Tak lama kemudian muzik berbunyi Samuel masih berdiri dengan santai. Malik menganggukkan kepalanya mengisyaratkan agar Samuel bersedia untuk menyanyi.
“Sudahku tambatkan hati,
Yang selama ini berlayar tak pasti,
Kini telahku temui,
Kasih yang aku cari Cinta yang pasti.” Sambung Rindiani dari belakang pentas.
“Berakhir sudah pencarian jalan cinta,
Berlabuh di ikatan suci kita,
Berhenti sudah keresahan dalam jiwa,
Kini Aku dan kamu tak terbatas oleh waktu,
Tak terlarang tuk menyatu Kerna kau rasmi milikku.” Sambung Samuel dengan gugup.
“Kita akan menjaga,
Janji suci yang telah terikrar dan saling setia selamanya.” Sambung Rindiani dari belakang pentas.
Malik yang sedang berdiri disisi Samuel terus membisikkan sesuatu kepada Samuel. Samuel terus bersedia dan menunggu arahan seterusnya dari Malik. Malik mempersilakan Samuek untuk naik keatas pentas.
“Berakhir sudah pencarian jalan cinta,
Berlabuh di ikatan suci kita,
Berhenti sudah keresahan dalam jiwa,
Kini Aku dan kamu tak terbatas oleh waktu,
Tak terlarang tuk menyatu,
Kerna kau rasmi milikku.” Nyanyi Samuel sambil menaiki pentas dengan gugup dan Rindiani masih bernyanyi dari belakang pentas.
“Kita akan menjaga,
Janji suci yang telah terikrar Dan saling setia selamanya,
Aku dan kamu Tak terbatas oleh waktu,
Tak terlarang tuk menyatu kerna aku dan dirimu.” Nyanyi Rindiani sambil melangkah naik keatas pentas dari belakang pentas. Semua yang ada didalam bellroom it uterus bersorak dan menepuk tangan. Samuel masih tidak menoleh ke belakang.
“Dalam ikatan janji suci yang telah terikrar,
Dan saling setia selamanya,
Tetap harus bersama,
Meski raga menua, Didalam cinta selamanya.” Duet Samuel dan Rindiani. Samuel masih belum menoleh kearah Rindiani yang sedang menatapnya dengan senyuman yang manis.
“TI AMO MARITO.” Ucap Rindiani dengan mengunakan microphone dan didengari oleh semua yang ada didalam bellroom itu.
Samuel yang mendengar ungkapan cinta it uterus mencari dari mana suara itu berasal. Dengan senyuman Rindiani menghampiri Samuel dan terus memegang tangan suaminya itu dengan erat sekali. Merasa tangannya dipegang Samuel terus menoleh ke arah sebelah kanan dan ada Rindiani yang sedang tersenyum.
“Ini dia yang kita tunggu-tunggu ‘NURI’ dengan suami tercintanya sila berikan tepukan yang gemuruh.” Ujur Maria selaku pengacara majlis itu.
“Untuk pengetahuan semua suami ‘NURI’ ini sebenarnya adalah pembaca novel ‘NURI’ dari awal hinggalah sekarang ‘NURI’ pun tak sangka sehingga suatu hari saya masuk kedalam bilik kerjanya penuh rak bukunya dengan novel penulisan saya. Saya jadi terharu dan bangga kerana suami saya sudah baca novel saya sejak sebelum berkahwin dengan saya lagi dan dia sendiri takt ahu yang saya adalah penulis novel yang dia suka baca itu. Saya tahu dia gugup untuk berjumpa dengan ‘NURI’ jadi saya suruh dua duet dengan saya untuk kurangkan sikit gugup dia tu baiklah saya perkenalkan Ahmad Samuel gibriel suami kepada Nur Rindiani atau ‘NURI’.” Ucap Rindiani dengan Panjang kepada semua peminatnya.
Samuel masih dalam keadaan terkejut denga napa yang terjadi sekarang. Rindiani yang mengerti dengan riak wajah Samuel terus mengusap belakang suaminya dengan penuh kasih sayang.
“Yes hubby I’m your wife and the author of your favorite novel 'NURI'.” Kata Rindiani kepada Samuel dengan senyuman yang manis.
“What!! Tidak hubby masih tak percaya.” Ujur Samuel dengan berkerut dahinya.
“Hubby masih tak percaya tak apa biar honey buktikan.” Balas Rindiani dan terus melihat kepada para peminatnya.
“Saya mahu tanya kamu semua siapa nama penuh ‘NURI’ yang sebenar.” Tanya Rindiani kepada semua peminatnya.
“Nur Rindiani Binti Ahmad Radzi.” Jawab semua peminatnya dengan kuat.
“Tu dengar dah percaya belum sekarang ni.” Soal Rindiani kepada Samuel.
“I’m speechlessly hubby masih tak menyangka yang penulis novel kesukaan hubby adalah isteri hubby sendiri Ya Allah.” Balas Samuel dan terus memeluk Rindiani dengan erat sekali.
Rindiani juga membalas pelukan suaminya. Semua yang ada didalam bellroom itu sudah bersorak dengan gembira melihat pasangan itu. Majlis dilanjutkan dengan sesi tanda tangan novel terbaru Rindiani. Setelah majlis itu selesai Rindiani, Samuel, Samaira dan Maria balik ke rumah Tan Sri Shamsul dan Puan Sri Giselle tapi sebelum pulang Rindiani mengajak mereka pergi suatu tempat dulu. Samuel hanya mengikuti saja apa yang di kehendaki oleh isterinya itu.
“Ben kita pergi lokasi yang saya hantar tu ye.” Ujur Rindiani kepada Ben yang sedang memandu.
“Baik Puan.” Ucap Ben dan terus melihat lokasi yang Rindiani hantar tadi.
Setelah 30 minit perjalanan kini mereka tiba di destinasi yang dikehendaki oleh Rindiani. Mereka keluar dari kereta dan terus masuk kedalam Pasaraya Lotus’s Rindiani terus mengambil troli dan terus berlalu mencari barang yang dia mahukan. Samuel, Samaira dan Maria hanya mengikuti Rindiani dari belakang saja.
“Bos banyaknya ni beli untuk siapa ni.” Tanya Maria kepada Rindiani yang sedang memilih beberapa buah yang dia inginkan.
“Untuk aku la kau nak ke kalau nak pergi ambil aku belanja. Maira, hubby pun kalau nak boleh ambil nanti honey bayarkan.” Balas Rindiani kepada mereka dengan senyuman yang manis.
“Tak apalah barang hubby banyak lagi honey sajalah yang beli.” Ujur Samuel kepada isterinya.
“Maira kau..” kata-kata Rindiani terhenti apabila melihat Samaira sudah tak ada didekatnya.
“Maira mana hubby.” Soal Rindiani kepada suaminya.
“Entahlah tadi dia lari pergi mana takt ahu.” Jawab Samuel sambil mencari kelibat adiknya itu.
“Pergi cari barang kot tak apa kejap lagi dia datang la tu.” Ucap Rindiani dan terus menyambung memilih barang.
Setelah 5 minit memilih Samaira datang dengan barang yang penuh satu bakul. Tergeleng-geleng kepala Samuel bila melihat barang yang didalam bakul adiknya itu. Rindiani pula sudah tersenyum dengan gelagat adik iparnya itu.
“Wey adik kau ni apa hal banyak sangat barang ni. Memtang-mentang la orang nak belanja kau bedal banyak-banyak ye.” Kata Samuel kepada Samaira sambil tangannya menyelongkar barang didalam bakul adiknya itu.
“Ala along bukan selalu Indi nak belanja. Boleh kan Indi tapi ini bukan untuk aku sorang ni untuk My Future Fiance juga.” Balas Samaira dengan senyuman kepada Rindiani.
“Boleh saja dah jom pergi bayar aku pun dah selesai pilih ni.” Ujur Rindiani dan terus menolak trolinya ke kaunter pembayaran.
Setelah sampai di kaunter pembayaran Rindiani memberi isyarat kepada Maria dan Maria memahami apa yang dimaksudkan oleh Rindiani. Maria mengeluarkan sesuatu dari dalam poketnya dan terus menghulurkan kepada cashier itu. Setelah selesai Rindiani menolak trolinya kearah pintu utama.
“Ben tolong masukkan dalam kereta.” Ujur Rindiani kepada Ben dengan senyuman.
“Baik Puan.” Ucap Ben dan terus melaksanakan apa yang diarahkan oleh Rindiani.
Rindiani, Samuel, Samaira dan Maria masuk kedalam kereta sambil menunggu Ben menyelesaikan tugasnya. Setelah selesai Ben masuk kedalam kereta dan terus memandu pulang ke rumah Tan Sri Shamsul.
“Hubby nak sedap.” Tanya Rindiani menyuap asam kedalam mulutnya kepada Samuel yang sedang melihat Ipadnya.
“No thanks honey makan la hubby nak siapkan kerja ni kejap okey.” Balas Samuel sambil mengusap kepala isterinya yang ditutupi oleh tudung itu.
“Bos tak masam ke bukan bos tak makan ke benda masam-masam ni kenapa pula tiba-tiba bos makan asam ni.” Ujur Maria kepada Rindiani sambil berkerut dahinya.
“Adalah nanti kau tahu juga dah jangan kacau aku nak menikmati asam ni Ya Allah sedapnya.” Ucap Rindiani dan terus menikmati asam yang berwarna merah itu dengan lahap sekali.
Sepanjang perjalanan Rindiani menikmati asam yang dia beli tadi tanpa melihat kiri dan kanan. Maria yang melihat hanya berkerut dahinya tak faham denga napa yang dilihatnya. Samaira pula hanya berbual-bual dengan Ben sambil makan jajan yang dibelinya tadi saja.
Share this novel