Repeated, Again

Romance Series 28423

SEPERTI yang dijanjikan, Levent bersedia untuk menghantar isterinya pulang ke rumah Dato Ahmed.
    
     "Sayang, okey tak ni? Nak buang air ke?" Soal Levent saat mereka baru memasuki lif. Sedari tadi dia memerhati cara berjalan isterinya yang agak aneh.

     "Taklah. Cuma... rasa tak selesa." Daizy menayang senyuman kelat.

     "Tak selesa? Sejuk?" Dia sudah bersedia mahu menanggalkan jaket untuk isterinya.

     "Bukan. Erm..." Daizy menggaru kepala sambil mengepit rapat kedua-dua belah pahanya.

     Levent semakin hairan melihat tingkah isterinya. Lama wajah isterinya ditenung sebelum akhirnya Levent mengetap bibir menahan tawa. Dan akhirnya, tawanya terlepas sebaik mengerti maksud isterinya.

     "Sorrylah sayang. Saya rindu sangat dengan awak. Sebab itulah terlajak 'main' semalam," katanya lagi dengan tawa yang masih tersisa.

     Daizy pula sudah menekup wajah menahan malu.

     "Nasiblah awak kata penat semalam. Kalau tak, mesti dah 4 round," usik Levent lagi. Serta merta, lengannya berbunyi sebaik ditampar oleh isterinya.

     "Ish! Malulah kalau orang dengar!" Marah Daizy. Pasti menjadi aib jika didengari oleh sesiapa.

     "Patutlah pinggang saya jammed," kata Daizy lagi seraya menjeling tajam.

     "Sorry, sayang. Sorry!" Kedua-dua belah pipi isterinya dicubit manja. Sebaik lif terbuka, mereka pun bersama-sama menuju ke tempat letak kereta. Harus segera beredar dari situ sebelum Dato Ahmed menyedari ketiadaan Daizy di rumah.

KEDUA-duanya tunduk merenung lantai sambil berpegangan tangan. Tingkah mereka berdua tak ubah seperti anak kecil yang sedang dimarahi oleh orang tua mereka. Masakan tidak, ketiadaan Daizy di dalam bilik sudah dilaporkan oleh Mak Iti sebentar tadi sewaktu ingin mengejutkan Daizy untuk solat subuh.

"Kenapalah keluar tak bagi daddy dulu? Daddy dah panik tahu tak? Sikit lagi daddy nak call polis." Anak dan menantunya ditatap silih berganti.

"Levent. Kalau ya pun, bagitahulah daddy yang kamu nak ambil isteri kamu. Jangan bawa lari macam tu. Ni mesti Daizy yang panjat pagar, kan?" Tidak terbayang jika menantunya jatuh akibat memanjat pagar setinggi hampir 4 meter itu.

"Tapi daddy, Daizy mahir panjat pagar. Katanya dah biasa waktu sekolah dulu," seloroh Levent sengaja mahu mengusik isteri. Spontan, siku Daizy mengenai perutnya.

"Awak!" Daizy membuntangkan mata agar suaminya berhenti bergurau.

"Dah, dah. Korang berdua ni dah macam budak-budak. Nasiblah dah besar panjang. Kalau tak, memang sorang-sorang kena piat telinga," kata Dato Ahmed dengan wajah kesalnya.

"Pergi mandi, lepas tu kita solat sama-sama," arah Dato Ahmed kemudian beredar dari situ.

Sebaik kelibat orang tua itu tidak kelihatan, tawa mereka berdua terus bergema serentak. Mujurlah Dato Ahmed tidak memperbesar masalah tersebut.

Pagi itu, selesai sahaja sarapan, Levent dan Daizy meminta diri untuk pulang. Dato Ahmed berasa lega kerana kedua-dua pasangan itu sudah mulai akur kembali.

Setibanya di rumah, mereka berdua disambut oleh Edsel dan Edna yang sedang menunggu di hadapan pintu rumah. Riak wajah Daizy mulai berubah. Bukankah hubungan mereka sudah membaik? Kenapa Edsel dan Edna masih ada di sini?

"Wait. Sayang jangan salah faham dulu." Levent lebih dulu berbicara saat menyedari riak wajah isterinya.

"Edsel dan Edna tak akan awasi sayang lagi. Cuma..." isterinya dibawa mendekati Edsel dan Edna.

"Diorang berdua akan temankan sayang dekat rumah. Suka hati sayanglah nak buat apa dengan diorang berdua ni. Nak main masak-masak, nak main anak patung. Terserah. But they won't interupt in anything you do selagi sayang tak perlukan pertolongan diorang," jelas Levent panjang lebar.

"But..." suara Daizy semakin perlahan.

"Saya tak selesa kalau diorang berdua ada dalam rumah. Saya cuma nak kita. Just two of us." Daizy tayang wajah sayu. Berharap agar suaminya mengerti.

"Sayang," panggil Levent, lembut.

"Please. Let them accompany you. Saya janji, diorang tak akan ganggu sayang. Sayang nak pergi mana sekali pun, diorang tak akan halang lagi."

"I thought, everything is clear," tutur Daizy, sedikit kecewa. Ibarat suaminya masih belum mempercayai dirinya sepenuhnya.

"No, no. Bukan macam tu. Saya cuma... nak pastikan yang sayang terjaga. Ke mana pun sayang nak pergi, saya tahu yang sayang selamat," jelas Levent memberi alasan.

Daizy mengeluh pendek seraya memandang Edsel dan Edna sebelum kembali menatap suaminya semula. Disebabkan tidak mahu mengeruhkan hubungan yang sedang membaik, Daizy akhirnya akur pada suaminya. Asalkan hubungan mereka tidak terjejas.

Semenjak hari itu, suasana rumah kembali ceria. Gelak tawa Daizy juga mulai kedengaran memecah kesunyian yang selama ini menyelubungi rumah tangga mereka.

     "Kek dah masak?" Soal Daizy yang sedang menuang krim ke dalam pengadun.

     "Belum lagi, puan," balas Edna yang sedang berdiri di hadapan ketuhar. Matanya tak lari dari merenung kek yang sedang dibakar di dalam ketuhar tersebut. Sudah hampir 10 minit dia berdiri di situ.

     Edna sedang membantu Daizy menyediakan sebiji kek untuk menyambut ulang tahun perkahwinan yang kedua. Kali ini, Daizy lebih bersemangat untuk menyambutnya kerana hubungannya bersama suami sudah membaik.

     TING! Bunyi yang datang dari ketuhar menandakan kek sudah masak sepenuhnya.

     "Keluarkan cepat. Kena pastikan sejuk sebelum letak krim. Takut tak sempat," arah Daizy. Ada berbaki 3 jam lagi sebelum Levent pulang dari pejabat. Dia harus memastikan semuanya terhidang di atas meja sebelum suaminya pulang.

      Tanpa membuang masa, Edna segera mengeluarkan kek dari dalam ketuhar kemudian diletak di atas meja dapur untuk disejukkan. Edsel saat itu sedang keluar untuk membeli bahan masakan yang dipesan oleh Daizy. Wanita itu ingin menyediakan makanan ala barat untuk suaminya.

      Beberapa minit kemudian, Edsel tiba dari berbelanja. Serentak itu krim di dalam pengadun juga sudah siap. Daizy segera mengeluarkan bahan mentah dan mulai memasak dibantu oleh Edsel dan Edna.

     Dua jam kemudian, semuanya sudah siap terhidang di atas meja. Dari hujung meja, ada beef spaghetti kemudian diikuti dengan black pepper beef pasta. Tak hanya itu, pencuci mulut berupa kek chocolate moist buatan Daizy juga dikeluarkan dari peti sejuk dan mulai dihidang. Tak lupa jus mangga serta strawberi turun dihidang di situ.

     "Finally! Thanks guys!" Ucap Daizy sambil tersenyum lebar ke arah Edsel dan Edna. Jika bukan dengan bantuan mereka berdua, pasti dirinya sudah terkapai-kapai sendirian di dapur. Tak salah lagi dia menerima keputusan suaminya agar Edsel dan Edna menemaninya di rumah.

     "Korang boleh pergi rehat. Kalau nak makan, baki spagetti rasanya ada lagi dalam dapur, kan Edna?" Tanya Daizy. Dia tahu, pasti kedua-dua mereka lelah selepas membantunya.

     "Tak apa, puan." Serentak, mereka berdua menjawab.

     "Kami makan lepas ni," kata Edna sebelum mereka beredar dari situ.

     Sementara menunggu suaminya pulang, Daizy mengambil kesempatan itu untuk membersihkan diri. Semakin tak selesa dengan tubuhnya yang mulai terasa melekit akibat berpeluh sewaktu menyediakan semua makanan tersebut.

     Setelah menukar pakaian, Daizy terus mengenakan bathrobe lalu berjalan masuk ke dalam bilik mandi. Sesudah mencuci muka dan memberus gigi, pili pancuran air dipulas sepenuh. Dan malangnya pili air tersebut tercabut daripada batang paip. Serta merta, bathrobe yang dipakai mulai basah lencun akibat daripada air yang keluar dari pili yang rosak itu.

     "Alamak!" Daizy sedikit panik. Tubuhnya mulai basah lencun. Akhirnya dia bergegas keluar untuk memanggil Edna.

     Tidak sampai beberapa saat, Edna tiba di situ. Dia agak terkejut melihat seluruh tubuh Daizy sudah basah lencun.

    "Kenapa puan?"

     "Edna, pili air tercabut! Awak boleh baiki tak? Saya risau nanti banjir pulak bilik ni." Daizy mulai resah.

     Edna pula sudah menggaru kening yang tak gatal seraya menapak masuk lalu menuju ke bilik mandi. Untuk sesaat, dia memerhati air yang sedang mencurah-curah keluar dari batang besi paip air tersebut.

     "Erm, kejap. Saya panggil Edsel pulak. Mana tahu dia boleh baiki," cadang Edna lalu keluar dari situ sebaik Daizy mengangguk setuju. Edsel seorang lelaki, pasti dia mahir dalam hal seperti ini.

     Selang beberapa saat, Edsel dan Edna tiba di situ. Edsel segera masuk ke dalam bilik mandi kemudian memerhati punca masalah.

     "Saya cuba dulu, ya puan. Tapi nampak macam dah patah ni," kata Edsel. Dia mencapai pili air yang tercabut kemudian cuba dipasang dan serentak itu pakaiannya basah akibat percikan air.

     "Alah sorry. Awak pun dah basah," kata Daizy serba salah. Sesekali berpandangan dengan Edna yang berdiri di sisinya.

     "Ada pili baru tak, puan?" Tanya Edsel. Pili yang tercabut sudah tidak dapat digunakan lagi. Kesan pecah pada hujungnya pasti akan bertambah besar jika digunakan semula.

     "Ada, dekat stor," kata Daizy. Dia bersedia untuk keluar namun Edna menghalangnya.

    "Tak apa, puan. Saya pergi ambil." Tanpa berlengah, dia berlari keluar untuk mendapatkan pili yang baru. Setelah itu dia kembali semula ke bilik itu.

     "Nah." Pili dihulur kepada Edsel sambil tercungap-cungap.

     Lelaki itu kembali mencuba untuk memasang pili tersebut namun agak sukar kerana tekanan air terlalu kuat.

     "Tak boleh. Tekanan air terlalu kuat," kata Edsel.

     "Awak pergi perlahankan paip air dekat bawah," arah Edsel lagi. Tak membantah, Edna keluar dari situ.

     Beberapa minit kemudian, air mulai perlahan. Dan serentak itu, Edsel pun memulai kerjanya. Terlebih dahulu, pita berwarna putih dililit pada batang paip sebelum memasang pili air.

     Daizy pula khusyuk memerhati lelaki itu menyiapkan kerjanya.

     "Siap," kata Edsel sebaik selesai memasang pili.

     "Ah! Syukur!" Daizy meraup wajah seketika.

     Saat Edsel bersedia untuk keluar, Daizy menahannya.

     "Kejap." Tuala dari dalam kabinet dikeluarkan kemudian mendekati Edsel semula.

     Akibat lantai yang basah, Daizy terpeleset. Mujurlah Edsel sempat menahan tubuhnya dari terjatuh. Tangan lelaki itu kemas menahan kedua-dua belah bahu Daizy.

     "Hati-hati, puan." Edsel Bimbang wanita itu jatuh dan terluka. Pasti dirinya yang akan dimarahi.

     Daizy yang sedang memaut erat lengan Edsel pantas menghela nafas panjang sebelum tergelak. Hampir sahaja dia tersembam jatuh di atas lantai. Pasti malu seumur hidup.

     "What the!..." Levent yang sedang berdiri di hadapan pintu bilik air sudah terkedu melihat Daizy dan Edsel yang hampir berpelukan.

     Serentak mereka berdua menoleh ke arah pintu dan serentak itu juga mereka menjarakkan diri.

     "Sayang!..." Daizy mulai panik. Dia pasti, suaminya sudah mulai salah sangka.

     "What are you guys doing, huh?!" Marah Levent seraya menapak masuk. Matanya tak henti menatap mereka berdua yang sedang basah lencun.

     "Seronok mandi sama-sama?" Soal Levent. Rahangnya mulai bergoyang-goyang menahan marah.

     "Kau!..." jari telunjuknya tajam menuding ke arah Edsel yang kini sudah pucat lesi.

     "B... bos..." Edsel berundur setiap kali Levent menapak maju.

      "Sayang! Awak salah faham! Dia bantu saya baiki pili air!" Daizy segera menceritakan apa yang berlaku. Namun bagi Levent, dia lebih mempercayai matanya.

     "Binatang!" Sekelip mata, penumbuk Levent mengenai wajah Edsel. Lelaki itu terhumban ke belakang kemudian jatuh terlentang dia atas lantai yang basah itu.

     "Sayang! Sudah!" Daizy menghalang suaminya saat lelaki itu kembali mendekati Edsel.

      "Kau diam!" Tangan direntap kasar hingga terlepas dari pegangan isterinya. Dengan perasaan yang membara, Levent mengheret Edsel lalu dihumban keluar dari bilik mandi.

     "Memang aku suruh kau jaga isteri aku!..." penumbuk kembali mendarat di pipi Edsel.

     "Bukan bererti kau kena jaga dia sampai bilik mandi!" Penumbuk kedua kembali menjatuhkan Edsel. Levent segera menaiki tubuh Edsel kemudian melepaskan bertubi-tubi tumbukan ke wajah lelaki itu.

   Edsel tak melawan. Dia masih patuh pada lelaki itu.

     "Sayang! Sudah!" Daizy cuba menolak suaminya namun tubuh lelaki itu sedikit pun tak bergerak.

     Tidak lama itu, Edna tiba di situ bersama tuala yang disangkut di bahunya.

     "Bos?!" Edna segera berlari masuk mendekati Levent dan serentak itu Levent berdiri kemudian menghayun penampar ke wajah Edna. Akibatnya, wanita itu terlempar kemudian jatuh di atas lantai.
   
     "Edna!" Daizy segera mendapatkan Edna. Ada darah mulai mengalir dari hidung wanita itu.

      "Korang berdua memang nak mati, kan?! Aku suruh jaga bini aku pun korang tak reti!" Satu persatu orang suruhannya direnung bagaikan mahu diterkam.

     Daizy sudah berlinangan air mata sambil memangku separuh tubuh Edna. Wanita itu antara sedar tak sedar selepas ditampar kuat oleh Levent.

     "Argh!" Levent menjerit kuat melepas semua kemarahan yang membuku di dada.

      "Kau!..." jari telunjuk mengarah ke wajah isterinya.

     "Kau memang perempuan paling celaka yang pernah aku kenal!" Tanpa sedikit pun rasa bersalah, ayat tersebut terpacul dari mulut Levent.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience