Meet

Romance Series 28423

LEVENT mengucup kepala isterinya dari belakang saat wanita itu sedang sibuk memasak di dapur.

"Awak! Terkejut saya tau!" Bahu Daizy terangkat sebaik dikucup oleh suaminya.

"Tak payah terkejut sangat. Siapa lagi yang cium awak kalau bukan saya? Ke ada orang lain dalam rumah ni?" Soal Levent sengaja mengusik. Spontan Daizy palingkan tubuh seraya mengerut dahi. Tak suka dengan kata-kata suaminya.

"Dah kenapa muka macam tu? Tergoda tengok saya?" Soal Levent selamba.

"Boleh tak jangan cakap macam tu? Ibarat awak tuduh saya sorok lelaki mana entah dalam rumah ni," marah Daizy sebelum menyambung kerjanya.

Levent hanya mencebik seraya meneguk segelas air putih. Belakang tubuh isterinya ditatap lama.

"Dah terubat rindu lepas jumpa bonda tadi?" Soal Levent kembali memecah kesunyian.

"Hm," balas Daizy tanpa menoleh.

"Bawalah datang sini temankan sayang. Tak adalah bosan sangat. Budak-budak tu bawa aje datang sini kalau sayang nak," kata Levent. Sedikit pun tak menghalang jika Daizy mahu membawa mereka masuk ke dalam rumahnya.

"Betul?" Tanya Daisy seraya menoleh. Matanya bersinar selepas mendengar keizinan dari suaminya.

"Ya, bawak aje datang sini." Levent angguk setuju.

"Tapi bonda manalah nak ikut. Dia sibuk sangat nak urus itu ini. Budak-budak tu pulak sekolah. Hujung minggu mungkin boleh lah," jelas Daizy dengan wajah sedih.

"Nasiblah Alfie dah balik, adalah yang tolong bonda uruskan kewangan rumah. Nak harap ibu, diorang berdua urus budak-budak tu," jelas Daizy lagi seraya palingkan tubuh. Dia kembali menyambung kerja yang terbengkalai.

"Kejap." Levent mulai berkerut dahi.

"Sayang cakap Alfie dekat Bali. Kenapa pula tiba-tiba dah balik?" Soal Levent tak puas hati.

Daizy terhenti dari memotong bawang. Bibir bawahnya digigit-gigit perlahan.

"Em, ya," kata Daizy seraya memandang suaminya semula.

"Dia dah balik... petang tadi. Baru aje sampai. Masa saya nak balik tu kebetulan dia sampai depan rumah." Tenang dan tertib Daizy menjelaskan kepada suaminya.

"Awak tipu saya, kan?" Wajah Levent sudah mulai berubah serius.

"Tipu apa pulak? Betullah. Saya nak balik tu, kebetulan dia sampai..."

"Dah, tak payah cakap." Gelas di tangan dihentak kuat di atas meja. Mujur sahaja tidak pecah.

    Daizy terkedu melihat perbuatan suaminya. Tidak sampai seminggu mereka tinggal sebumbung, Levent sudah bersikap sebegini.

     Sebaik Levent keluar, Daizy kembali memasak. Sesekali terdengar keluhan pendeknya setiap kali teringat perbuatan suaminya.

MALAM itu, Levent tidur membelakangi isterinya. Daizy masih celik. Tidak dapat tidur kerana tahu suaminya masih marah.

     Perlahan-lahan, tangannya melingkar di pinggang Levent. Dia tidak mahu sampai lelaki itu tersedar.

     Belum pun beberapa saat, Levent menggeliat kecil seraya palingkan tubuh. Tanpa membuka mata, tubuh kurus isterinya ditarik ke dalam peluk. Daizy terkedu sehinggalah dengkuran suaminya kembali terdengar.

    Dalam samar cahaya lampu malam, Daizy tersenyum sendiri. Semarah apa pun Levent, tidak mungkin lelaki itu mahu memgabaikan dirinya. Dengan senyuman lebar, Daizy ikut lena di dalam dakapan suaminya.

PAGI itu, Levent bangun lebih awal dari isterinya. Dia lebih dulu ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi. Beberapa minit kemudian barulah Daizy terbangun dari tidurnya. Ketiadaan suaminya membuatkan Daizy bingkas bangun dari katil.

Dia segera menuju ke dapur sebaik mendengar bunyi yang datang dari arah itu. Setibanya di dapur, Levent sedang sibuk membakar roti.

"Kenapa tak kejutkan saya?" Soal Daizy seraya mendekati suaminya. Levent hanya menoleh sekilas sebelum kembali melanjutkan perbuatannya.

"Tak nak kejutkan awak. Lena sangat awak tidur."

"Eleh, macamlah tak biasa. Dah memang tugas saya siapkan sarapan untuk awak." Tangan Daizy sudah melingkar di perut suaminya. Diperhati sahaja tangan lelaki itu bergerak menyapu jem di atas roti.

"Awak marah lagi?" Soal Daizy takut-takut. Pelukan di perut suaminya diketatkan.

"Marah kenapa? Awak ada buat salah?" Soal Levent sengaja memancing.

Daizy jatuhkan kepala di lengan suaminya. Sejujurnya, dia sedikit oun tak merasa bersalah. Kepulangan Alfie kelmarin memang di luar pengetahuannya.

"Awak rasa saya salah?" Soal Daizy kembali.

Levent mulai membuka pelukan isterinya.

"Awak kena belajar satu benda, Daizy," tutur Levent, serius.

Daizy benar-benar terkejut dengan kata-kata suaminya. Tiada langsung panggilan sayang.

"Bila dah buat salah, kena minta maaf," tekan Levent.

     Kata-katanya membuatkan sang isteri tak puas hati.

"Awak rasa, saya yang salah?" Daizy jarakkan tubuh kemudian mencekak pinggang.

"Habis tu? Saya yang salah?" Soal Levent kembali.

     "Awak yang tak jujur, tau! Awak pergi sana konon nak jumpa bonda! But end up, you jumpa Alfie!" Pisau dicucuk tegak di atas papan pemotong.

Daizy terkedu. Mulutnya sedikit terlopong melihat perbuatan suaminya.

"Can you stop damaging stuff?!" Marah Daizy. Tidak suka bila suaminya suka merosakkan barang. Pasti rugi jika harus membeli yang baru.

"You care about this fucking stuff instead of me?!" Levent semakin berang. Matanya tajam merenung isterinya.

Serta merta, mata Daizy berkaca-kaca. Tidak sangka Levent akan membentaknya.

"Stop crying!" Bentak Levent seraya botol jem ke singki. Akibatnya, botol kaca itu pecah berderai dan serpihannya mengenai lengan Daizy.

     Namun Daizy sedikit pun tak peduli saat lengannya berdarah. Lebih sakit hatinya dibentak suami sendiri.

     Wajah Levent pula berubah selepas melihat lengan Daizy berdarah. Tidak sangka tindakannya akan mencederakan isterinya. Saat cuba menyentuh lengan isterinya, wanita itu mengelak. Air mata diseka laju sebelum keluar dari situ.

     "Shit!" Maki Levent pada diri sendiri. Kesal dengan perbuatannya. Dengan keluhan panjang, Levent pergi mendapatkan isterinya.

    Saat tiba di bilik, ianya kosong. Yang kedengaran hanya bunyi air yang datang dari arah kamar mandi. Tanpa membuang masa, Levent mengeluarkan kit pertolongan cemas dari dalam kabinet kemudian menuju ke kamar mandi.

     Saat membuka pintu, isterinya sedang tertunduk menangis teresak-esak di hadapan singki. Dengan keluhan pendek, Levent mendekati isterinya. Kit tersebut di letak di atas singki.

     Esakan Daizy terhenti saat menyedari kehadiran suaminya. Levent pula mulai mengubati lengannya yang terluka.

"I'm so sorry," ucap Levent begitu rasa bersalah.

"I'm supposed to protect you," katanya sambil mengubati lengan isterinha.

Daizy masih senyap. Hanya esakannya yang kedengaran.

"I promise. It will not happen again," tutur Levent, lembut.

Selesai membalut luka isterinya dengan pembalut luka, Levent menarik tubuh isterinya ke dalam pelukan.

     "I'm sorry, okay?" Pujuknya sambil mengelus kepala isterinha. Sejujurnya, Levent masih sakit hati dengan pertemuan Daizy bersama Alfie. Akan tetapi, melihat air mata isterinya membuatkan Levent terpaksa memendam rasa marahnya.

     "Awak tak mandi lagi kan? Jom mandi sekali," ajak Levent. Tangannya mulai menurunkan cardigan yang dipakai isterinya hingga mendedahkan bahu wanita itu.

     Daizy mengangguk perlahan. Walaupun masih terasa hati, dia tidak mampu menolak ajakan suaminya. Dia juga tidak mahu perkara kecil itu merosakkan kebahagian mereka.

SELESAI mandi, mereka pun sarapan bersama. Hari itu, Levent masuk lewat ke pejabat. Sengaja mahu meluangkan masa sebentar bersama isterinya. Masih rasa bersalah dengan kejadian pagi tadi.

Sebaik selesai sarapan, mereka berdua dikejutkan dengan bunyi loceng yang datang dari pintu utama rumah.

    "Siapa?" Tanya Levent. Daizy hanya mengangkat bahu. Dia juga tidak tahu siapa yang datang.

     "Saya pegi tengok kejap," kata Daizy seraya keluar dari dapur.

     Sebaik membuka pintu, wajah Bonda Zainah terpampang di hadapan pintu dengan senyuman manisnya.

     "Bonda!" Sambut Daizy kegirangan. Mereka terus berpelukan.

     "Kenapa datang tak bagitahu dulu? Bonda datang dengan siapa?" Soalnya seraya melepas pelukan.

     "Dengan Alfie," kata Bonda Zainah. Sesaat, Alfie muncul di belakang Bonda Zainah.

     Serentak itu, Levent tiba di ruang tamu.

     Senyuman Daizy perlahan memudar sebaik melihat Alfie. Kini, Daizy berpaling memandang suaminya. Wajah lelaki itu kelihatan tenang tanpa sebarang ekspresi. Namun tiada siapa yang tahu, dia berusaha menahan cemburu yang sedang membara dalam hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience