TIBA waktu rehat, staf sudah mulai meninggalkan pejabat untuk pergi mengisi perut. Daizy pula masih di tempat duduknya sambil merenung tepat ke pintu ruangan suaminya. Levent tidak ada di pejabat tengahari itu. Dia terpaksa keluar untuk menghadiri mesyuarat di luar pejabat.
Hampir beberapa minit termenung barulah Daizy beredar dari situ. Perutnya juga sudah mulai berbunyi meminta untuk diisi. Daizy memilih restoran yang ada di pusat membeli belah. Dia berniat untuk membeli sedikit barang selepas mengisi perut nanti.
Sedang asyik berjalan, telefon bimbitnya bergetar menandakan masuknya pesanan ringkas satu persatu.
'Where are you?'
'Jalan dengan siapa?'
'Saya call Wati tapi dia kata awak tak ada dengan diorang.'
'Where are you now?'
Satu persatu mesej dari suaminya dibaca dalam hati. Sesaat, terdengar keluhan dari mulut Daizy. Kesal jika suaminya sudah mulai menyoal begini. Telefon bimbit kembali dimasukkan ke dalam beg tanpa membalas mesej dari suaminya. Tidak terhenti di situ, telefonny kembali bergetar menandakan adanya panggilan masuk. Pun begitu, Daizy tetap membiarkan sehinggalah telefon bimbitnya berhenti bergetar.
Hampir setengah jam menghabiskan masa di dalam pusat membeli belah itu, Daizy memutuskan untuk pulang ke pejabat. Saat menuju ke kereta, entah kenapa dirinya terasa seperti diekori. Sesekali terdengar bunyi tapak kasut melangkah menghampirinya.
Daizy tak henti-henti menoleh ke belakang. Bimbang jika dia benar-benar diekori. Sebaik masuk ke dalam kereta, barulah dia menghela nafas lega. Pintu segera dikunci kemudian memandu keluar dari situ.
Setibanya di pejabat, dia terus menuju ke ruangan suaminya. Namun sayangnya, Levent belum juga munculkan diri. Hampir beberapa minit duduk di dalam bilik tersebut, akhirnya Daizy memutuskan untuk keluar semula. Baru hendak membuka pintu, ianya sudah terkuak dari luar.
Wajah Levent kelihatan terkejut melihat kehadiran isterinya di situ.
"What are you doing here?" Soal Levent, cuba berlagak tenang.
"Cari awaklah."
"Saya call , wasap kenapa tak balas?" Soal Levent lebih dulu sambil menuju ke meja kerjanya.
"Tak dengar," kata Daizy memberi alasan.
"Tak dengar? Atau awak tengah sibuk dating sampai tak hiraukan mesej dan call dari suami sendiri," tuduh Levent.
"Can you stop it? Saya tahu awak marah, tapi jangan nak ikut sedap mulut awak aje nak main tuduh. Awak yang sibuk sangat sampai tak ada masa nak lunch dengan saya," balas Daizy, tak puas hati.
"Saya sibuk sebab kerja! Cari duit untuk awak juga! Awak fikir saya ada masa nak menggatal dengan perempuan dekat luar sana macam awak menggatal dengan lelaki lain?!" Bidas Levent.
Serta merta Daizy tertawa besar. Sedaya upaya menahan emosinya. Tidak terima saat dituduh melulu oleh suaminya.
"Awak memang dah melampau, Levent!"
"Siapa yang melampau?! Saya atau awak?!" Levent pantas mencelah.
"Dari mula kawin lagi awak tak pernah jujur, Daizy Baseera!" Tengking Levent.
"Tingkah laku awak buat saya jadi tak tenang! Setiap kata yang keluar dari mulut awak, mesti akan bercanggah dengan kebenaran! How can I trust you?!"
Daizy menggeleng laju. Tidak terima bulat-bulat segala tuduhan dari Levent.
"Awak yang terlalu overthinking, Levent! Awak sentiasa fikirkan benda yang tak berlaku! Awak selalu tuduh saya ada skandal! Sedangkan saya tak ada lelaki lain selain awak!" Tempelak Daizy.
"Nonsense! Awak pandai menipu, Daizy! Awak pandai sorok! Awak sama macam!..." Levent pantas palingkan tubuh membelakangi isterinya. Hampir sahaja dia menyebut nama yang tidak seharusnya diketahui isterinya.
Daizy pula sudah terkedu. Siapa yang ingin disamakan dengan dirinya?
"Siapa?" Soal Daizy tak puas hati.
"Keluar," halau Levent membuatkan isterinya semakin bengang.
"Awak halau saya?" Daizy beralih ke hadapan suaminya.
"Keluar, Daizy!" Levent memejam mata. Tidak mahu menatap mata merah isterinya.
"Sampai hati awak, kan! Awak yang salah! Awak yang selalu fikir bukan-bukan pasal saya! Dan sekarang ni... awak bertingkah seolah saya yang salah!" Daizy sudah mulai teresak-esak.
"Awak halau saya keluar, kan? Baik! Saya akan keluar! Saya tak akan jejak kaki dalam bilik awak ni lagi!" Daizy kedengaran begitu nekad. Tidak pernah merasa semalu ini dengan suaminya.
Saat ingin berpaling. Beg tangannya disambar kasar oleh Levent.
"Bagi telefon awak," arah Levent, tegas.
"Buat apa?!" Soal Daizy tak puas hati.
"Give me you phone! Now!" Bentak Levent. Mujur sahaja ruangannya kedap bunyi sehingga orang yang berada di luar tidak akan mampu mendengar apa yang berlaku di dalam.
"No way!" Daizy cuba melawan.
"Kenapa? Awak ada sembunyikan sesuatu?" Levent sengaja mencuba untuk memprovokasi isterinya.
"Kau!..." Daizy semakin bengang.
"Give me your fucking phone!" Sekali rentap, beg tangan Daizy sudah berada di tangan suaminya. Lelaki itu segera menyelongkar beg tersebut kemudian mengeluarkan telefon bimbit isterinya.
"Aku nak tahu jantan mana yang kau sorok! Kalau aku dapat tahu!... I'll cut his dick!"
"Carilah! Cari sampai jumpa! Kalau kau tak nak mampu buktikan..." Daizy menarik nafas dalam dengan dada yang berombak.
"We are done!" Daizy begitu nekad dengan kata-katanya kali ini. Tiada guna hidup bersama jika tiada kepercayaan di antara mereka.
Saat ingin berpaling, lengannya pula disambar kasar.
"What?!" Lengan isterinya dicengkam kuat.
"Ulang balik!" Levent dekatkan telinga ke wajah isterinya.
"I said, we are done!" Teriak Daizy seraya merentap tangannya. Setelah itu dia bergegas keluar dari situ tanpa telefon bimbitnya. Hanya beg tangan yang sempat diambil semula.
"God! She is so stubborn!" Getus Levent saat melihat isterinya berlalu pergi.
"Aku akan cari sampai jumpa, Daizy! Aku akan cari siapa jantan tu sampai ke lubang cacing!" Levent masih dengan keputusannya. Dia tetap yakin bahawa isterinya sedang menyembunyikan seorang lelaki di belakangnya.
Dengan semangat yang berkobar-kobar, Levent mulai memeriksa telefon bimbit isterinya. Dari pesanan ringkas hinggalah log panggilan. Tidak hanya itu, galeri foto juga diperiksa satu persatu. Pendek kata, tiada satu pun fail yang dibiarkan tanpa diperiksa.
AIR MATA yang jatuh ke pipi dikesat kasar dengan belakang tangannya. Tangan sebelah pula masih kemas mengawal stereng kereta. Daizy bertindak meninggalkan pejabat sebaik keluar dari ruangan suaminya. Tiada guna lagi dia kekal di situ selepas apa yang berlaku. Lagi pula, dia juga tidak akan mampu untuk fokus pada pekerjaannya.
Walaupun baru pukul 2 petang, langit begitu gelap kerana mendung. Sepertinya hari akan hujan tidak lama lagi. Langit bagaikan mengerti dengan keadaan hati Daizy saat itu. Sedih dan kecewa. Tidak lama itu, rintik air hujan mulai membasahi cermin keretanya, perlahan-lahan sehingga akhirnya semakin lebat.
Hampir setengah jam memandu, akhirnya Daizy berhenti tidak jauh dari rumah anak yatim My Hope. Dia sengaja berhenti agak jauh agar kehadirannya tidak disedari. Dia ingin turun dan mengadu pada Bonda Zainah. Namun pasti wanita itu akan mengajukan pelbagai soalan.
Disebabkan hujan yang semakin lebat serta kepala yang mulai terasa berat akibat menangis, akhirnya Daizy tertidur di dalam kereta.
LEVENT bergegas turun dari kereta sambil berpayung menuju ke pagar rumah yang masih berkunci. Halaman rumah juga gelap kerana lampu tidak dihidupkan. Levent tahu, isterinya tidak ada di rumah kerana kereta wanita itu tidak kelihatan di pekarangan rumah.
Sebaik masuk ke dalam rumah, Levent segera melepas blazer yang basah akibat hujan kemudian pergi menghidupkan semua lampu.
Selesai mandi, Levent termenung sendiri di hujung katil. Dia ingin menghubungi Daizy namun telefon bimbit sang isteri ada bersamanya. Itu membuatkan Levent semakin tak tentu arah. Selepas memeriksa telefon bimbit isterinya, dia tidak menemui apa-apa yang mencurigakan. Mesej bersama Alfie pun terakhir kali hanya pada 3 bulan lepas.
Kini, Levent diserbu penyesalan. Dia tidak tahu ke mana isterinya pergi. Hendak menghubungi Bonda Zainah pun dia bimbang wanita itu akan tahu mereka sedang bertengkar.
"DAIZY!" Cermin tempat duduk pemandu diketuk bertalu-talu. Sudah 10 minit Alfie mengetuk cermin tersebut namun Daizy tidak menunjukkan sebarang reaksi.
"Daizy! Buka pintu ni!" Pemegang pintu tak henti-henti ditarik. Berharap agar ianya terbuka.
"Ya Allah budak ni! Tidur ke pengsan?! Daizy!" Alfie semakin buntu ditambah lagi dengan derasnya hujan yang turun membuatkan otaknya tak mampu berfikir. Dia bimbang keadaan Daizy yang tidak sedarkan diri.
Kebetulan dia menyedari kereta Daizy yang terparkir di situ sewaktu pulang dari pejabat setengah jam yang lalu.
Tanpa berfikir panjang, Alfie mencapai sebiji batu yang terdapat di situ. Baru hendak memukul cermin, Daizy sudah mulai menggeliat kecil. Serta merta, Alfie melepas batu tersebut kemudian kembali mengetuk cermin.
"Daizy?! Buka pintu ni!" Teriak Alfie di luar.
Daizy yang baru tersedar sedikit berkerut kening melihat Alfie berhujan di samping keretanya. Tanpa membuang masa, Daizy segera membuka pintu kereta.
"Daizy!" Serta merta Alfie memeluknya. Bimbang sungguh dengan keadaan Daizy.
"Alfie? Kau buat apa dekat sini?" Soal Daizy kebingungan. Lelaki itu masih erat memeluknya dengan keadaan tubuh yang basah kuyup.
Sesaat, Alfie melepas pelukannya.
"Kau okey?! Kau sakit?!" Soalnya panik. Kedua-dia tangannya melekap di pipi Daizy. Matanya pula memerhati tubuh wanita itu. Bimbang jika Daizy terluka.
"Aku... aku okey," balas Daizy seraya menolak perlahan tangan Alfie.
"Kau buat apa dekat sini?! Duduk dalm kereta sorang-sorang! Dalam hujan macam ni! Kau tahu tak aku dari tadi berdiri dekat luar ni. Ikutkan hati aku nak pecahkan cermin kereta kau ni!" Marah Alfie. Tak peduli langsung pada dirinya yang sedang kebasahan.
"Keluar! Kita masuk rumah sekarang!" Ajak Alfie. Tangan Daizy sudah digenggam kemas.
"Tak nak." Daizy keraskan tubuh.
"Tak nak kenapa pulak?! Kita dah basah lencun macam ni! Lagi pun aku risau keadaan kau ni Daizy! Kau tak pernah macam ni!" Marah Alfie.
"Tak nak. Aku tak nak bonda tanya macam-macam." Suara Daizy mulai sebak menahan tangis.
Alfie yakin, sesuatu sedang terjadi antara Daizy dan Levent.
"Kau gaduh dengan laki kau, kan?" Alfie menduga.
Daizy tunduk tanpa jawapan. Perbuatannya membuatkan Alfie semakin yakin dengan telahannya.
"Gaduh macam mana sekali pun, lari bukan jalan penyelesaiannya, Daizy. Korang berdua dah kawin. Kena duduk dan berbincang. Kau bukan budak lagi, tau."
Daizy semakin berendam air mata. Ini bukanlah pertama kali dia bertengkar dengan suaminya dan kali ini dia benar-benar tewas.
"Habis tu? Kau nak balik?" Soal Alfie, juga buntu.
"Aku... aku okey, Alfie. Kau jangan risau. Aku cuma penat sikit, sebab tu aku tertidur," jelas Daizy sambil perbaiki duduknya. Untung sahaja hujan sudah mulai reda.
"Sure? Kau boleh drive? Kalau tak, aku hantar kau balik," cadang Alfie.
Daizy menggeleng perlahan.
"Tak apa. Aku boleh drive sendiri. Jangan risau, okey?" Air mata yang membasahi pipi diseka kemudian berusaha mengukir senyuman agar Alfie percaya bahawa dirinya baik-baik sahaja.
"Yalah, kalau macam tu. Sampai rumah nanti terus mandi tau. Sorrylah sebab dah basahkan baju kau sekali," kata Alfie, serba salah. Teringat akan tindakannya memeluk Daizy sebentar tadi.
TEPAT pukul 8 malam Daizy tiba di rumahnya. Melihat kereta suaminya yang sudah terparkir, keluhannya terus terlepas. Pasti dia akan mendapat bertubi-tubi soalan dari lelaki itu.
Sebaik memasuki rumah, ianya begitu sunyi. Pasti suaminya sedang berada di dalam bilik. Maka, Daizy pun terus menuju ke bilik mereka. Saat membuka pintu, suaminya sedang duduk di hujung katil sambil membelakangi pintu. Sepertinya lelaki itu tidak menyedari kehadiran dirinya.
Tanpa bersuara, Daizy meletak beg tangan di atas meja solek kemudian berjalan menuju ke bilik mandi. Saat itu juga, Levent menoleh memandang isterinya.
"Awak dari mana?" Soal Levent, mendatar. Daizy pula terhenti tepat di hadapan pintu bilik mandi. Sedikit pun tak menoleh memandang suaminya.
"Daizy Baseera. Mana awak pergi? Sekarang baru nak balik? Dari mana? Jumpa siapa?" Levent berdiri dan mulai mendekati isterinya.
"Jumpa skandal?" Soal Levent sengaja mahu memulai pertengkaran. Entah kenapa, hatinya belum puas untuk menuduh isterinya. Hilang sudah rasa bersalah yang menggunung di dada sebentar tadi.
Perlahan-lahan, Daizy palingkan tubuh menghadap suaminya. Mata tajam suaminya ditatap kosong. Levent pula sedikit terkejut melihat baju dan rambut isterinya yang basah.
"Seronok main hujan? Dengan siapa? Kekasih hati?" Levent mulai menyilang tangan di dada menunggu reaksi isterinya.
"Saya hilang entah ke mana, tak balik sampai malam awak sikit pun tak risau. Dengan telefon saya yang awak ambil. Awak tak terfikir pun kalau-kalau saya perlukan bantuan awak," luah Daizy dengan suara yang bergetar menahan sebak dan kedinginan.
Levent menelan liur seraya alihkan pandangan seketika. Tidak mahu termakan dengan wajah sayu isterinya.
"Nak risau apa? Awak bukan pergi mana pun. Jumpa kekasih hati, kan? Mestilah awak rasa paling selamat dekat sana."
Sekelip mata, wajah Levent terpaling selepas ditampar oleh isterinya. Untuk pertama kali semenjak pernikahan mereka, Daizy tidak teragak-agak untuk naik tangan. Kali ini suaminya benar-benar melampaui batas.
"How dare you?!" Pipi yang ditampar disentuh kasar. Tidak sangka isterinya berani naik tangan.
Daizy tidak sedikit pun gentar melawan mata suaminya. Jantungnya berdetak semakin hebat tatkala tapak tangan mulai terasa kebas selepas menampar suaminya. Kini, rasa berdenyut-denyut itu mulai naik ke kepala dan batang lehernya. Wajahnya mulai pucat dan terasa panas.
Untuk seketika, tiba-tiba telinganya berdesing sebelum akhirnya menjadi hening.
"Daizy?" Panggil Levent saat melihat isterinya mulai hilang keseimbangan.
Daizy berpaut pada pintu bilik air saat kakinya mulai melemah.
"Sayang!" Dengan pantas Levent menyambar tubuh isterinya dari terus jatuh ke atas lantai.
Daizy kini terlentok lemah di dada suaminya sehinggalah akhirnya dia benar-benar tidak sedarkan diri.
Share this novel