BAB 5
Datin Rose yang perasan Rindiani belum turun makan tengahari terus naik ke bilik anaknya. Masuk saja kedalam bilik itu terbuntang matanya melihat keadaan bilik itu.
“Ya Allah asyu kenapa dengan bilik kamu ni dah macam tongkang pecah dah ni.” Kata Datin Rose dengan kuat.
“Ibu tolong la kemas kejap asyu banyak homework la Sir Samuel bagi homework macam tak ingat dunia dah macam la esok dah tak ada.” Bebel Rindiani dengan nada geram.
“Apa Sir Samuel, guru baru ke.” Tanya Datin Rose sambil mengemas bilik anaknya itu.
“Ye Sir Samuel anak auntie Giselle.” Balas Rindiani yang masih fokus menyiapkan homeworknya.
“Oh macam mana cara dia mengajar okey tak.” Soal Datin Rose.
“Cara dia mengejar okey ibu tapi bagi homework tu yang tak okey ibu. Ibu pun tahukan asyu tak akan makan selagi homework asyu tak siap.” Jawab Rindiani yang masih fokus menyiapkan homeworknya.
“Ye ibu faham. Asyu nak ibu suap asyu makan ke kalau nak ibu akan suruh Mak Moon bawa naik atas.” Kata Datin Rose sambil mengusap bahu anaknya.
“Tak perlu la ibu asyu akan makan kalau dah siap semua homework nanti.” Balas RIndiani sambil melihat wajah Datin Rose.
“Ha ye la tapi ingat jangan biarkan perut itu kosong terlalu lama kalau lapar panggil saja ibu atau Mak Moon okey.” Pesan Datin Rose sambil mengusap kepala anaknya itu.
“Baik ibu nanti kalau asyu lapar asyu akan turun makan.” Jawab Rindiani dengan senyuman.
Datin Rose keluar dari bilik anaknya dan terus ke biliknya yang berada di tingkat 2. Masuk saja kedalam biliknya dia terus menelefon Sepupunya iaitu Puan Sri Giselle. Panggilannya dijawab oleh Puan Sri Giselle yang memberi salam terlebih dahulu.
“Assalammualaikum Rose ada apa coll Gi ni.” Tanya Puan Sri Giselle selepas memberi salam.
“Wa’alaikummussalam Rose nak tanya Mue jadi guru disekolah Edward Smith ke.” Soal Datin Rose pula.
“Ye Mue start mengajar hari ini di sekolah tu kenapa Rose.” Balas Puan Sri Giselle.
“Tak tadi Rose masuk ke dalam bilik Indi lepastu tengok bilik dia bersepah macam tongkang pecah lepastu Rose tanya kenapa macam tu biliknya dia jawab dia ada homework banyak dan barulah Rose faham yang dia baru lepas mengamuk sebab Mue bagi homework banyak sangat Gi pun tahu perangai Indi tu macam mana kan kalau homework dia banyak mesti dia akan berkurung dalam bilik sampai siap semua homeworknya kan sampai makan pun tak, minum pun tak nasib solat dia tak lupa.” Ujur Datin Rose sambil duduk diberanda.
“Ye ke tak apa nanti Gi tolong nasihatkan Mue sekarang Indi masih berkurung ke Rose.” Tanya Puan Sri Giselle dengan cemas.
“Ya dia kata kalau dia lapar dia akan turun makan tapi Rose yakin selagi tak siap dia tak akan turun makan.” Jawab Datin Rose.
“Tak apa nanti Gi cuba nasihatkan Mue ye Rose.” Ujur Puan Sri Giselle.
“Okeylah Gi, Rose ada kerja sikit nak buat Rose coll lagi ye.” Balas Datin Rose sambil masuk kedalam biliknya.
“Ha okey la Rose bye, Assalammualaikum.” Ucap Puan Sri Giselle.
“Bye Wa’alaikummussalam.” Jawab Datin Rose dan terus keluar dari biliknya.
Tepat pukul 8 malam semua ahli keluarga Dato Radzi sedah berkumpul di ruang makan. Datin Rose masih susah hati bila Rindiani masih belum keluar dari biliknya.
“Ibu, asyu mana dari along balik tadi along tak nampak dia.” Tanya Ruzaini yang sedang duduk disisi Dato Radzi.
“Asyu ada dalam bilik dia dari balik sekolah tadi langsung tak keluar dari bilik makan apa pun tidak katanya homework banyak.” Balas Datin Rose yang sedang menhidang makanan.
“Tak apa angah pergi tengok asyu kejap.” Kata Rosyam dan terus naik ke bilik adiknya yang berada di tingkat 3.
Rosyam naik ke atas melalui lift yang ada di sebelah kiri tangga. Sampai saja ditingkat 3 Rosyam terus mengetuk pintu bilik adiknya dan terus masuk kedalam. Rindiani yang masih di meja kerjanya menoleh ke pintu biliknya.
“Asyu jom turun makan ibu kata dari tengahari asyu tak makan nanti sakit pula kita makan dulu nanti asyu sambung balik buat homework.” Pujuk Rosyam sambil berdiri disisi Rindiani.
“Tak nak la angah ada sikit lagi ni 2 soalan lagi saja nanti asyu makan okey.” Ujur Rindiani.
“Okey kalau macam tu angah pun akan tunggu sampai asyu siap jawab semua soalan itu baru kita turun makan sama-sama okey.” Balas Rosyam sambil duduk dibirai katil Rindiani.
“Tak payah la angah, angah pergi la makan dulu nanti asyu turun makan asyu janji.” Kata Rindiani sambil melihat wajah abangnya.
“Dah tak payah nak janji sangat sekarang asyu buat homework tu cepat nanti kita turun makan full stop.” Ucap Rosyam sambil menaip sesuatu di telefonnya dan dihantar pada abangnya.
‘Korang makan dulu nanti aku makan dengan asyu okey.’- Angah.
“Baiklah angah.” Balas Rindiani dan terus menyiapkan homeworknya.
Setelah 15 minit menunggu akhirnya Rindiani sudah menyiapkan homeworknya. Rindiani mengemas semua buku yang ada diatas meja belajarnya dan terus mengajak Rosyam yang sedang baring atas katilnya turun. Mereka turun menaiki lift setelah sampai mereka terus ke meja makan.
“Asyu nak lauk apa biar angah ambilkan malam ni asyu kena makan banyak untuk tambah balik tenaga yang hilang tu.” Ujur Rosyam sambil menyendukkan nasi untuk Rindiani.
“Asyu boleh ambil sendiri la angah meh sini pinggan tu.” Balas Rindiani sambil menghulurkan tangannya kepada abangnya.
“Okey baiklah kalau macam itu nah.” Kata Rosyam sambil menyerahkan pinggan kepada Rindiani.
Setelah mengambil lauk Rindiani menikmati makanan dihadapannya dengan lahap sekali. Rosyam yang melihat hanya tersenyum saja dia sudah buntu bagaimana mahu ubah sikap adiknya yang satu ini. Setelah selesai mereka terus ke ruang tamu untuk bergabung dengan yang lain itulah aktiviti keluarga mereka pada waktu malam.
Share this novel