perlukan sangat orang yang dekat dengan dia untuk pujuk dia. Cuma Cik Zila seorang sahaja harapan saya sekarang ni," luah Levent penuh harapan.

"Boleh. Tak ada masalah."

"Erm, kalau boleh saya nak minta number phone encik. Supaya senang saya nak hubungi kalau ada apa-apa." Zila mulai menyucuk jarum yang pertama.

Tanpa ragu, Levent memberikan nombor telefonnya kepada Zila. Selepas bertukar nombor, barulah Levent beredar dari situ.

"Daizy, Daizy. Kau memang bodoh, kan? Suami sekacak dan sekaya Levent tu kau pulau macam tu aje?" Zila geleng kepala.

"Kalau kau tak nak, aku boleh maju. Alang-alang rumah tangga korang memang dah goyah, aku boleh tolong runtuhnya terus," katanya seraya tertawa kecil.

"Muzammil aku tak dapat, Levent aku rembat." Sambil tertawa besar, Zila naik ke bilik sewa.

Semenjak hari itu, Zila selalu menghubungi Levent dengan alasan untuk menyampaikan khabar tentang Daizy. Sehingga akhirnya, dia mulai berani menghubungi Levent hanya sekadar untuk bertanya khabar. Levent pula sedikit pun tak curiga. Baginya, Zila tak lebih dari sekadar teman kepada isterinya.

Di atas katil, Daizy sedang mengeringkan rambutnya menggunakan tuala kecil. Sesekali melirik Zila yang sedang senyum-senyum sendiri di hadapan cermin solek sambil berbalas pesanan ringkas.

"Amboi, Zila. Senyuman kau tu dah sampai telinga aku tengok," tegur Daizy tanpa tahu lelaki yang sedang berbalas mesej bersama Zila adalah suaminya.

"Boyfriend aku ni, hah. Sweet sangat," kata Zila yang tak henti-henti tersenyum sambil mengoles gincu di bibir. Sebentar lagi dia ingin ke tempat kerjanya.

"Boyfriend? Seriuslah!" Daizy berdiri lalu mendekati Zila. Serentak itu Zila menyembunyikan telefon di belakang badannya.

"Eleh, dengan aku pun nak berahsia." Daizy mencebik sebelum kembali ke tempatnya.

"Janganlah, aku malulah. Nanti bila kitorang dah nak kawin, aku kenalkan kau dengan dia. Okey?" Kata Zila begitu yakin. Entah apa yang membuatkan dirinya seyakin itu.

Walaupun baru pukul 8 malam, Daizy sudah mulai mengantuk. Memandangkan di luar sedang hujan renyai-renyai, pasti lena sekali jika tidur bertemankan bunyi hujan. Baru hendak rebahkan tubuh, telefon bimbitnya berdering. Sebaik mencapai telefon di atas meja, kening Daizy berkerut sedikit melihat nombor yang tidak dikenali sedang menghubunginya.

Hampir tiga kali berdering, akhirnya sebuah pesanan ringkas pula muncul di skrin telefonnya. Sebaik dibuka, keluhan Daizy terlepas dari mulut.

'Saya rindu awak. Kita jumpa sekejap, please.'

Sesaat, sebuah pesanan muncul lagi.

'Esok saya dah nak balik. Ada meeting dengan klien. Kita jumpa kejap aje, boleh?'

Daizy menelan liur pekat. Entah kenapa sebak mulai menyelubungi dada sebaik membaca pesanan tersebut. Terbayang-bayang wajah suaminya sedang merayu padanya.

'Saya naik atas atau awak yang turun?"

Akhrinya Daizy yang turun menemui suaminya. Zila hanya memerhati Daizy keluar sebelum kembali menatap telefon bimbitnya. Hampir setengah jam berbalas pesanan dengan Levent, lelaki itu tiba-tiba senyap.

Setibanya di bawah, kelihatan Levent sedang bersandar di dinding bangunan sambil berpeluk tubuh.

"Nak apa?" Tanya Daizy tanpa basa basi.

"Nak jumpa sayang sayalah. Esok saya dah nak balik," kata Levent sambil meraup wajah yang basah akibat terkena tempias hujan. Baju biru muda yang dipakai juga terlihat jelas bintik-bintik hujan yang membasahi.

"Nak balik tu balik jelah. Saya nak tidur. Penat." Daizy mendengus kasar.

"Kejap aje, sayang," kata Levent seraya mendekati isterinya.

     "Kita jalan-jalan kejap, nak tak?" Ajak Levent. Tangannya cuba membelai rambut Daizy namun wanita itu mengelak.

     "Jangan sentuh-sentuhlah! Saya baru aje mandi. Saya tak nak basah!" Marah Daizy.

     Kelihatan Levent cuba menahan tawa.

     "Sayang, kita pernah lebih basah dari ini. Dan awak menikmatinya. Lupa?" Usik Levent.

     Daizy mengerut dahi. Malu bercampur kesal mendengar kata-kata suaminya.

      "Geli." Daizy lempar jelingan tajam.

       "Don't imagine, sayang."

      "Jijik," balas Daizy tak mahu kalah. Walaupun sebenarnya dia mulai teringat saat-saat mereka bersama.

     "Oh really? But, I still remembered all your moan." Senyuman Levent semakin lebar.

     "Stop it!" Marah Daizy. Semakin tak selesa dengan usikan suaminya.

     "Balik!" Halau Daizy kemudian beredar dari situ.

     Tidak. Dia tidak boleh kalah pada rayuan suaminya. Perbuatan suaminya bukanlah hal kecil sehinggakan dia membawa diri sejauh dan selama ini.

     Di sebalik dinding, Zila sedang memerhati pasangan itu. Dia segera bersembunyi sewaktu melihat Levent dan Daizy ada di situ.

     "Kalau nak cerai sangat, cerai jelah! Dasar perempuan munafik!" Makinya dalam hati. Benci melihat kedekatan pasangan suami isteri itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience