BAB 8

Romance Series 71296

BAB 8

Seminggu selepas kejadian itu Rindiani masih sama. Walaupun hatinya sedih kerana tak melihat wajah kesayangan tapi untuk melupakan lelaki itu dia terpaksa menahan sedaya upaya. Hari ini Rindiani mengajak kawan-kawannya untuk megerjakan study group di rumahnya. Dia sudah menunggu kawan-kawannya di ruangtamu dengan ceria.

“Assalammualaikum Indi.” Laung seseorang dari luar. Rindiani yang mendengar terus membuka pintu.

“Wa’alaikummussalam masuk la aku ingat korang tak jadi datang tadi.” Kata Rindiani di muka pintu.

“Mestila kitorang datang lagi pun exam pun tak lama lagi.” Jawab Kaysha dengan gembira.

“Yang kau ni aku tengok gembira semacam je dari tadi ada apa.” Tanya Amy sambil duduk disofa.

“Tak adalah mana ada.” Dalih Kaysha dengan cepat.

“Em.. Aku tahu dah apa yang menyebabkan dia jadi macam ni.” Kata Rindiani sambil duduk di sisi Kaysha.

“Sebab apa wey bagitahu la kitorang apa.” Soal Natasha pula dengan teruja.

“Sebab along aku la apa lagi.” Jawab Rindiani dengan kuat.

“Ee.. Kau ni pelahan sikit tak boleh ke.” Ujur Kaysha sambil menutup mulut Rindiani.

“Ada siapa-siapa yang panggil along ke tadi.” Tanya Ruzaini yang baru keluar dari dapur dengan segelas air ditangannya.

“Tak ada la along kitorang tengah bincang saja.” Balas Rindiani dengan senyuman.

“Oh okey la kalau macam tu along ingat ada orang rindu kat along tadi.” Kata Ruzaini lalu menghirup air di tangannya.

“Perasan la along ni dah la pergi la main jauh-jauh.” Ujur Rindiani sambil menlambai tangan seperti menghalau.

Setelah Ruzaini belalu pergi mereka mula berbincang apa yang mereka tidak faham. Tiba-tiba telefon Kaysha berbunyi dan kaysha melihat siapa yang menelefonnya tanpa menunggu lama dia terus mengangat telefon itu.

“Hello ya ada apa.” Tanya Kaysha dengan perlahan.

‘Biy nak jumpa honey sekarang di laman belakang.’ Jawab si pemanggil itu.

“Oh okey on the way.” Kata Kaysha yang masih dalam keadaan berbisik.

‘Okey love you.’ Balas si pemanggil lagi.

“Wey korang aku nak pergi bilik air kejap korang buat dulu nanti aku datang balik.” Ujur Kaysha sambil menyimpan telefonnya ke dalam poket seluarnya.

“Okey.” Jawab semua kawan-kawannya yang ada dirung tamu itu.

Selepas Kaysha pergi ke bilik air Rindiani mengambil keputusan ke dapur untuk berjumpa dengan Mak Moon. Setelah berjumpa dengan Mak Moon, Rindiani berjalan ingin ke ruangtamu Kembali tapi langkahnya terhenti bila melihat pintu bilik air terbuka.

“Tadi Kaysha kata nak pergi bilik air tapi pintu ni terbuka mungkin dah pergi ruangtamu balik kot.” Gumum Rindiani sendiri dan terus melanjutkan langkahnya.

Sampai saja diruangtamu dia melihat Kaysha masih tak ada dan dia Kembali ke dapur berjumpa dengan Mak Moon.

“Mak Moon ada nampak Kaysha tak tadi kata nak pergi bilik air tapi bilik air tu kosong saja.” Tanya Rindiani sambil mengaru kepalanya.

“Oh tadi Kaysha keluar guna pintu belakang katanya nak ambil udara sikit.” Balas Mak Moon sambil mengacau air didalam jag.

“Oh okay Indi pergi cari kejap la.” Kata Rindiani dan terus berlalu keluar untuk mencari Kaysha.

Merata tempat Rindiani mencari Kaysha tapi masih belum jumpa tiba-tiba dia teringat suatu tempat dia terus pergi kesitu. Dari jauh Rindiani dapat mendengar suara orang yang sedang berbual. Rindiani cuba mengintai dari sebalik dinding dan dia melihat Kaysha sedang berbual dengan abangnya dalam keadaan mesra.

“Apa yang mereka buat dekat sini.” Gumum Rindiani sendiri.

“Honey balik kejap lagi Biy hantar ye nanti honey tunggu biy di luar okey.” Kata Ruzaini dengan senyuman.

“Okey tapi kita kena tunggu kawan-kawan honey balik dulu dan adik biy tu masuk bilik dulu.” Jawab Kaysha sambil melihat wajah kekasih hatinya.

“Okey nanti kalau kawan-kawan yang lain dah balik honey bagitahu biy dan pasal adik biy tu honey jangan risau pandai-pandai la biy bagi alasan.” Ujur Ruzaini dengan senyuman yang manis.

“Okey biy eh dah la honey masuk dulu nanti diorang cari honey pula.” Balas Kaysha sambil bangun berdiri.

“Ha okey see you.” Ucap Ruzaini yang masih duduk di kurusi itu.

Melihat Kaysha berdiri Rindiani terus berlari masuk ke dalam rumah. Semua kawan-kawannya yang melihat Rindiani dengan berkerut dahi. Tanpa menjawab apa-apa Rindiani terus menarik bukunya dan berpura-pura membaca buku itu. Kaysha masuk dengan senyuman yang manis mereka melihat tanpa curiga apa pun kecuali Rindiani yang masih memikirkan apa yang dilihatnya tadi.

‘Sejak bila mereka couple kenapa mereka tak bagitahu aku sampai hati mereka.’ Gumum Rindiani didalam hati

Walaupun dia tahu yang Kaysha sangat menyukai abangnya tapi dia tak tahu yang abangnya dan Kaysha sudah menjalin hubungan bahkan mereka tak memberitahunya. Kaysha yang melihat Rindiani seperti memikirkan sesuatu terus meyiku lengan Rindiani.

“Indi kau okey tak.” Tanya Kaysha yang sedang duduk di sisi Rindiani.

“Okey aku nak naik bilik kejap nanti aku turun balik.” Jawab Rindiani lalu berdiri dan terus ke lift di tepi tangga.

Setelah sampai di tingkat 3 dia terus ke bilik Ruzaini dan melihat Ruzaini yang sedang duduk di meja kerjanya. Dia mendekati abangnya dengan wajah yang menahan marah.

“Along ada apa-apa nak bagitahu asyu ke.” Tanya Rindiani sambil berdiri di sisi meja kerja abangnya.

“Bagitahu apa mana ada. Apa maksud asyu.” Soal Ruzaini kepada Rindiani balik.

“Bagitahu asyu tentang hubungan along dengan Kaysha.” Kata Rindiani tanpa berselindung lagi.

“Macam mana asyu tahu. Dia bagitahu asyu ke.” Tanya Ruzaini dengan riak wajah terkejut.

“Dia tak bagitahu pun Asyu nampak yang along jumpa dengan Kaysha di laman belakang tadi. Kenapa along tak bagitahu asyu tentang ni sampai hati along.” Balas Rindiani dengan mata yang berkaca-kaca.

“Asyu, along bukan tak nak bagitahu tapi along yang minta dia rahsiakan dari asyu sebab along takut asyu tak boleh terima kalau along couple dengan kawan asyu please asyu along minta maaf.” Terang Ruzaini dengan panjang sambil memegang tangan adiknya. Rindiani terus memeluk abangnya bila mendengar jawapan dari adiknya itu.

“Tahniah along, asyu lagi suka along couple dengan kawan asyu dari orang lain sebab asyu kenal diorang dah lama dan asyu suka kalau along nak kahwin dengan Kaysha tapi kena tunggu sampai kitorang habis exam dulu ye.” Jawab Rindiani sambil memeluk Ruzaini. Ruzaini yang mendengar apa yang dikatakan oleh adiknya terus menolak bahu adiknya.

“Betul asyu tak kisah kalau along couple dengan kawan asyu.” Tanya Ruzaini yang tidak percaya. Rindiani hanya menjawab dengan anggukan dan senyuman yang menampakkan lesung pipitnya.

Selepas mendengar jawapan dari adiknya Ruzaini terus bangun dan memeluk adiknya. Sungguh dia tak menyangka dengan apa yang adiknya katakan gembira yang dirasai olehnya hanya allah saja yang tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience