BAB 16

Romance Series 71296

BAB 16

Setelah semua sahabat-sahabatnya pulang Rindiani terus naik ke biliknya. Samuel yang baru masuk ke dalam rumah terus mencari isterinya dia menghampiri Rosyam yang sedang bermain telefon di meja makan.

“Syam, kau ada nampak Indi tak.” Tanya Samuel sambil berdiri di sisi Rosyam.

“Asyu baru saja naik bilik dia kau pergi la bilik dia hujung sekali belah kanan.” Balas Rosyam sambil melihat Samuel.

“Okey thanks.” Kata Samuel dan terus melangkah pergi kearah lift.

“Mue.” Panggil Rosyam. Samuel menoleh melihat Rosyam semula.

“Ada apa.” Soal Samuel.

“Tu fail apa tu.” Tanya Rosyam kepada Samuel balik.

“Fail office nak kena siapkan cepat.” Tipu Samuel.

“Oh ingat kontrak nikah tadi tak apa la kau naik la.” Balas Rosyam dan terus sambung bermain telefonnya.

“Tak ada la ni kerja office saja. Okey la aku naik dulu.” Kata Samuel dan terus berlalu pergi kearah lift.

‘Sial macam mana dia tahu ni kontrak nikah ahh.. harap-harap dia percaya dengan alasan aku tadi.’ Gumum Samuel di dalam hati.

Setelah sampai di tingkat 3 Samuel terus menuju kearah yang di beritahu oleh Rosyam tadi. Sampai di hadapan bilik itu Samuel terus mengetuk pintu itu.

“Masuk.” Laung Rindiani dari dalam bilik.

Samuel masuk dan terus menutup pintu bilik itu dan mengunci pintu itu juga. Rindiani yang baru lepas mandi terus mengambil tudungnya dan terus memakainya. Samuel terus duduk di birai katil Rindiani.

“Sini duduk aku ada benda nak bincang dengan kau.” Kata Samuel dengan tegas.

‘Kau, aku selama ni dia bahasakan diri dia abang nampak sangat dia marah.’ Gumum Rindiani di dalam hati.

Tanpa menjawab apa-apa Rindiani duduk di samping Samuel sambil menunduk. Selepas Rindiani duduk dia terus menghulurkan fail berwarna merah itu kepada Rindiani.

“Apa ni.” Tanya Rindiani sambil melihat wajah Samuel.

“Itu adalah kontrak perkahwinan kita dan di dalam ni ada beberapa syarat yang harus kau turuti kau baca dulu lepastu kau tanda tangan.” Balas Samuel tanpa melihat wajah Rindiani.

Rindiani membuka fail itu dan membaca semua syarat-syarat yang ditulis oleh Samuel selepas itu dia mengambil telefonnya dan terus membuka aplikasi kamera.

“Kau nak buat apa tu.” Tanya Samuel dengan berkerut dahinya.

“Nak tangkap gambar nanti saya nak hafal semua syarat-syarat awak ni.” Balas Rindiani sambil meneruskan kerjanya.

“Oh okey la cepat tanda tangan aku nak balik banyak kerja lagi aku nak buat.” Kata Samuel sambil bangun berdiri.

Selepas mengambil gambar Rindiani terus menulis sesuatu dan terus menandatangani kontrak itu. Setelah itu dia kembalikan fail itu kepada Samuel semula.
“Saya ada tambah beberapa syarat di dalam tu nanti awak baca la.” Ujur Rindiani sambil memandang screen telefonnya.

“Tak apa nanti aku baca sekarang aku balik dulu esok pagi aku ambil kau pergi sekolah sama-sama tu pun mama yang suruh kalau tak, tak adanya aku nak bagi kau naik kereta aku.” Ucap Samuel sambil berpeluk tubuh.

Samuel masih menanti jawapan dari Rindiani tapi sampai sekarang masih belum ada respon sama sekali. Rindiani hanya mendengar saja kata-kata Samuel dan dia masih membalas chat dari Sahabat-sahabatnya.

“Kau dengar tak apa yang aku cakap ni.” Soal Samuel dengan sedikit kuat.

“Dengar la esok pagi saya tunggu awak di pondok security guard saja.” Balas Rindiani yang masih fokus pada telefonnya.

“Okey kalau macam tu aku balik dulu.” Ujur Samuel dan terus berlalu pergi.

“Tunggu.” Ucap Rindiani. Samuel menghentikan langkahnya.

“Ada apa lagi.” Tanya Samuel sambil menoleh melihat Rindiani.

“Saya nak salam.” Balas Rindiani sambil menghulurkan tangannya kepada Samuel.

“Hurm.” Keluh Samuel dengan kuat dan terus menyambut huluran tangan Rindiani.

Selepas bersalam dengan Rindiani dia terus melangkah kearah lift. Rindiani hanya memandang saja Samuel yang kian menghilang ke dalam lift. Rindiani terus ke balkoni biliknya dan melihat kereta Samuel keluar dari perkarangan rumah itu.

‘Dia tak mungkin akan mencintai aku. Cintanya hanya untuk Rania saja.’ Gumum Rindiani sendiri sambil mengalir airmatanya.

Dari bawah Rosyam melihat adiknya yang sedang mengalirkan airmata hatinya juga ikut sedih bila melihat keadaan adiknya itu. Rosyam terus masuk kedalam rumah dan menuju ke bilik Rindiani.

“Asyu boleh angah masuk.” Tanya Rosyam sambil mengetuk pintu bilik Rindiani.

“Masuk la angah pintu tak kunci pun.” Balas Rindiani dari dalam biliknya.

“Asyu okey tak ni.” Soal Rosyam sambil duduk diatas katil Rindiani.

“Entah la angah, asyu pun tak tahu tadi bila dia bahasakan diri dia aku asyu rasa sedih sangat sebab selama ni dia bahasakan diri dia abang walaupun dia tengah marah tapi kali ni lain angah dan tadi dia ada bagi kontrak nikah ni.” Jawab Rindiani sambil menghulurkan telefonnya kepada Rosyam.

‘Kontrak nikah aku dah agak dah kau akan buat benda ni Mue kau tunggu apa aku akan buat nanti kau jangan menyesal.’ Gumum Rosyam di dalam hati dan menyambut huluran itu.

Rosyam membaca kontrak itu dengan fokus dan setelah itu dia kembalikan telefon itu kepada Rindiani semula. Rosyam giat berfikir apa rancangannya untuk adiknya itu.

“Angah nak tahu asyu nak sambung study dimana.” Tanya Rosyam kepada Rindiani.

“Asyu ingat nak sambung di Seoul, korea tapi tak tahu lagi itu baru perancangan asyu tapi asyu kena tanya suami asyu dulu takut dia tak izinkan,” Jawab Rindiani Sambil meniarap di atas katilnya.

“Tak apa yang tu biar angah yang uruskan asyu hanya fokus pada exam asyu saja okey.” Ujur Rosyam. Rindiani hanya menjawab dengan anggukkan.

“Okey angah.” Jawab Rindiani.

Mereka berbual-bual sehingga la azan maghrib berkumandang. Rindiani terus masuk kedalam bilik air dan membersihkan diri. Selepas siap memakai baju Rindiani terus menunaikan solat selepas itu dia menyusun buku ke dalam beg dan terus baring sambil bermain telefonnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience