Setelah mendengar ucapan dari suaminya itu Rindiani terus memeluk Samuel dengan erat sekali. Samuel turut membalas pelukan itu dan dia terus mencium dahi isterinya itu dengan penuh kasih sayang.
“Mula memang honey nak rahasiakan saja dimana honey berada tapi honey kena bersiap sedia bila baba bagi tempoh 1 bulan untuk bagitahu hubby dimana honey sambung belajar tapi honey tak bagitahu pada hubby lagi honey ingat baba sudah bagitahu pada hubby sebab dah 3 bulan honey ada dekat sini tapi hubby tak datang jumpa dengan honey pun. Honey ingat hubby sudah jumpa penganti honey sebab tu hubby tak datang tapi bila hubby masuk dalam bilik ni tadi honey terkejut juga tapi dalam hati honey happy bila nampak wajah yang sangat honey rindukan.” Ucap Rindiani dengan panjang dan terus mengeratkan lagi pelukan itu.
“Hubby pun happy juga yang pertama dapat berjumpa dengan wife yang tercinta dan yang kedua hubby akan jadi abi tak lama lagi.” Kata Samuel dengan senyuman yang manis.
“Honey pun happy juga sebab akan jadi umi tak lama lagi.” Balas Rindiani sambil membalas senyuman dari Samuel.
“Aku pun happy akan jadi uncle ngah tapi sekarang jom kita balik dulu waktu melawat dah nak habis dah ni nanti kita datang lagi aku pun dah penat dah ni kalau dapat baring pun sedap ni.” Ujur Rosyam dihadapan pintu itu.
“Ish kacau la angah ni baru nak lepas rindu dengan Encik Hubby.” Ucap Rindiani dengan mucung itiknya.
“Tak apa hubby balik dulu nanti hubby datang lagi dengan pesanan honey kejap tadi. Sekarang honey rehat dulu okey.” Kata Samuel sambil mengusap tangan isterinya.
“Okey hubby.” Balas Rindiani sambil menghulurkan tangan kepada Samuel.
“Ada apa-apa coll hubby cepat okey.” Pesan Samuel sambil mengusap kepala isterinya dengan penuh kasih sayang.
Selepas itu Samuel terus keluar dari bilik itu dengan senyuman. Mereka balik kerumah Natasha dan mula beristirehat. Samuel duduk dibilik Rindiani manakala Rosyam duduk sebilik dengan ibubapanya dibilik tetamu. Tanpa menunggu lama Samuel terus ke dapur dan mula memasak apa yang dipesan oleh isterinya tadi.
“Eh Tuan biar saya buat Tuan bagitahu saja Tuan nak makan apa.” Ujur pembantu rumah Natasha yang bernama Mak Temah itu.
“Tak apa Mak Temah saya boleh buat sendiri dan ini saya nak masak untuk isteri saya sebab dia nak makan nasi goreng yang saya masukkan untuk dia.” Ucap Samuel sambil memotang sayur.
“Ha ye la nanti kalau nak minta tolong dari Mak Temah Tuan panggil saja Mak Temah ye.” Kata Mak Temah dan terus ingin berlalu pergi tapi dihalang oleh Samuel.
“Eh kejap Mak Temah saya nak minta tolong Mak Temah ambilkan bekas saya nak letak nasi bila sudah siap nanti boleh.” Balas Samuel kepada Mak Temah dengan senyuman.
“Boleh Tuan kejap Mak Temah ambilkan.” Ucap Mak Temah dan terus ke sebuah almari dan mengambil apa yang diminta oleh Samuel tadi.
“Ini Tuan ada apa-apa lagi yang boleh Mak Teman tolong.” Sambung Mak Temah sambil meletakkan bekas makanan berwarna merah diatas meja makan.
“Tak ada apa-apa dah Mak Temah terima kasih.” Ucap Samuel dengan seyuman.
“Sama-sama Tuan.” Jawab Mak Temah dan terus berlalu pergi.
Setelah Mak Temah pergi Samuel terus melanjutkan pekerjaannya. Samuel memasak dengan fokus dan penuh kasih sayang. Datin Rose tersenyum bila melihat Samuel sedang memasak itu gembira hatinya bila anak dan menantunya sudah berbaik kembali.
“Alhamdulillah siap juga.” Kata Samuel sambil mengambil bekas makanan dan terus memasukkan nasi gorang tadi kedalam bekas itu.
“Naik rehat dulu la nanti nak pergi jumpa buah hati pula.” Gumum Samuel sendiri dengan senyuman.
Samuel terus berlalu pergi ke dalam bilik Rindiani dan terus berbaring di atas katil king itu. Baru hendak memejamkan matanya dia teringat sesuatu dan dia terus bangun dan mengambil telefonnya yang ada di atas meja tepi katil itu. Samuel terus mendail nombor seseorang dan tak lama kemudian panggilannya dijawab.
“Hello Mike, I would like you to please order a lover's bracelet for me and my wife and there is writing on the bracelet. And the writing is Rindiani è di Samuel per sempre and the other is Samuel è di Rindiani per sempre understand.” Ucap Samuel ditalian kepada Mike salah seorang anak buahnya.
‘Understand bos.’ Jawab Mike ditalian.
“Good make sure it's ready before we go to the hospital in the afternoon, you'll understand.” Ujur Samuel sambil membaringkan badannya keatas katil itu.
‘Okey Bos I get it.’ Balas Mike.
Setelah mendapat jawapan dari Mike, Samuel terus mematikan panggilan itu dan terus memejamkan matanya. Kerana badan yang penat Samuel terlelap sehingga seseorang mengetuk pintu bilik itu dengan kuat.
“Ye siapa.” Tanya Samuel dengan kuat.
“Ni aku angah kau nak pergi jumpa acu pukul berapa.” Soal Rosyam dari luar bilik itu.
“Kejap lagi la kenapa kau dah nak pergi ke.” Balas Samuel sambil membuka pintu bilik itu.
“Belum sebab aku akan pergi dengan Ibu dan baba diorang masih tidur lagi tu kalau kau nak pergi kau pergi dulu Owen ada di luar.” Ujur Rosyam kepada adik iparnya itu.
“Eh tak apa aku pergi dengan Mike saja aku dah bagitahu dia tadi.” Ucap Samuel sambil mengeluarkan bajunya dari beg pakaiannya.
“Ha ye la kalau macam tu aku nak keluar kejap apa-apa kau coll saja aku okey.” Pesan Rosyam sambil ingin berlalu pergi.
“Eh kejap pergi mana dengan siapa.” Soal Samuel sambil mengambil tualanya.
“Adalah sibuk saja.” Jawab Rosyam dan terus menoleh membelakangi Samuel.
“Keluar dating la tu dengan Natasha.” Ucap Samuel dengan senyuman.
“Macam mana kau tahu aku nak keluar dengan Natasha.” Tanya Rosyam dengan berkerut dahinya.
“Adalah sudahlah aku nak pergi mandi dulu nanti nak pergi jumpa dengan kekasih halal aku pula bye.” Balas Samuel dan terus menutup pintu bilik itu.
Rosyam hanya terdiam kaku di hadapan bilik itu. Samuel sudah masuk kedalam bilik air untuk membersihkan dirinya. Setelah keluar dari bilik air itu Samuel terus menunaikan solat setelah melihat jam sudah masuk waktu solat zuhur. Setelah menunaikan solat zuhur Samuel terus bersiap-siap untuk ke hospital tak lupa juga dia sudah memberitahu kepada Mike untuk mengambilnya di rumah Natasha. Setelah itu Samuel terus keluar dari bilik itu ke ruang tamu untuk menunggu Mike.
“Kamu sudah nak pergi hospital ke Mue.” Tanya Dato Radzi kepada menantunya itu.
“Ye baba ni pun saya sedang menunggu Mike datang jemput saya untuk ke hospital.” Balas Samuel dengan senyuman kepada bapa mertuanya itu.
“Ha yela oh ya tadi baba ada makan nasi goreng yang kamu buat tu sedap baba sampai tambah dua kali.” Ujur Dato Radzi sambil ketawa.
“Ye ke baba terima kasih kalau baba nak makan lagi baba ambil saja saya memang buat untuk semua orang pun dan yang ni untuk Indi.” Jawab Samuel dengan senyuman yang manis untuk bapa mertuanya itu.
“Ha ye la ni pun baba masih kenyang lagi. Ibu kamu pun belum bangun lagi mungkin nanti lepas dia bangun dia akan makan sebelum pergi hospital.” Ucap Dato Radzi sambil bermain Ipadnya.
Ting..
Samuel terus mengambil telefonnya yang berada didalam poket seluarnya terus membuka telefon itu. Terangguk-angguk kepalanya bila membaca chat dari anak buahnya itu.
‘Bos, I'm here.’- Mike.
“Baba saya minta diri dulu sebab Mike sudah ada didepan saya pergi hospital dulu ye. Assalammualaikum.” Ucap Samuel sambil menghulurkan tangannya kepada Dato Radzi.
“Ha yela hati-hati di jalan. Wa’alaikummussalam.” Jawab Dato Radzi sambil menyambut huluran tangan menantunya itu.
Setelah itu Samuel keluar dari rumah itu dengan wajah yang serius Mike yang melihat terus menundukkan kepalanya. Mike terus membuka pintu kereta bila melihat Samuel sudah menghampirinya.
“Mike, let's go to the bracelet store you ordered. After that we went to the hospital.” Kata Samuel sambil masuk kedalam kereta.
“Okey bos.” Balas Mike dan terus menutup pintu kereta itu dan dia terus masuk kedalam kereta.
Setelah menghidupkan enjin kereta Mike terus memandu ke kedai yang dia memesan barang yang untuk bosnya itu. Dalam perjalanan ke kedai itu Samuel saling membalas chat dengan isterinya. Tersenyum-senyum dia bila membaca chat dari isterinya itu Mike yang melihat juga tersenyum bila melihat bosnya itu.
Share this novel