BAB 13
Setelah habis waktu persekolahan Rindiani dan sahabatnya terus ke kantin untuk membeli makanan. Selepas membeli mereka terus ke tempat biasa mereka berkumpul mereka duduk dan terus makan makanan masing-masing sambil berbual-bual.
“Aku harap lepas ni meningkat la markah math aku. Korang pun tahukan markah math aku macam mana.” Kata Natasha sambil menguyah burgernya.
“Tak apa nanti kalau ada masa kita buat study group kat rumah aku okey.” Balas Rindiani sambil minum air soya kotak.
Sedang mereka berbual-bual tiba-tiba Hana datang kearah mereka dengan keadaan termengah-mengah. Semua yang ada di situ terus memandang kearah Hana dengan berkerut dahi.
“Kau dah kenapa lari macam tu kau ada nampak hantu ke.” Tanya Amy kepada Hana.
“Sorry tak adalah aku cuma nak bagitahu yang Sir Samuel nak jumpa kau Indi sekarang penting di makmal sains 2.” Balas Hana dengan termengah-mengah.
“Sekarang ke.” Soal Rindiani sambil berdiri.
“Ye sekarang baik kau pergi sekarang.” Jawab Hana.
“Baiklah aku pergi sekarang la nanti aku terus masuk kelas okey.” Ujur Rindiani dan terus berlalu pergi.
Setelah sampai di depan makmal sains 2 Rindiani mengetuk pintu itu dan terus masuk kedalam makmal itu. Samuel yang sedang menyalin baju terus terkejut melihat Rindiani masuk ke dalam makmal itu.
“Sorry-sorry saya tak sengaja tadi Hana bagitahu yang Sir nak jumpa dengan saya ada apa.” Tanya Rindiani sambil membelakangi Samuel dengan mata yang tertutup.
“Mana ada abang nak jumpa dengan Indi. Abang tumpang salin baju saja tadi abang dengan Cikgu Haziq berbual-bual dan sekarang Cikgu Haziq baru keluar pergi kantin.” Balas Samuel sambil merapikan bajunya.
“Kalau macam tu saya keluar dulu la.” Kata Rindiani sambil melangkah pergi.
Baru saja Rindiani membuka pintu makmal itu dia melihat ada Pengetua sekolah, Ustaz Hasyim dan beberapa orang guru lain di hadapan pintu itu. Alisya yang ada tak jauh dari situ terus hanya memandang dengan terkejut.
“Astaghfirullah apa yang kamu buat di dalam ni Rindiani, Sir Samuel.” Soal Tuan Ibrahim dengan kuat.
“Tak ada apa-apa Tuan ini semua salah faham Tuan.” Jawab Samuel membela dirinya.
“Salah faham apanya kalau dah berdua-duaan macam ni. Sudah sekarang saya nak kamu berdua ke bilik saya sekarang dan jangan lupa panggil keluarga masing-masing sekarang saya tunggu di dalam bilik saya.” Ujur Tuan Ibrahim dengan tegas dan terus berlalu pergi.
“Wey Mue apa dah berlaku ni.” Tanya Cikgu Haziq yang baru sampai di hadapan makmal sains.
“Entah la bro aku rasa macam sesuatu yang tak kena la.” Balas Samuel sambil memeluk tubuhnya.
“Indi kamu buat apa di sini.” Soal Cikgu Haziq sambil melihat wajah Rindiani yang muram.
“Tadi masa tengah makan di pondok dengan yang lain Hana datang bagitahu yang Sir Samuel nak jumpa dengan saya ada benda penting jadi saya terus datang lepas saya ketuk pintu itu saya terus masuk dan lihat Sir sedang memakai baju dan bila saya tanya kenapa Sir panggil saya tapi Sir kata dia tak panggil saya pun itu yang saya terus keluar tapi sudah ada pengetua dan yang lain di depan pintu.” Terang Rindiani dengan Panjang.
“Hana?? Aku rasa ini mesti ada hubungan dengan Alisya ni.” Kata Cikgu Haziq sambil mengetuk jari telunjuknya di dagunya.
“Entah la nanti je la aku settle yang tu sekarang Indi coll ibu dan baba Indi dulu ni guna telefon abang.” Ujur Samuel sambil menghulurkan telefonnya kepada Rindiani.
“Tapi Sir nanti kalau ibu dan baba marah macam mana tu baru ibu dan baba kalau angah tahu macam mana.” Jawab Rindiani sambil menyambut telefon di tangan Samuel.
“Tak apa nanti abang tolong jelaskan.” Ucap Samuel.
Rindiani menelefon Dato Radzi dan tak lama kemudian panggilannya dijawab oleh Dato Radzi. Dato Radzi terus memberi salam di talian.
‘Assalammualaikum Mue ada apa.’ Soal Dato Radzi selepas memberi salam.
“Baba ni asyu bukan Abang Mue.” Jawab Rindiani dengan gugup.
‘Oh Asyu ha ada apa coll baba ni acik belum ambil asyu ke.’ Tanya Dato Radzi lagi.
“Em baba Pengetua suruh baba dengan ibu datang sekarang ada benda penting katanya.” Balas Rindiani dengan gugup lagi.
‘Ha ye la kalau macam tu baba dengan ibu datang sekarang asyu tunggu ye.’ Kata Dato Radzi di talian.
“Baik baba bye assalammualaikum.” Ucap Rindiani.
‘Wa’alaikummussalam.’ Jawab Dato Radzi dan terus menamatkan panggilan itu.
“Nah Sir baba kata diorang akan datang.” Kata Rindiani sambil menyerahkan Kembali telefon itu pada Samuel.
“Ha okey abang pula nak coll mama abang.” Balas Samuel sambil menekan sesuatu pada telefonnya.
Setelah mendail nombor telefon Puan Sri Giselle dan tak lama kemudian Puan Sri Giselle mengangkat panggilan itu. Samuel meceritakan semuanya yang berlaku pada mamanya. Tak lama kemudian kedua ibubapa Rindiani dan Samuel datang ke sekolah itu dan terus masuk ke dalam bilik pengetua dan Rindiani dan Samuel juga turut masuk ke dalam bilik itu.
Share this novel