BAB 23
Hari ini sudah hari ke 3 Rindiani menjalani peperiksaan SPM. Semalam Rindiani study sehingga pukul 1 pagi dan sekarang Rindiani sedang bersiap untuk ke sekolah.
"Morning ibu, baba, Along." Ucap Rindiani sambil menguap.
"Morning ni kenapa masih menguap ni asyu tidur pukul berapa semalam." Tanya Datin Rose sambil menuang air teh ke dalam cawan.
"Semalam asyu tidur pukul 1 ibu study untuk exam kejap lagi." Balas Rindiani sambil menyapu jem pada roti.
"Ya Allah kenapa tidur lewat sangat asyu nanti tertidur pula dalam dewan peperiksaan." Kata Dato' Radzi sambil membaca surat khabar.
"Tak adalah sampai macam tu baba. Nanti masa dalam perjalanan ke sekolah asyu akan tidur dulu dalam kereta ibu dengan baba jangan la risau." Jawab Rindiani sambil minum air susu.
"Ha ye la ni Samuel datang ambil ke." Soal Dato' Radzi sambil melipat surat khabar.
"Haah baba macam biasa. Okey la baba asyu pergi dulu ye." Balas Rindiani sambil menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Dato Radzi.
"Ha ye la nanti baca doa banyak-banyak sebelum jawab soalan tu." Ujur Dato Radzi dengan senyuman.
"Baik baba asyu pergi dulu ye assalamualaikum." Ucap Rindiani dan terus berlalu pergi.
Setelah memakai kasut sekolah Rindiani terus ke pondok security guard. Rindiani duduk di kerusi yang ada di situ tanpa dia sedar dia sudah tertidur sambil bersandar di dinding pondok security guard itu.
Pin.. Pin..
Setelah banyak kali menekan hon kereta tapi Rindiani masih belum ada respon dari Rindiani. Samuel terus keluar dari kereta dan mendekati Rindiani yang sedang tertidur itu.
"Ya Allah dia tidur rupanya." Gumum Samuel sendiri dengan senyuman.
"Helmi tolong masukkan beg Indi ke dalam kereta kejap." Kata Samuel sambil mengendong isterinya itu.
"Baik Tuan." Jawab Helmi dan terus meletakkan beg sekolah Rindiani di bahagian belakang.
"Terima kasih Helmi." Ucap Samuel dan terus masuk ke dalam keretanya. Helmi hanya menganggukkan kepalanya sahaja.
Samuel terus memandu ke sekolah Edward Smith. Sedang fokus memandu tiba-tiba telefon Samuel berbunyi tanpa menunggu lama Samuel terus mengangkat panggilan itu.
"Hello Samuel speaking." Kata Samuel sambil memandu.
'Hello baby ni I la. I nak bagitahu you yang I akan balik ke Malaysia hari ini and malam nanti I nak jumpa you di tempat biasa boleh.' Balas Rania di talian.
"Hai Love, boleh nanti kita jumpa ye tak sabarnya I nak jumpa you malam ni okey la Love I nak masuk sekolah dah ni nanti I Coll you lagi ye." Ucap Samuel.
'Okey baby bye I pun baru nak masuk balai berlepas ni jumpa nanti ye muah.' balas Rania dan terus menamatkan panggilan itu.
Selepas menamatkan panggilan itu samuel terus menyimpan telefon ke dalam poket seluarnya. Dia terus melihat ke arah Rindiani yang sedang tertidur pulas itu.
"I'm sorry Indi buat masa sekarang aku tak mampu untuk mencintai kau sebab rasa cinta aku pada Rania masih kuat dan mungkin aku takkan mencintai kau langsung. Jika nanti aku masih belum ada rasa cinta pada kau, aku akan melepaskan kau untuk kau mencari kebahagiaan kau sendiri." Gumum Samuel sendiri sambil mengusap kepala Rindiani.
'Hanya awak yang saya cintai tak ada yang kedua dan ketiga. Kebahagiaan saya hanya dengan awak saja jika Allah sudah tentukan yang jodoh kita disitu saja saya redha dan saya akan pergi jauh dari awak untuk selamanya.' Gumum Rindiani di dalam hati.
"Indi bangun Indi dah sampai ni." Panggil Samuel sambil menggoyangkan bahu Rindiani.
"Hurm dah lama ke kita sampai." Tanya Rindiani pura-pura. Sebenarnya dia sudah lama terbangun ketika Samuel sedang berbual di telefon lagi.
"Baru saja sampai cepat la nanti lambat pula awak masuk dewan." Ujur Samuel sambil merapikan tali lehernya.
"Mana beg saya." Tanya Rindiani sambil melihat wajah Samuel.
"Ada di belakang tu." Jawab Samuel.
"Oh okey thanks." Ucap Rindiani dan terus keluar dari kereta itu.
"Dia keluar macam tu saja salam pun tak." Balas Samuel dengan hairan.
Setelah keluar dari kereta itu Rindiani terus menuju ke pondok tempah lepak dia dan kawan-kawannya. Sampai di situ Rindiani terus menekup wajahnya rapat ke meja sambil mengalirkan airmatanya.
"Assalamualaikum." Ucap Samaira yang baru sampai.
"Waalaikumussalam." Jawab Rindiani yang masih menekup wajahnya ke meja.
"Kau kenapa Indi." Tanya Samaira sambil duduk disisi Rindiani.
"Aku okey saja." Balas Rindiani sambil menyeka airmatanya.
"Kalau kau ada masalah kau bagitahu saja aku. Aku ni bukan orang lain pun kawan kau merangkap adik iparku tau tak. Insyaallah aku akan tolong kau." Ujur Samaira sambil mengusap belakang Rindiani.
"Tadi masa nak datang sini Rania ada Coll Abang Mue dan mereka akan berjumpa malam nanti. Selepas dia tamatkan panggilan itu dia ada kata yang dia mungkin takkan cintakan aku Maira. Hati aku sakit sangat bila dengar dia kata macam tu dan yang paling menyakitkan aku adalah dia kata dia akan lepaskan aku untuk aku cari kebahagiaan aku sendiri sedangkan kebahagiaan aku adalah bersama dengan dia Maira." Luah Rindiani sambil mengalirkan airmatanya.
"Aku yakin yang Along takkan lepaskan kau dan aku yakin sebesar mana pun cinta dia pada si Rania tu diorang takkan dapat kahwin sebab mama dengan papa takkan restu hubungan diorang. Along selagi mama dan papa tak izinkan dia buat sesuatu benda dia takkan buat benda tu." Ujur Samaira sambil mengusap belakang Rindiani.
"Aku tak tahu Maira sekarang aku hanya mampu berserah saja pada Allah. Aku berdoa agar jodoh aku dengan dia kekal hingga akhir hayat aku Maira." Ucap Rindiani sambil menyeka airmatanya.
"Aku akan doakan kau okey. Aku pun tak naklah si Rania tu jadi kakak ipar aku. " Balas Samaira.
"Eh dahlah tak payah la nangis lagi nanti tak cantik dah kakak ipar aku ni." Sambung Samaira lagi.
"Mengada je kau ni. Eh mana diorang ni takkan tak datang lagi kot dah pukul berapa dah ni." Ujur Rindiani sambil melihat jam tangannya.
"Kejap lagi datang la tu kita tunggu saja di sini." Balas Samaira dengan senyuman.
Setelah 5 minit menunggu Kaysha, Natasha dan Amy datang menghampiri mereka. Setelah itu mereka berjalan ke dewan sambil berbual-bual Samuel datang berjumpa dengan diorang tapi Rindiani terus berjalan dengan laju masuk ke dalam dewan itu.
"Kenapa Along datang ni." Tanya Samaira kepada abangnya.
"Along datang nak jumpa dengan Indi tapi kenapa dengan dia tu." Soal Samuel balik.
"Adik rasa Along tak perlulah nak jumpa dengan Indi lagi. Along pergi je jumpa dengan ulat bulu tu ye. Oh ya balik nanti adik akan hantar Indi balik so Along boleh la pergi jemput si ulat bulu tu dekat airport. Bye assalamualaikum." Ucap Samaira dan terus berlalu pergi diikuti dengan kawan-kawannya.
"Dia dengar apa yang aku cakap dalam kereta tadi so dia tak tidur la masa dalam kereta tadi. Aduh. Macam mana ni dia merajuk ke tapi kenapa dia nak merajuk pula bukan dia cintakan aku pun. Tapi kenapa aku rasa lain bila dia merajuk macam ni kalau Rania merajuk aku tak ada pula rasa macam ni aduh pening la macam ni." Gumum Samuel sendiri dan terus berlalu pergi dari kawasan dewan itu.
Setelah Samuel berlalu pergi meninggalkan dewan itu. Tanpa mereka sedari ada yang mendengar apa yang mereka bualkan di sebalik dinding. Dengan hati yang membara dia terus berlalu pergi dari situ.
Share this novel