Setelah menceritakan apa yang terjadi kepada Cikgu Haziq. Emosinya semakin menurun dengan nasihat dari Cikgu Haziq. Setelah itu Cikgu Haziq terus mengambil handheld megaphone dan terus berdiri di hadapan semua para palajar.
“Baik pagi ni macam yang kita tahu kita akan adakan aktiviti jungle trakking jadi jangan cuba-cuba buat sesuatu yang boleh mencederakan kawan-kawan kamu jika itu terjadi saya serahkan Sir Samuel untuk menghukum kamu faham dan saya di beritahu ada pelajar yang menghantar nota pada pelajar yang seorang lagi. Sir Samuel juga sudah tahu soal ini.” Terang Cikgu Haziq kepada semua pelajarnya.
Setelah mendengar yang dikatakan oleh Cikgu Haziq mereka terus ke tempat makan dan mereka bersarapan bersama-sama. Setelah sarapan mereka terus beratur dan mula masuk ke dalam hutan berhampiran diikuti dari belakang ranger hutan berpengalaman.
“Wey Indi kau okey tak.” Tanya Kaysha sambil berjalan disisi Rindiani.
“Okey saja.” Balas Rindiani dengan senyuman.
“Betul ke ni.” Soal Samaira menginginkan kepastian.
“Betul tadi Sir ada chat aku dia kata aku tak perlu fikir apa yang diorang katakan yang penting kami tahu apa yang kami buat tak berdosa so aku dah lupakan apa yang ditulis pada nota itu.” Jawab Rindiani sambil melihat wajah kawan-kawannya.
“Betul la apa yang Sir Samuel bagitahu tu korang kan dah sah dan halal disisi agama dan undang-undang jadi abaikan diorang itu.” Kata Amy pula.
Semua yang mendengar terus mengangguk dengan apa yang dikatakan oleh Amy tadi. Setelah 3 jam perjalanan mereka sampai ditapak perkhemahan mereka semula. Samuel melihat wajah setiap pelajar disana tapi ada dua pelajar yang tak ada dia terus berlari menghampiri Kaysha, Amy dan Natasha.
“Kay, Amy, Sha mana Indi dan Maira.” Tanya Samuel kepada mereka bertiga.
“Ada di..” kata Kaysha terhenti apabila dia tak melihat Rindiani dan Samaira di belakang mereka.
“Aik tadi ada dibelakang kitorang mungkin pergi bilik air kot.” Sambung Kaysha menyedapkan hati mereka.
“Iman pergi check isteri dengan adik aku ada tak disana.” Ujur Samuel kepada anak buahnya itu.
“Baik bos.” Jawab Iman dan terus berlari kearah bilik air.
Setelah sampai di bilik air Iman terus masuk kedalam dan memeriksa keberadaan Rindiani dan Samaira tapi tak ada dia terus berlari menghampiri Samuel semula. Samuel melihat Iman yang sedang berlari itu dengan dada yang berdebar kencang.
“Maaf bos saya dah check semua sudut dalam bilik air itu tapi tak ada Puan dan Cik Maira tak ada.” Ujur Iman sambil menundukkan kepala.
“Shit mana pula diorang ni.” Gumum Samuel dengan cemas.
“Tadi masa naik bukit diorang ada dengan kitorang lepastu kitorang jalan di depan diorang dan lepastu saya tak tahu dah Sir saya ingat diorang masih di belakang kitorang.” Kata Kaysha dengan cemas.
“Iman korang semua ikut aku sekarang.” Ucap Samuel dengan tegas dan terus menghampiri ranger hutan tadi.
Setelah melaporkan tentang kehilangan Rindiani dan Samaira pada Ranger itu mereka mula masuk ke dalam hutan itu kembali. Sepanjang perjalanan mereka memanggil nama Rindiani dan Samaira tapi tetap tak ada jawapan. Samuel semakin cemas dengan keberadaan isteri dan adiknya.
“Em bos, Puan dengan Cik Samaira kan bawa telefon mereka kenapa kita tak cari guna GPS diorang saja.” Ujur Ben sambil melihat wajah bosnya itu.
“Ya Allah macam mana aku boleh lupa baik kau check sekarang.” Ucap Samuel kepada Ben.
“Baik Bos.” Jawab Ben dan dia terus melupakan apa yang disuruh oleh Samuel.
Setelah 10 minit menunggu akhirnya Ben sudah dapat mengesan keberadaan Samaira dan Rindiani. Ben terus mendekati Samuel yang sedang berbual dengan ranger itu.
“Bos saya dah tahu lokasi Puan dan Maira bos.” Kata Ben sambil melihat wajah Samuel.
“Dekat mana diorang Ben.” Tanya Samuel.
“Mereka ada 2 kilometer dari sini bos.” Balas Ben sambil menunjukkan screen telefonnya pada Samuel.
“Baik kita gerak sekarang move.” Ucap Samuel dan terus berlari ke lokasi Samaira dan Rindiani.
Samuel berlari tanpa henti dan yang lain menaiki jep yang disediakan oleh pihak Resort. Setelah sampai dilokasi itu Samuel terus mencari keberadaan isteri dan adiknya. Mereka berpecah untuk mencari Rindiani dan Samaira.
“Bos diorang disini bos.” Laung Ben dengan Kuat.
Mendengar saja laungan Ben, Samuel terus berlari ke tempat Ben berada. Samuel terus menghampiri isterinya dan terus memangku kepala isterinya. Manakala Ben pula memangku kepala Samaira, Samuel menepuk pipi Rindiani sambil memanggil nama Rindiani.
“Honey bangun honey hai.” Panggil Samuel sambil menepuk pipi Rindiani.
“Ben kau panggil Maira bangun.” Kata Samuel kepada Ben.
“Baik bos.” Balas Ben dan terus menepuk pipi Samaira.
Setelah 5 minit berusaha memanggil Rindiani dan Samaira akhirnya mereka bangun juga. Samaira bangun dan melihat kearah semua yang ada disitu dan dia terus memegang tangan kirinya yang sakit. Rindiani masih mendiamkan diri didalam pelukan Samuel.
“Apa yang terjadi sebenarnya ni adik cuba cerita kat along.” Tanya Samuel sambil melihat kearah Samaira.
“Sebenarnya tadi masa kitorang nak turun bukit tiba-tiba rasa macam ada yang tolak dari belakang tapi bila adik toleh belakang ada Alisya and the geng tapi adik tak pasti diorang yang lakukan atau bukan.” Balas Samaira dengan berkerut dahinya.
“Kurang ajar Zaki, Firdaus korang uruskan budak-budak tu. sekarang kata balik tapak perkhemahan dan check Indi dengan Samaira dulu.” Ujur Samuel dan terus mencempung Rindiani naik kedalam Jep itu dan Ben pula mengangkat Samaira dan diletakkan disisi Rindiani.
Setelah semua menaiki Jep itu mereka terus kembali ke tapak perkhemahan. Kaysha, Amy dan Natasha menolong memimpin Rindiani dan Samaira masuk ke dalam caravan milik Samuel itu. Samuel dan anak-anak buahnya pula pergi mencari Alisya and the geng.
“Berkumpul Semua.” Laung Samuel dengan kuat dan tegas.
Setelah mendengar laungan itu semua pelajar berkumpul di hadapan Samuel mengikut kelas masing-masing. Dengan perasaan marah Samuel melihat kearah Alisya dengan mata yang merah. Cikgu haziq terus mendekati Samuel dan cuba menenangkannya tapi kemarahan Samuel sudah tak terbendung lagi.
“Mue sabar kita boleh bincang dulu.” Kata Cikgu Haziq sambil memegang dada Samuel.
“Sudah Ziq aku dah tak tahan dah sekarang aku nak selesaikan masalah Indi dengan Alisya. Kau jangan nak halang aku Ziq.” Balas Samuel dengan tegas.
“Saya nak tanya siapa yang tolak Rindiani dan Samaira tadi masa jungle trakking.” Tanya Samuel dengan tegas.
Semua pelajar yang mendengar hanya menundukkan kepala saja Samuel menjadi semakin marah bila tak ada siapa pun yang menjawab pertanyaannya tadi. Samuel terus memanggil anak-anak buahnya yang berada tak jauh darinya.
“Boys In Position.” Ujur Samuel kepada anak-anak buahnya. Anak-anak buahnya yang memdengar arahan dari Samuel terus mengeluarkan pistol masing-masing dan di acukan pada semua pelajar. Terbuntang mata semua yang ada di situ bila melihat apa yang berlaku.
“Baik korang mengaku sebelum anak-anak buah aku tembak semua yang ada disini.” Kata Samuel sambil mengacukan pistolnya kearah Alisya.
“Alisya ada apa-apa yang kau nak katakan.” Tanya Samuel lagi dengan senyuman sinis. Alisya hanya mendiamkan diri saja.
“Maaf Sir. Sebenarnya Alisya yang buat saya dan Hani cuba larang tapi dia degil. Kejadian di tandas tu pun dia yang lakukan banyak kali juga saya dan Hani melarang dia tapi dia tetap degil Sir. Sekali lagi saya dan Hani minta maaf Sir." Jawab Hana sambil melihat tepat di wajah Samuel yang sedang marah itu.
“Boys korang urus budak tu aku nak pergi tengok Indi dan Maira kejap.” Ujur Samuel kepada anak-anak buahnya.
“Selepas ni korang ingat kalau tak nak peluru tembus kat kepala korang jangan sekali-kali kacau isteri dan adik aku Faham.” Ucap Samuel dan terus berlalu pergi dari situ.
Semua yang mendengar apa yang dikatakan oleh Samuel tadi terus terkejut. Begitu juga dengan Alisya dan kawan-kawannya. Anak-anak buah Samuel terus menyuruh Alisya mengikuti mereka ke sebuah tempat sehingga mereka mendapat arahan dari Samuel kembali.
Share this novel