BAB 2
Dua Minggu Kemudian.
Rosyam menjemput Rindiani di sekolah dan Rosyam memandu kearah berlainan dari jalan untuk pulang ke rumah mereka. Rindiani yang merasa aneh terus melihat wajah abang keduanya itu.
“Angah kita nak pergi mana ni.” Tanya Rindiani dengan berkerut dahinya.
“Kita pergi office kejap sebab angah tertinggal dokumen penting.” Balas Rosyam dengan nada yang tegas.
“Em.. Okey tapi angah ingat tak hari ini hari apa?.” Soal Rindiani dengan senyuman yang manis.
“Em.. Hari ni hari.. Ya Allah hari ni angah kena sign dokumen penting la nasib asyu ingatkan kalau tak maunya angah kena bising dengan along nanti.” Jawab Rosyam dan terus menyambung memandu ke destinasi mereka.
Selepas mendengar jawapan dari abangnya wajah yang tadinya tersenyum kini Kembali pudar. Rosyam yang melihat hanya mendiamkan dirinya saja. Sampai saja di office Rosyam terus menaiki liftf dan terus menekan butang 14. Setelah menandatangani dokumen penting dan dia segera mengambil dokumen yang berwarna biru diatas mejanya. Rosyam turun ke bawah dan terus masuk ke dalam kereta Ford Rangernya semula.
“Okey dukumen penting dah sign, dokumen yang nak kena siapkan pun dah ada jadi apa lagi ye.” Gumum Rosyam sendirian.
“Dah tak ada apa dah sekarang jom kita balik nanti ibu bising pula anak dara dia balik lambat.” Sambung Rosyam lagi.
Rindiani hanya diam tanpa menjawab apa-apa pun sehinggalah sampai di rumah. Berhenti saja kereta Rindiani terus keluar dari kereta dan terus masuk ke dalam rumah dengan wajah yang muram. Datin Rose yang melihat wajah anaknya muram terus tersenyum.
“Ibu asyu mana.” Tanya Rosyam yang baru masuk rumah itu.
“Dah naik dah awal hari ini angah balik tak kerja ke.” Balas Datin Rose sambil menutup majalah yang sedang dia baca.
“Tak hari ni angah kerja separuh hari sebab nak rehat la ibu. Esok angah kena site visit kat perak jadi angah minta kat along untuk half day saja.” Kata Rosyam sambil baring atas sofa yang ada diruang tamu itu.
“Oh.. kalau macam tu kamu boleh la tolong ibu untuk Asyu's birthday celebration tonight.” Ujur Datin Rose dengan senyuman.
“Kalau yang tu ibu jangan risau sebab angah dan along sudah uruskan cuma asyu belum tahu yang kita akan sambut birthday dia. Tadi dalam kereta pun asyu tanya hari ini hari apa jadi angah cakap yang hari ni angah ada dokumen penting yang nak kena sign.” Terang Rosyam dengan senyuman.
“La ye ke thanks angah bila kita nak sambut tu.” Ujur Datin Rose dengan teruja.
“Malam ni ibu nanti kita gerak ke sana awal jadi kita tinggal asyu dengan acik so acik lah yang akan bawa asyu ke sana.” Balas Rosyam.
“Okey baik kalau macam tu.” Ucap Datin Rose dengan senyuman.
Setelah mendengar rancangan dari Rosyam, Datin Rose terus naik ke biliknya. Rosyam yang masih ada di ruang tamu terus menghantar chat pada Razlan.
‘Acik nanti pukul 8 kau bawa asyu ke Pantai Morib untuk sambut birthday asyu tapi aku nak kau jangan bagitahu dia apa-apa. Kalau dia tanya kau jawab tak tahu saja faham.’- angah.
‘Okey baik tapi aku balik lambat sini dalam pukul 6.30 macam tu sekarang pun aku masih ada di kolej.’- Acik.
‘Ha okey tak apa yang penting kau bawa asyu pergi sama tepat pukul 8 faham.’- Angah
‘Okey baik.’- Acik.
Setelah membaca chat dari adiknya Rosyam terus naik ke biliknya. Rindiani yang sedang berkurung dalam biliknya sambil membuat homework yang banyak itu saja. Tiba-tiba satu chat masuk Rindiani terus membuka dan baca isi chat itu.
‘Happy birthday Indi semoga Panjang umur, dimurahkan rezeki dan Berjaya dalam SPM nanti ye.’- My Love Samuel.
Dengan senyuman yang girang Rindiani membalas chat itu dengan hati yang berbunga-bunga. Dia langsung tak menyangka yang pujaan hatinya ingat akan hari lahirnya walaupun dia tahu yang sebenarnya pujaan hatinya itu sudah memiliki kekasih hati.
‘Thanks Abang Mue. Abang saja yang ingat hari lahir Indi yang lain semua lupa yang hari ini hari lahir Indi.’- Rindiani.
‘La ye ke tak apa abang kan dah ucapkan nanti kalau diorang ingat diorang pun akan ucapkan. Okey la Indi abang off dulu sebab abang ada urusan penting ni bye.’- My Love Samuel.
‘Bye.’- Rindiani.
Rindiani menutup telefonnya dengan senyuman yang sangat manis kerana mendapat ucapan dari seseorang yang dia cintai walaupun dia tahu yang cintanya tak akan terbalas sampai bila-bila pun.
Setelah menyiapkan semua homeworknya dia terus berbaring diatas katil miliknya sambil mengadap laptonnya. Chat masuk ke dalam telefonnya Rindiani terus membuka dan membaca. Terbuntang matanya bila membaca Chat yang dihantar oleh seseorang itu tanpa menunggu lama dia terus menelefon orang tersebut.
“Hello Mar Betul ke apa yang kau hantar pada aku tu.” Tanya Rindiani yang masih belum percaya.
“Ye Indi kalau kau tak percaya kau boleh coll Encik Musa sendiri. Mulanya pun aku tak percaya tapi bila aku dah coll Encik Musa sendiri dan Encik Musa bagitahu yang novel kau salah satu novel yang paling laris di Pasaran aku pun tak percaya tapi itulah yang sebenarnya.’ Balas Maria personal assistant Rindiani.
“Okey kalau macam tu bulan ni aku bagi kau bonus.” Ujur Rindiani dengan gembira.
‘Okey Thanks boss.’ Ucap Maria dengan ceria.
“Okey kalau macam tu aku nak sambung tulis novel baru aku dulu nanti apa-apa kau chat aku okey.” Kata Rindiani sambil melihat laptopnya.
‘Okey boss bye.’ Ucap Maria.
“Bye.” Balas Rindiani lalu terus menutup panggilan itu.
Setelah menutup panggilan itu Rindiani terus sambung menulis novelnya. Setelah siap menulis Rindiani baring diatas katilnya sambil membuka aplikasi Instagram miliknya. Tersenyum-senyum dia melihat gambar Samuel pujaan hatinya yang sedang membaca dengan focus.
Tok.. Tok..
“Masuk.” Laung Rindiani sambil menutup telefonnya.
“Asyu malam ni along nak belanja kita makan tapi Ibu, abah, along, angah, alang pergi dulu nanti asyu pergi dengan acik ye. Acik balik lambat sikit nanti asyu ajak acik ye nanti ibu hantar location pada adik okey.” Ujur Datin Rose sambil memakai Jam tangan kesayangannya.
“Okey ibu.” Jawab Rindiani ringkas.
“Okey kalau macam tu ibu kitorang pergi dulu ye. Kejap lagi acik balik la tu asyu siap-siap dulu nanti lambat siap acik bebel pula.” Pesan Datin Rose kepada anak gadisnya itu.
“Okey baik ibu.” Balas Rindiani sambil bangun dari katilnya.
“Okey bye assalammualaikum.” Kata Datin Rose dan terus berlalu keluar dari bilik Rindiani.
Setelah membersihkan diri dan menunaikan solat asar Rindiani bersiap memakai pakaian kegemarannya. Selepas itu dia mengambil beg tangannya dan telefonnya terus menunggu di ruang tamu tak lama kemudian Razlan balik dan masuk ke dalam rumah.
“Acik tadi ibu bagitahu yang along nak belanja makan jadi ibu suruh kita pergi tempat yang ibu dah hantar pada asyu. Acik pergi la bersiap asyu tunggu di sini saja ye.” Ucap Rindiani sambil mermain telefonnya.
Tanpa menjawab apa-apa Razlan terus naik ke biliknya dan terus bersiap. Setelah bersiap Razlan terus mendekati adiknya dan terus mereka menaik kereta dan menuju ke lokasi yang diberikan oleh Datin Rose tadi.
Share this novel