3 bulan kemudian.
Natasha dan Amy sedang menunggu diruang tamu sambil bermain telefon. Setelah merasa sudah lama mereka menunggu disitu Natasha terus menyimpan telefonnya kedalam beg sandangnya.
“Wey Amy kenapa Indi lambat sangat ni tak siap lagi ke apa.” Tanya Natasha kepada Amy.
“Entah jomlah kita pergi tengok dia.” Balas Amy sambil menyimpan telefonnya kedalam poket seluarnya. Natasha membalas dengan anggukan mereka terus kearah bilik Rindiani.
Tok.. Tok..
Sudah banyak kali mereka mengetuk pintu bilik itu tapi langsung tak ada jawapan dari RIndiani. Natasha cuba mengetuk pintu itu lagi tapi jawapan masih sama tak ada langsung jawapan dari Rindiani.
“Aduh Amy aku rasa tak sedap hati la kita masuk saja la.” Kata Natasha dengan cemas.
“Itu la aku pun mula lain macam saja ni kau buka saja la pintu ni.” Balas Amy kepada Natasha.
Tanpa membuang masa Natasha terus membuka pintu bilik Rindiani itu. Terbungtang mata mereka bila melihat Rindiani sudah terbaring diatas lantai. Mereka mendekati Rindiani dan memanggil Namanya banyak kali Rindiani tak menunjukkan apa-apa respon langsung.
“Wey Sha macam mana ni Indi pengsan ni.” Ujur Amy dengan cemas.
“Macam ni kau pergi tengok Owen ada di luar tak kalau dia ada kau panggil dia masuk sekarang.” Balas Natasha kepada Amy sambil mengangkat kepala kepala Rindiani dan diletakkan diatas pehanya.
Setelah mendengar arahan dari Natasha, Amy terus berlari keluar rumah dia melihat Owen sedang bersandar di sisi kereta. Owen yang melihat Amy sedang cemas terus mendekatinya.
“Kenapa Cik Amy ada apa-apa yang boleh saya bantu ke.” Tanya Owen dengan pelatnya.
“Indi pengsan awak tolong angkat dia kita bawa dia pergi hospital sekarang cepat.” Balas Amy dengan cemas.
Setelah mendengar apa yang dikatakan oleh Amy, Owen terus berlari masuk kedalam rumah itu dan terus mencari keberadaan adik kepada bosnya itu. Setelah jumpa dia terus mengendong Rindiani masuk kedalam kereta mujur Rindiani sudah memakai tudung kalau tidak mahu gelabah Natasha mencari tudung untuk Rindiani.
“Jom cepat Owen.” Ujur Natasha sambil membuka pintu kereta.
“Baik Cik Sha.” Balas Owen dan terus masuk kedalam kereta dan dia mula memandu.
Setelah sampai di hospital Owen terus pergi memanggil jururawat yang sedang bertugas. Mereka keluar mendekati kereta yang ada Rindiani itu. Owen terus mengangkat Rindiani dan diletakkan diatas troli pesakit itu. Tanpa menunggu lama jururawat it uterus menolak troli itu kedalam wad kecemasan.
“Maaf Cik Sha sudah bagitahu Tuan Syam ke belum.” Tanya Owen kepada Natasha.
“Ya Allah saya lupa nak bagitahu dia tak apa saya coll dia sekarang.” Balas Natasha dan terus mengambil telefonnya dan menelefon Rosyam.
Setelah 5 minit Natasha mencuba telefon Rosyam tapi tak dijawab oleh Rosyam. Natasha mencuba sekali lagi kali ini di jawab oleh Rosyam.
“Assalammualaikum ha angkat pun ingat dah mati dah tadi.” Kata Natasha dengan marah kepada kekasihnya itu.
“Wa’alaikummussalam sorry la sayang, bie penat sangat tu yang tidur sampai tak dengar ada coll masuk ada apa sayang coll bie pagi-pagi ni.” Balas Rosyam dengan senyuman walaupun tak dilihat oleh Natasha.
“Sayang coll ni nak bagitahu yang Indi sekarang ada di hospital tadi dia pengsan jadi kitorang bawa dia datang sini sekarang doktor sedang periksa dia.” Ujur Natasha kepada Rosyam di talian.
“WHAT!! Ha okey apa-apa sayang bagitahu bie. Bie akan bersiap-siap ke sana harap pada lagi tiket awal sekarang ni.” Jawab Rosyam sambil membuka laptopnya.
“Okey baik bie Assalammualaikum.” Ucap Natasha dan terus menutup telefonnya.
“Wa’alaikummussalam baik aku bagitahu ibu dan baba dulu tentang acu.” Gumum Rosyam dan terus ke bilik ibubapanya.
Tok.. Tok..
Rosyam mengetuk pintu bilik itu dengan kuat sekali. Datin Rose dan Dato Radzi terus bangun dan membuka pintu bilik itu untuk melihat siapa yang mengetuk pintu pagi-pagi begini.
“Maaf ibu, baba kalau angah ganggu pagi-pagi macam ni angah nak bagitahu yang acu masuk hospital dan angah akan segera kesana ibu, baba nak ikut tak.” Ujur Rosyam kepada Ibubapanya.
“Ya Allah ha ye la ibu dengan baba akan ikut tapi ada seorang lagi yang akan ikut kita kesana jadi angah tempah tiket untuk 4 orang jangan banyak tanya Just do it what I say.” Ucap Dato Radzi kepada anaknya itu dan terus menutup pintu bilik itu.
“Ada seorang lagi akan ikut kesana tapi siapa ah perdulikanlah janji aku boleh jumpa dengan adik aku dan pujaan hati aku disana.” Gumum Rosyam dan terus masuk kedalam biliknya.
Setelah masuk kedalam biliknya Rosyam terus memesan tiket secara online. Setelah itu dia terus mengemas pakaiannya dan terus membersihkan diri dan menunaikan solat subuh. Setelah selesai solat Rosyam terus bersiap dan segera turun ke ruang tamu dan menghantar chat kepada ibubapanya.
‘Ibu, baba flight kita pukul 8 pagi so kita bertolak sekarang ye.’- angah.
‘Okey angah siapkan kereta dulu kejap lagi ibu, baba turun.’- ibu.
Setelah mendapat jawapan dari ibubapanya Rosyam terus menghidupkan enjin kereta dan dia terus memasukkan beg pakaiannya kedalam bagasi kereta. Setelah Dato Radzi dan Datin Rose keluar Rosyam terus mengambil beg pakaian ibubapanya dan dimasukkan kedalam bagasi kereta. Setelah itu mereka bertolak ke KLIA dipandu oleh Putra salah seorang anak buah Rosyam.
“Ibu, baba siapa yang seorang lagi tu kita nak jemput dia ke dia gerak sendiri.” Tanya Rosyam kepada ibubapanya.
“Tak perlu tadi baba sudah bagitahu dia suruh gerak ke KLIA terus dan mungkin dia sudah ada disana sekarang.” Balas Dato Radzi sambil bermain Ipadnya.
“Oh okey tapi siapa dia.” Soal Rosyam lagi.
“Nanti angah akan tahu juga.” Jawab Datin Rose dengan senyuman.
Setelah mendengar jawapan dari ibubapanya Rosyam hanya menganggukkan kepala saja. Setelah sampai di KLIA Rosyam turun dan terus mengambil troli beg dan Putra terus mengeluarkan beg pakaian yang ada didalam bagasi dan diletakkan diatas troli itu.
Ting..
Telefon Dato Radzi berbunyi menandakan ada chat baru masuk. Dato Radzi terus membuka chat itu dan membaca isi chat itu terus senyumannya mekar. Setelah membalas chat itu Dato Radzi terus menyimpan telefonnya kedalam poket seluarnya semula.
“Jom masuk dia dah ada di dalam.” Ujur Dato Radzi dan terus masuk kedalam Lapangan Terbang sambil memegang tangan Datin Rose.
“Siapa yang akan ikut ni.” Ucap Rosyam dan terus masuk kedalam Lapangan Terbang itu.
Rosyam masuk diikuti dengan Putra sambil menolak troli beg pakaian mereka. Dato Radzi dan Datin Rose menghampiri seseorang yang memakai hoodie berwarna hitam itu dengan senyuman. Dato Radzi menyentuh bahu lelaki itu dan lelaki itu berpaling melihat Dato Radzi dan Datin Rose.
“Mue sihat.” Tanya Dato Radzi sambil menyambut huluran tangan menantunya itu.
“Mue sihat baba cuma kadang-kadang tu mual dan muntah-muntah tapi doktor kata tak ada apa mungkin salah makan saja. Ibu, baba sihat.” Soal Samuel kepada ibubapa mertuanya itu.
“Ibu dengan baba sihat saja kamu tu jaga kesihatan kejap lagi nak jumpa dengan isteri kamu pula.” Balas Datin Rose dengan senyuman.
“Jumpa Indi ibu. Indi tahu tak yang Mue akan jumpa dengan dia.” Soal Samuel dengan berkerut dahinya.
“Acu tak tahu lagipun sekarang dia ada di hospital kalau kamu nak tahu keadaan acu sekarang kamu tanya angah kamu dia orang pertama yang tahu tentang ini.” Jawab Dato Radzi kepada Samuel.
“Oh ya nanti saya tanya. Flight kita pukul berapa risau pula saya dengan keadaan Indi.” Kata Samuel sambil melihat jam di tangannya.
“Jom la check-in ada lagi 10 minit sebelum penerbangan.” Ucap Rosyam dengan senyuman.
“Ha okey jom.” Balas Dato Radzi sambil memimpin tangan isterinya.
Mereka mula check-in di balai berlepas dan setelah itu mereka terus masuk ke kapal terbang. Putra juga sudah pulang membawa kereta Rosyam ke rumah Dato Radzi. Setelah masuk kedalam kepal terbang Dato Radzi duduk di sebelah isterinya. Manakala Rosyam duduk disebelah Samuel.
“Em.. Angah macam mana keadaan Indi sekarang.” Tanya Samuel kepada Rosyam.
“Insyaallah acu okey Natasha belum update apa-apa lagi tentang Indi.” Balas Rosyam sambil bermain telefonnya. Samuel hanya menjawab dengan anggukan saja.
Mereka memulakan perjalanan dengan lancar sekali. Samuel yang duduk disisi Rosyam merasa gelisah. Rosyam yang perasan terus bertanya kepada Samuel tapi Samuel hanya menjawab seperti doktor memberitahunya Dato Radzi dan Datin Rose yang mendengar perbualan antara Rosyam dan Samuel terus bangun melihat keadaan menantu mereka itu yang sudah pucat wajahnya.
Share this novel