SOSOK yang sedang duduk di hujung katil itu bingkas berdiri sebaik Daizy lompat turum dari katil.
"Kau siapa?!" Tanya Daizy. Dia segera membuka lampu.
Alangkah terkejutnya dia saat melihat yang berada di dalam bilik itu adalah seorang lelaki.
"Kau siapa?! Macam mana kau boleh masuk?!" Marah Daizy. Matanya mulai mencari sesuatu yang boleh dijadikan senjata.
"Aku... aku kawan... Zila," kata lelaki itu sedikit tergagap.
"Kau buat apa dalam bilik ni?! Hah?! Kau nak mencuri?!" Akhirnya Daizy mencapai sebatang penyapu kemudian dihala ke arah lelaki itu.
"Tak! Erm... Zila suruh aku ambil barang dia yang tertinggal," kata lelaki itu.
Belum semoat Daizy bertanya lebih, lelaki itu lebih dulu berlari keluar dari bilik tersebut.
Daizy segera mengunci pintu kemudian bersandar di situ. Cuba menenangkan dada yang berombak laju. Setelah perasaanha reda, barulah dia kembali ke tempat tidur. Disebabkan kejadian tadi, Daizy tak dapat lelapkan mata. Jam sudah menunjukkan pukul 4 pagi, ada berbaki 4 jam lagi sebelum dia bersiap untuk ke pejabat.
Fikirannya mulai tak tenang selepas apa yang lelaki itu katakan. Mustahil Zila membenarkan lelaki lain masuk ke dalam bilik itu sedangkan tahu dirinya ada di situ.
"Tak mungkin. Tapi, macam mana dia boleh masuk kalau tak ada kunci?" Daizy mulai tak sedap hati. Haruskah dia curiga? Kini, dia teringat kembali kata-kata Muzammil.
"Tak! Tak mungkin! Zila tak akan buat macam tu. Dia tak pernah bawa lelaki masuk dalam bilik ni." Daizy cuba sedapkan hati sendiri dan akhirnya, dia lebih memilih mempercayai Zila. Wanita yang sentiasa ada sewaktu susah dan senangnya.
Tepat pukul 7 pagi Daizy mula bersiap untuk ke pejabat. Seperti biasa, Zila belum pulang dari kerja. Tentunya kerja lebih masa lagi. Setelah mengunci pintu, ianya dimasukkan ke dalam beg. Serentak itu juga dia terlihat kotak cincin yang seharusnya dipulangkan kepada Muzammil.
"Aduh! Lupa pula nak pulangkan cincin ni," bisiknya sendiri. Setibanya di bawah, kelihatan kereta yang sangat dia kenali sedang terparkir di sisi bangunan. Belum sempat melarikan diri, Muzammil lebih dulu keluar dari kereta. Lelaki itu melambai sambil mendekatinya.
"Dia lagi," desis Daizy sambil mengeluh panjang.
"Dah siap? Jomlah," ajak Muzammil.
"Tak apa, tuan. Saya naik bas. Banyak dekat depan tu." Daizy muncungkan bibir ke arah perhentian bas tidak jauh dari situ.
"Awak ni suka sangat susahkan diri, kan? Dah ada orang nak tolong, terima jelah. Tak baik tolak pertolongan orang. Itu namanya tolak rezeki."
"Tuan ni, nak dicakap bodoh tak jugak. Bijak sampai boleh jadi CEO. Tapi benda simple yang saya cakap pun tuan tak boleh nak faham?" Sindir Daizy.
Muzammil akhirnya tergelak kecil. Sedikit pun tak kecil hati dengan kata-kata wanita itu. Daizy pula mengeluh berat. Sekasar apa pun bahasanya, Muzammil tetap tersenyum dan tertawa.
Saat ingin mahu beredar, baru teringat akan cincin yang seharusnya dipulangkan.
"Oh ya. Saya lupa nak pulangkan cincin ni semalam." Tangannya mulai mengorek isi beg kemudian mengeluarkan kotak cincin baldu biru tersebut.
Kedengaran Muzammil mengeluh pendek sebaik melihat kotak cincin tersebut.
"Daizy, tu pun untuk awak juga. Mari sini." Tangannya mengambil kotak cincin dari tangan Daizy kemudian dibuka. Setelah mengeluarkan cincin, tangan Daizy pula diraih untuk menyarung cincin tersebut.
"Eh!" Daizy ingin menarik semula tangannya namun pegangan Muzammil lebih kuat. Jarinya terliuk lentok mahu mengelak dari disarung cincin. Beberapa saat kemudian, cincin berjaya disarung di jari manisnya.
Dari kejauhan, Zila sedang memerhati mereka berdua. Kembang kempis hidungnya ibarat sedang menghembus api kemarahan.
"Tak nak konon! Rupanya nak dipakaikan!" Getus Zila. Matanya tak henti merenung tajam wajah Daizy. Baginya, Daizy tak ubah seperti wanita munafik. Mulut dan tingkah benar-benar bertentangan.
"Tuan! Kalau tunang tuan nampak ni, memang sayalah yang kena belasah!" Tangan cuba melepas cincin tapi Muzammil menggenggam erat jari jemarinya.
"Awak kena pakai cincin ni supaya orang sekeliling tahu yang awak dah berpunya," kata Muzammil seraya menepuk lembut belakang tangan wanita itu.
Daizy terkedu seketika. Hampir lupa akan dirinya yang memang sudah berpunya. Dia sudah memiliki suami. Walau sejauh mana pun dia membawa diri, statusnya masih isteri kepada Levent Haidar.
"Jom," ajak Muzammil lalu membawa Daizy menuju ke keretanya.
Zila pula hanya memerhati sehingga mereka berdua beredar dari situ.
"Kau memang munafik, Daizy. Patutlah kau tak nak aku dekat dengan Muzammil. Rupanya kau yang nak test market. Celaka betul!" Maki Zila.
SEBAIK menghadap komputer, Daizy mulai tenggelam dalam pekerjaannya. Jarang sekali menyapa rakan sepejabat walaupun sudah 6 bulan dia bekerja di situ. Bukan bermaksud sombong, kebanyakan staf juga tidak mahu bergaul dengannya. Semua disebabkan keakraban Muzammil terhadapnya.
Bukan sekali dua Muzammil datang menemuinya kemudian duduk berbual jika ada kelapangan. Sejujurnya, Daizy tak selesa. Apatah lagi pandangan staf di situ jelas menunjukkan mereka tidak suka akan kedekatan antara Daizy dan Muzammil. Tidak pernah atasan mereka menyapa pekerja sehingga harus duduk di satu meja.
Ada berbaki 5 minit lagi sebelum waktu makan tengah hari, Daizy sudah siap merapikan mejanya. Para staf yang lain sudah mulai meninggalkan meja kemudian mendekati rakan-rakan yang lain. Mereka sudah mulai berbincang mahu mengisi perut di restoran mana. Daizy pula seperti biasa, lebih suka menghabiskan waktu rehatnya di dalam pantri.
"Dah siap?" Soal Muzammil yang tiba-tiba muncul di situ.
Daizy menoleh ke kiri dan ke kanan sebelum sedar akan Muzammil sememangnya berbicara dengan dirinya.
"Hm," balas Daizy seraya mengangguk perlahan.
"Jomlah," ajak Muzammil.
"Pergi mana?"
"Makanlah, Daizy." Suara Muzammil kedengaran sebal.
"Tak apalah, tuan. Saya makan sendiri," tolak Daizy.
"Tak bosan asyik hadap nescafe dengan biskut?" Perli Muzammil.
"Tak apalah, asalkan dapat isi perut."
"Jom, kita pergi lunch. Tunang saya ada sekali." Tangan Muzammil lebih dulu mencapai beg tangan Daizy kemudian disangkut di bahu.
"Hish! Bagi sinilah!" Daizy bangun untuk mengambil semula beg tangannya namun Muzammil lebih cepat mengelak sambil tertawa. Itu membuatkan mereka berdua menjadi pusat perhatian.
"Come, Daizy. Saya dah lapar." Muzammil lebih dulu melangkah keluar. Mahu tidak mahu, Daizy terpaksa akur. Sambil menundukkan wajah, Daizy mengejar Muzammil hingga masuk ke dalam lif.
"Bagi balik!" Daizy cuba menarik beg tangannya namun Muzammil mengepit di bawah lengan dengan lebih kuat.
"Saya bawakan untuk awak." Tangan Muzammil begitu selamba mengusap kepala Daizy.
Sambil mendengus kasar, Daizy merapikan rambutnya.
"Saya suka usap kepala anak yatim. Dapat pahala," kata Muzammil dengan senyuman manisnya.
"Jangan nak menghina sangatlah!" Marah Daizy sambil berpeluk tubuh. Terasa hati dengan kata-kata Muzammil.
"Mana ada menghina. Betullah. Orang cakap, kalau usap kepala anak yatim piatu kita akan dapat pahala," kata Muzammil lalu kembali mengusap kepala Daizy.
"Ish! Sudahlah! Rosak rambut saya!" Daizy menolak Muzammil menjauhinya. Lelaki itu sedikit pun tak berkecil hati. Lebih sakan mengusik jika Daizy sudah mulai merajuk.
RESTORAN yang terletak di tengah bandar menjadi pilihan Muzammil.
"Nak order apa?" Tanya Muzammil. Matanya masih lekap pada menu di atas meja.
"Kita tunggu tunang tuan dululah," cadang Daizy.
"Dia tak datang," kata Muzammil tanpa mengangkat wajah.
"Hah? Kenapa pulak?"
"Dia tak akan datang sebab saya tak ajak dia."
Daizy menghela nafas berat. Rupanya dia sudah tertipu dengan hela Muzammil.
"Lepas ni, kalau tuan ajak lagi memang taklah saya nak ikut," tutur Daizy perlahan namun cukup jelas di pendengaran Muzammil.
"Yakin? Setakat ini, apa yang saya nak semua saya dapat." Menu di atas meja ditutup semula.
"Daizy, awak kena belajar tegas. Tegas pada diri sendiri dan tegas pada orang lain. Jangan mudah sangat ikut telunjuk orang," pesan Muzammil.
Daizy mencebik seraya menjeling tajam. Bukankah sekarang ini Muzammil sedang memaksa dirinya?
"Kalau saya cakap nak lari sekarang ni pun, confirm tuan tak bagi. Kan? Saya tak naklah ada adegan kejar mengejar dekat sini. So, stop talking. Order cepat! Saya dah lapar!" Daizy menjeling tajam kemudian bersandar pada kerusinya.
Akhirnya Muzammil tertawa kecil. Tercuit hati mendengar bebelan Daizy. Setelah membuat pesanan, keadaan kembali senyap sehinggalah mereka selesai mengisi perut.
Sewaktu berjalan menuju ke kereta, tiba-tiba lengan Daizy ditarik dari belakang. Saat menoleh, dunia seakan terhenti seketika.
"Alfie..."
Mata mereka saling bertaut. Bagai tak percaya dengan sosok yang ada di hadapan masing-masung.
"Daizy..." kedua-dua tangan Alfie naik menyentuh pipi Daizy. Dia ingin memastikan bahawa di hadapannya benar-benar wanita yang selama ini dia cari.
"Daizy! Ya Allah!" Tubuh Daizy ditarik ke dalam pelukan. Kelihatan tangan Daizy teragak-agak untuk membalas pelukan Alfie.
Muzammil sedari tadi memerhati mereka berdua. Tenang sahaja wajahnya.
"Kita balik, ya Daizy." Tangan Alfie tak henti mengusap wajah Daizy. Bersyukur kerana sudah menemui wanita itu. Kini, Daizy harus dibawa pulang.
"Kita balik rumah bonda, ya. Kita tinggal sama-saam macam dulu. Kita, dan keluarga kita. Adik-adik semua rindukan kau." Suara Alfie kedengaran sebak sekali.
"Macam mana... kau tahu aku dekat sini?" Soal Daizy. Tak sangka Alfie dapat menemuinya.
"Setahun, Daizy. Setahun kau hilang. Macam-macam cara aku buat untuk cari kau," jelas Alfie. Tangannya menggenggam erat tangan Daizy. Tidak mahu dilepaskan kerana takut wanita itu akan pergi jauh lagi.
"Kita balik rumah, ya. Kita hidup macam dulu lagi."
Daizy menoleh ke arah Muzammil yang sedang tersenyum ke arah mereka.
Perlahan-lahan, Daizy menolak tangan Alfie yang sedang memegang kedua-dua belah pipinya.
"Aku... tak nak balik," tutur Daizy perlahan seraya mengundur setapak. Alfie terpempan dengan perbuatan Daizy. Mana mungkin membiarkan wanita itu terus membawa diri.
"Daizy, aku tahu kau dengan Levent ada masalah. Tapi kau kena ingat dengan bonda. Dia rindu kau, Daizy. Dah setahun kau tak jumpa dia. Kau tak kesiankan bonda?" Alfie cuba memujuk.
"Aku malu, Alfie. Aku tak nak bonda nampak keadaan aku. Cukuplah selama ni aku susahkan dia. Aku tak akan balik ke rumah tu hanya untuk tambah beban dia." Daizy berundur selangkah kemudian berpaling membelakang Alfie. Air mata yang jatuh diseka laju agar tidak dilihat oleh lelaki itu.
"Tuan, kita balik office," ajak Daizy memandang sekilas ke arah Muzammil. Tanpa membantah, Muzammil segera menuju ke tempat duduk pemandu. Belum pun sempat membuka pintu, Alfie menghalangnya.
"Kau siapa? Macam mana kau boleh kenal dia?" Tanya Alfie. Daizy lebih dulu masuk ke dalam kereta. Tidak sanggup berhadapan dengan Alfie.
"We are in relationship," kata Muzammil selamba.
"What? No! Dia bini orang!" Beritahu Alfie.
Muzammil hanya menjongket sebelah keningnya. Seolah memperlekeh apa yang baru sahaja Alfie sampaikan.
"Kalau dia bini orang, dia tak akan ada dekat sini sekarang. Now, back off." Tangan menolak dada Alfie agar menjauhinya. Setelah itu barulah dia masuk ke dalam kereta dan terus memandu pergi dari situ.
ESAKAN Daizy semakin bergema di dalam kereta sebaik meninggalkan restoran tadi. Wanita itu tak peduli langsung pada Muzammil yang sedang duduk di sebelahnya.
"Wanna talk to me? I'm all ears." Muzammil palingkan tubuh sambil tersenyum nipis. Bersedia menjadi pendengar jika Daizy ingin berkongsi cerita.
"I'm okay," kata Daizy sambil mengesat air mata yang terus mengalir membasahi pipi.
"Seems like your tears doesn't cooperate," usik Muzammil. Ringan sahaja tangannya mengesat air mata Daizy membasahi pipi.
"No, I'm good. Don't worry." Daizy tegakkan duduk kemudian menghela nafas panjang. Tidak mahu kesedihan itu terus berlarutan.
"Kalau nak, saya bagi awak cuti hari ni. Awak boleh balik dan berehat dekat bilik," cadang Muzammil.
"Tuan." Daizy menoleh dengan mata yang merah. Kesal saat Muzammil masih persoalkan keadaannya.
"Okay, okay. Take it easy." Muzammil angkat kedua-dua belah tangan tanda menyerah. Tidak akan mengulang soalan itu lagi.
"Dah, jangan sedih. Kalau awak sedih, saya hantar terus balik bilik," ugut Muzammil.
Daizy angguk perlahan seraya menyandang beg ke bahu. Belum pun sempat membuka pintu, Muzammil menahannya.
"Lelaki tadi tu siapa?" Tanya Muzammil.
"Alfie. Abang saya."
"Abang? Tak macam abang pun. Dah macam orang hilang bini aje saya tengok," perli Muzammil.
"Abang angkat. Kami membesar sama-sama dalam rumah anak yatim," jelas Daizy.
"Oh, I see. Patutlah semacam aje cara dia tadi tu." Muzammil mencebik sebelum akhirnya mereka turun dari kereta kemudian bersama-sama naik ke pejabat.
KEPALA terasa berdenyut-denyut semenjak pertemuan bersama Daizy tengahari tadi. Bagaikan tak percaya akan Daizy yang menolak untuk pulang bersamanya. Sudah lupakah wanita itu pada Bonda Zainah? Wanita tua yang sentiasa menunggu kedatangannya.
Semakin tak habis fikir saat teringat lelaki yang bersama Daizy. Lebih parahnya, lelaki itu mengaku menpunyai hubungan bersama Daizy sedangkan wanita itu masih isteri Levent yang sab.
Alfie semakin buntu. Tidak mungkin membiarkan Daizy terus tenggelam dalam dosa. Wanita itu harus sedar akan statusnya sebagai isteri orang.
Telefon bimbit dikeluarkan dari dalam poket kemudian mulai ditekan-tekan. Sesaat, nombor telefon Levent terpampang di skrin telefonnya. Haruskah dia menghubungi lelaki itu dan menyatakan keberadaan Daizy sekarang?
Tetapi, Alfie juga bimbang. Bimbang jika Levent mengulangi lagi perbuatannya. Jika Daizy lari lagi, pasti lebih sukar untuk ditemui semula.
Share this novel