BAB 51

Romance Series 71288

Setelah puas merehatkan badan di atas katil Rindiani bangun dan terus ke bilik air untuk membersihkan diri. Setelah selesai Rindiani terus menunaikan solat maghrib. Selesai solat maghrib Rindiani bersiap untuk ke lapangan terbang. Setelah memastikan tak ada yang ketinggalan Rindiani terus turun ke bawah dan menuju ke ruang tamu.

“Amboi cantik-cantik ni nak pergi mana Indi.” Tanya Mak Moon dengan senyuman kepada Rindiani.

“Nak ke Lapangan Terbang dengan angah.” Balas Rindiani kepada Mak Moon.

“Nak buat apa disana.” Soal Mak Moon lagi.

“Malam ni flight Indi dengan angah Mak Moon.” Jawab Rindiani sambil membalas chat dari Maria.

“Bukan lusa ke flight Indi ke Korea tu.” Ujur Mak Moon dengan berkerut dahi.

“Tak Indi tak jadi ke Korea Indi akan sambung belajar di Australia Mak Moon tapi Mak Moon jangan bagitahu siapa-siapa dimana Indi.” Ucap Rindiani sambil melihat wajah Mak Moon.

“Kenapa pula tak boleh bagitahu siapa-siapa.” Tanya Mak Moon.

“Adalah sebabnya Mak Moon.” Jawab Rosyam dari tingkat atas dan terus masuk kedalam biliknya semula.

“Ha baik la Indi, Syam, Mak Moon janji takkan bagitahu siapa-siapa pun tentang hal ni.” Janji Mak Moon sambil menaikkan tangannya paras bahu.

“Terima kasih Mak Moon.” Ucap Rindiani dengan senyuman.

“Sama-sama Indi.” Jawab Mak Moon sambil membalas senyuman dari Rindiani.

Setelah mengucap sama-sama kepada Rindiani, Mak Moon terus ke dapur semula. Rindiani pula masih menunggu Rosyam turun sambil menulis di buku notanya. Dato Radzi dan Datin Rose yang baru turun dari tingkat atas sambil berbual dan terus ke ruang tamu.

“Acu cantik-cantik ni nak pergi ke mana.” Tanya Dato Radzi kepada Rindiani.

“Tadikan acu dah bagitahu ibu yang acu nak ke Australia dengan angah malam ni.” Balas Rindiani sambil melihat wajah kedua ibubapanya silih ganti.

“Ya Allah Abang, Sayang lupa nak bagitahu Abang pasal hal ni maafkan sayang, Abang.” Ujur Datin Rose kepada Dato Radzi sambil menepuk-nepuk peha suaminya.

“Tak apalah sayang nak buat macam mana dah sayang terlupa tapi kenapa acu tukar tempat study dan kenapa awak sangat acu nak pergi.” Ucap Dato Radzi.

“Acu sambung belajar di Australia sebab Natasha dan Amy ada disana juga dan acu nak pergi awal sebab nak biasakan diri disana lagipun Natasha dan Amy juga sudah ada disana.” Jawab Rindiani dengan senyuman.

“Mue dah tahu yang acu nak sambung belajar kat sana.” Soal Dato Radzi kepada anaknya itu.

“Nanti la acu bagitahu dia baba dengan ibu jangan bagitahu dia pula biar acu sendiri yang bagitahu dia.” Balas Rindiani sambil melihat wajah ibubapanya silih ganti.

“Ha ye la tapi kalau dia tanya juga macam mana.” Kata Datin Rose yang dari tadi hanya mendiamkan diri.

“Dia takkan tanya kalau acu sudah bagitahu dia. Ibu dan baba jangan risau nanti acu akan bagitahu dia juga kalau acu dah ready.” Ujur Rindiani sambil melihat kearah lain.

“Jadi acu nak pergi Australia untuk melarikan diri dari Mue la ye.” Ucap Dato Radzi dengan berkerut dahinya.

“Bukan macam tu baba acu dah cuba terangkan apa yang terjadi tapi dia tak mahu dengar langsung so acu cuma nak bagi dia masa dan ruang begitu juga dengan acu biarlah waktu dan allah yang tentukan acu dah tak mahu harapkan apa-apa lagi baba, ibu.” Balas Rindiani sambil melihat gambar perkhawinannya dan Samuel yang ada di atas almari ruang tamu.

“Tak apalah kalau macam tu baba izinkan acu pergi tapi kalau Mue tanya acu dimana baba akan bagitahu di acu dimana faham.” Kata Dato Radzi kepada Rindiani.

“Please baba jangan bagitahu dia selagi acu tak ready please.” Mohon Rindiani sambil bangun dan terus memegang tangan Dato Radzi.

“Baba tak janji dah baba tak nak dengar apa-apa lagi.” Ujur Dato Radzi dan terus bangun dan berlalu masuk kedalam bilik bacaan yang ada tak jauh dari ruang tamu.

Setelah Dato Radzi masuk kedalam bilik itu Rindiani terus bangun dan duduk disisi Datin Rose. Datin Rose yang faham dengan perasaan anaknya itu terus memeluk Rindiani dengan erat dan dibalas oleh Rindiani.

“Ibu akan cuba cakap dengan baba tentang hal ini acu jangan risau okey. Acu duduk sana jaga diri acu elok-elok kalau ada apa-apa acu coll okey.” Pesan Datin Rose sambil mengusap belakang Rindiani.

“Baik Ibu.” Balas Rindiani dengan senyuman yang hambar.

Rosyam, Ruzaini dan yang lain yang melihat dari atas sejak tadi juga merasa sedih. Rosyam melihat jam di tangannya dan dia terus turun ke bawah diikuti oleh Ruzaini dan yang lain.

“Baba mana ibu dah lambat dah ni.” Tanya Rosyan sedangkan dia sudah tahu dimana Dato Radzi berada.

“Dalam bilik bacaan acik tolong panggil baba kejap.” Balas Datin Rose dengan senyuman.

“Baik ibu.” Ujur Razlan dan terus berlalu ke bilik bacaan.

Tak lama kemudian Dato Radzi dan Razlan datang dan duduk diruang tamu bersama-sama. Rosyam terus bangun dan berdiri dihadapan semua termasuk Mak Moon, Pak Samad dan kedua orang pengawal keselamatan rumah itu.

“Baik kalau semua sudah ada disini saya nak bagitahu yang Indi akan sambung belajar di luar negara. Kalau ada sesiapa tanya dimana Indi jawab saja sambung belajar okey saya tak nak pelajaran Indi terganggu faham.” Ujur Rosyam dengan tegas.

“Baik Tuan Syam.” Jawab Pak Samad dan kedua pengawal keselamatan itu. Manakala Mak Moon hanya menjawab dengan anggukan kepala saja.

“Baba tak janji angah nanti kalau Mue tanya baba akan bagitahu dimana acu sambung belajar.” Ujur Dato Radzi dengan nada tegas.

“Baba boleh bagitahu tapi tunggu bila Indi sudah ready.” Ucap Rosyam kepada Dato Radzi.

“Okey tapi baba bagi tempoh selama 1 bulan kalau acu belum bagitahu Mue, baba yang akan bagitahu dia.” Balas Dato Radzi sambil melihat Ipadnya.

“Apa baba ni kan acu dah bagitahu biar waktu dan allah saja yang tentukan kemana hubungan kami selanjutnya baba.” Kata Rindiani kepada Dato Radzi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience