BAB 15

Romance Series 71296

BAB 15

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba tapi wajah Rindiani masih muram sama seperti sebelum ini. Rindiani mengambil telefonnya dan terus menghantar chat ke dalam group dia dan abang-abangnya saja.

‘Angah, asyu nak minta tolong sikit boleh.’- Asyu

‘Asyu nak minta tolong apa.’- Angah.

‘Angah tolong asyu lari dari sini. Asyu tak nak kahwin dengan dia.’- Asyu.

‘What!! No asyu jangan nak malukan ibu dengan baba ya sorry kali ini angah tak boleh tolong asyu.’- Angah.

‘Along pun sama asyu.’- Along.

‘Alang pun. Alang tak nak malukan ibu dan baba lagi pun semua persiapan sudah siap la asyu, alang tak berani.’- Alang.

‘Me too asyu.’- Achik.

‘Habis sekarang macam mana asyu tak nak kahwin dengan orang yang tak cintakan asyu walaupun asyu cintakan dia. Along, angah, alang, achik tolong la asyu nak lari dari sini please.’- Asyu.

‘No. Asyu stay di sini sampai majlis ni selesai full stop.’- Angah.

Selepas membaca chat itu Rindiani terus menutup telefonnya dia sudah tak ada pilihan lain lagi kerana Abang keduanya telah mengeluarkan kuasa vetonya. Selepas itu seorang jurusolek masuk kedalam bilik itu dan terus melakukan kerjanya.

Tok.. Tok..

“Masuk.” Laung Rindiani yang sedang duduk di meja solek itu.

“Indi we are here.” Kata Kaysha, Natasha dan Amy serentak.

“Wey kau okey tak Indi.” Tanya Kaysha yang sedang berdiri di sisi meja solek.

“Entah la aku tak tahu nak jawab apa. Sekarang perasaan aku sedang bercampur aduk aku sendiri tak faham dengan perasaan aku sekarang ni.” Balas Rindiani sambil melihat kearah Kaysha.

“Aku nak nasihat kau lebih pun tak boleh sebab aku pun belum kahwin. Kau dah buat solat istikharah ke.” Soal Natasha yang ada di sisi Rindiani.

“Dah tapi jawapannya tetap sama.” Jawab Rindiani.

“Apa jawapannya.” Tanya Amy pula.

“Wajah Sir yang muncul tapi diakan tak mencintai aku dan aku masih was-was dengan jawapan tu.” Balas Rindiani yang baru memakai tudung.

“Mungkin itulah jawapan siapa jodoh kau Indi.” Kata Kaysha sambil memegang bahu Rindiani.

“Aku tak tahu kalau ada jodoh aku dengan dia pernikahan ini akan kekal tapi kalau sebaliknya itu berarti jodoh kami tak panjang.” Ujur Rindiani sambil berdiri dan merapikan baju pengantinnya.

“Tak apa aku akan doakan semoga jodoh kau dengan Sir kekal sehingga akhir hayat kau Indi.” Ucap Natasha sambil memegang tangan Rindiani.

“Thanks Nat.” Balas Rindiani dan terus memeluk Sahabatnya itu.

Tok.. Tok..

“Masuk.” Laung Rindiani.

“Indi pihak pengantin lelaki dah sampai jadi Indi sudah boleh turun sekarang.” Ujur Sepupu Rindiani yang bernama Sarah.

“Baik Kak Sarah, Indi akan turun dengan kawan-kawan Indi.” Balas Rindiani dengan senyuman hambar.

“Ha ye la kalau macam tu Akak turun dulu ye.” Kata Sarah dan terus berlalu pergi.

Setelah Sarah pergi Rindiani bersiap untuk kali yang terakhir dan terus turun ke ruang tamu di iringi oleh sahabat-sahabatnya. Rindiani duduk di antara Datin Rose dan Puan Sir Giselle. Samuel yang dari tadi melihat ke arah Rindiani dengan perasaan marah.

‘Tak guna sepatutnya Rania yang menjadi isteri aku dan bukannya kau Indi.’ Gumum Samuel di dalam hati.

“Boleh kita mulakan sekarang.” Tanya Tok Kadi yang sedang duduk di samping Dato Radzi.

“Boleh.” Balas Tan Sir Shamsul dan semua yang ada di situ hanya menganggukkan kepala.

“Baik Dato silakan.” Kata Tok Kadi kepada Dato Radzi. Dan Dato Radzi terus mengangguk dan menghulurkan tangan kepada Samuel.

“Ahmad Samuel Gabriel Bin Ahmad Shamsul.” Ujur Dato Radzi sambil bersalam dengan Samuel.

“Saya.” Jawab Samuel sambil menundukkan kepalanya.

“Aku kahwinkan dikau dengan anak perempuanku Nur Rindiani Bin Ahmad Radzi dengan emas kahwinnya RM5000 tunai.” Ucap Dato Radzi.

“Aku terima nikahnya Nur Rindiani Bin Ahmad Radzi dengan emas kahwinnya RM5000 tunai.” Balas Samuel dengan sekali lafaz.

“Bagaimana Saksi.” Soal Tok Kadi kepada para saksi.

“Sah.” Jawab semua yang ada di ruang tamu itu.

“Alhamdulillah.” Ucap Tok Kadi dan terus menganggkat tangan untuk membaca doa.

Selepas mengaminkan doa Samuel dan Rindiani diminta menunaikan solat dan mereka Kembali ke ruang tamu semula. Puan Sri Giselle mengambil cincin kahwin dan diberikan kepada Samuel. Samuel mengambil cincin itu dan disarungkan di jari manis Rindiani dan Rindiani terus menyarung cincin silver ke jari Samuel. Setelah itu Rindiani terus bersalam dengan Samuel dan Samuel terus mencium dahi Rindiani seperti apa yang disuruh oleh Puan Sri Giselle.

“Alhamdulillah semua sudah selesai Majlis resepsi kita tunggu Indi habis belajar dulu ye.” Ujur Puan Sri Giselle dengan gembira.

“Ye Gi alhamdulillah lagi beberapa bulan lagi saja Indi akan habis belajar lepas tu kita akan buat majlis itu.” Ucap Datin Rose pula dengan ceria.

“Em Ibu kalau asyu nak minta majlis tu diadakan lepas asyu habis sambung belajar boleh sebab asyu nak tumpukan pada pelajaran dulu.” Kata Rindiani yang sedang duduk di sisi Samuel.

“Lamanya asyu nanti kalau jadi apa-apa macam mana takkan nak naik pelamin bertiga.” Balas Datin Rose sambil melihat kearah Rindiani dan Samuel silih ganti.

“Insyaallah ibu tak akan jadi apa-apa dalam tempoh masa tu.” Ujur Rindiani lagi.

“Baik kalau itu yang asyu nak ibu akan ikutkan tapi kalau jadi apa-apa pada asyu ibu akan percepatkan majlis itu faham.” Ucap Datin Rose dengan tegas.

“Baik Ibu.” Balas Rindiani sambil menundukkan kepalanya.

Selepas mendengar itu Datin Rose terus pergi untuk berjumpa dengan saudara mara yang lain. Samuel terus melihat ke arah Rindiani dia masih berfikir apa yang dimaksudkan oleh Rindiani sebentar tadi. Rindiani yang merasa dirinya diperhatikan terus minta diri untuk berjumpa dengan sahabat-sahabatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience