AMARAH Levent semakin menggila. Melihat Edsel yang terbaring tak melawan sedikit pun tak memuaskan hati Levent. Dia kembali menaiki tubuh Edsel kemudian melepaskan tumbukan bertubi-tubi.
"Levent! Sudah!" Daizy terpaksa menurunkan kepala Edna ke atas lantai kemudian pergi menghalang suaminya.
"Sudahlah! Ya Allah!" Tubuh suaminya cuba ditarik namun dia tidak berjaya. Sesekali tangan membetulkan tali gaun mandi yang semakin longgar.
Tidak lama itu, Levent bangun dari tubuh Edsel kemudian berdiri berhadapan isterinya.
"Kau!..." leher gaun mandi yang dipakai isterinya dicengkam kuat.
"Kau nak buat apa dengan dia tadi?" Anak mata isterinya ditenung tajam.
"Tak! Kami tak buat apa-apa! Dia cuma tolong saya betulkan pili. Itu aje!" Tangan suaminya cuba dilepas namun tak berjaya.
"Betulkan pili sambil berpeluk-peluk? Kau fikir aku bodoh ke apa?!" Leher gaun mandi yang dipakai isterinya ditarik sehingga dada mereka bertemu.
"Kau mesti sedih sebab aku muncul sebelum sempat korang beraksi, kan?" Mata Levent semakin merah. Tidak tercapai dek akal jika dia menyaksikan isterinya menggauli lelaki lain.
"Levent! Sampai hati awak fikir macam tu!" Tubuh suaminya ditolak kasar namun sedikit pun lelaki itu tak beralih.
"Kau nak sangat? Kau dah sangap sangat sampai tak boleh tunggu aku balik?!" Kini, tangan Levent mulai mencengkam kuat leher gaun tidur yang dipakai isterinya.
Daizy mulai panik, dia sudah dapat membaca apa yang suaminya ingin lakukan.
"Jangan!" Daizy pantas menepis tangan suaminya.
"Buka! Kau nak sangat dengan dia kan?! Kau buatlah! Buat depan aku!" Serta merta, gaun mandi yang dipakai Daizy mulai terkoyak di hadapan sebaik ianya direntap kasar. Mujur Daizy sempat menahan daripada mendedahkan dadanya.
Edsel menelan liur melihat perbuatan majikannya.
"B... bos!..." Edsel cuba bangun namun tak berdaya. Dia semakin lemah selepas ditumbuk bertubi-tubi. Sebelah matanya sudah membengkak. Mulut dan hidungnya juga mulai mengeluarkan darah.
"See, dia pun nak." Mata Levent melirik tajam ke arah Edsel.
"Buka!" Tengking Levent.
Daizy menggeleng laju. Kedua-dua tangan naik menutup bahagian dada.
"Kau buka sekarang! Kau tak payah nak berlagak!" Sekelip mata, Levent menarik kasar gaun tidur tersebut hingga terkoyak lebih lebar. Serta merta bahu dan belakang isterinya mulai terdedah. Mujur tangan Daizy masih erat menutup bahagian dadanya.
Edsel pantas palingkan wajah seraya menutup mata.
"Sudah!" Tengking Daizy. Dengan sekuat tenaga tangan dihayun menampar suaminya.
Untuk seketika, suasana bertukar hening sebaik bunyi tamparan itu bergema.
"Cukuplah! Cukup!" Bentak Daizy.
"Tak! Belum cukup!" Levent kini meluru ke arah Edsel kemudian menarik lelaki itu berdiri.
"Kau memang tak kenang budi! Aku kutip kau dari tepi jalan lepas kau kena belasah sebab mencuri, aku bagi kau makan sedap-sedap, tapi ini yang kau balas? Bini bos sendiri kau nak try?!"
Edna yang masih terduduk mulai bangun perlahan-lahan.
"Bos..." Edna cuba menghalang. Tidak sampai hati melihat rakan kerja merangkap teman baiknya disakiti.
"Kau pun sama! Kalau bukan aku yang beli kau!... kau dah lama jadi pelacur!" Herdik Levent.
Edna membungkam. Ya, dia akui kebenaran perkara tersebut. Jika bukan kerana Levent yang menyelamatkan dirinya dari dijual oleh mak cik sendiri, sudah lama dia menjadi pemuas nafsu lelaki di luar sana.
"Ikutkan hati, memang aku kerjakan korang berdua sampai lunyai!"
Daizy tak mampu berbuat apa-apa. Masih tegak berdiri sambil memeluk tubuh yang kian terdedah.
"Kau nak tutup apa?!" Tengking Levent. Daizy kembali menjadi sasaran suaminya.
"Kau buka jelah! Entah-entah kau dah bagi dia tengok badan kau tu kan!" Levent semakin galak menabur tuduhan.
"Tak, bos... tak." Edsel masih cuba membela diri. Walaupun tahu perbuatannya bakal menambah api kemarahan majikannya.
"Kau diam bangsat!" Kali ini, tumbukan Levent tidak main-main. Niatnya memang mahu menamatkan riwayat Edsel.
"Sudah!" Daizy kembali mendekat kemudian diikuti oleh Edna.
"Awak nak jadi pembunuh?!"
"Memang! Memang aku nak bunuh dia! Lepas ni, giliran kamu berdua!" Daizy dan Edna ditatap silih berganti membuatkan Edna mulai ketakutan. Daizy pula sudah tak peduli.
"Bunuh aku sorang! Jangan libatkan diorang berdua!" Dengan tenaga penuh, suaminya didorong menggunakan badannya sendiri. Akhirnya, Levent terbuang ke tepi.
"Edna! Bawa Edsel keluar dari sini!" Arah Daizy seraya memeluk suaminya dari belakang.
"Kau nak buat apa? Kau lemah, Daizy. Lemah!" Levent membiarkan dirinya dipeluk walaupun dia boleh saja menolak isterinya.
Tanpa membuang masa, Edna segera memapah Edsel keluar dari situ. Levent pula hanya memerhati kedua-dua mereka berlalu pergi. Tidak lama itu Daizy melepas pelukan kemudian menjauhi suaminya.
Levent pula sudah tersenyum sinis sambil mencekak pinggang. Buku limanya terasa berdenyut-denyut setelah melepaskan beberapa tumbukan sebentar tadi.
"Kau nak buat apa sekarang?" Soal Levent sinis. Wajah tegang dan merah milik isterinya ditatap sambil tersenyum miring. Sesekali matanya turun menilik tubuh isterinya yang terdedah.
"Mesti kau rasa gantung tadi kan? Tak sempat nak puncak," ejek Levent.
"Kau sakit!" Tempelak Daizy.
"Gila! Kau gila! Kau tak waras! Kau!... kau sakit mental!" Daizy tak mampu lagi menahan mulutnya. Segala kata yang layak buat lelaki itu dihambur tak bertapis.
"Aku gila sekalipun, aku tak pernah curang," balas Levent.
"Aku sayang kau, cintakan kau. Aku jaga kau dengan baik. Aku tatang kau bagai minyak yang penuh. Tapi kau tak pandai bersyukur. Kau sibuk nak fuck dengan budak bawahan macam Edsel tu."
"Tutup mulut kau! Kau tak ada hak nak hina dan tuduh aku buat semua tu!" Tempik Daizy.
"Aku menyesal kawin dengan kau!" Sambil memeluk tubuh, Daizy menuju ke almari untuk mengambil baju. Niatnya untuk mandi sebentar tadi kini sudah terkubur.
Belum sempat membuka almari, tubuhnya dirangkul dari belakang kemudian diangkat hingga kaki tak mencecah lantai.
"Lepaslah!" Daizy meronta sambil memukul tangan suaminya. Levent pula tak peduli, dia terus membawa isterinya menuju ke katil.
"Argh!" Teriak Daizy saat tubuhnya dihumban ke permukaan tilam. Walaupun empuk, tulangnya tetap terasa sakit.
"Aku tolong kau lampiaskan nafsu yang tergantung tadi." Butang kemeja mulai dibuka satu persatu.
"Aku jijik dengan kau!" Daizy cuba bangun namun Levent segera menerpa sebaik selesai melepas pakaiannya.
"Jijik? Kau basah-basah dengan lelaki lain dalam bilik mandi tu, siapa yang lebih menjijikkan?" Levent naik duduk di atas tubuh isterinya.
Daizy menghayun tangan untuk menampar namun cepat ditahan oleh Levent. Kedua-dua belah tangannya kini ditekan ke permukaan tilam.
"Aku tak buat! Aku, tak, buat!" Tempik Daizy.
Levent tertawa besar seraya menggeleng kepala. Isterinya masih juga menafikan sesuatu yang sudah jelas di matanya.
"Aku tak tahulah mana yang kurang," kata Levent dan mulai melepas tali pinggangnya.
"Tak apa, aku cuba." Kini, kancing dan zip seluar pula dibuka.
"Aku cuba untuk bagi kau puas. Kalau tak puas juga, cakap. Aku akan usaha untuk bagi kau betul-betul puas. Aku boleh pergi berubat, Daizy. Kau tinggal cakap aje." Mulut dan tangannya sama-sama bergerak.
"Cakap. Kau nak mula dari mana. Sini?" Tangannya mulai memicit kasar paha mulus isterinya yang terdedah.
"Atau sini?" Tangan beralih meramas kasar buah dada isterinya yang masih tertutup gaun mandi.
"Gila! Kau gila!" Bentak Daizy. Wajah mulai berkerut menahan sakit.
"Kau tak layak jadi suami! Kau dayus!" Daizy menghambur semuanya tanpa peduli akan posisinya saat itu. Sekali sahaja suaminya bertindak, nyawanya pasti melayang.
"Dayus kalau aku pukul kau, abaikan kau. Tak bagi kau makan, tak bagi nafkah," budas Levent.
"Kau fikir semua tu boleh bagi kebahagiaan sedangkan yang kau siksa tu jiwa aku!" Bentak Daizy. Tangan yang meramas buah dadanya ditepis kasar.
"Kau sakit, Levent! Sakit!" Daizy semakin meronta-ronta.
"Kalau kau tahu aku sakit, kau sepatutnya jadi penawar untuk aku." Tangannya mencengkam dagu Daizy kemudian merapatkan wajahnya.
Sekelip mata, bibir merah Daizy hilang dibenam oleh bibir rakus suaminya.
"Emph!!!" Daizy meronta-ronta. Terasa sakit bibirnya akibat dicium kasar.
Hampir beberapa saat barulah Levent melepas bibirnya dan serentak itu Daizy menarik nafas panjang. Hampir pengsan akibat kekurangan oksigen.
"Tak puas lagi?" Soal Levent sebelum bangun untuk membuka seluar.
Kini, dengan hanya mengenakan boxer, Levent kembali memanjat katil. Daizy segera palingkan tubuh untuk lari namun ditahan. Tubuhnya kembali terlentang akibat ditarik kasar oleh suaminya.
"Jangan lari. Aku cuba bagi kau kepuasan. Kita belajar sama-sama. Aku usaha untuk bahagiakan kau," katanya begitu sinis.
"Bukan ini yang aku nak! Bukan ini kebahagian yang aku nak!" Daizy terus meronta-ronta dan menjerit-jerit.
Tak pedulikan jeritan itu, Levent membenam wajah di leher isterinya. Perlahan-lahan ciuman kasar itu turun ke dada dan semakin rakus di situ.
"Argh!" Teriak Daizy. Sedikit pun tak merasa nikmat sentuhan suaminya. Yang ada hanya rasa jijik.
Perlahan-lahan, jeritan Daizy bertukar esakan. Terasa senak bahagian bawah tubuh akibat paksaan dari suaminya. Dan akhirnya, esakan tak lagi kedengaran. Hanya air mata yang mengalir deras membasahi permukaan katil.
Tak mengambil masa lama, Levent jatuhkan tubuh di atas badan isterinya sebaik nafsunya mencapai puncak. Tercungap-cungap dengan dada yang berombak akibat mendayung sebentar tadi.
Tidak lama itu, tawa Levent bergema sambil membalikkan tubuh lalu terlentang di sebelah isterinya. Tangan didepa sambil merenung siling bilik. Daizy pula segera menarik selimut untuk menutupi tubuh yang terdedah.
"Puas tak?" Soal Levent dengan senyuman kepuasan. Dadanya masih terlihat berombak. Nafas belum stabil akibat pertempuran tadi.
"Huh. You're so fucking hot, sayang! Aku tak boleh bayangkan lelaki lain sentuh kau macam aku sentuh kau. Hell no!" Katanya lalu kembali tertawa.
Daizy tak bersuara. Hanya tangisannya yang kedengaran.
"Belajar untuk bersyukur dengan apa yang aku bagi. Bukan cari lain kalau tak cukup." Rambut isterinya dibelai manja.
"But it's okay. Aku bagi kau peluang. Aku maafkan kau. Lagipun kau dengan Edsel tak sempat buat apa-apa tadi, kan?" Levent masih dengan prasangka buruknya.
"Saya... tak buat," tutur Daizy dengan air mata yang berlinang.
"Ya, ya. I know..."
Daizy bangkit sebelum suaminya sempat habiskan kata. Dengan hanya berselimut, Daizy menuju ke bilik mandi. Beberapa minit kemudian, dia keluar semula dengan rambut yang basah.
Levent hanya memerhati sambil bersandar di kepala katil. Pergerakan Daizy kelihatan terbatas akibat rasa pedih di bawah perutnya. Selesai mengenakan pakaian, Levent pula bangun dari katil dan terus menuju ke bilik mandi. Di kesempatan itu, Daizy mengeluarkan beg pakaian kemudian memasukkan beberapa helai pakaian serta barang miliknya. Setelah itu dia segera keluar dari situ.
Saat tiba di ruang tamu, suara Levent bergema memanggil nama isterinya. Serta merta, Daizy berhenti melangkah tepat di ruang tamu rumah.
Tidak lama itu terdengar bunyi tapak kaki suaminya diiringi deruan nafas yang semakin hampir.
"Kau nak pergi mana?" Soal Levent, tegang.
Daizy tak menjawab hatta menoleh sekalipun.
"Kita berpisah," kata Daizy mendatar. Matanya merenung kosong ke hadapan.
"Kau tak serik lagi?" Levent datang menghampiri isterinya.
"Kita... berpisah. Kita akhiri semua ni. Kita bawa haluan masing-masing. Kau dan aku, kita tak boleh teruskan perkahwinan ni..." Daizy mulai melangkah dan serentak itu Levent menarik lengannya.
"Jangan berani keluar, Daizy. Jangan cabar aku." Levent semakin bengang.
Daizy tak peduli. Dia kembali melangkah dan kali ini tubuhnya ditarik kasar sehingga terpaling. Pergelutan mulai berlaku antara suami isteri itu. Daizy tak lagi mahu menuruti arahan suaminya. Hati sudah tawar untuk pertahankan rumah tangga mereka. Biarlah semuanya berakhir malam itu juga.
"Lepaskan aku!" Bentak Daizy seraya menolak kuat tubuh suaminya sehingga lelaki itu terundur. Levent tak berhenti di situ, dia kembali meluru ke arah isterinya dan serentak itu Daizy mencapai pasu bunga yang terletak di atas meja dan terus memukul kepala suaminya. Serta merta, Levent jatuh terduduk di hadapan sofa.
Kepala pasu bunga yang sudah pecah masih digenggam erat oleh Daizy Baseera. Dihujung pecahan pasu itu terdapat kesan darah. Darah yang mengalir dari dahi suaminya.
"Aku penat Levent..." luah Daizy Baseera begitu sayu.
"Jangan berani keluar dari rumah ni!" Tegas Levent memberi amaran. Dia sedang terduduk di hadapan sofa sambil menahan kesakitan. Dahinya koyak dan sedang memancutkan darah yang banyak akibat dipukul dengan pasu bunga kaca itu.
"Aku penat hidup dalam dunia kau. Aku muak dengan cemburu buta kau..." Daizy berdiri lemah di hadapan sofa.
Dahi Levent semakin berkerut menahan kesakitan. Walaupun selepas dicederakan, dia masih mampu menahan diri agar tidak naik tangan pada isterinya.
Dia benar-benar sayang pada Daizy Baseera. Namun, sikap cemburu buta dan obsesinya pada isteri sendiri telah memicu pertengkaran itu. Dua tahun Daizy terpaksa bersabar dengan sikap suaminya.
"Is it a crime of loving you?" Soal Levent, masih tenang. Dia boleh sahaja bangkit dan melawan isterinya. Tetapi, dia memilih tenang. Tidak mahu isterinya semakin nekad.
"Tak cukupkah apa yang aku korbankan untuk kau selama ni?!" Daizy kembali beremosi.
"Aku ikut ke mana pun kau pergi! Aku turut bila kau halang aku untuk bergaul, berkawan dengan orang lain! Aku ikut semua telunjuk kau! But still..." Daizy menekup wajah dengan sebelah tangannya. Kini, wajahnya dikotori dengan darah milik suaminya.
"Apa pun aku buat, kau masih anggap aku curang. Kau masih tuduh aku menggatal dengan lelaki di luar sana. Aku dah tak ada sesiapa selain kau, Levent. Kau sendiri yang kutip aku dari rumah anak yatim tu. Jangankan mak ayah, sahabat pun aku tak ada," luah Daizy teresak-esak.
Levent memejam mata seketika. Dia sedar akan perbuatannya. Namun, dia juga tidak mampu menahan emosi serta cemburunya saat melihat sang isteri rapat dengan lelaki lain.
"Aku cintakan kau, Levent. I love you so much. But this is too much," ungkap Daizy semakin kecewa.
"Lepaskan aku..." Daizy benar-benar nekad kali ini. Perceraian adalah jalan yang terbaik.
"You know I won't," balas Levent.
"I don't give a fuck! Let me go!" Bentak Daizy.
Saat itu juga Levent bangkit dari duduknya. Dan serentak itu Daizy mengacukan kembali pecahan pasu bunga itu ke arah Levent.
"Jangan berani dekat. Aku tak akan teragak-agak untuk lukakan kau... lagi," kata Daizy memberi amaran.
Levent tetap melangkah. Sedikit pun tidak tergugat dengan ancaman isterinya.
"Aku bagi kau segala-galanya, Daizy. Harta, kemewahan, kasih sayang. Semuanya cukup. Aku tak pernah jentik pun tubuh kau. I never hurt you," tutur Levent seiring kaki melangkah. Bagaikan lupa akan perbuatannya di dalam bilik sebentar tadi.
Daizy terpaksa berundur setiap kali suaminya mendekat. Hingga akhirnya, belakang tubuh menyentuh dinding rumah.
"I said stop, Levent!" Bentak Daizy. Kedua-dua tangannya sudah menggenggam pecahan pasu bunga itu.
"I'd rather die than let you go," tegas Levent.
"Baik! Kalau macam tu, biar aku yang mati!" Daizy bertindak meletak serpihan kaca itu di lehernya. Serta merta, langkah Levent terhenti.
"Don't you dare, Daizy Baseera!" Bergema suara Levent di segenap ruang tamu rumah itu.
"Lebih baik kau bunuh aku, Daizy. If you kill yourself, we both die! Kau tahu kan yang aku tak boleh hidup tanpa kau!"Air mata Levent mulai mengalir. Dia lebih rela mati daripada melihat Daizy melukakan diri sendiri.
"Fuck off!" Teriak Daizy. Serentak itu Levent meluru ke arah isterinya dan spontan, Daizy mengacu kembali pecahan kaca tersebut ke arah suaminya.
Sebaik tubuh mereka bersatu, keadaan menjadi hening seketika. Mata kedua-dua pasangan itu sedang bertaut antara satu sama lain. Daizy kini terlopong dengan mata yang terbuntang. Manakala Levent sedang berkerut dahi menahan kesakitan. Tidak lama itu, darah milik Levent mulai menitik di atas lantai.
Perlahan-lahan, Levent berundur ke belakang. Saat itu juga serpihan kaca yang tertancap di perutnya jatuh ke atas lantai.
"Sa, sayang..." panggil Levent sambil menahan sakit.
Daizy masih terkaku di tempatnya berdiri. Tidak sangka dia sanggup menikam suaminya sendiri.
"Levent..." panggil Daizy. Dia menyesal atas tindakannya yang membabi buta. Dia mulai sedar kecederaan suaminya bukanlah sedikit jika dilihat dari darah yang sedang menitik. Tangannya juga sudah lencun dengan darah milik Levent.
Disebabkan panik, Daizy bertindak melarikan.Dia takut dan bimbang jika Levent menyumbat dirinya ke dalam penjara. Dia tidak mahu menghabiskan sisa hidupnya di sana.
"Daizy Baseera!" Panggil Levent. Dia masih gagah berdiri walaupun darah sudah mengalir dari luka tusukan di perutnya.
Tanpa pedulikan panggilan suaminya, Daizy berlari menuju ke dapur dan bergegas keluar dari rumah melalui pintu belakang. Pagar yang tidak terkunci menjadi peluang untuk Daizy melarikan diri dari perkarangan rumah mewah itu.
HUJAN yang tadinya renyai-renyai kini mulai lebat membasahi bumi. Daizy tetap melangkah walaupun wajah dan tubuhnya mulai lencun dibasahi hujan. Darah yang melumuri tangan mulai menghilang dek terkena tempias hujan. Yang tinggal hanya kesan darah yang ada pada baju dan seluarnya.
Share this novel