WAJAH tenang isterinya diperhati lama. Daizy saat itu sedang membantu Levent mengikat tali leher. Walaupun selepas kejadian semalam, Daizy masih mampu melayani suaminya dengan baik.
"Since awak tak nak jam, kalau saya belikan tali leher, awak nak?" Soal Daizy. Tangan masih ligat mengikat tali leher suaminya. Sesekali mata mencuri pandang lelaki itu.
"Tali leher saya banyak. Ada yang tak pakai lagi," kata Levent. Kedua-dua tangannya mulai mendarat di pinggang melekuk isterinya.
"Habis tu awak nak apa?" Daizy mendongak seraya mengusap tali leher suaminya sebaik ianya selesai diikat rapu.
"You," kata Levent sambil menarik tubuh Daizy agar merapatinya.
"I'm all yours, sayang." Jari telunjuk Daizy menyentuh batang hidung suaminya kemudian perlahan-lahan turun hingga ke hujung hidung lelaki itu.
"Tak, awak belum sepenuhnya milik saya."
Daizy berkerut dahi.
"Selagi dalam hati awak masih teringat lelaki lain, itu tandanya saya belum miliki awak sepenuhnya." Tapak tangan Levent mendarat di atas dada isteirnya.
Serta merta Daizy berdebar. Suara suaminya kedengaran garau dan begitu dalam sekali.
"Dan..." kini tangan Levent beralih dari dada terus ke belakang kepala isterinya.
"Kalau otak awak masih fikirkan lelaki lain, itu tandanya awak dah rendahkan kedudukan suami awak." Jari jemari Levent mulai menjalar disela-sela rambut isteirnya kemudian dicengkam perlahan.
"Awak tahukan apa hukumnya jika seorang isteri merendahkan suami?" Rambut Daizy ditarik perlahan sehingga wanita itu terdongak.
Daizy menelan liur pekat. Anak matanya bergerak ke kiri dan ke kanan mengikuti anak mata suaminya.
"Why you doing this to me?" Soal Daizy, sedikit gugup.
"Obey me," tutur Levent, perlahan.
Wajah Levent semakin mendekati telinga isterinya. Sebaik pipi mereka bersentuhan, Levent sengaja menggesel-gesel pipi mereka.
"Obey me, Daizy Baseera," bisik Levent seraya memiringkan kepala isterinya sehingga leher wanita itu terhidang di depan matanya.
"Obey me," bisik Levent lagi sambil mengucup lembut leher jenjang isterinya.
Daizy memejam mata menikmati kucupan lembut disertai kehangatan nafas suaminya. Dalam keadaan gementar, tidak dapat dinafikan sentuhan suaminya berjaya membuatnya hanyut.
"I... obey you," jawab Daizy dengan nafas yang tersekat-sekat. Begitu lembut kucupan yang mendarat di lehernya.
"Good girl," balas Levent seraya memeluk isterinya.
Daizy tidak mampu membalas kasar. Walaupun perasaannya sempat terluka, namun sang suami tidak pernah melukai tubuhnya.
KOPI yang sudah siap dibancuh oleh Bonda Zainah dibawa ke meja makan. Memandangkan waktu cuti, Alfie tidak ke mana-mana. Hanya di rumah membantu Bonda Zainah menjaga anak-anak yatim yang lain.
"Bonda rindu dengan Izy. Dah dua bulan dia tak datang sini. Call pun tak ada," luah Bonda Zainah seraya menuang kopi ke dalm gelas.
"Dia tak hubungi langsung?" Tanya Alfie.
"Adalah, setakat whatsapp. Itu pun minggu lalu." Suara Bonda Zainah kedengaran sayu.
"Dia kan kerja sekarang ni. Busy lah tu," kata Alfie cuba menyedapkan hati orang tuanya.
"Siapa yang busy?" Soal Daizy yang tiba-tiba berdiri di hadapan pintu dapur. Keningnya terjongket sebelah sambil menahan senyuman.
"Daizy!" Bonda Zainah begitu teruja melihat Daizy. Mereka berdua segera mendekati sebelum akhirnya berpelukan melepas rindu.
"Ya Allah! Bonda rindulah dengan Izy! Dah dua bulan kita tak jumpa." Erat sungguh pelukan Bonda Zainah.
"Sebab itulah saya datang. Saya pun rindu dengan bonda." Daizy juga mengeratkan pelukan. Sesaat, pandangan matanya bertembung dengan mata Alfie.
Kedua-duanya terus melemparkan senyuman lebar.
"Bonda aje dipeluk. Saya tak nak peluk ke?" Alfie sudah mendepa tangan. Sengaja mahu mengusik.
"Amboi! Gatal!" Bonda Zainah melepas pelukan kemudian menjeling tajam anaknya.
"Kalau waktu kecil dulu bolehlah. Sekarang ni semua dah besar panjang," kata Bonda Zainah kemudian membawa Daizy duduk di sebelah Alfie.
"Kenapa tak bagitahu nak datang? Bolehlah bonda siapkan makanan."
Daizy tersenyum nipis. Sebenarnya, kedatangan dirinya ke situ bukanlah dirancang. Lebih tepatnya, tanpa pengetahuan suaminya. Dia hanya perlu pulang ke rumah sebelum suaminya tiba dari bermain golf bersama rakan-rakannya.
"Tak apalah bonda. Saya kejap aje ni, sebelum zohor saya nak balik."
Bonda Zainah dan Alfie berpandangan seketika.
"Lah, awalnya. Sekarang dah jam 9 pagi," sampuk Alfie.
"Ya, nak balik sebelum suaminya aku sampai rumah. Aku tak masak lagi," kata Daizy memberi alasan.
"Hm, yelah. Sebelum balik, bonda nak masakkan Izy kuih lenggang. Izy suka, kan?"
Laju sahaja Daizy mengangguk. Sudah lama tidak merasa kuih buatan Bonda Zainah.
SEMENTARA Bonda Zainah menyiapkan kuih, Daizy dan Alfie menuju ke pondok yang terdapat di luar rumah. Pada mulanya, Daizy ingin membantu namun Bonda Zainah tidak membenarkan. Ada Ibu Salwa yang boleh membantunya.
"Tak ada isi lagi?" Tanya Alfie sebaik mereka duduk di pondok itu.
"Isi?"
Alfie mengangguk seraya melirik perut rata milik Daizy.
"Baby. Dah setahun lebih korang kawin."
Daizy terkedu seketika. Mereka tidak berniat untuk merancang. Hanya rezeki yang belum tiba untuk mereka.
"Belum rezeki lagi kot," balas Daizy sambil tersenyum mendatar.
"Kau okey? Tak pernah kau datang sini tak bagitahu dulu." Raut wajah Daizy diperhati lama.
"Aku okey lah. Cuma, banyak sangat kerja dekat office tu."
"Levent tak mampu nak sara kau sampai kau nak kerja?" Sindir Alfie.
"Bukan macam tu lah. Aku yang nak kerja. Aku bosan duduk rumah."
"Kalau bosan duduk rumah, datanglah sini. Rumah ni sentiasa terbuka untuk kau. Bomda tu lagilah suka kalau kau selalu datang sini."
Daizy hanya mampu lemparkan senyuman nipis. Jika diikutkan hati, mahu saja dia datang ke rumah itu setiap hari. Apakan daya, Levent tidak suka jika dia datang ke rumah itu sewaktu ada Alfie.
Tidak lama itu, Daizy menyeluk beg tangannya kemudian mengeluarkan sekotak jam.
"Nah, hadiah untuk kau. Happy birthday," ucap Daizy seraya meletak kotak tersebut di hadapan Alfie.
"Eh, tak pernah kau nak bagi aku hadiah sebelum ni. Mimpi apa semalam? Birthday aku dah lepas tau." Alfie sengaja mengusik. Lagipula hari lahirnya sudah seminggu berlalu.
"Ala sorry lah. Baru sempat bagi hari ni."
Alfie segera mencapai kotak tersebut lalu dibuka. Jam dikeluarkan kemudian dipakai di tangan kirinya.
"Jam tu taklah mahal sangat. Lagipun aku tak tahu nak beli apa," kata Daizy dengan senyuman nipis. Daripada jam itu dibuang, lebih baik diberi kepada Alfie.
"Suami kau tak marah ke kau beli jam untuk aku?" Alfie sengaja menduga.
"Aku beli pakai duit aku, tau," balas Daizy seraya menjeling sekilas.
"Hm, yelah. Dah rezeki. Tak baik ditolak. Kebetulan pulak jam aku memang dah rosak," kata Alfie dengan senyuman lebarnya.
Sejam kemudian, Bonda Zainah muncul di situ bersama sepinggan kuih lenggang. Ibu Salwa juga muncul sambil membawa sejag teh susu panas dan beberapa biji gelas kaca.
Dengan hidangan kuih dan minuman panas, maka semakin rancaklah perbualan mereka. Hingga tanpa sedar waktu zohor sudah tiba.
"Saya balik dululah, bonda," pamit Daizy di tengah-tengah perbualan mereka. Dia baru tersedar selepas mendengar azan zohor berkumandang.
"Solatlah dulu baru balik. Alang-alang dah ni," cadang Bonda Zainah.
Daizy semakin resah. Matanya memerhati satu persatu mereka yang ada di situ.
"Tak apalah, bonda. Saya solat dekat rumah nanti, ya." Setelah menyandang beg di bahu, Daizy segera menyalam Bonda Zainah dan Ibu Salwa. Sempat melambai Alfie sebelum beredar dari situ.
Mereka bertiga mulai berpandangan sesama sendiri. Hairan melihat Daizy yang begitu terburu-buru mahu pulang. Alfie mulai tak sedap hati. Melihat tingkah Daizy bagaikan ketakutan, dia tahu ada sesuatu yang berlaku pada wanita itu.
Share this novel