"ARGH!"
Suara teriakan yang datang dari ruangannya menyentak Muzammil yang sedang menikmati kopi di pantri. Dia segera menuju ke ruangannya bersama gelas berisi kopi ditangan. Baru tiba di hadapan pintu, ianya tiba-tiba terbuka.
BUK!
Tubuhnya terundur selangkah sebaik dilanggar oleh Daizy yang tiba-tiba meluru keluar. Akibatnya, gelas berisi kopi yang dipegang itu tumpah membasahi baju mereka berdua.
"Ya Allah!" Ucap Muzammil akibat terperanjat.
"Tu.... Tuan?!" Wajah Daizy pucat ketakutan.
"Kenapa ni?! Berlari macam dikejar hantu?!" Tanya Muzammil begitu kesal.
"Tengok ni, kan dah tumpah." Kedengaran keluhan panjang terzahir dari mulutnya.
"Saya... saya takut. Saya ingatkan tuan tinggalkan saya sendiri dalam office," tutur Daizy ketakutan.
"Ya Allah budak ni. Takkanlah saya nak tinggalkan awak sendiri?" Muzammil geleng kepala sambil mengeluh panjang.
"Manalah saya tahu! Tuan biar saya tidur sampai ke malam dah kenapa? Patutnya tuan kejutkan saya!" Kini giliran Daizy pula marah. Tangannya menepis-nepis baju bahagian hadapan yang sudah basah kerana tumpahan kopi.
"Awak tidur nyenyak sangat. Saya tak sampai hati nak kejutkan," kata Muzammil. Tali leher dilonggarkan sebelum dibuka. Dua butang hadapan kemeja juga mulai dibuka.
"Hah, sekarang ni macam mana? Nak balik dengan baju basah macam ni?" Muzammil cekak pinggang bersama gelas serta tali pinggang di kiri dan kanannya.
"Tak apalah, memang nak balik rumah juga, kan," balas Daizy.
"Sorry," ucapnya. Rasa bersalah kerana telah mengotori baju kemeja yang dipakai Muzammil.
"Awak tunggu sini kejap, saya pergi ambil baju dekat bawah untuk awak," kata Muzammil. Saat berpaling, Daizy menahannya.
"Eh, tak payahlah, tuan. Alang-alang dah nak balik. Biarlah macam ni," tolak Daizy.
"Duduk diam-diam. Saya pergi ambil baju," tekan Muzammil. Tanpa senyuman, dia beredar dari situ.
Sementara menunggu Muzammil. Daizy membersihkan tumpahan kopi yang terdapat dibajunya. Sayang pula jika dibiarkan. Pasti meninggalkan kesan. Beberapa minit kemudian, Muzammil tiba bersama baju kemeja berwarna putih miliknya. Lelaki itu pula sudah siap menukar pakaiannya sebentar tadi.
Daizy pun segera menukar pakaiannya di dalam bilik air. Hanya skirt hitam yang masih dipakai memandangkan kesan kopi tidak terlihat. Sebaik keluar dari bilik air, Muzammil sedang menunggu di situ. Sebaik terlihat dirinya, lelaki itu kelihatan sedang menahan tawa. Tubuh Daizy diperhati dari atas hingga ke bawah.
Daizy sedar, Muzammil sedang menertawakan dirinya. Baju yang dipakai terlalu besar sehingga melepasi punggungnya. Lengan baju itu pula sudah melepasi jari jemarinya menyebabkan tangannya tertutup sepenuhnya.
"Itulah, waktu kecil tak nak makan banyak-banyak. Dah besar, tak cukup besar pulak. Nasiblah tak terbantut," usik Muzammil.
Daizy sudah menayang wajah kesal. Tak puas hati kerana lelaki itu sudah menghina fizikalnya. Ianya dianggap body shaming.
"Saya tak kecik! Tuan yang besar! Makan anak gajah ke apa waktu kecik?!" Perli Daizy.
Dengan jelingan tajam, dia melepasi Muzammil dan terus menuju ke meja kerja untuk mengambil beg tangannya. Setelah itu, mereka bersama-sama keluar dari pejabat.
Sewaktu berjalan menuju ke tempat letak kereta, Muzammil tak henti mencuri pandang ke arah Daizy yang sedang berjalan di sisinya. Terasa lucu meliaht wanita itu berjalan dengan baju yang besar.
Menyedari dirinya diperhati, Daizy hadiahkan jelingan tajam.
"Kecil molek aje awak ni, kan. Lepas ni kena makan banyak-banyak. Nanti orang fikir saya tak bagi awak makan pulak," kata Muzammil.
"Dah kenapa tuan nak bagi saya makan? Bapa bukan, suami pun bukan," sindir Daizy.
"Sebab, saya rasa bertanggungjawab nak jaga awak." Muzammil tayang senyuman lebar.
"Geli."
"Geli? Muka handsome macam ni awak geli?"
"Tahulah tuan ni handsome. Tak perlulah nak kembang hidung sangat," sindir Daizy.
"Kan, handsome kan saya. Macam actor dari Turki. Burak Deniz," kata Muzammil memuji diri sendiri.
"Hm yelah." Daizy mengangguk lemah. Semakin dilayan, semakin naik lemak
"Awak pun cantiklah, Daizy. Muka ada iras-iras Nicola Cavanis. Kecil molek, muka solid tapi nampak ayu gitu," puji Muzammil.
"Nak cakap saya pendek lah tu. Hello! Tinggi saya 160cm tau!" Daizy tak mahu kalah walaupun tahu perbezaan ukuran ketinggian mereka agak besar memandangkan tingginya hanya separas bahu lelaki itu. Sama seperti saat dia berdiri di sebelah suaminya.
Tak hairanlah Muzammil begitu suka mengusap kepalanya.
"Yelah, yelah. Tinggilah tu." Muzammil terpaksa mengalah.
"Sembang." Daizy lebih dulu membuka pintu kereta sebaik mereka tiba di kereta.
Tiba-tiba, telefon bimbit Muzammil berbunyi. Dia segera menjauhi Daizy untuk menyambut panggilan itu.
"Dia dah sampai?" Soalnya sebaik telefon melekap di telinga. Sesekali melirik Daizy yang sudah masuk ke dalam kereta.
"Okay. Saya drive ke sana sekarang." Setelah itu, panggilan dimatikan lalu kembali ke kereta.
Beberapa minit memandu, mereka tiba di hadapan sebuah pasaraya besar. Sebaik matikan enjin, Muzammil mengajak Daizy untuk turun. Namun gadis itu tidak mahu kerana merasakan pakaiannya tidak sesuai.
"You so look cute, Daizy," puji Muzammil.
"Come." Lengan Daizy dirangkul sehingga wanita itu keluar dari kereta. Dengan spontan, dia mulai menggulung lengan baju yang dipakai Daizy sehingga ke paras siku.
"Dah okey dah. Tak nampak macam baju saya pun. Nampak macam awak tengah pakai baggy shirt," usik Muzammil.
Akhirnya, dituruti sahaja ajakan lelaki itu. Tidak sampai setengah jam, mereka keluar semula sambil menjinjit barang belajaan. Sewaktu menyusun barang ke dalam kereta, mereka dikejutkan dengan kehadiran seseorang dari arah belakang.
"Sayang..." panggilan itu menyentak mereka berdua. Serentak, kedua-duanya menoleh.
Tangan yang memegang plastik terakhir perlahan-lahan terlepas. Bagai tak percaya dengan apa yang dilihat sekarang. Benarkah? Benarkah lelaki di hadapannya saat ini adalah lelaki yang selama ini dia tinggalkan?
"Le... Levent?" Nama itu begitu sukar untuk melepasi bibirnya.
"Sayang..." Levent mendekat dan serentak itu tubuh Daizy tersandar pada kereta.
Melihat wajah Daizy seperti ketakutan, Muzammil segera mendekati wanita itu sebaik selesai memasukkan plastik yang terakhir.
"Sayang... awak pergi mana selama ni?" Tanya Levent begitu bimbang sekali. Dia cuba isterinya namun wanita itu merangkul lengan lelaki yang ada di sebelahnya..
Seperti memahami akan Daizy yang ketakutan, Muzammil akhirnya menahan Levent dari terus mendekati Daizy.
"Tepi!" Levent menentang mata Muzammil.
"Hantar saya balik," pinta Daizy pada Muzammil. Dia lebih dulu menuju ke tempat duduk penumpang hadapan lalu membuka pintu.
"Sayang! Tunggu!" Levent cuba menahan Daizy namun Muzammil menghalangnya. Sebaik Daizy masuk ke dalam kereta, Muzammil berdiri menghalangi pintu tersebut. Kini, mereka berdua pula yang berhadapan. Kedua-duanya sama tinggi, bertubuh kekar dan sama kacak. Dan, kedua-duannya berwajah kacukan.
Dahi Levent sedikit berkerut. Semakin lama direnung, wajah Muzammil sepertinya pernah dilihat sebelum ini. Namun sayangnya, otak tak mampu menggali apa-apa berkaitan lelaki itu.
"Don't touch my woman," tegas Muzammil.
"Your woman?" Levent tergelak sinis.
"She is mine!" Bidas Levent.
"Back off!" Muzammil segera menepis tangan Levent yang mencuba untuk membuka pintu.
"Let her go!" Arah Levent.
"I said back off!" Tengking Muzammil. Dengan tolakan yang kuat di dada, Levent terundur ke belakang.
Muzammil segera memasuki kereta dan terus memandu pergi dari situ.
"Daizy!" Teriak Levent. Hanya mampu merenung kereta tersebut berlalu pergi dengan perasaan kecewa.
"Shit!" Makinya sambil mengepal penumbuk. Jadi, benarlah kata Alfie. Daizy menjalin hubungan bersama lelaki lain.
"Tak!" Levent geleng kepala.
"Tak mungkin! Daizy tak macam tu! Aku kenal isteri aku!" Levent cuba sedapkan hati sendiri.
SETIBANYA di hadapan bangunan bilik sewa, Muzammil menemani Daizy naik ke bilik sewa. Kebetulan, Zila baru hendak berangkat ke tempat kerjanya.
"Hai, Encik Muzammil," tegur Zila. Tak peduli langsung pada Daizy yang sedang muram.
"Hai," sahut Muzammil sambil melambai. Dia segera membawa Daizy menuju ke bilik sewa. Sebaik pintu dibuka, dia memimpin Daizy menuju ke katil. Zila pula ikut menjengah ke dalam bilik. Bibirnya mulai mencebik melihat layanan Muzammil pada Daizy.
"Tuan baliklah. Saya okey," tutur Daizy sedikit serak.
Zila sudah merenung tajam sambil berpeluk tubuh. Meluat rasanya melihat Daizy seolah-olah cuba menarik perhatian Muzammil.
"Call me if you need anything," pesan Muzammil. Sempat mengusap kepala Daizy membuatkan Zila semakin panas hati. Sebaik melangkah keluar, Zila mendekati lelaki itu.
"Encik dah nak balik? Jomlah, lepak kejap," ajak Zila. Rambut yang tadinya terurai sengaja diikat tinggi agar menampakkan lagi leher serta bahunya yang terdedah. Pakaian yang cukup seksi benar-benar menyakitkan mata lelaki itu.
Muzammil mengeluh pendek. Gaya seperti itu tidak lain, hanya ingin menggodanya.
"Tak apalah. Saya kena balik cepat. Ada urusan," tolak Muzammil dengan senyuman nipisnya.
Zila angguk dengan senyuman hambar. Kesal kerana Muzammil menolak ajakannya.
"Oh ya. Saya ada mesej tuan baru-baru ni. Kenapa tak balas?" Tanya Zila sedikit merajuk. Jari telunjuknya sudah menyentuh lengan Muzammil. Otaknya pula mulai meliar. Entah bila agaknya mampu seranjang dengan lelaki itu.
"Sorry lah. Saya busy sangat waktu tu. Memang tak sempat nak balas," kata Muzammil memberi alasan.
"Oh, takpelah. Saya harap lain kali kita boleh lepak sama-sama..."
"Berdua." Jari telunjuk Zila mula bermain-main di lengan Muzammil. Semakin lama, ianya mulai menjalar hingga ke dada lelaki itu.
"Saya balik dulu. Tolong tengokkan Daizy, ya," pesan Muzammil lalu beredar. Semakin lama di situ, semakin meremang bulu tengkungnya menghadapi Zila.
Setelah Muzammil beredar barulah Zila masuk ke dalam bilik. Kelihatan Daizy sudah terbaring tanpa menukar pakaian atau pun membersihkan diri. Pertemuan dengan Levent sebentar tadi membuatkan dirinya tak keruan.
"Kau okey?" Tanya Zila sekadar basa basi.
"Korang buat apa tadi? Baju yang kau pakai tu baju bos kau, kan?" Tanya Zila lagi walaupun soalannya tadi belum dijawab.
Perlahan-lahan, Daizy bangun kemudian menoleh memandang Zila.
"Baju aku kotor," katanya mulai membuka baju tersebut. Tidak selesa rasanya tidur tanpa membersihkan diri.
"Kau memang biasa bawa dia balik bilik kita?" Tanya Zila selamba.
Daizy menoleh seketika sebelum menggeleng perlahan.
"Mana ada, Zila. Baru kali ni dia hantar aku sampai ke bilik," jelas Daizy serba salah. Dia takut Zila tidak selesa.
"Hari tu pun dia datang sini juga, kan? Kiranya dah dua kali lah," balas Zila dengan nada menyindir.
"Sorry, Zila. Aku tahu kau tak selesa. Lain kali aku tak akan bawa dia naik bilik kita lagi." Daizy tunduk dengan mata yang berkaca-kaca. Bukan itu membuat dirinya sedih. Pertemuan bersama Levent sebentar tadi membuatkan dadanya semakin sesak.
"Tak adalah. Aku bukannya apa. Aku tak nak jiran-jiran kita tabur fitnah. Aku tak suka."
Daizy angguk lagi tanpa bersuara.
"Aku gerak dulu, bye," pamit Zila sebelum keluar dari situ.
HAMPIR 4 jam menempuh perjalanan, semuanya berakhir sia-sia. Daizy tak mahu mengikutinya pulng ke rumah. Sudahnya, Levent terpaksa bermalam di hotel untuk sementara waktu.
Setelah membersihkan diri, Levent termenung di hadapan cermin solek. Rasa rindu yang selama ini terpendam akhirnya terubat juga. Setelah setahun, barulah mereka bertemu kembali. Namun sayangnya pertemuan itu belum dapat memperbaiki hubungan mereka. Nampaknya, Levent harus berusaha lebih untuk membawa isterinya pulang ke rumah.
Dan lelaki itu, lelaki yang ada bersama isterinya. Semakin tak tenang selepas mengetahui ada lelaki lain yang bersama isterinya. Namun ada sesuatu yang mengganggu fikiran Levent. Wajah lelaki itu yang sangat tak asing baginya.
"Walau siapapun kau, aku tetap akan rampas isteri aku semula." Wajah yang tadinya tenang bertukar tegang. Tidak boleh berlengah lagi kerana ada lelaki yang sedang mengancam rumah tangga mereka.
Share this novel