"JANGAN, Levent! Saya tak nak!" Daizy berundur ke belakang saat suaminya mulai naik ke atas katil. Mana mungkin dia mahu bersatu tubuh jika dalam keadaan terpaksa.
"Kau tahu kan, berdosa bila tolak ajakan suami," kata Levent sengaja memperingati isterinya.
"Aku tahu! Tapi... bukan macam ni caranya." Daizy semakin ketakutan.
"Cara macam mana?" Soal Levent semakin menghampiri isterinya. Sekelip mata, kedua-dua belah kaki isterinya ditarik sehingga wanita itu terlentang di atas katil. Dengan pantas, Levent naik ke atas tubuh isterinya kemudian menekan kedua-dua belah tangan isterinya ke permukaan katil.
"Aku ada dalam rumah, dalam bilik ni dan depan mata kau!... tapi kau masih berani nak sambut call lelaki lain?! Kau siap keluar pula dari bilik ni semata-mata nak sorokkan perbualan kau dengan dia!" Tengking Levent.
"Apa yang aku buat selama ni sikit pun tak buat kau takut?! Kau tak ambil pengajaran langsung, Daizy!"
"Apa lagi yang patut aku buat supaya kau dengar cakap aku?!" Tangan isterinya semakin dicengkam kuat. Kalau ikutkan hati, dia ingin menghukum isterinya. Tetapi apakan daya, rasa sayang masih melebihi rasa benci.
Air mata Daizy sudah jatuh membasahi rambut hingga permukaan cadar katil. Dia tidak mampu melawan kata-kata suaminya. Ditambah lagi wajah bengis lelaki itu sungguh menggerunkan sekali.
"Awak... dah tak cintakan saya... lagi?" Soal Daizy, tersekat-sekat. Dengan perasaan kecewa, dia palingkan wajah ke sisi. Disebabkan perbuatan suaminya sekarang, dia tidak lagi melihat cinta di mata lelaki itu.
Levent terpempan seketika. Baru tersedar akan dirinya yang kini sudah melebihi batas. Dia sudah menyakiti tubuh isterinya. Levent akhirnha bangun dari tubuh Daizy kemudian duduk di hujung katil. Kedua-dua tangan naik memegang kepala.
Daizy sudah menangis teresak-esak sambil menutup wajah dengan kedua-dua tangannya. Entah bila semua itu akan berakhir. Dia mahukan perkahwinan mereka seperti mula-mula dahulu, dipenuhi dengan kebahagiaan dan gelak tawa.
"Tolonglah..." tutur Levent perlahan sambil memejam mata. Antara marah dan simpati, semuanya sudah bercampur aduk.
"Saya bagi awak segalanya, Daizy. Apa lagi yang tak cukup sampaikan awak kena layan lelaki lain dekat luar sana?" Soal Levent seraya menoleh seketika melihat isterinya yang semakin tenggelam dalam tangisan.
"Segalanya, Daizy. Segalanya-galanga saya bagi untuk awak. Rumah ni tak cukup besar? Atau layanan saya selama ni tak memuaskan? Duit nafkah yang saya bagi tu tak cukup?" Levent terus mempersoalkan semua itu. Sedangkan punca masalah bukanlah datang daripada itu semua melainkan daripada sikap cemburu butanya.
Perlahan-lahan Daizy bangun dari baringnya kemudian pergi duduk di hujung katil membelakangi suaminya.
"Selagi awak tak sedar kesilapan awak... masalah ni tak akan pernah selesai," tutur Daizy seraya bangun dari katil kemudian berganjak dari situ.
Saat dia melepasi Levent, lelaki itu bangkit dari duduk dan terus menahannya. Lengan Daizy digenggam erat.
"Awak nak apa sebenarnya? Awak nak rosakkan rumah tangga kita? Susah sangatkah nak jujur? Susah sangat nak setia? Awak nak lelaki yang macam mana lagi?" Soal Levent bertubi-tubi.
Daizy menggeleng perlahan dengan air mata yang semakin lebat.
"Saya tak ada lelaki lain, Levent. Tolonglah percaya. Awak nak saya buat apa lagi? Awak nak saya terjun dari rumah ni? Kalau itu yang awak nak... saya akan buat..." Daizy terdiam sejenak seraya menarik nafas dalam.
"Saya akan buat kalau itu dapat puaskan hati awak." Tangan suaminya dileraikan dari terus mencengkam lengannya. Setelah itu, Daizy berjalan menuju ke arah beranda bilik kemudian menolak pintu gelangsar seluas-luasnya.
Sebaik melangkah keluar, Levent pantas mengejar isterinya.
"Nak mati sia-sia?" Tubuh isterinya ditarik agar masuk semula.
"Dah menipu, tak nak mengaku salah. Sekarang ni nak mati sia-sia pula?" Pintu gelangsar ditutup kemudian dikunci.
"Kalau nak sangat mati, minta maaf dulu dengan suami. Minta ampun segala kesalahan awak tu." Levent masih terus menyalahkan isterinya.
"Susah sangat ke nak jadi isteri yang patuh pada suami, dengar arahan suami. Dan tinggalkan semua yang suami larang. Susah, Daizy?" Nada suara Levent begitu sarat dengan kekecewaan.
"Saya kawin dengan awak, saya tak pernah susahkan awak. Saya tak pernah buat awak macam orang gaji. Awak nak masak, masak. Kalau tak nak, saya tak paksa. Kita boleh makan dekat luar. Saya cuma nak awak layan saya selayaknya suami. Setia dan patuh arahan. Lahirkan anak untuk saya dan kita jaga sama-sama anak kita. That's all, Daizy." Suara Levent kedengaran sebak.
"Dan, walaupun sekarang ni rezeki anak tu belum ada, saya tak pernah pun salahkan awak. Sikit pun tak pernah. Susah ke nak dengar cakap saya, Daizy?"
Daizy sudah diam membatu mendengar segala luahan suaminya. Jika didengar orang lain, pasti dirinya dianggap isteri yang tak tahu dek untung. Sedangkan dirinya juga semakin terhimpit dengan sikap suaminya.
"Saya..." Daizy akhirnya bersuara.
"Saya tak pernah curangi awak. Saya tak ada lelaki lain. Saya tak pernah ada skandal. Walau seribu kali pun awak tanya. Jawapan saya tetap sama," ungkapnya dalam keadaan tertunduk.
"See, awak tak akan pernah berubah. Tak akan pernah mengaku salah." Levent menggeleng perlahan melihat isterinya yang masih membela diri.
"Saya... tak salah." Daizy tetap dengan pendirian.
"Enough, Daizy. Saya penat nak telan semua penipuan awak. Saya sayang awak sangat-sangat. Dan disebabkan sayang tu jugalah saya masih cuba pertahankan rumah tangga kita. Saya nak perbaiki semuanya. Saya cuba untuk maafkan awak. Saya tolak tepi semua yang awak dah buat. Tapi tolonglah, jangan pernah menipu."
"Saya tak menipu," tutur Daizy perlahan namun kedengaran tegas.
"Teruskan berselindung macam ni, Daizy. Tapi ingat, jangan sampai aku jumpa korang depan-depan. I won't stop myself. Bukan setakat lelaki tu, tapi kau pun akan dapat sakit dari aku," kata Levent memberi amaran.
Daizy semakin jauh hati dengan sikap suaminya. Hati lelaki itu sungguh keras untuk melihat kebenaran dan kenyataan. Dia lebih memilih menuruti ego sendiri.
"Pergi tidur, rehat secukupnya. Awak kena lebih cergas esok untuk mulakan penipuan baru," kata Levent sinis seraya menuju ke meja kerja. Komputer riba segera dimatikan kerana mood bekerja sudah hilang. Dia hanya mahu merehatkan otak dan tubuhnya.
Daizy hanya memerhati suaminya rebahkan tubuh di atas katil. Beberapa saat barulah dia juga mengambil tempat di sisi lelaki itu.
KEESOKAN paginya, Daizy bangun lebih awal dari biasa. Dia lebih dahulu mandi dan bersiap untuk ke pejabat. Setelah mengenakan pakaian, Daizy bersedia untuk keluar dari biliknya namun terhenti saat suaminya memanggil.
Levent bangun dari baring sambil meraup wajah. Daizy hanya memerhati perbuatan suaminya yang baru sahaja bangun dari tidur.
"Awak nak pergi mana?" Soal Levent seraya bangun dari katil.
"Nak siapkan sarapan."
"No, awak nak pergi mana?" Soal Levent lagi seraya melirik pakaian isterinya.
"Nak kerjalah. Saya dah sihat."
"Tak payah." Levent bangun dari katil kemudian mendekati isterinya.
"Mulai hari ini, awak tak payah kerja. Duduk rumah, goyang kaki," katanya, sinis.
"Kenapa pula? Kita dah deal pasal benda ni kan? Saya yang akan berhenti kalau saya dah tak larat nak kerja. Kenapa sekarang ni awak pula nak suruh saya berhenti?" Soal Daizy tak puas hati.
"Sebab saya bos. Saya ada hak untuk buang awak. Dan, saya adalah suami jadi ada kuasa untuk larang awak bekerja," tegas Levent.
"Tak, tak." Daizy menggeleng laju. Tidak terima saat suaminya membuat keputusan tanpa berbincang terlebih dahulu.
"Saya tak terima. Saya tetap nak kerja jugak. Saya tak pernah buat masalah, kerja saya bagus. Kenapa awak nak suruh saya berhenti?" Daizy mahukan penjelasan yang lebih munasabah.
"As I said. Saya bos. Dan, saya suami," balas Levent selamba sebelum berpaling untuk menuju ke bilik air.
"Tunggu! Saya tak habis cakap lagi!" Daizy mengejar suaminya kemudian menahan lelaki itu.
"Bagilah sebab yang munasabah! Jangan buat keputusan disebabkan masalah peribadi kita!" Suara Daizy sudah mulai naik seoktaf.
"Lower your voice," tekan Levent.
"You should lower your ego!" Daizy membalas.
Levent tertawa sinis sebelum meninggalkan isterinya di situ yang semakin bengang dengan sikapnya.
Share this novel