SISI wajah isterinya yang sedang tertidur lena ditatap lama. Tangannya pula terus bermain dengan rambut isterinya. Kadang dipintal, kadang dihidu. Begitu rindu dengan sosok itu. Sudah setahun mereka terpisah dan akhirny, bertemua sehingga kedua-duanya berada di atas katil yang sama tanpa seurat benang dan hany di tutupi selimut.
Terjadinya adegan sebentar tadi membuatkan Levent yakin bahawa isterinya sudah memaafkan perbuatannya. Maka, dia tidak harus mensia-siakan peluang itu.
"Saya bersumpah, saya tak akan sia-siakan awak, sayang. I swear," ucapnya perlahan. Dahi isterinya dikucup lembut dan penuh kasih sayang. Ada titisan air mata yang jatuh di wajah isterinya sebaik Levent memejam mata. Tak mampu menahan kesedihan dan penyesalan selama setahun ini.
Setelah puas, Levent jarakkan diri. Telefon di atas meja dicapai sebelum nafas beratnya terdengar. Dia terpaksa bertolak sebentar lagi memandakan pagi nanti ada mesyuarat penting yang harus dihadiri.
Setelah mandi dan bersiap, Levent kembali mendekati isterinya yang masih lena diulit mimpi. Nyenyak sekali tidur isterinya selepas beradu keringat malam tadi.
"I got to go, sayang." Bibir isterinya dikucup lembut namun perlahan. Tidak mahu sampai isterinya terbangun dari tidur. Selimut yang menutupi dada isteri dirapikan lagi agar wanita itu tak kedinginan.
"Saya datang balik lepas habis meeting." Selepas menghadiahkan kucupan di dahi, Levent segera beredar dari situ. Dia harus menempuh 4 jam perjalanan untuk tiba di rumah kemudian ke pejabat semula.
SUBUH itu, Daizy terbangun dari tidurnya. Baru hendak menukar posisi, dia terhenti seketika. Selimut yang membaluti dada digenggam erat sebelum mata mulai mencari-cari kelibat suaminya.
"Ya Allah..." ucapnya sambil memejam mata seketika. Yang terjadi semalam bukanlah mimpi ataupun khayalan. Ianya benar-benar berlaku.
Dengan perasaan yang bercampur baur, Daizy bangun dari katil. Dia mulai memungut semula pakaian yang berselerak di atas lantai. Keluhannya terdengar setiap kali teringat kejadian semalam. Akhirnya dia terduduk di atas kerusi di hadapan meja solek.
Dengan mata yang berair, Daizy memerhati ruangan bilik yang kosong. Levent meninggalkan dirinya begitu sahaja selepas mereka bersama semalam. Tanpa pamit, tanpa ucapan terima kasih.
Semudah itukah dia tertipu? Sebatas urutan di dahi, dirinya sudah hanyut sejauh ini. Selepas kejadian itu, pasti suaminya bakal datang lagi. Memandangkan dia sudah rela menyerah diri.
WAJAH yang sugul diperhati melalui pantulan cermin. Walaupun sedikit lelah, namun dia tetap harus bekerja. Mana mungkin memohon cuti mendadak hari ini. Apa kata Muzammil nanti? Sudahlah lelaki itu yang menolongnya semalam. Dan tanpa ucapan terima kasih, suaminya terus menutup pintu.
Sedang bersiap, Zila pula baru pulang dari tempat kerjanya. Wajah wanita itu kelihatan risau sekali.
"Daizy! Bila masa kau balik semalam? Kenapa tak tunggu aku?" Soalnya seraya mendekati Daizy.
"Aku tak sedap badan semalam. Sakit kepala. Aku nak tunggu kau tapi kepala aku pening sangat. Tu yang aku balik dulu. Aku tak bagitahu kau sebab aku takut nanti ganggu kau kerja pulak," jelas Daizy terpaksa menipu. Dia tidak mahu Zila khuatir akan dirinya.
"Ish! Kau ni. Kenapalah tak bagitahu dulu. Buat aku risau jelah!" Katanya begitu kesal.
"Aku gerak dulu, Zila. Dah lewat ni," pamit Daizy. Sebaik menyandang beg di bahu, dia segera keluar dari situ. Setibanya di bawah, Muzammil sudah pun menunggu di dalam kereta.
Sepanjang perjalanan, kedua-dua senyap. Tiada yang cuba mengungkit kejadian semalam. Daizy juga sengaja tidak bersuara agar Muzammil tak bertanya apa-apa.
"Anything happen last night?"
Daizy ketap bibir sebaik mendengar soalan itu. Soalan yang tidak ingin dijawab buat masa ini.
"Nothing," balasnya perlahan.
"I see." Muzammil angguk perlahan.
"But, you should cover the red marks on your neck," sambungnya seraya melirik sekilas leher Daizy yang terdapat beberapa kesan merah. Disebabkan rambutnya diikat satu, maka kesan merah tersebut sangat jelas terlihat.
"Hah?" Daizy toleh sesaat sebelum membuka cermin yang ada di atas kepalanya untuk melihat 'red marks' yang dikatakan oleh Muzammil. Sebaik melihat sendiri kesan merah tersebut, mata Daizy membuntang sambil menutup kesan merah tersebut dengan tangannya.
Saat menoleh, kelihatan Muzammil sedang menahan senyum walaupun sedang fokus pada pemanduannya.
"Em..." Daizy kehabisan kata. Laju sahaja dia melepas ikatan rambut kemudian menutup leher menggunakan rambutnya.
"It's okay. Cuma pastikan staf dekat pejabat tak nampak kesan merah tu," pesan Muzammil.
Daizy angguk perlahan dan terus membuang pandangan ke luar tingkap. Gila! Kenapa dia tak perasan tentang itu? Malunya saat ini bukan kepalang lagi. Mahu sahaja dia menyorok muka di dalam dashboard kereta.
Perbualan mereka mati di situ. Daizy tak lagi menoleh selepas itu akibat menahan malu.
SEPANJANG mesyuarat berlangsung, Levent sedikit tak fokus. Fikirannya asyik melayang mengenang kejadian semalam. Adakala tersenyum sendiri walaupun rakan niaganya sedang membentang di hadapan.
Disela masa itu, dia menghantar pesanan ringkas kepada isterinya.
Di meja kerja, Daizy yang sedang fokus segera melirik teledon bimbit yang menyala. Tertera pesanan ringkas dari nombor tidak bernama. Sebaik dibuka, keningnya berkerut. Sejujurnya, kejadian semalam menimbulkan penyesalan dalam dirinya. Walaupun sudah bersama, hatinya masih belum bersedia untuk memaafkan suaminya. Apatah lagi mengikuti lelaki itu pulang ke rumah mereka.
Nombor Levent akhirnya disekat. Dia tidak mahu dihubungi atau pun menghubungi suaminya. Cukuplah kejadian semalam sampai di situ sahaja.
Walaupun cuba untuk melupakan kejadian semalam, ianya semakin kerap menerpa ingatan.
Luka bekas tikaman di perut suaminya masih segar dalam ingatan. Kesan jahitan di dahi juga begitu ketara jika tidak tertutup rambut. Mengenang kembali betapa nekadnya dia menikam suami sendiri, akankah perkara itu terulang jika mereka hidup bersama lagi? Tiada jaminan bahawa suaminya bakal berubah.
SEMINGGU kemudian, Levent datang lagi. Senyuman lelaki itu begitu lebar sekali. Dia semakin yakin bahawa rumah tangga mereka masih berpeluang untuk diselamatkan.
Seperti biasa, dia sudah menunggu di hadapan tangga bilik sewa sementara menunggu isterinya pulang dari kerja. Beberapa minit kemudian, Zila pula muncul di situ. Dia baru sahaja selesai membeli makan. Sebentar lagi dia akan ke tempat kerja.
Jelas sekali riak wajahnya yang kelihatan senang melihat kehadiran Muzammil walaupun tahu lelaki itu hanya mahu menemui isterinya.
"Sejak bila sampai? Tak cakap pun nak datang,"tegur Zila.
"Eh, Zila." Levent yang sedang bersandar di dinding segera tegakkan tubuh.
"Sorrylah. Saya lupa pula nak bagitahu. Saya call Daizy tapi tak dapat. Sampai lupa pula nak inform dekat awak."
Zila senyum hambar sebaik mendengar nama Daizy.
"Jomlah naik dulu. Tunggu dia dekat atas. Kejap lagi dia sampailah tu," ajak Zila.
Levent terdiam sejenak. Kurang seles mahu ke bilik sewa jika isterinya belum pulang. Namun dia juga tidak mahu Zila salah faham. Maka diikuti juga ajakan wanita itu.
"Duduklah dulu," pelawa Zila sebaik membuka pintu. Setelah Levent duduk di katil Daizy, Zila mencapai tuala.
"Awak tunggu sini dulu. Saya nak mandi," pesan Zila seraya keluar dari situ.
Sementara Zila mandi, Levent mulai memerhati barangan isterinya. Serta merta, rasa sebak menyelubungi dada. Terasa berdosa membiarkan isterinya hidup di dalam bilik sewa itu selama setahun. Seketika, matanya terhenti pada beg kertas berjenama yang terletak di atas almari milik isterinya.
Mustahil rasanya Daizy membeli barangan tersebut jika mengharapkan gaji dari pekerjaannya sekarang.
Beberapa minit kemudian, Zila masuk ke dalam bilik. Levent agak terkejut melihat wanita itu yang hanya mengenakan tuala yang cukup singkat. Hampir separuh pahanya terdedah.
"Saya keluar kejap. Awak bersiaplah dulu," kata Levent. Tak manis rasanya jika mereka berdua-duaan di dalam bilik itu.
"Eh, tak apalah. Awak duduk aje situ. Saya okey," kata Zila tanpa sedikit pun rasa malu.
Dengan teragak-agak, Levent duduk kembali kemudian membelakangi Zila. Semakin serba salah berada dalam bilik itu.
Sewaktu melihat Levent membelakanginya, Zila sengaja menendang kerusi menggunakan lututnya.
"Auw!" Rintih Zila sambil membongkok lalu memegang lutut yang mulai kemerahan.
Dengan pantas, Levent menoleh. Melihat Zila yang sedang terbongkok menahan sakit, dia segera mendekati wanita itu.
"Awak okey?" Tanya Levent sedikit panik.
Zila angguk dengan wajah berkerut menahan sakit sedangkan hatinya sedang melonjak gembira.
"Duduk dulu." Levent membawa Zila duduk di atas katil sambil memegang bahu wanita itu.
Sesaat, pintu terbuka dan pantas kedua-duanya menoleh.
Daizy yang baru ingin menapak masuk terus terhenti sebaik melihat keadaan Levent dan Zila. Begitu rapat dan seakan-akan berpelukan. Sekelip mata, Levent melepas bahu Zila dan terus menjauhi wanita itu.
"Sayang." Levent terpinga-pinga. Dia bimbang isterinya tersalah faham.
Daizy sudah mengetap bibir menahan marah. Entah itu cemburu atau sekadar marah, dia juga tidak pasti.
"Keluar," halau Daizy.
"Sayang..." Levent mendekati namun Daizy lebih cepat mengangkat tangan agar suaminya berhenti berbicara.
"Out!" Halaunya lagi.
Dengan kesal, Levent terpaksa keluar.
"We talk about this later," kata Daizy sewaktu Levent melepasinya.
Sebaik pintu ditutup, Daizy segera mendekati Zila.
"Awak okey?" Tanya Daizy seraya duduk di sebelah Zila. Matanya melirik kesan merah di lutut wanita itu.
"Okey. Sikit aje ni," balas Zila mendatar dengan senyuman palsu.
"Dia... ada buat apa-apa?" Tanya Daizy teragak-agak. Dia bimbang suaminya mengambil kesempatan terhadap Zila.
"Eh, tak adalah. Kau jangan salah faham pulak, Daizy. Niat dia cuma nak tolong aku."
Daizy angguk perlahan walaupun hatinya masih curiga.
"Kenapa benarkan dia masuk?" Walaupun dia bimbang pada Zila, ada sedikit timbul curiga terhadap mereka berdua.
"Dia suami kau, Daizy. Takkanlah dia nak buat bukan-bukan."
"Tapi Zila. Dia tu lelaki."
"Habis tu? Kau tak percaya laki sendiri?" Zila cuba memancing.
Daizy terdiam sejenak. Selama hidup bersama suaminya, lelaki itu tak pernah rapat dengan mana-mana wanita. Berteman dengan lawan jenis juga tidak ada.
"Zila, kau kena hati-hati. Walaupun dia suami aku, kau kena jaga diri. Kita tak tahu hati lelaki ni macam mana," pesan Daizy begitu bimbang sekali.
"Alah tak apalah. Kita boleh bermadu, nak?" Soal Zila cuba bergurau.
"Just kidding," sambungnya sewaktu melihat riak wajah Daizy mulai berubah.
"Dah, pergilah jumpa suami kau. Dari tadi dia tunggu kau. Kesian dia." Zila berdiri dan mula membuka almari pakaian dengan senyuman kepuasan.
Di luar bilik, Levent segera menoleh sebaik isterinya menapak keluar.
"Kita bercakap dekat bawah," kata Daizy dan terus melepasi suaminya. Sesaat, lelaki itu mengikutinya.
Setibanya di bawah, Levent terus memeluk isterinya dari belakang. Rindunya semakin membuak-buak selepas kejadian minggu lalu.
"Lepas!" Tangan yang melingkar di perutnya ditepis kasar.
Senyuman Levent perlahan-lahan memudar.
"Sayang, kenapa ni?" Tanya Levent kehairanan.
"Awak tanya kenapa?" Daizy cekak pinggang denam dada yang berombak.
"Awak nak buat apa dekat Zila? Awak jangan fikir nak bodohkan dia! Saya sendiri yang akan sumbat awak dalam penjara!" Tegas Daizy.
"Sayang, awak salah faham. Saya tak buat apa-apa pun. Sumpah."
Daizy tertawa sinis. Mana ada kucing menolak ikan. Sudah tentu tak ada lelaki yang menolak wanita jika sudah ada di hadapannya.
"Apa perasaan awak bila saya tak percaya awak?"
"Sakit tak?" Soal Daizy begitu sinis.
Levent kerut dahi. Tak faham dengan soalan isterinya.
"Waktu saya mati-matian bela diri masa awak tuduh saya curang, awak ada fikir perasaan saya tak?" Dihujung bicara, kedengaran suara Daizy bergetar.
"Saya merayu, saya memohon untuk awak percayakan saya. Awak ada rasa simpati?" Air mata mulai membasahi pipi.
"Sayang." Levent mendekati namun Daizy pula menjauh.
"Adil tak kalau saya balas balik apa yang awak buat?"
"Sayang, sudah." Levent turut sebak mendengar luahan isterinya yang sekian lama dipendam.
"Answer me! Adil atau tidak kalau saya balas balik apa yang awak buat?!" Bentak Daizy.
"Sayang! I'm sorry! I'm so sorry!..." Levent meraup kasar wajahnya. Permintaan maaf itu tak akan pernah luput dari mulutnya.
"Maaf, maaf. Itu aje yang keluar dari mulut awak lepas awak lampiaskan kemarahan! I'm sick, Levent! I'm sick of your fucking sorry!"
Levent geleng kepala. Tidak! Jangan sampai isterinya menyerah dalam rumah tangga mereka.
"Bagi saya peluang. Sekali ni saja. Sekali saja." Levent merayu-rayu, menyusun sepuluh jari di hadapan isterinya.
"Dua tahun!..."
"Dua tahun saya hadap perangai awak! Dua tahun saya bertahan untuk rumah tangga kita tapi awak tak bersyukur langsung!"
"Kita mula semula," pintas Levent, laju.
"Kita mula dari awal. Kita perbaiki mana yang silap. Kita... kita bercinta semula. Kita cuba, sayang. We can try," kata Levent begitu yakin.
"I'm sick of trying! Sekarang ni masa untuk saya lepaskan semuanya! Jauh dari awak buatkan saya semakin yakin yang saya boleh hidup tanpa awak!" Kata Daizy nekad.
"Sayang..." Levent mendekati dengan kaki yang menggeletar. Tidak sanggup melepaskan isterinya.
"We end this... now," tegas Daizy.
"Tak, sayang! Tak!" Kaki yang semakin lemah membuatkan Levent tak mampu lagi berdiri tegak. Akhirnya, dia jatuh berlutut di hadapan isterinya.
"Sayang... saya tak boleh hidup tanpa awak..." Levent mulai menangis teresak-esak.
Daizy sedikit pun tak peduli. Hatinya begitu keras sekali mahu menerima permintaam maaf suaminya.
"Awak dah boleh belajar mulai sekarang," katanya tanpa sedikit pun rasa simpati ataupun penyesalan dalam hatinya. Dia benar-benar dibutakan oleh sakit hati.
"Jangan datang sini. Jangan tunjuk muka depan saya lagi. Jangan... jangan cari saya lagi," larang Daizy tegas dalam sebak. Dengan air mata yang berlinang, Daizy meninggalkan suaminya di situ.
Dari kejauhan, ada Muzammil yang sedang memerhati mereka berdua sejak awal lagi. Simpati benar dengan apa yang menimpa pasangan itu.
Sewaktu Daizy naik ke bilik, dia bertembung dengan Zila. Langsung tak diendahkan wanita itu. Zila hanya mencebik sebelum menurun tangga. Setibanya di bawah, kelihatan Levent tersandar di dinding sambil menangis teresak-esak. Maka terbitlah senyuman di bibir Zila. Dia sudah tahu apa yang terjadi pada pasangan itu. Dia semakin yakin bahawa peluangnya untuk mendapatkan Levent semakin cerah.
HARI demi hari, Daizy semakin pendiam. Tak banyak bercakap dan hanya fokus pada pekerjaannya. Dia juga semakin jarang berbual berdana Zila mahupun Muzammil. Dia malu kerana orang sekeliling sudah mengetahui masalah yang selama ini ingin dihindari.
"How are you doing, Daizy?" Tegur Muzammil. Dia ingin keluar makan memandangkan jam rehat baru sahaja tiba.
"I'm doing fine." Ada senyuman hambar terukir di bibir wanita itu.
"Awak macam tak sihat." Rambut yang menutupi sisi wajah Daizy diselak sedikit.
"Taklah. Saya okey. Tuan pergilah makan." Senyuman dilebarkan untuk meyakinkan lelaki itu.
Muzammil angguk perlahan walaupun dia tak yakin dengan jawapan Daizy.
"Oh ya, malam ni saya nak bawa awak pergi dinner."
"Untuk?"
"Ajak makan sekalilah," katanya sambil mengeluh.
"Tak apalah, tuan. Tak manis pula tuan tiba-tiba ajak saya dinner."
"Jangan nak perasan sangat. Ini family dinner. Tunang saya pun ada sekali."
"Family dinner? Habis tu kenapa ajak saya?" Soal Daizy tak habis fikir.
"Sebab awak pun family saya."
Daizy semakin bingung. Makin lama, makin tak faham dengan perangai Muzammil.
"Dah, dah. Jangan nak buat muka macam tu. Daripada awak terpuruk dalam bilik sewa, baik awak ikut saya pergi makan. Lagi pun saya nak bawa awak jumpa seseorang."
Kerutan di dahi Daizy perlahan memudar. Bertemu seseorang? Siapa? Tiba-tiba, jantungnya berdebar laju.
"Habis sahaja waktu pejabat, saya hantar awak balik dulu. Lepas dah siap, saya datang jemput awak semula , okey?" Kepala Daizy diusap beberapa kali sebelum beredar dari situ.
Share this novel