TELEFON bimbit yang berdering menyedarkan Zila dari tidurnya. Selimut yang menutup dada digenggam seraya mencapai telefon bimbit di atas meja di sisi katil. Lelaki yang sedang terbaring di sebelahnya masih tertidur lena tanpa seurat benang. Hanya ditutupi selimut yang sama.
Sebaik melihat nama suaminya, Zila mengeluh panjang. Pasti lelaki itu sudah berada di rumah memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 9 malam. Selepas puas berasmara dengan lelaki di sebelahnya itu , mereka tertidur bersama-sama.
Dengan malasnya, Zila bangun kemudian memakai semula pakaiannya. Lelaki yang dibayar untuk memuaskan nafsunya masih tertidur pulas. Hanya terbangun sewaktu Daizy sedang mengeluarkan dompet.
"Nah." Beberapa keping not RM50 dikeluarkan lalu diletak di atas meja.
Lelaki itu perlahan-lahan bangun kemudian mencapai duit tersebut lalu dikira. Setelah puas hati, ianya dicium penuh kepuasan kerana khidmatnya dibayar sesuai rundingan.
"Kalau perlu lagi, kau tahu nak cari aku dekat mana," kata lelaki itu dengan senyuman penuh makna.
"Okey. Tunggu sampai aku yang hubungi kau. Jangan berani-berani nak hubungi aku," pesan Zila sebelum keluar dari situ.
Setibanya di rumah, keadaan begitu sunyi. Biasanya televisyen akan dipasang oleh Levent untuk mengelakkan suasana sepi. Dengan cermat, Zila naik ke tingkat atas dan terus ke bilik tidur mereka. Sebaik membuka pintu, bilik tersebut kosong tanpa kelibat suaminya. Sewaktu ingin melangkah masuk, kelihatan suaminya baru keluar dari bilik sebelah.
Sesudah dikunci, Levent mengatur langkah untuk beredar. Dia terhenti semula sewaktu melihat Zila di hadapan pintu bilik tidur mereka.
"Awak dari mana?" Tanya Levent.
"Jalan," balas Zila, singkat.
"Awak buat apa dekat situ?" Soal Zila pula sambil memuncungkan bibir ke arah bilik tersebut.
"Kemas barang," kata Levent sambil mendekati isterinya.
"Awak pergi mana tadi? Dah lewat macam ni baru nak balik."
"Saya pergi jalan-jalan. Bosanlah duduk rumah." Zila kemudian menapak masuk ke dalam bilik.
"Kenapa tak bagitahu saya dulu?" Tanya Levent kedengaran sedikit kesal.
"Lupa." Tuala dicapai kemudian disangkut di bahu.
"Awak dah makan?" Tanya Levent. Walaupun tak disediakan makanan, masih ada rasa prihatin untuk wanita itu.
"Dah, dekat luar tadi. Awak makan apa petang tadi? Sorrylah, saya lupa nak masak," kata Zila sambil berjalan masuk ke dalam bilik air kemudian menutup pintu.
Levent hanya memerhati sebelum menghela nafas panjang. Walaupun kesal, dia harus memberi peluang kepada Zila untuk belajar. Wanita itu masih baru dalam hal rumah tangga. Masih banyak yang perlu dipelajari. Berharap semoga sahaja wanita itu lebih baik daripada isteri pertamanya.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan, Zila semakin resah dek perut yang sudah mulai timbul sedikit. Kandungan yang sudah mencecah 5 bulan membuatkan diri mulai terdesak untuk menggugurkan kandungan itu. Dia sudsh tidak mempunyai cara lain memandangkan Levent tidak pernah menyentuhnya sepanjang perkahwinan mereka. Sekaligus bakal membuktikan bahawa bayi tersebut bukan benih suaminya.
"Argh! Ni semua kau punya pasallah, Daizy!" Marahnya sendiri. Perut yang membonjol sedikit diperhati dari pantulan cermin.
Semenjak perutnya mulai timbul, Zila tidak lagi pernah mengenakan pakaian ketat di hadapan suaminya. Dia juga hanya akan naik ke tempat tidur selepas lampu dimatikan. Dia harus berjaga-jaga agar rahsianya tidak terbongkar. Perihal majlis persandingan yang diimpikan selama ini terpaksa dilupakan. Apa yang penting, dia harus segera menghapuskan kandungannya.
Sementara Daizy pula, wanita itu tak henti-henti memanjatkan rasa syukur pada Yang Maha Esa atas kehamilannya. Walaupun tanpa suami di sisi, dia masih mampu bertahan dan menjalaninya seorang diri. Perut yang kini mencecah usia 4 bulan itu sudah mulai timbul namun tidak ketara kerana tubuh yang sememangnya kurus. Ditambah lagi dengan pakaiannya yang tidak terlalu ketat. Lebih suka mengenakan blaus longgar paras lutut atau pun skrit untuk keselesaan serta memudahkan pergerakannya.
Setiap kali bersiap di hadapan cermin, tangan pasti mengukur kebesaran perutnya. Tak sabar mahu menyaksikan sendiri perubahan tubuhnya menandakan bayinya membesar dengan sihat.
"Baby buat apa?" Soalnya sambil menatap perut dari pantulan cermin. Semenjak kandungan mencapai usia 4 bulan, dia sudah mulai merasai tendangan kecil dari dalam perutnya.
"Baby? You're kicking!" Kata Daizy teruja selepas merasai tendangan di dinding perutnya.
Tidak lama itu tangan membuka laci kemudian mengeluarkan sehelai foto suaminya.
"Baby, ini papa," katanya sambil mendekatkan foto tersebut di perutnya.
"Kita tak boleh jumpa papa. Kita cuma boleh tengok dia dari jauh," katanya begitu tenang sekali. Dia sudah pasrah. Mungkin inilah jalan hidupnya. Membesarkan anak seorang diri. Asalkan suaminya masih hidup dan mampu ditatap dari jauh, itu sudah mencukupi.
"Mama rindu papa," katanya dengan senyuman nipis.
"Baby rindu papa tak?" Soalnya sambil mengelus perut. Tiba-tiba, tendangan kecil terasa lagi. Serentak itu, Daizy tertawa.
"Haih, baby faham pulak apa yang mama tanya." Kepala digeleng kerana tercuit hati dengan tingkah bayi yang belum lahir itu. .
"Baby jangan risau. Mama akan pastikan baby kenal siapa papa. Baby kena tahu yang baby masih ada papa walaupun dari jauh," suara yang bergetar menandakan sebaknya datang lagi. Sekuat apa pun dia cuba bertahan, pasti akan kalah juga.
TENGAHARI itu, Levent pulang ke rumah untuk makan tengahari. Kebetulan dia baru sahaja berjumpa dengan klien sebentar tadi. Dia sengaja tidak memaklumkan pada Zila kerana wanita iti pasti berada di rumah. Namun sebaik tiba di rumah, ianya kosong.
Setelah memanggil dan tiada jawapan, Levent tahu isterinya tidak ada di rumah. Sudah beberapa kali ini Zila keluar tanpa pengetahuannya. Jika Daizy dahulu, pasti teruk wanita itu dimarahi.
Levent mengeluh panjang. Daizy dan Zila memang jauh berbeza. Perwatakan, kelembutan dan kepatuhan mereka seperti langit dan bumi. Semenjak kebelakangan ini, Zila memang kerap membantah. Tapi Levent selalu sedapkan hati sendiri. Dengan alasan, Zila masih belajar menjadi seorang isteri.
Disebabkan isterinya tidak ada di rumah, Levent terpaksa memasak sendiri. Sementara itu dia cuba menghubungi isterinya namun tidak sambut. Sehinggalah dia selesai makan kemudian berangkat ke tempat kerja semula.
Di hadapan sebuah klinik swasta, Zila baru sahaja keluar selepas selesai diperiksa. Memandangkan usia kandungannya sudah mencapai trimester kedua, ianya berisiko tinggi untuk digugurkan. Pihak klinik tidak mahu mengambil risiko ataupun bertanggungjawab jika ada komplikasi selepas proses pengguguran. Sudahnya, Zila keluar dengan perasaan bengang.
Masakan tidak, banyak rancangannya tidak berjaya memandangkan Levent belum mahu menyentuhnya. Tidak lain, dia terus menyalahkan Daizy. Pasti wanita itu punca suami mereka tidak mahu menyentuhnya.
Akhirnya dia menghubungi seseorang dan berjanji untuk bertemu di hotel. Setibanya di hotel, lelaki itu sudah lebih dulu tiba di situ. Mereka pun bersama-sama naik ke bilik hotel yang sudah ditempah. Masuk sahaja ke dalam bilik, lelaki tersebut merangkul pinggang Zila kemudian ditarik merapatinya. Tubuh Zila ditolak ke pintu sehingga ianya tertutup rapat.
"Jangan nak gelojoh sangat boleh tak?" Soal Zila dengan senyuman sinisnya. Dalam melarang, dia juga sedang menggoda lelaki itu.
"Aku rindulah," bisik lelaki itu sambil meratah leher Zila. Terpejam-pejam mata wanita itu menikmatinya. Kini, dia tidak peduli jika Levent tidak mampu memuaskan dirinya. Dengan wang yang diberikan lelaki itu, ianya digunakan untuk melampiaskan nafsu di luar.
"Rindu aku atau duit aku?" Perli Zila. Dia bukan tidak tahu lelaki seperti ini hanya mahukan wang. Sesuai dengan pekerjaannya.
"Dua-dua sekali," kata lelaki itu dan terus mengangkat tubuh Zila lalu dibawa ke katil. Kini, masing-masing sudah hanyut dalam kemaksiatan itu.
Ingatan Zila pada suaminya lenyap serta merta. Yang penting, dia mahu melepaskan keinginannya. Bayi yang sedang dikandung pun tidak mampu menghalang perbuatan jijiknya. Setelah puas, mereka rebah bersama-sama di atas katil. Kedengaran nafas mereka turun naik selepas aksi sebentar tadi.
"Ah! Puas gila dengan kau ni. Pandai kau main, kan," puji lelaki itu.
Zila hanya tersenyum bangga. Masakan tidak mahir, sedangkam itulah pekerjaannya dahulu. Bermacam skill sudah dipraktikkan bersama pelanggannya.
"Kau makan luar ni, kau tak takut kalau laki kau dapat tahu?"
Zila mendecit perlahan sebelum bangun dari baringnya.
"Dia tak akan tahu sebab dia tengah sibuk cari duit. Sampaikan aku pun dia tak layan. Mana aku tak makan luar," kata Zila seraya mengikat rambut kemudian bangun dari katil. Hari sudah petang dan dia harus pulang sebelum Levent tiba dari pejabat. Dia harus memastikan suaminya tidak tahu bahawa dia selalu keluar sewaktu ketiadaan suaminya.
"Dah nak balik?" Soal lelaki itu sambil bangun kemudian memeluk Zila dari belakang.
"Hm," balas Zila lalu mengutip pakaian yang berhamburan di atas lantai hotel.
"One more, please," bisik lelaki itu. Tangannya mulai menjalar kembali di perut Zila yang membuncit kemudian bermain-main dilekuk tubuh wanita itu.
Zila menepis laju kemudian menolak lelaki itu menjauhinya.
"Aku kena balik sebelum laki aku balik. Ingat sikit, duit yang aku bagi kau tu, duit dari dia. Faham?" Perli Zila seraya mengenakan semula pakaiannya.
Lelaki itu duduk semula di katil sambil memerhati Zila mengeluarkan duit. Semenjak menjadi lelaki simpanan kepada Zila, bayarannya pasti dinaikkan jika servisnya memuaskan. Sebab itulah dia melakukan yang terbaik untuk memuaskan Zila. Maka semakin teballah duit poketnya.
"Jangan lupa beli pil penggugur tu," Pesan Zila.
"Don't worry. Aku tahu black market yang aktif jual pil-pil macam tu."
BETIS yang sedih lenguh itu dipicit perlahan-lahan. Sudah beberapa minit berlalu semenjak tamatnya waktu pejabat, namun Daizy masih di situ. Terbongkok-bongkok memicit betis sambil duduk di hadapan meja kerja. Belum lagi pinggangnya terasa kejang selepas duduk terlalu lama.
Dari kejauhan, perbuatan Daizy diperhati oleh Muzammil. Sebenarnya, sudah ada khabar angin yang sampai di telinganya mengenai Daizy. Lebih tepatnya, khabar angin tentang kehamilan wanita itu. Salah seorang staf pernah melihat Daizy keluar dari klinik sambil membawa buku rawatan kehamilan.
Sejujurnya, dia juga sedar akan perubahan pemakaian Daizy. Wanita itu lebih gemar mengenakan blaus paras lutut mahupun skirt. Disebabkan rasa ingin tahu semakin memuncak, Muzammil datang mendekati Daizy.
"Penat?" Tegur Muzammil sebaik tiba di situ. Daizy segera tegakkan tubuh kemudian perbaiki postur duduknya.
"Taklah. Lenguh sikit aje," katanya dengan senyuman nipis.
"Kenapa tak balik lagi?"
"Nak baliklah ni." Daizy bergegas bangkit dari duduk. Akibatnya, perut terasa mengeras.
"Aduh!" Keluhnya sambil memegang perut. Serentak itu, mata Muzammil turun ke perut Daizy yang kelihatan sedikit membuncit.
"Are you pregnant?" Soal Muzammil langsung.
Daizy terkedu seketika. Terkebil-kebil matanya menatap Muzammil yang sedang merenung wajahnya dengan serius.
"Er..." Daizy tergagap.
"Daizy Baseera. Are you pregnant?" Ulang Muzammil. Wajahnya semakin tegang.
"Er, ya..." Daizy senyum kelat. Gerun melihat tatapan tajam lelaki itu.
Muzammil tersandar pada meja seraya meraup wajah. Kesal pada diri kerana tidak peka pada perubahan Daizy disebabkan terlalu sibuk pada pekerjaannya.
"Ya Allah," ucapnya diiringi helaan nafas yang panjang.
"Dah berapa bulan?" Soal Muzammil dengan wajah kesalnya.
"Er, 4 bulan." Daizy sambil menggaru kepala yang tidak gatal.
"Uncle tahu?"
Daizy angguk perlahan.
"Kenapalah uncle tak bagitahu saya? Awak pun satu hal. Kenapa tak cakap terus terang? Tiap bulan awak drive sendiri 4 jam ulang alik nak jumpa suami. Kenapa tak suruh Levent aje yang datang sini?"
Daizy menggumam. Hingga saat ini, Muzammil belum mengetahui akan pernikahan Levent bersama Zila. Lelaki itu menyangka hubungan Daizy dan suaminya baik-baik sahaja.
"Kalau macam ni, saya kena berhentikan awak kerja. Saya tak boleh biar awak ulang alik macam tu. Bahaya, Daizy. Kita tak minta perkara buruk berlaku, tapi kalau terjadi sesuatu waktu awak memandu sendiri, siapa yang salah? Kitorang semua juga," bebel Muzammil.
"Sorrylah, tuan. Tapi janganlah sampai nak pecat saya." Daizy tunduk dengan wajah sayu. Jika dia diberhentikan kerja, ke mana lagi dia mahu membawa diri?
Ke rumah bonda? Tidak. Jangan sampai bonda tahu masalah yang sedang dia hadapi. Mahu ke rumah Dato Ahmed pula, pasti suaminya bakal ada di situ memandangkan lelaki tua itu adalah orang tuanya.
Tapi jika Muzammil sudah tegas mahu memecatnya, dia tidak boleh menentang keputusan lelaki itu.
"Saya terpaksa bincang hal ni dengan uncle. Apa-apa keputusan nanti, saya nak awak jangan membantah. Semua ni demi kebaikan awak, Daizy. Awak lebih selamat kalau dekat dengan suami awak," kata Muzammil memberi nasihat.
Daizy tak menjawab. Jika itu keputusan Muzammil, dia hanya mampu menuruti.
"Dah, pergi balik. Awak larat nak memandu? Atau nak saya hantar balik?" Tanya Muzammil.
"Tak apa, saya drive sendiri."
Selepas mengemas meja kerjanya, Daizy beredar tanpa suara. Sejujurnya, dia berkecil hati dengan Muzammil. Namun apalah daya diri yang hanya sebatas seorang pekerja bawahan.
Tanpa membuang masa, Muzammil menghubungi Dato Ahmed untuk membincangkan masalah itu. Dia mendesak agar Dato Ahmed memujuk Daizy agar berhenti dari pejabat itu.
Walaupun berbelah bagi, Dato Ahmed terpaksa akur pada cadangan Muzammil demi keselamatan Daizy dan kandungannya. Seminggu kemudian, Daizy berhenti secara rasmi dari syarikat tersebut. Walaupun berat hati, dia terpaksa akur pada atasannya.
Di dalam bilik sewa, Daizy sedang mengemas pakaiannya. Sebentar lagi Muzammil yang akan menghantarnya pulang terus ke rumah anak yatim.
Sepanjang perjalanan, Daizy senyap di tempat duduknya. Tak mahu menoleh sedikit pun ke arah Muzammil yang sedang memandu di sisinya. Jelas sungguh dia merajuk dengan lelaki itu. Setelah menempuh 4 jam perjalanan, mereka tiba di rumah anak yatim My Hope. Kedatangan mereka disambut meriah oleh penghuni rumah itu.
Kebetulan, Alfie juga ada di situ. Dikesempatan ini, mereka berdua saling bermaafan atas apa yang berlaku sebelum ini. Pertemuan pertama mereka sememangnya tidak berjalan lancar. Hampir dua jam di situ, barulah Muzammil berpamitan untuk pulang.
"Jaga diri baik-baik, Daizy," pesan Muzammil sewaktu mereka berjalan menuju ke kereta.
"Lepas ni mesti awak dah lupa saya, kan. Yelah, dah duduk dengan keluarga sendiri," katanya mengusik.
"Mana boleh saya lupa. Tuan banyak tolong saya. Kalau bukan sebab tuan, tak tahulah apa jadi pada saya sekarang," katanya begitu bersyukur sekali.
"Setiap pertemuan ada hikmahnya. Dan setiap pertemuan juga ada perpisahan. Macam kita sekarang ni lah."
Daizy sedar dan akur. Sememangnya mereka mempunyai kehidupan masing-masing yang harus dilanjutkan.
"Kalau datang tu singgahlah sini, ya. Jenguk-jenguk saya," pesan Daizy.
"Ya, Insha Allah. Oh ya, bila Levent nak jemput awak?"
Daizy senyap seiring senyuman yang sedikit memudar.
"Em, mungkin malam ni."
"Oh, okey. Kirim salah dekat dia," pesannya.
"Tuan," panggil Daizy kelihatan sedikit resah.
"Daddy ada cerita something tak dengan tuan?" Tanya Daizy sengaja mahu memastikan.
"Cerita? Cerita apa? Tak ada pulak dia cakap apa-apa," kata Muzammil sedikit bingung.
Daizy sedikit lega. Mujurlah Dato Ahmed tidak menceritakan apa yang berlaku. Dia tidak mahu orang sekeliling terlalu membimbangkn dirinya. Dia masih mampu menanggungnya seorang diri. Cukuplah Alfie dan Dato Ahmed yang tahu perkara sebenar.
"Tuan geraklah. Dah lewat ni. Nanti sampai ke malam pulak tuan dekat sini."
Setelah Muzammil masuk ke dalam kereta, Daizy melambai buat kali terakhir. Entah bila lagi baru mereka dapat berjumpa. Kini, dia harus menempuh cabaran baru. Yakni cabaran bertemu suami serta madunya nanti.
Malam itu, Dato Ahmed datang ke rumah anak yatim untuk menemui Daizy. Bersyukur kerana menantunya mahu pulang dan lebih dekat dengan mereka semua.
"Kita balik rumah daddy, ya," pujuk Dato Ahmed untuk kesekian kalinya. Melihat wajah resah menantunya, dia tahu wanita itu bimbang jika bertemu suaminya. Daizy tidak mahu didesak soal perceraian. Dia belum bersedia.
"Pasal Levent, Daizy jangan risau. Dia tak pernah datang rumah. Apatah lagi nak bawa Zila. Dia tak akan berani bawa bini dia tu jumpa daddy."
Daizy masih senyap. Kegusaran hatinya semakin menjadi-jadi.
"Saya tak kuat nak jumpa dia daddy. Kalau boleh, saya tak nak keluar rumah. Saya takut terjumpa diorang dekat luar. Saya tak nak diorang ketawakan saya. Saya betul-betul jatuh, daddy. Saya dah hancur," katanya cuba menahan sebak.
"Sebab tu daddy ajak tinggal di rumah. Daddy nak Daizy belajar dengan daddy."
"Belajar?" Daizy sedikit bingung.
"Ya, belajar. Belajar tentang syarikat."
"Maksud daddy?"
"Daddy nak Daizy gantikan tempat Levent," jelas Dato Ahmed dengan wajah serius.
"Hah?" Daizy tegakkan duduk seiring dahi yang mulai berkerut.
Share this novel