BAB 69

Romance Series 71296

Samuel terjaga dari tidurnya dan terus ke bilik air yang ada di luar bilik itu. Setelah selesai Samuel terus ke bahagian pantri dan bertemu dengan seorang pramugari disana.

“Azura tolong buatkan coffee satu nanti tolong hantar di depan ye.” Kata Samuel kepada pramugari yang bernama Azura itu.

“Baik Tuan.” Balas Azura dengan sopan dan lemahg lembut.

Setelah mendapat jawapan dari pramugari itu Samuel terus duduk dibahagian tengah jet itu. Samuel membuka laptopnya dan terus memeriksa e-mailnya sedang Samuel melakukan pekerjaannya Azura datang dengan secawan air dan terus meletakkan cawan itu di tepi laptop Samuel.

“Thanks Zura.” Ucap Samuel sambil tangannya masih menaip sesuatu di laptopnya.

“Welcome Tuan.” Jawab Azura dan terus berlalu pergi.

Setelah Azura pergi Samuel melanjutkan kerjanya. Samuel melihat jam di pergelangan tangannya lagi setengah jam mereka akan tiba di Malaysia. Dia terus menyimpan laptopnya dan terus masuk kedalam biliknya dan melihat Rindiani masih tidur dengan nyenyak sekali.

“Anak abi tunggu didalam dulu ye bagi ummi sambut raya dulu ye lepasstu kalau nak keluar-keluarlah abi tak marah okey yang penting sempat la ummi makan apa yang anak abi dan ummi idamkan sangat tu ye.” Kata Samuel sambil mengusap perut Rindiani dengan penuh kasih sayang.

Flashback

Samuel menjemput Rindiani di universiti. Rindiani, Natasha dan Amy berjalam menghampiri Samuel yang sedang menunggu di hadapan pagat universiti itu. Rindiani menghulurkan tangannya kearah Samuel untuk bersalam Samuel perasan wajah isterinya sedang murung terus melihat kearah Natasha dan Amy tapi mereka hanya mengelengkan kepala saja.

“Kenapa honey murung saja ni hubby tengok.” Tanya Samuel kepada isterinya.

“Honey teringin nak makan lemang periuk kera dengan rendang nasib tapi disini tak ada.” Balas Rindiani dengan mata yang berkaca-kaca.

“Ya Allah honey sekarang kan puasa lagi 2 minggu nak raya nanti kita balik Malaysia kita makan ye. Sekarang kita makan yang lain dulu ye.” Ujur Samuel kepada isterinya.

“Ha ye la kalau macam tu honey Tangguh dulu la mengidam yang tu sekarang honey nak makan yang lain dulu.” Ucap Rindiani dengan senyuman yang manis.

“Honey nak apa pula.” Soal Samuel kepada RIndiani dengan berkerut dahinya.

“Jom balik dulu nanti dalam bilik honey bagitahu okey kalau kat sini ada orang-orang single hihi.” Balas Rindiani dengan ketawa dan terus masuk kedalam kereta milik Samuel.

“Hoi kau ingat kau sorang saja ke yang ada pasangan kami pun ada la kan Amy kan.” Kata Natasha dan terus menyiku lengan Amy.

“Haah betul tu dah la layan korang nib oleh kebulur aku nanti. Mike, please drive as fast as you can.” Balas Amy sambil menaip sesuatu ditelefonnya.

“Sorry Ms. Amy, this is the limit set by the boss, if I exceed the speed limit by mistake, my leg will be shot by the boss.” Ucap Mike sambil memandu kereta itu.

Mendengar saja jawapan dari Mike. Amy terus menarik muncung itiknya. Rindiani yang melihat gelagat kawannya it uterus berbisik sesuatu pada suaminya dan Samuel hanya menganggukan kepalanya.

“Mike we go to Island Cafe now.” Ujur Samuel dengan tegas kepada Mike.
“Okey bos.” Balas Mike dan terus melamjutkan perjalanan mereka.

Setelah sampai di Island Dream café mereka turun dan terus masuk kedalam café itu. Mereka memesan makanan sambil berbual-bual. Amy pula sibuk dengan telefonnya saja sehingga apa yang dibualkan oleh kawan-kawannya tak didengari olehnya.

“Ha tu makanan dah sampai cepat makan lambat tinggal.” Kata Samuel sambil menarik makanan yang dipesannya tadi.

Mereka mula menikmati makanan itu dengan berselera tapi Amy masih sibuk dengan telefonnya. Rindiani yang melihat Amy terus bangun dan menghampiri Amy dan terus merampas telefon Amy dan kembali ke tempatnya semula.

“Wey Indi fon aku tu kau bagi balik aku tengah uruskan hal penting ni.” Kata Amy sambil menghulurkan tangannya kepada Rindiani.

“Apa yang penting sangat sampai kau tak dengar apa yang suami aku cakap ni.” Balas Rindiani dan terus melihat screen telefon Amy itu.

“What!!! Kau biar betul Amy kenapa aku dengan Sha takt ahu tentang hal ni.” Ujur Rindiani sambil melihat wajah Amy.

“Aku nak buat surprice untuk korang tapi sekarang dah tak jadi sebab kau dah tahu dah pun.” Jawab Amy kepada Rindiani sambil menguap makanan kedalam mulutnya.

“Apa Indi.” Tanay Natasha kepada Rindiani.

“Kawan kau tu nak kahwin raya ke tig ani tapi dia tak bagitahu kita pun dia kata nak buat surprice kononnya.” Balas Rindiani dengan nada merajuk.

“Sampai hati kau Amy siapa lelaku malang tu.” Soal Natasha sambil melihat wajah Amy.

“Nama dia..” Kata-kata Amy dipotong oleh Samuel.

“Mohd Haziq bin Mohd Harun.” Sambung Samuel dengan selamba.

Mereka semua menoleh kearah Samuel yang sedang berpeluk tubuh itu. Samuel mengangkat kening kirinya menandakan ‘apa’ pada 3 orang wanita dihadapannya itu.

“Hubby tahu tapi hubby tak bagitahu honey pun tentang ni.” Ujur Rindiani dengan berkerut dahinya.

“Hubby pun baru tahu 2 hari lepas tu pun Haziq yang bagi kad kahwinnya dengan Amy pada hubby.” Ucap Samuel sambil memegang tangan isterinya itu.

“Ha ye la tu. Apa-apa pun tahniah Amy welcome to the club ye.” Kata Rindiani dengan senyuman yang manis.

“Club apa ni.” Tanya Natasha dengan berkerut dahinya.

“Ini club untuk orang yang dah kahwin saja orang yang baru bertunang kena tunggu sampai ijab Kabul dulu baru boleh join.” Balas Rindiani dengan senyuman kepada Natasha.

Setelah selesai makan mereka terus pulang ke rumah Samuel. Rindiani meletakkan kepalanya dibahu suaminya dan tak lama setelah itu dia tertidur. Setelah sampai Samuel terus mengendong Rindiani naik ke bilik mereka menaiki lift dan dibantu oleh Natasha dan Amy.

End Flashback

Mengingat kembali kejadian 2 minggu yang lepas menyebabkan Samuel senyum sendiri. Dia keluar kembali dan terus ke bilik Natasha dan Amy dia mengetuk pintu bilik itu dan terus memberitahu yang mereka sudah hampir sampai. Natasha dan Amy hanya menganggukkan kepala saja dan terus mengemas barang-barang mereka. Setelah itu Samuel masuk kedalam biliknya semula dan duduk di sisi Rindiani dan menunggu sehingga dimaklumkan oleh sang pilot Jet itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience