DI atas pelamin tepatnya di dalam dewan hotel, mata Muzammil terus menyorot, mencari kelibat Daizy di antara kerumunan tetamu yang hadir. Sudah sejam majlis persandingannya berlangsung, Daizy belum juga kelihatan. Akhirnya, mata berhenti tepat di hadapan laluan utama dewan saat melihat seorang wanita berdiri sambil melambai ke arahnya.
"Daizy..." akhirnya, wanita itu muncul juga.
Daizy segera berjalan menuju ke pelamin untuk bertemu kedua-dua pengantin baru itu.
"Tahniah, tuan," ucap Daizy sebaik tiba di pelamin. Tangan dihulur untuk bersalaman dengan Rania. Senyuman yang dilemparkan begitu manis sekali bagaikan tiada apa yang berlaku hari ini.
Tapi malangnya, dia tidak dapat menyembunyikan mata bengkak dan wajah sembab akibat menangis. Ianya begitu ketara sehingga dapat disedari oleh Muzammil.
"Daizy, awak sihat?" Tanya Muzammil. Matanya memerhati setiap inci wajah Daizy sebelum kembali ke sepasang mata bengkak itu.
"Sihat." Daizy angguk perlahan.
Rania yang menyedarinya juga menoleh sekilas pada suaminya.
"Bengkaknya mata. Awak nangis?" Tanya Rania.
"Mestilah nangis. Tuan dengan Cik Rania dah kawin. Lepas ni tak adalah kawan saya," katanya bergurau.
"Ish, janganlah cakap macam tu. Saya akan pastikan Muzammil jenguk awak nanti. Tak kiralah berapa jauh pun rumah awak," seloroh Rania.
Laju sahaja tangan Muzammil merangkul pinggang Rania. Tercuit hati dengan kata-kata isterinya.
"Ya, betul. Kami akan jenguk awak nanti. Awak pun datanglah sini jalan-jalan. Ingat, awak ada abang dekat sini," kata Muzammil sambil menjongket kening.
"Ya. Bukan saja abang, kakak pun ada," sampuk Rania.
Daizy tertawa kecil. Walaupun tengah bersedih, kedua-dua pasangan itu berjaya mencuit hatinya.
"Dah, pergilah makan. Uncle pun dari tadi sampai. Dia duduk dekat hujung tu." Mulut Muzammil memuncung ke arah sebuah meja yang ditempati oleh Dato Ahmed serta ahli keluarga Rania.
Sebaik turun dari pelamin, Daizy sebaliknya menuju ke arah meja kosong yang terdapat di sudut dewan. Sengaja memilih tempat itu kerana tidak mahu bergaul bersama yang lain. Dia hanya mahu bersendirian.
Tidak lama itu, Dato Ahmed pula datang menyertainya.
"Daizy, kenapa duduk sini?" Tanya Dato Ahmed seraya duduk di sebelah menantunya.
"Saja. Saya tengok tadi daddy rancak sangat berbual. Saya tak naklah ganggu daddy," katanya seraya menayang senyuman sebaris.
"Hish, mana ada lah. Daddy dari tadi tunggu kamu. Daddy sangka kamu akan datang dengan Levent."
Senyuman Daizy memudar sebaik mendengar nama suaminya. Hampir terlupa akan suaminya yang sudah beristeri baru. Mungkin sekarang kedua-duanya sedang beradu asmara di bilik tidur mereka.
"Daizy, what's up? Is everything okay?" Tanya Dato Ahmed sebaik melihat wajah Daizy berubah muram.
"Ya, I'm good. Cuma, penat sikit," katanya seraya tunduk seketika.
"Oh. Do you need anything?" Tanya Dato Ahmed lagi.
"No, I'm okay. Don't worry daddy," kata Daizy sebelum menelan liur pekat. Terasa kerongkongnya mulai turun naik akibat sebak yang mulai menerpa lagi.
"Is something bothering you?" Dato Ahmed bertanya lagi. Melihat wajah berkerut menantunya, dia tahu ada sesuatu yang sedang mengganggu fikiran wanita itu.
"I'm tired, daddy," luah Daizy akhirnya sebelum tunduk semula. Air mata tak mampu dibendung lagi. Dibiarkan sahaja menitik lalu jatuh di atas tangannya yang sedang bertaut rapat.
"Penat? Penat kerja? Dah nak berhenti?"
Daizy geleng perlahan. Tidak lama itu bahunya terangkat-angkat menandakan dia sedang menangis.
"Daizy? Ya Allah, kenapa ni nak?" Dato Ahmed mulai bimbang melihat keadaan menantunya.
"Kita keluar dulu, mari," ajak Dato Ahmed. Dia segera memimpin menantunya keluar dari situ.
"Talk to me," kata Dato Ahmed. Restoran terbuka di luar hotel menjadi pilihannya.
Daizy tak menjawab. Hanya esakan kecil yang kedengaran. Dia tidak berani menatap mata Dato Ahmed kerana bimbang tangisannya bakal pecah.
"Levent?" Duga Dato Ahmed.
Perlahan, Daizy angguk kepala. Serentak itu Dato Ahmed mengeluh perlahan. Dia sangka, hubungan kedua-dua pasangan itu sudah membaik. Ternyata sangkaannya salah. Sepertinya masalah malahan semakin besar.
"Okey, cerita dengan daddy." Dato Ahmed rapatkan dada ke meja. Bersedia mendengar cerita menantunya.
"Dia... dah kahwin," beritahu Daizy terputus-putus. Sakit sungguh saat harus menzahirkan ayat tersebut.
"Apa?" Dato Ahmed kerut dahi. Kepalanya maju untuk memastikan apa yang dia dengar.
"Levent, dia dah kahwin, lagi," ulang Daizy lalu menekup wajah dengan dua tangannya.
"Astaghfirullah al azim," ucap Dato Ahmed seraya tersandar pada kerusi. Tangannya naik mengurut dada. Tak sangka berat sekali dugaan menantunya.
"Bila, Daizy? Kenapa tak bagitahu daddy?" Tanya Dato Ahmed begitu kesal. Bukan kesal pada menantunya melainkan kesal pada anaknya. Jika Levent ada di hadapannya sekarang, entah apa yang bakal dia lakukan pada anaknya itu.
"Pagi tadi. Dengan... dengan Zila,"
"Lailahailallah..." Dato Ahmed mengucap panjang. Dia tahu nama itu, namun belum pernah bertemu secara langsung dengan wanita tersebut.
"Come." Bahu Daizy ditarik rapat kemudian dipeluk erat.
"Daddy minta maaf," ucap Dato Ahmed dengan rasa bersalah yang menggunung. Kesal sungguh kerana terlepas pandangan perihal Zila yang akhirnya menjadi pemusnah rumah tangga anak dan menantunya.
Tanpa sedar, air mata Dato Ahmed mengalir membasahi pipi. Inilah pertama kali dia menangis lagi. Kali terakhir adalah sewaktu Levent sakit akibat ditinggalkan oleh Zahara.
"He... want me to file... for divorce," maklum Daizy.
"Innalillahi wainnailaihi rojiun," ucap Dato Ahmed lagi. Benar-benar satu musibat untuk menantunya.
"Saya... saya tak boleh, daddy. Saya sayang dia. I love him so much," tutur Daizy teresak-esak.
"Kita balik rumah, ya nak. Rumah daddy." Dia tidak sanggup membiarkan menantunya tinggal sendirian di bilik sewa kemudian meratapi pengkhianatan suaminya.
Daizy geleng kepala. Jika ikut pulang, dia pasti akan bertemu suaminya. Mana mungkin dia kuat mahu menyaksikan suaminya bersama wanita lain.
"Saya rasa macam nak mati, daddy. Saya tak sanggup nak bayangkan dia dengan perempuan lain."
"Tak, tak. Daddy tak akan bagitahu Levent yang Daizy ada di rumah daddy. Tolong, nak. Untuk sementara waktu ni biar daddy yang jaga Daizy." Dato Ahmed separuh merayu. Jika anaknya tak mahu bertanggungjawab, maka biarlah dia yang memikulnya.
Mereka kembali senyap. Yang kedengaran hanyalah suara esakan kecil Daizy. Hampir sejam duduk di situ, barulah mereka kembali ke dalam dewan. Majlis persandingan yang berlangsung bakal melabuh tirai sebentar lagi. Mereka harus pamit pada Muzammil sebelum pulang.
"May I talk to her, uncle?" Pinta Muzammil. Dia ingin berbicara berdua dengan wanita itu.
Setelah diizinkan, Muzammil membawa Daizy jauh dari kerumunan tetamu.
"Saya akan sambung cuti, for a weeks," maklum Muzammil.
Daizy angguk tanpa menjawab.
"So, saya tak dapat nak tengok awak dalam pejabat tu. Thus, saya nak awak jaga diri baik-baik sampai saya masuk office semula," pesan Muzammil.
"Jangan risau. Saya okey." Daizy senyum nipis.
"I know you're not, Daizy." Mata sembab itu ditatap sedalam-dalamnya. Jelas terlihat kesedihan di sepasang mata wanita itu.
"Yes, I am," balas Daizy dengan senyuman lebih lebar. Tidak semua orang harus tahu akan kesedihannya.
"Awak dengan uncle pergi mana tadi?"
"Dari luar. Ambil angin."
"Hm, uncle tu datang sini konon nak tengok saya sanding. Alih-alih habiskan masa dengan awak juga," usik Muzammil.
"Syukurlah daddy datang, tau. Daddy tu sibuk dia mengalahkan menteri. Dah rezeki awak kalau dia munculkan diri."
"Tulah pasal. Untung saya," kata Muzammil memuji diri sendiri.
"Awak memang rapat dengan daddy kan," ujar Daizy. Dia kagum dengan hubungan kedua-dua mereka walaupun tak sedarah.
"Sebenarnya, tak juga. Kami tak pernah contact each other pun selepas uncle tolong saya dapatkan kerja di syarikat tempat kita bekerja sekarang ni," jelas Muzammil.
"Sebab tu juga saya dengan Levent tak rapat langsung."
"Tapi hanya disebabkan awak, uncle call saya for the first time. Semata-mata nak minta tolong saya jagakan awak." Muzammil gelak kecil sebaik teringat kembali tujuan utama Dato Ahmed menghubunginya.
Daizy angguk perlahan. Betapa beruntungnya dia dihadirkan mentua sebaik Dato Ahmed. Disaat suaminya melepas tanggungjawab, ada lelaki tua itu yang sanggup memikulnya.
Hampir beberapa minit berbual, mereka kembali semula menemui Dato Ahmed. Hari pun sudah lewat dan tetamu juga sudah mulai berpulangan. Setelah bersalaman, mereka pun beredar dari situ.
LEVENT telan liur sewaktu menekan bibir Zila dengan bibirnya.
Hambar.
Rasanya hambar sekali. Tiada nikmat, tiada desahan yang biasanya dia keluarkan seperti bersama Daizy dahulu. Pantas, dia bangun dan terus turun dari katil.
"Sayang? Kenapa?" Tanya Zila, kesal. Nafsunya sudah memuncak, Levent malah membiarkan dirinya terkapai-kapai.
"Saya... erm..." Tak habis cakap, Levent berlari masuk ke dalam bilik air dan terus mengunci pintu. Dia segera menuju ke singki sewaktu tekak mulai terasa loya. Akhirnya, dia muntah di situ. Tertunduk-tunduk mengeluarkan segala isi perutnya.
Setelah selesai, dia segera berkumur-kumur kemudian menggosok kuat bibirnya. Tak sangka begitu mudah sekali dia mengucup wanita lain selain Daizy.
"Sayang! Awak buat apa lama sangat?!" Pintu bilik air diketuk kuat oleh Zila. Sakit hatinya selepas ditinggalkan begitu sahaja di atas katil.
Levent pekakkan telinga. Wajah yang pucat serta mata yang merah ditatap lama melalui pantulan cermin. Dia bingung atas apa yang berlaku sebentar tadi. Bukankah mereka berdua sudah sah menjadi suami isteri? Kenapa rasa jijik tiba-tiba menyergah ruang kepalanya.
"Sayang! Keluarlah!" Daun pintu dipukul kuat oleh Zila.
Levent mengeluh pendek. Setelah membasuh muka barulah dia membuka pintu. Kelihatan Zila sudah mencekak pinggang di hadapannya dengan wajah tegang.
"Awak ni kenapa, hah? Saya tunggu dari tadi tau!" Marahnya tak puas hati.
"Saya sakit perut," kata Levent lalu keluar melepasi isterinya.
"Sakit perut? Tadi okey aje." Tak semudah itu Zila percaya.
"Ya, saya sakit perut. Saya baru aje muntah tadi." Baju yang dibuang oleh isterinya sebentar tadi dipungut lalu disarung ke tubuh.
"Kenapa pakai baju? Awak dah lupa apa kita nak buat tadi?" Soal Zila mulai bengang.
"Saya tak sedap badan. Saya tak nak buat awak rasa gantung," kata Levent, mendatar.
"Habis tu sekarang ni, awak tak buat saya rasa tergantung? Sikit lagi kita nak... huh. Awak pula dah berlari macam lipas kudung!" Katanya kesal.
"Sorry, tapi saya tak boleh buat malam ni." Levent mengatur langkah menuju ke pintu.
"Awak nak pergi mana? Tak cukup buat saya rasa gantung, sekarang ni nak tinggalkan saya pulak?" Zila semakin panas hati.
"Saya nak pergi minum. Haus," kata Levent dan terus keluar dari situ. Entah kenapa, dia rasa rimas sekali berada di dalam bilik itu.
Sebaik kelibat Levent hilang, Zila mendengus kasar. Usahanya gagal malam ini. Dia mulai bimbang jika Levent tak menyentuhnya, kemudian perihal kehamilannya pula diketahui lelaki itu. Pasti perang besar akan berlaku. Rahsianya bakal terbongkar.
"Kau jangan cabar aku, Levent. Aku masih berlembut lagi dengan kau ni. Jangan sampai aku guna cara kasar!" Getusnya sambil mengepal penumbuk. Dia sudah tiada masa untuk berlengah-lengah memandangkan perutnya bakal membesar.
Share this novel