"SAYANG, jemputlah mereka masuk," arah Levent.
Daizy sedikit lega saat melihat suaminya tidak marah. Tanpa membuang masa, dia menjemput Bonda Zainah dan Alfie untuk masuk ke dalam rumah.
"Bonda, Alfie duduklah dulu. Saya buat air kejap," pelawa Daizy lalu menuju ke dapur. Levent pula menuju ke ruang tamu bersama mereka berdua.
"Bonda dari mana?" Soal Levent sebaik mereka duduk di atas sofa.
"Dari beli barang dapur tadi. Kebetulan lalu, sebab tu bonda ajak Alfie singgah," jelas Bonda Zainah. Alfie hanya tersenyum sebaik mata bertentang dengan Levent.
"Dah selesai urusan dekat Bali?" Tanya Levent pada Alfie.
"Ya. Lepas siap tu saya terus balik sini. Malas nak lama-lama dekat sana. Daizy kan dah tak ada dekat rumah tu. So, saya kena ambil peranan lepas ni," jelas Alfie diiringi tawa.
"Daizy macam mana? Okey? Tak nangis malam?" Soal Bonda Zainah sengaja bergurau.
"Alhamdulillah, dia okey. Tapi tak sangka dia manja sangat," kata Levent seraya memandang Alfie.
"Asyik nak berkepit aje," sambungnya seraya tertawa. Wajah Alfie sedikit berubah. Senyuman dibibir masih cuba dikekalkan.
"Amboi, seronoknya berbual," sampuk Daizy yang baru tiba di situ.
"Ni mesti mengumpat pasal saya ni, kan?" Guraunya seraya menurunkan dulang ke atas meja.
"Minumlah dulu," pelawa Daizy seraya duduk di sisi suaminya.
"Nak mengumpat apanya? Bonda ni bersyukur sangat dengan hidup Daizy sekarang. Dah tak payah pening kepala macam dulu," luah Bonda Zainah sedikit sebak.
"Kalau Levent nak tahu, Daizy ni paling takut kalau nak tinggalkan rumah. Dah berapa kali keluarga baru datang nak ambil dia, semua dia tolak. Dari kecil sampai ke besar macam tu." Bonda Zainah sudah memulai cerita.
"Dia takut sangat kalau bonda tak mampu handle rumah dengan anak-anak. Dia paling risau kalau adik-adik dia tak cukup makan. Sebab tulah dia belajar takat diploma aje."
"Alah, dahlah bonda. Tak payahlah cerita yang tu." Daizy mulai tersipu malu.
"Tapi, tengoklah sekarang ni. Daizy dengan senang hati keluar dari rumah tu. Dia dah jumpa lelaki yang betul-betul sayangkan dia," suara Bonda Zainah kembali kendur. Terharu melihat kebahagian Daizy kini sudah dikecapi.
"Bonda jangan bimbang. Selagi saya ada, saya tak akan sia-sia dia. Saya akan pastikan segala keperluan dia cukup," tutur Levent, yakin.
Alfie sedari senyap di sisi Bonda Zainah. Perasaan cemburu masih belum mampu dilenyapkan. Cintanya pada Daizy juga belum mampu dikubur. Entah bila perasaan itu akan pudar.
"Dahlah, malaslah macam ni. Tak nak sedih-sedih," sampuk Daizy seraya mengesat air mata.
"Jom, bonda. Saya bawa naik atas," ajak Daizy. Dia segera meraih tangan Bonda Zainah kemudian bersama-sama naik ke tingkat atas. Maka tinggallah Levent dan Alfie di situ. Kedua-duanya memerhati Daizy pergi bersama Bonda Zainah.
Levent sempat melirik Alfie saat lelaki itu memerhati isterinya. Tanpa sedar, penumbuk digenggam erat. Tidak suka pada pandangan mata Alfie terhadap isterinya.
"Ehem!" Levent berdeham sambil menegakkan duduknya. Serta merta Alfie larikan pandangan dari terus merenung Daizy.
"So, macam mana keadaan awak sekarang lepas Daizy dah tak ada dekat situ?" Soal Levent basa basi. Dia sebenarnya tidak berminat mahu tahu tentang kehidupan Alfie.
"A bit struggle jugak. Tapi saya kena biasakan diri. Sejujurnya, Daizy memang banyak membantu. She know how to handle everything. Bukan setakat kewangan, malahan budak-budak tu juga," jelas Alfie, tenang.
"Apa-apa masalah memang kami akan selesaikan bersama. Kami akan duduk dan bincang," tambah Alfie lagi.
"So, korang memang banyak habiskan masa bersama?" Soal Levent ingin tahu.
"Of course. Kami membesar bersama. Kami tak pernah berpisah. Sampailah masing-masing dah dewasa dan ada kehidupan sendiri."
"Jujur saya cakap, susah untuk saya lepaskan Daizy kawin dengan awak. But, she deserve a happy life." Kata-kata Alfie diakhiri dengan senyuman manis.
"Ibarat awak lepaskan adik perempuan pada lelaki asing, kan? I know. Semua abang akan rasa macam tu," balas Levent menyimpulkan dengan mudah.
"Tak." Alfie tegakkan duduk.
"She is more than a sister to me," ungkap Alfie, tenang.
Kening Levent terjongket sebelah diiringi senyuman miring.
"You crack me up," ujar Levent seraya tertawa kecil. Rahang yang bergoyang menandakan emosinya sedang tercabar.
"You're lousy, Alfie. What makes you confident to say that infront of her husband?" Levent sandarkan belakang pada sofa. Kedua-dua tangan pula didepa di kepala sofa.
"Sorry, my bad," balas Alfie dengan wajah tak bersalah.
"Aku tak tahu apa motif kau cakap macam tu. Kau nak cabar aku sebagai suami dia? Atau kau nak tunjukkan yang kau boleh miliki dia? But, why now?" Soal Levent tak habis fikir.
Kini, Alfie majukan tubuh seraya menopang siku pada kedua-sua lututnya. Mata pula tajam merenung mata Levent.
"Aku cuma nak kau ingat pesan aku ni. Jangan disebabkan Daizy anak yatim, kau nak permainkan hati. Dan jangan disebabkan dia tak ada keluarga, kau nak buat sesuka hati pada dia. Ingat, Levent. Kalau kau lukakan hati Daizy, aku orang pertama yang akan kau jumpa."
Seketika, suasana menjadi hening. Kedua-duanya sudah mempamer wajah tegang sambil merenung sesama sendiri.
"Senyap aje," tegur Bonda Zainah. Serentak itu, Mereka berdua palingkan wajah seraya menghela nafas panjang. Hampir-hampir beradu penumbuk di ruang tamu itu.
"Awal sangatlah bonda balik. Kenapa tak bermalam aje dekat sini?" Daizy sudah menayang wajah cemberut.
"Mana boleh tinggalkan ibu-ibu awak dekat sana. Tak pasal-pasal diorang berdua jadi tarzan," seloroh Bonda Zainah.
Alfie segera berdiri kemudian mendekati kedua-dua wanita itu.
"Jangan risau. Lain kali kitoramg singgah lagi, ya." Kepala Daizy diusap lembut tanpa sedikit pun rasa bersalah. Perbuatan Alfie diperhati oleh Levent namun lelaki itu memilih diam. Tidak mungkin menghambur amarahnya di hadapan Bonda Zainah.
Daizy juga begitu. Dia hanya mampu membiarkan perbuatan Alfie. Namun pandangan mata suaminya jelas menunjukkan lelaki itu tidak suka dirinya diperlakukan sebegitu.
"Okeylah, kami balik dulu. Lain kali kami singgah lagi," pamit Bonda Zainah. Setelah bersalaman, mereka pun beredar dari situ.
Daizy masih berdiri di hadapan pintu sementara menunggu Bonda Zainah dan Alfie beredar. Dia asyik melambai ke arah mereka berdua. Senang hati kerana mereka datang melawatnya di situ.
"Bye!" Lambai terakhir Daizy saat kereta mulai meninggalkan rumahnya. Setelah itu barulah dia menutup pintu. Saat berpaling, suaminya sedang menatap dengan wajah tegang. Sedikit pun tiada senyuman di bibir lelaki itu.
"Awak tak bersiap? Kata nak ke pejabat," tegur Daizy. Sengaja mahu mengelak ketegangan suaminya.
"Am I a joke to you, Daizy?" Soal Levent seraya menyilang tangan di dada.
"Hah?" Daizy terpinga-pinga.
"Am I, a joke to you?" Tekan Levent lagi seraya mendekati isterinya. Semakin dekat sehingga belakang Daizy tersandar pada pintu rumah.
"Saya siapkan kemeja awak dulu. Saya tak iron lagi." Daizy cuba mengelak soalan dari suaminya. Saat ingin beredar, lengannya dicengkam kuat.
"I'm talking to you!" Tekan Levent. Wajah ketakutan isterinya direnung tajam.
"Levent, please..." Daizy sudah separuh merayu. Sifat cemburu Levent sudah semakin menjadi-jadi.
"Apa? Nak salahkan saya pulak kali ni?" Soal Levent seraya mencari mata sayu isterinya. Dia mahu wanita itu menatapnya saat berbicara.
"Saya tak kesah bonda nak datang tau! But, Alfie? It's a big no!" Tegas Levent.
"Habis tu, awak nak saya halau Alfie kalau dia datang sekali?" Daizy mulai mengangkat wajah membalas tatapan tajam suaminya.
"Yes! Saya tak benarkan dia datang rumah ni," katanya seraya menjauhkan diri kemudian berpaling. Berdenyut-denyut rasanya jari jemari mahu menyakiti isterinya.
"Tapi, awak..." Daizy tidak setuju. Baginya, Alfie sudah dianggap seperti abang sendiri.
"Stop it, Daizy. Jangan pancing emosi saya." Levent memejam mata seketika seraya menghela nafas panjang. Jika turuti emosi, pasti sang isteri mendapat sakit darinya. Akhirnya, Levent meninggalkan isterinya di situ.
Daizy semakin buntu. Sikap Levent semakin hari semakin mencabar kesabarannya. Entah bagaimana dia mahu mengharungi rumah tangga yang baru dibina. Sedangkan perjalanan mereka sebagai suami isteri masih panjang.
Share this novel