BAB 17

Romance Series 71296

Bab 17

Allahu Akbar
Allahu Akbar

Suara azan subuh mengejutkan Rindiani dari tidur dia bangun dan terus ke bilik air dan membersihkan diri. Setelah siap membersihkan diri Rindiani terus menunaikan solat subuh dan terus bersiap untuk ke sekolah.

“Morning ibu, baba.” Ujur Rindiani dengan ceria.

“Morning anak ibu.” Jawab Datin Rose dengan senyuman.

Rindiani duduk di hadapan Datin Rose dan terus mengambil sekeping roti dan terus dia menyapu jem coklat kacang kesukaannya. Setelah 3 keping roti dimakan Rindiani terus minum air susu yang dituangkan oleh Datin Rose tadi sehingga habis.

“Ibu, baba, asyu pergi dulu ye kejap lagi abang Mue datang ambil asyu tunggu dia di depan saja ye.” Kata Rindiani dan terus mengalas beg sekolahnya.

“Ha ye la tapi Mue tak masuk dulu ke.” Soal Dato Radzi kepada anaknya itu.

“Tak hari nikan ada perhimpunan jadi kena awal pergi sekolah baba.” Jawab Rindiani dengan senyuman.

“Ye la kalau macam tu nanti bagitahu Mue hati-hati memandu tu jangan bawa laju-laju sangat.” Pesan Dato Radzi kepada Rindiani.

“Baik baba okey la asyu pergi dulu ye Assalammualaikum.” Ucap Rindiani dan berlalu ke luar rumah.

Setelah siap memakai kasut Rindiani terus berjalan ke pondok security. Dia menunggu di situ sambil berbual-bual dengan Pak Razak dan Helmi yang ada di situ.

Pin.. Pin..

“Okey la Pak Razak, Abang Helmi, Indi pergi dulu ye Abang Mue pun dah sampai. Assalammualaikum.” Ucap Rindiani. Pak Razak dan Helmi menjawab salam Rindiani dengan senyuman.

Rindiani membuka pintu kereta Samuel dan terus masuk ke dalam dan Kembali menutup pintu kereta itu. Setelah Rindiani masuk Samuel terus memandu ke sekolah.

“Kau dah sarapan belum.” Tanya Samuel sambil memandu. Rindiani hanya menganggukkan kepala saja.

“Kau dengar tak aku tanya kau ni.” Kata Samuel dengan tegas.

“Dengar saya dah sarapan tadi dengan ibu dan baba.” Jawab Rindiani sambil memandang kearah luar tingkap.

“Ada mulut aku ingat dah bisu dah tadi.” Ujur Samuel dengan sinis.

Tanpa menjawab Rindiani hanya memandang luar tingkap sahaja. Samuel memberhentikan keretanya di sebuah gerai tepi jalan dan dia terus keluar dari dalam keretanya. Setelah membeli makanan dan dia masuk semula kedalam kereta dan kembali memandu ke sekolah. Setelah sampai di sekolah Samuel mematikan enjin keretanya dan terus membetulkan tali lehernya.

“Ini aku ada belikan kau nasi lemak untuk kau tapi kalau kau tak mahu kau bagi saja pada siapa-siapa saja yang nak.” Kata Samuel sambil menghulurkan 2 bungkus nasi lemak pada Rindiani.

“Okey Salam.” Balas Rindiani sambil menghulurkan tangannya pada Samuel.

Setelah bersalam dengan Samuel, Rindiani terus keluar dari kereta itu dan terus menuju ke tempat biasa dia menunggu sahabat-sahabatnya. Setelah semua sahabat-sahabatnya sampai Rindiani terus menghulurkan nasi lemak yang ada ditangannya kepada Samaira.

“Apa ni Kak Long.” Tanya Samaira dengan berkerut dahinya kepada Rindiani.

“Eh Maira panggil macam biasa dah la tak payah la berKak Long sangat la tu nasi lemak Abang Mue bagi tadi.” Balas Rindiani.

"Along bagi kat kak long bukan adik." Kata Samaira lagi.

"Maira sekali lagi kau panggil macam tu aku takkan teragak-agak untuk pukul kau." Ujur Rindiani dengan nada yang tegas.

"Ye la. Nasi nikan Along beli untuk kau bukan untuk aku tapi kenapa kau bagi aku pula." Soal Samaira dengan berkerut dahinya.

"Tapi aku dah kenyang kau ambil la makan time rehat kejap lagi. Nanti kalau aku lapar aku belilah apa pun kat kantin nanti." Jawab Rindiani sambil melihat wajah Samaira.
"Kau ambil la nasi ni nanti time rehat kalau kau lapar kau makan nasi lemak ni kalau tak kau bagi kat aku balik." Ujur Samaira sambil menghulurkan kembali beg plastik itu kepada Rindiani.

"Kau ambil la aku tak nak makanan atau minuman yang dia bagi aku harap kau faham Maira." Balas Rindiani sambil memegang tangan adik iparnya itu.

"Takkan kau langsung tak nak makan apa yang dia belikan untuk kau Indi. Nanti terasa hati pula dia." Kata Kaysha.

"Yes start from now aku takkan makan apa pun yang dia bagi pada aku. Jadi nasi lemak ni kau ambik ye Maira." Jawab Rindiani dan terus berlalu pergi meninggalkan mereka yang ada di pondok itu.

Rindiani masuk ke dalam kelasnya dan terus mengeluarkan notnya dan mula menulis novelnya. Seorang pelajar perempuan masuk dan terus meletakkan sebotol air di atas mejanya Rindiani terus melihat kearah si pemberi.

"Ye nak apa." Tanya Rindiani dengan senyuman.

"Ni tadi Sir Samuel suruh saya bagi pada akak." Balas budak perempuan tu.

"Oh adik letak kat meja tu boleh tak akak tak nak pun air tu akak sudah ada air." Kata Rindiani sambil menunjuk ke arah meja Samaira.

"Tapi nikan air akak kenapa nak letak di meja lain pula." Balas pelajar perempuan itu lagi.

"Sebab akak tak nak dan itu meja adik Sir Samuel." Ujur Rindiani sambil menunjuk ke arah meja Samaira.

"Oh okey la kalau macam tu saya pergi dulu ye." Ucap pelajar perempuan itu selepas meletakkan botol air di atas meja Samaira.

“Terima kasih ye dik.” Kata Rindiani kepada pelajar perempuan itu dan dibalas dengan anggukan dari pelajar itu.

Selepas pelajar perempuan itu keluar kawan-kawannya mula masuk ke dalam kelas. Selepas loceng sekolah berbunyi mereka berpusu-pusu ke dewan untuk perhimpunan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience