Missing

Romance Series 18980

AIR MATA yang mengalir diseka perlahan sambil memerhati Zila yang sedang tertunduk merenung jari jemari sendiri.

"Zila, banyak lagi kerja halal kau boleh cari. Kenapa kerja macam ni jugak yang kau pilih?" Soal Daizy. Sesekali kedengaran esakannya terkeluar dari bibir. Semakin sedih saat melihat pakaian yang dipakai oleh Zila sangatlah mencolok mata. Bukan sahaja seksi malahana ianya sendat sehingga menampakkan lekuk tubuhnya.

"Aku dah cuba, Daizy. Apa jelah kerja yang layak untuk orang yang tak ada pelajaran macam aku? Kerja ni aje yang boleh bagi aku kesenangan. Lagi pun ini bukan kerja yang macam ku fikir. Kerja aku ni cuma temankan pelanggan minum. Tu aje," tutur Zila tanpa mengangkat wajah.

"Zila, please. Kau cuba lagi. Kali ni kita sama-sama cari kerja." Daizy masih cuba memujuk. Tidak mahu Zila meneruskan pekerjaan itu.

"Tak, Daizy. Aku tak boleh patah balik selepas setuju dengan syarat diorang." Zila mula mendekati Daizy kemudian meraih tangan wanita itu.
"Kau jaga diri baik-baik, tau. Aku lewat balik malam ni. Mungkin sebelum subuh baru aku dapat balik. Tengoklah berapa costumer yang aku dapat." Suara Zila seolah tersekat di kerongkong. Tidak sangka bahawa dia akan terjebak dalam pekerjaan seperti ini.

"Zila! Please!" Kini, Daizy pula mengenggam tangan Zila. Serentak itu mereka menoleh ke arah sebuah van yang baru berhenti di hujung lorong.

"Sorry, Daizy. Aku kena pergi. Diorang dah datang nak jemput aku." Tangan Daizy dilepas perlahan kemudian menolak wanita itu sehingga berlindung disebalik tembok. Dia tidak mahu Daizy dilihat oleh mereka.

"Jangan kemana-mana. Jangan ikut sesiapa pun kalau orang tu ajak kau ikut diorang. Tunggu dekat sini sampai aku balik. Kalau ada apa-apa, kau jerit aje. Diorang yang lain mesti akan terbangun juga. Faham?" Pesan Zila. Semenjak menyetujui pekerjaan itu, dia mulai bimbang akan nasib Daizy. Berharap agar orang suruhan Lady Lala tidak mengetahui kewujudan Daizy di situ.

ENAM bulan berlalu, Zila sudah mampu menyewa bilik. Walau pun hanya sebuah bilik, itu sudah memadai untuk ditempati bersama Daizy. Seperti janjinya, kesenangan yang diperoleh hasil daripada kerja menemani dan menghibur pelanggan tidak lupa dikongsi bersama Daizy.

Daizy pula sudah mulai akur pada Zila. Dia tidak lagi mampu menasihati wanita itu. Kesenangan yang diperoleh membuatkan Zila semakin tenggelam dalam pekerjaan itu. Tiada lagi rasa bersalah dalam hatinya. Yang ada, dia mahu mencari lebih ramai pelanggan agar bayarannya dinaikkan.

Malam itu, Zila sudah bersiap seperti biasa untuk memulai kerjanya. Di hujung katil, Daizy duduk memerhati Zila yang sedang bersiap di hadapan cermin. Seperti biasa, pakaian Zila tidak ada yang sempurna. Semuanya terdedah dan menampakkan kulit tubuhnya.

"Zila, aku nak pinjam baju kau esok, boleh tak?" Soal Daizy.

"Kau nak pergi mana?" Zila berpaling memandang Daizy.

     "Aku ada interview esok."

     "Interview? Sejak bila kau cari kerja?"

     "Minggu lepas aku ada hantar resume dekat satu syarikat ni waktu kau tengah overtime sampai pagi."

     "Kerja apa?"

"Admin. Itu aje yang ada kosong."

Zila akhirnya duduk di sisi Daizy sambil tersenyum nipis.

"Untung kau, kan. Berpelajaran, ada pengalaman kerja. Nak cari kerja halal pun senang," ucap Zila, ikut gembira.

"Insha Allah. Bolehlah aku tolong kau bayar apa yang patut.

"Tak payah, Daizy. Gaji aku dah cukup untuk tampung kita berdua. Dan sekarang ni aku tengah kumpul duit untuk buat deposit bayar sewa rumah," maklum Zila sambil tersenyum lebar.

"Sewa rumah?"

"Ya, sewa rumah. Aku nak sewa satu rumah. Tak perlulah kita nak berkongsi dengan penyewa yang lain. Ini tak, nak guna tandas pun kena ikut giliran." Zila mendecit tanda kesal. Tiap hari harus mengharungi perkara tersebut.

"Hm, bagus jugak macam tu. Kalau aku kerja nanti, bolehlah aku tolong kau bayar sewa." Daizy menggoyang kening dengan senyuman lebarnya.

"Yelah, Daizy. Mana-mana kaulah." Zila akhirnya kembali berdiri di hadapan cermin. Harus segera bersiap sebelum dijemput oleh orang suruhan majikannya.

"Pandai-pandailah kau cari baju. Kau tahulah baju aku tu semuanya tak cukup kain," kata Zila seraya memandang sekilas dari pantulan cermin.

"Ya, nanti aku cari." Daizy berdiri kemudian menuju ke tempat tidurnya.

"Jangan lupa kunci pintu. Aku nak tidur. Esok nak kena gerak awal," pesan Daizy sebelum rebahkan tubuh di atas katil. Tidak sampai beberapa minit, dia sudah tertidur pulas di atas katilnya.

     Keesokan pagi, Daizy bangun lebih awal untuk mandi. Jika tidak, pasti dia harus bersaing dengan penyewa yang lain. Selesai mandi dan bersiap, Daizy merenung seketika dirinya di dalam cermin solek. Berharap agar urusannya hari ini berjalan lancar.

TIDAK sampai beberapa minit duduk di ruangan menunggu, nama Daizy Baseera dipanggil untuk ditemuduga. Mujurlah dia orang yang pertama dan satu-satunya yang ada di situ.

"Silakan duduk. Sebentar lagi Tuan Muzammil akan masuk," pelawa seorang wanita bertag nama Aina sebelum keluar dari situ.

Selang beberapa minit kemudian, masuk seorang lelaki lingkungan 30an yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif kepada Kagit Holdings.

"Daizy Baseera?" Soal Muzammil seraya mengambil tempat di hadapan Daizy. Tangannya mulai membelek resume yang ada di atas meja.

"Ya, saya," sahut Daizy seraya tegakkan duduk. Entah kenapa, dia gementar berhadapan dengan lelaki itu. Memandangkan ini kali pertama dia menghadiri temuduga, agak sukar untuk dia menutupi rasa gugupnya.

Hampir sejam ditemuduga, Daizy dibenarkan pulang. Mujurlah segalanya soalan yang dikemukakan dapat dijawab dengan lancar.

"Cik Daizy Baseera," panggil Muzammil saat Daizy baru ingin berpaling keluar.

"Ya?"

"Cik dah kawin?" Tanya Muzammil tiba-tiba.

Daizy tersentak dengan soalan itu. Adakah perlu untuk dia menjawab jujur? Lagipula dia tidak mahu orang mengetahui akan dirinya yang sudah menikah.

"Belum," balasnya dengan gelengan perlahan.

Muzammil terdiam sejenak. Daizy ditatap lama bagaikan sedang menilik wajah wanita itu. Sesaat kemudian, Muzammil mengangguk perlahan.

"Okey. Tunggu panggilan dari kami. Kalau awak layak, wakil kami akan hubungi awak dalam masa terdekat."

Sebaik keluar dari bilik tersebut, Daizy menghela nafas panjang. Baru kali ini dia merasai sendiri ketegangan saat ditemuduga.

Sejam kemudian, Daizy tiba di bilik sewa. Badannya terus direbah di tengah-tengah tilam kemudian merenung jauh siling bilik. Jika tidak dihubungi dalam masa terdekat, itu bermakna dirinya tidak melepasi piawai syarikat tersebut. Dan dia harus kembali mencari kerja lain.

Bunyi telefon bimbit di sisi menyedarkan Daizy dari lamunannya. Sebuah nombor tak dikenali sedang terpapar di skrin telefon bimbit murah miliknya. Seketika, dia bimbang mahu menjawab panggilan tersebut. Setelah tiga kali berbunyi barulah Daizy menjawab panggilan tersebut.

"Cik Daizy Baseera?" Suara seorang wanita terdengar di hujung telefon.

"Ya saya," jawab Daizy, gugup.

"Saya Aina, wakil dari Syarikat Kagit Holdings."

Pantas, Daizy bangun dari baringnya. Kuku mulai digigit-gigit perlahan.

"Saya nak makluman yang Cik Daizy diterima bekerja di syarikat kami. Jika Cik Daizy masih berminat, cik boleh mula bekerja esok," maklum wanita itu.

"Berminat! Saya masih berminat!" Balas Daizy begitu teruja sekali.

"Baiklah, Cik Daizy. Kita jumpa esok."

Sebaik panggilan ditamatkan, Daizy melompat keriangan di sisi katil. Tak sangka dirinya diterima bekerja di syarikat tersebut tanpa harus menunggu lama. Tiba-tiba keriangan itu terasa kosong. Seharusnya berita gembira itu dikongsi dengan suaminya.

Perlahan-lahan, tubuh direbah di atas katil Rindunya pada Levent mulai membuak-buak. Untuk seketika, segala perbuatan suaminya sebelum ini hilang begitu sahaja. Walaupun rindu, bukan bererti dia mahu kembali. Setiap peluang dan kemaafan yang pernah diberi untuk suaminya semua disia-siakan. Kini, dia mahu melupakan kenangan yang pernah ada. Biarlah rasa cinta yang masih tersisa terkubur perlahan-lahan.

BIBIR yang berdarah dikesat sambil mendengus kasar. Tumbukan dari Alfie mengenai tepat ke wajah Levent membuatkan bibir lelaki itu berdarah. Dia tidak sempat mengelak kerana Alfie tiba-tiba muncul saat dia baru ingin membuka pagar rumah.

"Mana Daizy?!" Tengking Alfie. Dia tidak lagi mampu bersabar. Setiap kali dia ingin menemui Daizy, Levent selalu memberi alasan.

"Kenapa kau sibuk sangat nak cari bini aku?" Soal Levent tak puas hati.

"Enam bulan, Levent! Enam bulan kau bodohkan aku! Setiap kali aku nak jumpa Daizy, mesti alasan bodoh yang kau bagi. Dulu aku boleh percaya, tapi sekarang ni aku syak yang kau memang dah buat yang bukan-bukan dekat dia!"

"Aku buat apa pun, dia bini aku! Suka hati akulah!"

"Kau silap! Daizy tu keluarga aku! Adik aku! Kau sakitkan dia!... kau berdepan dengan aku!"

Alfie maju namun kali ini Levent lebih bersedia.

Kini, pergelutan mulai berlaku. Kedua-duanya tidak mahu kalah dan masing-masing sedang menunjukkan kekuatan mereka.

"Stop it!" Sergah Dato Ahmed.

"Levent! Sudah!" Anaknya ditarik menjauhi Alfie.

"Alfie! Stop!" Tangannya menahan dada Alfie saat lelaki itu ingin maju.

"Sebelum kamu berdua duduk dalam lokap, berhenti gaduh macam budak-budak. Daddy tak tanggung kalau jiran-jiran dekat sini call polis." Levent dan Alfie ditatap silih berganti. Kedua-dua tercungap-cungap selepas pergelutan tadi.

"Masuk, kita bincang dekat dalam," arah Dato Ahmed.

SUASANA begitu tegang sekali ditambah lagi pandangan tajam antara Levent dan Alfie. Masing-masing tak mahu kalah.

"Cakap. Di mana kau sorok Daizy?" soal Alfie memecah kesunyian.

"Kau memang tak ada kerja lain sampai nak sibuk pasal bini orang?" Soal Levent, sinis.

     "Eh bodoh! Bini kau tu adik aku! Kau fikir selama ni aku tak tahu kau yang reply setiap kali bonda mesej dia?!" Alfie bangkit dari duduk dengan mata yang mencerlung ke arah Levent. Bagai hendak ditelan lelaki itu.

     "Daizy hilang." Akhirnya Dato Ahmed bersuara. Serentak itu Levent dan Alfie memandang lelaki tua itu. Levent sudah mengeluh pendek manakala Alfie membuntang mata mendengar pengakuan Dato Ahmed.

     "Hilang?!" Alfie tak percaya.

     "Bukan hilang. Dia larikan diri." Levent pula mencelah.

     "Kau!..." Alfie meluru ke arah Levent namun pantas dihalang oleh Dato Ahmed.

     "Boleh tak korang tak payah nak gelabah? Easy, okay? Daizy tak hilang. Dia lari," ujar Levent begitu mudah. Alfie semakin panas hati. Mahu sahaja dilumat lelaki itu seperti daging.

     "Dia lari sebab kau sakitkan dia!" Alfie semakin bengang melihat Levent yang masih boleh duduk dengan santai sedangkan Daizy sedang bersendirian di luar sana.

     "Kalau jadi apa-apa dekat dia!... kau siap!" Jari Alfie menudinh tajam ke arah Levent.

     "Kau tak payah risau. Tak lama lagi dia baliklah tu. Dia tak akan tahan tinggal dekat luar sana tanpa duit aku. Aku dah bagi dia kemewahan. Kalau dia rasa dunia luar tu susah, dia akan datang balik melutut dekat kaki aku." Begitu angkuh sekali cara Levent berbicara.

     "Enam bulan, Levent! Dah enam bulan dia tak balik! Suami jenis apa kau ni hah?! Kau boleh duduk santai sedangkan isteri kau tak balik enam bulan! Entah dia makan atau tak dekat luar sana tu!"

     Dato Ahmed yang sedang memerhati hanya mampu mengeluh panjang. Tak habis fikir dengan anaknya yang masih cuba menegakkan benang yang basah. Tak memikirkan langsung isterinya yang terumbang ambing di luar sana.

     "Alfie, saya minta kamu rahsiakan dulu perkara ni dari bonda kamu. Jangan sampai dia tahu. Sementara tu kita boleh mula cari Daizy," cadang Dato Ahmed.

      "Dan, daddy minta dari kamu berdua untuk tak besarkan masalah ni. Jangan sampai orang luar tahu apa yang berlaku dalam keluarga kita." Memandangkan Dato Ahmed dikenali ramai, dia tidak mahu permasalahan keluarga menjadi buah mulut orang di luar sana. Mereka harus melakukan pencarian secara senyap.

     Alfie menggeleng tak setuju.

     "Sepatutnya kita war-warkan perkara ni. Kita kena umumkan pada orang awam yang Daizy dah hilang," tegas Alfie.

     "Kamu kena sedar, Alfie. Daizy tak nak orang tahu keberadaan dia. Kalau dia nak, dia boleh aje balik rumah bonda. Tapi tak, sebab dia nak bersendirian. Saya bimbang, kalau dia tahu yang kita cari dia, dia akan pergi lebih jauh," jelas Dato Ahmed begitu tertib.

     Levent hanya duduk tenang di atas sofa. Sedikit pun tak peduli pada perbualan Alfie dan Dato Ahmed.

     "Berhentilah bincang benda yang tak berfaedah ni. Aku yang laki dia pun tak gelabah macam kamu berdua," kata Levent seraya berdiri.

     "Trust me. Dia akan balik dalam waktu terdekat. Kalau bukan bulan ni, bulan depan," katanya lagi begitu yakin.

     Alfie mengetap bibir menahan emosi yang kembali terpancing.

Sumpah. Dia bersumpah. Jika menemui Daizy nanti, dia tidak akan membiarkan Daizy kembali ke pangkuan Levent.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience