HARI demi hari, mereka hubungan mereka semakin dingin. Pun begitu, mereka berdua masih tetap berkomunikasi jika ada hal yang penting ingin dibicarakan.
Levent masih dengan sikapnya. Tidak sepenuhnya mempercayai apa pun yang isterinya katakan. Bagi Levent, Daizy masih menyembunyikan sesuatu di belakangnya. Sikap paranoid membuatkan dia semakin buruk sangka terhadap isterinya.
Walaupun begitu, segala keperluan dan kehendak isterinya masih dipenuhi. Dia masih mencuba untuk terus mempertahankan rumah tangga mereka. Tanpa dia sedari, sikapnya membuatkan Daizy mulai tawar hati. Ditambah lagi pergerakan wanita itu diawasi oleh Edsel dan Edna. Ke mana pun Daizy ingin pergi, mereka berdua harus menemaninya.
"Saya rimas. Saya tak suka pergerakan saya dikawal," luah Daizy begitu kesal.
Levent yang sedang berdiri di hadapan cermin hanya melirik isteri yang sedang duduk di hujung katil melalui pantulan cermin.
"Siapa yang kawal? Diorang hanya menjaga. Anggap saja diorang tak wujud," kata Levent begitu mudah.
"Tak wujud apanya kalau dah mengekor ke sana sini," luah Daizy tak puas hati.
"Sebab itu memang kerja diorang," balas Levent selamba.
"Dahlah, awak. Cukuplah. Dah berapa bulan awak buat saya macam ni. Saya penatlah," ungkap Daizy, sayu.
"Penat? Saya lagi penat nak tunggu awak jujur. Nak tunggu semua penipuan awak terbongkar. Awak tu cuma bernasib baik sebab saya tak jumpa lagi apa yang awak sorokkan." Levent palingkan tubuh memandang isterinya.
"Saya tak akan berhenti, Daizy. Awak yang akan tentukan permainan ni. Pengakhirannya di tangan awak. Semakin awak berkeras, semua ni tak akan ada penghujungnya." Mata Levent begitu tajam menatap mata sayu isterinya.
"Tolonglah, Levent. Can we stop this? Saya nak perkahwinan kita yang dulu. Sebelum tidur kita kongsi cerita. Bangun pagi kita boleh gelak sama-sama. Saya rindu semua tu," luah Daizy yang mulai dilanda sebak.
"So stop lying!"
"Saya tak tipu!" Potong Daizy.
"Shit!" Levent meninggalkan isterinya lalu menuju ke katil.
"Awak nak tahu tak apa yang saya rasa sekarang ni?" Soal Daizy memerhati suaminya yang sudah merebahkan tubuh di atas tilam.
"Saya dah tak rasa cinta dari awak. Belaian, gurauan semua tu dah hilang. Sentuhan awak pun saya dah lupa," luah Daizy, sebak. Sudah hampir berbulan-bulan Levent tidak menyentuhnya. Setiap kali dia memulai langkah, pasti suaminya akan menghindar.
Levent pula sengaja berbuat demikian untuk menghukum isterinya. Lagi pula, lebih baik menghindar daripada hilang kawalan dan mulai menyakiti tubuh isterinya.
"Kenapa tak minta belaian dari skandal awak?"
"Levent Haidar!" Marah Daizy. Tidak sangka sampai ke situ fikiran suaminya.
"Oh! Saya lupa! Korang berdua kan dah lama tak jumpa, since Edsel dan Edna awasi awak," perli Levent seraya tertawa. Selimut mulai ditarik hingga menutupi separuh tubuhnya.
"Matikan lampu. Saya nak tidur," arah Levent kemudian palingkan tubuh membelakangi isterinya.
Daizy hanya mampu bersabar. Entah sampai bila dia harus menghadapi sikap suaminya. Lelaki itu langsung tidak mempercayai apa pun yang dia katakan.
Dengan langkah berat, Daizy menuju ke katil setelah menutup lampu bilik. Yang tinggal hanya lampu tidur samar-samar menerangi bilik mereka.
PAGI itu, Levent sudah bersiap seperti biasa untuk ke pejabat setelah selesai sarapan pagi. Daizy tetap setia melayani suaminya. Makan minum serta pakaian lelaki itu masih dijaga rapi.
Setelah Levent bertolak ke pejabat, Daizy juga bersiap untuk keluar. Dia ingin mengunjungi Bonda Zainah serta anak-anak di rumah anak yatim. Sudah lama dia tidak mengunjungi mereka semua.
Sebaik membuka pintu rumah, kelihatan Edsel dan Edna mulai tegakkan tubuh. Kedua-duanya berdiri di hadapan Daizy.
"Maaf, puan. Tuan Levent tak benarkan puan keluar." Edna lebih dulu menyampaikan pesanan Levent.
Daizy masih mencuba untuk tetap sabar dan tenang. Levent semakin mencabar kesabarannya. Pasti gara-gara pertengkaran semalam.
"Kalau saya nak keluar juga, korang berdua nak buat apa?" Soal Daizy.
Edsel dan Edna berpandangan seketika sebelum kembali menatap Daizy. Kali ini, Edsel pula cuba mengatur bicara.
"Erm... maaf, puan. Kami tak boleh benarkan puan keluar dari rumah ni," katanya seraya tunduk.
"Tepi," arah Daizy namun kedua-dua pasangan itu tidak mahu berganjak.
"Maaf, puan." Edna terpaksa mencelah.
Tanpa pedulikan mereka berdua, Daizy tetap melangkah keluar dan serentak itu Edsel menahan tubuhnya.
"Don't touch me!" Tengking Daizy seraya menolak tubuh Edsel.
"Jangan sampai aku report dekat suami aku yang kau sentuh aku!" Tegas Daizy memberi amaran. Serta merta, Edsel melepaskan Daizy lalu mengundur ke belakang.
Daizy kembali mengatur langkah namun kali ini Edna pula yang menghalangnya.
"Lepaslah! Apa masalah korang ni, hah?!" Daizy cuba melepaskan diri namun Edna benar-benar kuat. Sedikit pun tak berganjak saat Daizy menolak tubuhnya.
Daizy mulai meronta-ronta dan menjerit. Sengaja mahu menarik perhatian jiran-jirannya.
Edsel dan Edna mulai berpandangan. Bimbang jika orang sekeliling mendengar suara teriakan Daizy.
Akhirnya, Edsel terpaksa menghubungi Levent dan menyampaikan apa yang sedang berlaku.
"Is that her voice?" Soal Levent saat mendengar suara teriakan Daizy.
"Ya, tuan," balas Edsel, sesekali memandang Daizy.
Levent terdiam sejenak. Isterinya benar-benar keras kepala. Wanita itu tidak akan berhenti selagi keinginannya tidak dituruti. Mendengar jeritan itu membuatkan Levent mulai simpati walaupun agak kesal. Mana mungkin membiarkan isterinya menjerit seperti itu sehingga dia pulang ke rumah. Akhirnya, Levent terpaksa membenarkan Daizy keluar.
"Bagi phone dekat dia."
Edsel segera menghulur telefon kepada Daizy yang masih menjerit-jerit. Akhirnya wanita itu berhenti sebaik melihat telefon bimbit dihulur kepadanya. Dengan pantas, telefon bimbit disambar kemudian dibawa ke telinga.
"Saya benarkan awak keluar. Macam biasa, Edsel dan Edna akan temankan awam," tutur Levent lebih dulu.
"Saya nak pergi rumah bonda. Apa kata diorang nanti kalau budak dua ekor ni ikut sekali?" Daizy menjeling tajam ke arah Edsel dan Edna.
"Apa masalahnya?"
"Tak..." tak sempat Daizy habiskan kata, Levent lebih dulu memotong.
"Dengar cakap saya, atau awak tak boleh pergi mana-mana," tegas Levent memberi pilihan buat isterinya.
Daizy mengetap bibir menahan marah. Jika terus melawan, pasti Levent akan mengubah fikiran.
"Fine!" Akhirnya Daizy setuju. Asalkan dia boleh menemui Bonda Zainah walaupun terpaksa membawa Edsel dan Edna bersama.
Sebelum menuju ke rumah anak yatim, Daizy singgah sebentar membeli buah tangan untuk anak-anak di sana. Hampir sejam membeli belah, kedua-dua belah tangan Edsel dan Edna sudah penuh dengan barang belanjaan.
Kedua-duanya mulai termengah-mengah membawa barang tersebut. Daizy sesekali melirik mereka berdua yang jelas kelihatan lelah.
"Nak sangat ikut, kan? Hah, makan tu!" Getus Daizy perlahan. Terkadang dia sengaja singgah di sebuah kedai hanya untuk melihat barang tanpa membelinya. Sengaja mahu melengahkan masa agar Edsel dan Edna benar-benar kelelahan.
Setelah puas, barulah Daizy mengajak mereka beredar dari situ. Setibanya di rumah anak yatim My Hope, Daizy disambut meriah oleh anak-anak yang baru sahaja selesai makan tengahari. Dan kebetulan Daizy membeli kek serta pencuci mulut untuk mereka.
"Ya Allah, Izy. Susah-susah aje beli semua ni untuk diorang. Bonda pun ada buat kuih sikit untuk budak-budak tu," tegur Bonda Zainah. Dia sebenarnya segan pada Levent. Apa kata lelaki itu nanti jika isterinya terus berbelanja untuk mereka?
"Alah biarlah, bonda. Bukan selalu pun diorang makan kek. Mesti bosan asyik makan kuih kampung aje," usik Daizy.
Dia faham benar perasaan anak-anak di situ kerana dia juga pernah melaluinya. Pasti bosan jika terus dihidangkan dengan menu yang sama. Bukan bererti dia tidak bersyukur, hanya jiwa kanak-kanaknya terkadang mahukan sesuatu yang baru. Namun saat beranjak dewasa, dia sudah tidak peduli pada akan semua itu asalkan perutnya terisi.
"Dah, jom kita makan sekali," ajaknya.
"Jap, dua orang tu siapa pulak?" Tanya Bonda Zainah saat Edsel dan Edna meletak barang di atas meja makan.
Daizy mengeluh perlahan sebelum tersenyum nipis.
"Bodyguard," kata Daizy lalu tersengih.
"Bodyguard? Dah kenapa pakai bodyguard? Ada orang kacau Izy?" Soal Bonda Zainah mulai panik.
"Ish, tak adalah, bonda. Levent tu saja buang tebiat. Kononnya risau bini dia pergi mana sorang-sorang," kata Daizy terpaksa menipu. Dia segera membawa Bonda Zainah berkumpul bersama anak-anak yang lain agar wanita tua itu tidak bertanya lebih.
JAM sudah menunjukkan pukul 4 petang dan Daizy belum juga menunjukkan tanda-tanda ingin pulang. Dia semakin rancak berbual bersama Bonda Zainah. Adakala dia bermain bersama anak-anak yatim di situ. Baginya, Edna dan Edsel sudah cukup untuk membuktikan kepada Levent bahawa dia tidak ke mana-mana dan hanya ke rumah anak yatim dan bukannya menemui lelaki lain.
Tepat pukul 5 petang, Levent menghubungi Edsel kerana Daizy tidak menyambut panggilannya. Telefon bimbit wanita tersebut disimpan di dalam beg dan terletak jauh di meja dapur.
"Puan, boleh kita bercakap sekejap?" Tanya Edsel sebaik berdiri di sisi Daizy.
Daizy mendengus kecil sebelum mengikuti Edsel ke luar rumah.
"Apa?"
"Tuan Levent arahkan kami untuk bawa Puan Daizy pulang ke rumah sekarang juga," maklum Edsel.
"Tak nak. Bagitahu bos kau yang aku nak tidur sini," kata Daizy dan terus berlalu masuk. Dibiarkan sahaja Edsel dan Edna terpinga-pinga di situ.
Akhirnya, Edsel terpaksa menghubungi Levent semula dan menyampaikan pesanan Daizy.
'God! Dia ni memang degillah! Apa yang aku buat, sikit pun dia tak takut!' Getus Levent dalam hati. Sungguh geram dengan sikap isterinya.
"It's okay. Cuma pastikan dia tak ke mana-mana.," pesan Levent sebelum matikan panggilan.
MALAM menjelma, Daizy sedikit hairan kerana Edsel dan Edna tidak lagi memaksanya untuk pulang. Levent juga tidak menghubunginya membuatkan Daizy sedikit bimbang.
Sebenarnya, bukan niat Daizy mahu bermalam di situ kerana dia sememangnya tidak membawa pakaian lebih. Dia hanya mahu menunjukkan protes pada suaminya. Lagipula, semua pakaiannya di rumah anak yatim itu sudah dibawa keluar sebaik tinggal bersama Levent.
Tidak lama itu, Alfie tiba di rumah. Lelaki itu baru sahaja pulang dari pejabat. Setelah membersihkan diri, barulah dia pergi menemui Daizy.
"Makin lama makin jarang kau datang sini, kan," perli Alfie.
"Sorry lah. Aku busy sangat," kata Daizy dengan senyuman nipisnya. Alfie belum mengetahui akan dirinya yang sudah tidak bekerja lagi pejabat suaminya.
"Dua orang tu, bodyguard kau? Betul?" Soal Alfie inginkan kepastian. Bonda Zainah lebih dulu memaklumkan kepadanya sebentar tadi.
Daizy angguk perlahan dengan senyuman mendatar. Di hadapan Alfie, dia agak sukar untuk menyembunyikan riak wajahnya.
"Kau dengan Levent ada masalah?" Alfie sengaja menduga. Matanya sesekali memerhati Edsel dan Edna yang sedang berdiri ditepi pagar rumah.
Daizy tak menjawab. Riak wajahnya yang berubah membuatkan Alfie semakin yakin dengan telahannya.
"Biasalah tu. Gaduh-gaduh manja suami isteri." Alfie cuba menghibur. Namun Daizy sedikit pun tak merespon hatta tersenyum sekalipun.
Edsel dan Edna begitu fokus memerhati Daizy dan Alfie. Apa pun pergerakan Daizy akan dilaporkan kepada Levent serta merta.
Setelah puas berbual di situ, mereka berdua pun masuk ke dalam rumah.
"Daizy dah nak balik?" Tanya Bonda Zainah. Puas sudah dia melepas rindu dengan wanita itu. Tidak pernah Daizy berlama-lama seperti hari ini.
Daizy tak menjawab. Hanya senyuman nipis yang dilemparkan.
"Assalamualaikum," ucapan salam dari pintu utama rumah menghentikan perbualan mereka bertiga. Tidak sampai beberapa saat, Levent sudah tiba di dapur. Tersenyum manis memandang isterinya sebelum beralih memandang Alfie dan Bonda Zainah.
"Kata nak bermalam, tapi lupa nak bawa baju," kata Levent seraya mendekati isterinya. Beg pakaian bersaiz sederhana dihulur kepada isterinya.
Dengan lidah yang membeku, Daizy menyambut beg tersebut. Benar-benar terkejut dengan kehadiran suaminya.
"Eh, nak bermalam ke? Kenapalah tak cakap awal-awal. Bonda boleh siapkan bilik untuk korang."
Daizy tak habis memandang suaminya. Entah apalagi yang lelaki itu fikirkan kali ini. Tidak lama itu, Ibu Salwa dan Ibu Ratih pula muncul di situ.
"Don't worry. Bilik dah siap dikemas. Levent dengan Izy boleh tidur dekat bilik ibu. Katil Izy masih ada lagi tau. Tak ada siapa berani nak usik," seloroh Ibu Ratih.
Daizy semakin terkedu. Bukan ini yang dia mahukan. Dia hanya ingin larikan diri sebentar dari kongkongan suaminya.
Share this novel