Choice

Romance Series 28423

WAJAH tenang menantunya ditatap penuh simpati. Tak sangka begitu kuat sekali wanita itu menahan diri dari tak meratapi perlakuan suaminya. Masih mampu berdiri tegak dan tersenyum di hadapan bapa mentuanya.

     "Betul Daizy tak nak ikut daddy balik?" Tanya Dato Ahmed lagi.

     Daizy angguk dengan senyuman nipis di bibir yang merekah.

     "Bukan tak nak, tapi saya masih kerja lagi, " jelasnya pada Dato Ahmed.

"Daddy boleh minta tolong Muzammil."

Daizy geleng perlahan.

"Tak apa, daddy. Biarkan dia cuti dulu. Kesian dia nak honeymoon, nak kena fikir pasal saya pulak."

Dato Ahmed mengeluh pendek. Saat-saat seperti ini pun menantunya masih memikirkan orang lain.

"Daizy tak rindu bonda? Alfie dengan adik-adik yang lain, Daizy tak nak jumpa?" Dato Ahmed sengaja memancing perihal keluarganya, berharap agar Daizy berubah fikiran dan mahu mengikutinya.

"Insha Allah hujung bulan ni saya pergi jumpa diorang. Saya rindu jugak. Dah lama sangat tak jumpa," katanya masih cuba berlagak tenang. Pada hakikat, rindunya semakin membuak-buak untuk menemui mereka.

Dato Ahmed sudah kehabisan kata. Daizy masih tetap dengan keputusannya untuk tinggal di situ.

"Yalah, kalau Daizy dah cakap macam tu. Daddy pun tak boleh nak paksa," katanya kedengaran pasrah.

"Cuma daddy nak pesan, jangan jumpa Levent seorang diri. Kalau nak jumpa juga, bawa daddy sekali. Daddy tak nak dia sakitkan kamu lagi."

"Insha Allah."

Setelah bersalaman, barulah Dato Ahmed beredar dengan perasaan bersalah yang menggunung di dada.

Sepanjang perjalanan pulang, amarah semakin meluap-luap. Tidak sabar sekali mahu menemui anaknya dan menuntut penjelasan. Atau mungkin tangan dan kakinya lebih dulu menyapa anggota tubuh anaknya. Tidak pernah semarah ini pada anaknya. Perihal Zahara dulu pun dia masih boleh menahan emosi.

Spontan, teringat kembali sewaktu foto-foto jelik anaknya bersama wanita itu sampai pada pengetahuannya. Sunggah tak disangka anak berusia 17 tahun sudah berani seranjang dengan wanita. Entah dari mana anaknya mendapat pendedahan seperti itu.

"Kecil-kecil dah pandai buat hal tak senonoh! Apa nak jadi pada kamu ni, Levent?! Susah payah ayah besarkan kamu seorang diri! Ini yang kamu balas?! Tak kesiankan mommy dekat kubur tu?! Apa perasaan dia bila tahu pengorbanan dia melahirkan kamu dibalas tuba macam ni?!"

Dengan tangan yang bergetar. Dato Ahmed menghubungi anaknya. Dia mahu lelaki itu datang menemui di rumah pagi esok.

Sepertinya di arahkan, keesokan paginya Levent sudah bersedia untuk bergerak ke rumah Dato Ahmed. Saat itu, Zila masih tertidur pulas di tempat tidur. Teringat kembali pertengkaran mereka semalam kerana dirinya belum bersedia untuk bersatu tubuh. Rasa bersalah dan resah terus menghantui dirinya.

Tanpa pamit, Levent keluar dari bilik. Harus segera menemui Dato Ahmed sebelum masuk ke pejabat.

Setibanya di situ, orang tuanya sudah menunggu di ruang tamu. Wajahnya tegang tanpa secalit senyuman. Biasanya, kedatangannya pasti disambut dengan mesra.

Dato Ahmed segera berdiri sebaik melihat anaknya menapak ke ruang tamu. Tak tunggu lama, dia ikut berjalan ke arah anaknya.

PAK!

Levent terundur sebaik penampar mengenai wajahnya. Seumur hidup, ini kali pertama tangan Dato Ahmed menyakitinya.

"Kurang ajar! Tak ada hati perut!" Herdik Dato Ahmed.

"Tergamak kamu buat macam tu pada Daizy?! Mana akal fikiran kamu, hah?!"

Levent pejam mata seketika. Mengertilah kini penyebab kemarahan orang tua itu.

"Dia dah cukup sengsara dari kecil! Tak ada mak ayah! Terpaksa berkongsi kasih dengan anak-anak yatim yang lain! Dan sekarang ni, kamu biarkan dia kongsi kasih dengan wanita lain pulak?!..."

"Ya Allah..." Dato Ahmed terduduk lemah sambil memegang dada. Tak terbayang betapa derita hidup menantunya.

"It's her fault," kata Levent, tenang.

"Stop blaming your wife! Kamu tu yang tak mampu nak kawal emosi! Jangan tutup kesalahan kamu atas alasan sakit atau masa lalu kamu!" Dato Ahmed bangiit kembali.

"Daddy dah bawa kamu terima rawatan! Bagi yang terbaik untuk kesembuhan kamu! Tapi kalau kamu terus ikutkan emosi dan kepala otak, sampai bila-bila pun kamu tak akan bahagia! Di mana pun kamu bawa diri, kamu tak akan pernah hidup tenang!"

Levent membungkam. Tiada daya melawan kata-kata Dato Ahmed.

"Daddy sangka, kamu dah belajar dari kesilapan. Rupanya daddy silap. Kamu jadi makin teruk!"

"Gambar-gambar jijik kamu dengan Zahara masih segar diingatan daddy. Dan sekarang ni, bukan setakat menjijikkan, kamu dah jadi manusia tak ada adab!" Tengking Dato Ahmed.

Levent tunduk seketika merenung lantai yang dipijak. Setelah sekian lama, akhirnya peristiwa itu dipetik kembali. Diamnya dahulu ternyata tidak menyelesaikan masalah. Dato Ahmed masih menuntut pengakuan darinya.

"Diam! Diam! Itu aje tindakan kamu kalau daddy tanya pasal benda ni!"

Levent angkat wajah perlahan-lahan.

"Daizy mengadu dengan daddy? Apa lagi yang dia mengadu kali ni?" Tanya Levent tanpa menjawab terlebih dahulu soalan Dato Ahmed. Tak lain, dia hanya mahu mengelak dari menjawab soalan itu.

     "Orang ni kalau dah selalu buruk sangka, sampai bila-bila akan buruk sangka! Daizy tu tak mengadu apa-apa pun pada daddy! Daddy sendiri yang paksa dia untuk cerita! Dia tu tak boleh nak membohong! Dari muka pun kita boleh tahu yang dia ada masalah!"

     "Teruk sangat kamu buat dia, Levent! Dah macam orang mati laki!"

     Levent senyap. Belum merasakan pernikahannya bersama Zila adalah satu kesalahan. Baginya, Daizy juga sedang bersenang-senang bersama lelaki lain. Maka, situasi mereka adalah sama.

     "Dia tinggalkan saya setahun. Saya struggle dengan semua benda. Dan saya sanggup pergi dapatkan rawatan semula semata-mata nak puaskan hati dia. End up..."

     "Dia dah seronok dengan lelaki di luar sana. Dia dah tak kesah pasal saya. Salahkah kalau saya balas balik apa yang dia buat?"

"Buta! Kamu buta, Levent! Ikutkan sangat mata kamu tu!" Dato Ahmed semakin bengang.

"Mata gunanya untuk melihat, daddy. Dan saya dah nampak kebenarannya," balas Levent, tenang.

"Nampak? Atau kamu dah dibodohkan oleh orang lain?"

Levent terdiam seketika.

"Siapa yang tabur fitnah? Cerita apa yang kamu dengar sampai sanggup buat Daizy macam tu?"

Levent mengeluh pendek sambil menggeleng kepala.

"Kenapa daddy nak lebihkan Daizy sekarang ni? Siapa anak daddy? Saya atau dia?" Soal Levent sengaja memerli.

"Semenjak kamu berdua menikah, Daizy dah jadi anak daddy."

"So, isteri kedua saya pun anak daddy jugak, kan?" Soal Levent, sinis.

"Never! Menantu daddy cuma satu. Daizy!"

"Come on, daddy." Levent tergelak kecil.

"Makin lama, kamu dah makin hilang hormat pada daddy," kata Dato Ahmed begitu terkilan sekali dengan sikap anaknya sekarang.

     "Kamu rasa dah boleh hidup tanpa daddy?" Tanya Dato Ahmed.

     "You can do anything by yourself?" Sindirnya lagi.

     "Dah siap untuk lepas jawatan yang kamu pegang dalam syarikat?" Kali ini, soalan Dato Ahmed tak main-main.

      "Are you serious?" Tanya Levent kembali. Hanya disebabkan pernikahan keduanya, Dato Ahmed sanggup membuang dia dari syarikat?

     "Sampai macam tu sekali daddy sayangkan Daizy? Sanggup buang anak sendiri?"

     "I'm just asking you a question. Tapi kalau kamu faham maksud daddy, baguslah." Dato Ahmed duduk semula untuk menenangkan dirinya.

     "Jadi, daddy nak saya buat apa? Ceraikan Zila? You know I won't," tegas Levent. Menikahi Zila adalah tanda kemenangannya membalas perbuatan isterinya.

     "Tak payah. Daddy nak kamu ceraikan Daizy. Sebab dia tak akan minta cerai secara rela. She love you so much. Tapi daddy tak nak tengok dia sengsara."

    Levent kerut dahi. Masih bingung dengan apa yang Dato Ahmed katakan.

    "Ceraikan Daizy dan tinggalkan semua harta yang bukan atas nama kamu."

    Levent tergelak kembali. Mana mungkin melepas semuanya semudah itu.

     "Agak-agaklah, daddy."

     "Daddy rasa kamu lebih rela kehilangan semuanya daripada kehilangan Zila, right?"

     "Daddy!" Levent maju selangkah.

     "Rasanya kamu dah boleh keluar dari syarikat dan mula dari bawah semula. Pergi cari kerja di tempat lain dan belajar jadi kuli."

     "Daddy! Are you serious?!"

     "Out," halau Dato Ahmed.

     Levent kehilangan kata-kata. Jika benar Dato Ahmed nekad menghalaunya, maka dia tidak mempunyai apa-apa lagi kerana segala harta bendanya sudah dipindahkan ke atas nama Daizy sebelum ini.

    "Out," halau Dato Ahmed lagi sewaktu Levent masih tercegat di hadapannya.

     Dengan perasaan yang membara, Levent bergegas keluar dari situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience