BAB 42
Setelah sampai di perkarangan Sekolah Edward Smith mereka mengemas barang-barang mereka masing-masing keluar dari bagasi bas itu. Samuel memasukkan barang-barangnya dan barang-barang isterinya kedalam kereta. Selepas itu dia terus menghidupkan enjin keretanya.
“Honey mana Maira.” Tanya Samuel kepada isterinya itu.
“Tadi kata nak pergi bilik air tak tahan katanya.” Balas Rindiani sambil mengangkat beg pakaian Samaira.
“Eh tu honey nak buat apa dengan beg adik tu.” Soal Samuel sambil menunjuk kearah beg pakaian Samaira.
“Nak masukkan ke dalam bagasi kereta la kan Maira balik dengan kita sekali.” Jawab Rindiani sambil melihat wajah Samuel.
“Sudah tak payah sini biar hubby yang buat honey pergi duduk dalam kereta.” Ujur Samuel sambil merampas beg yang ada di tangan isterinya itu.
“Okey tapi hubby masuk cepat ye honey ada sesuatu nak tanya.” Ucap Rindiani sambil jalan kearah penumpang di bahagian hadapan.
“Tanya sekarang tak boleh ke.” Soal Samuel sambil memasukkan barang-barang Samaira kedalam bagasi kereta.
“Tak boleh ini rahsia.” Balas Rindiani dan terus masuk kedalam kereta Samuel.
‘Apa yang dia nak tanya ye aku jadi tak sabar pula nak tahu.’ Gumum Samuel di dalam hati.
Setelah selesai memasukkan barang-barang kedalam bagasi kereta Samuel terus masuk kedalam kereta di bahagian pemandu. Rindiani yang sedang membalas chat terus melihat kearah Samuel yang baru masuk itu.
“Apa yang honey nak tanya tadi tu.” Tanya Samuel sambil melihat wajah isterinya.
“Honey nak tanya nanti kalau honey tut macam mana.” Soal Rindiani kepada Samuel sambil tangannya di perutnya.
“Tut??.” Kata Samuel sambil mengaru kepala dan melihat kearah perut isterinya.
“Tut tu maksud honey pregnant kan honey nak sambung study luar negara so honey nak tahu la macam mana kalau honey pregnant boleh tak honey nak pergi juga study di sana.” Balas Rindianisambil mengusap perutnya yang masih kosong.
“Honey jangan risau honey boleh pergi sambung study tapi hubby akan datang melawat honey di sana nanti okey dan kita akan jaga anak kita tu bersama-sama okey.” Ujur Samuel sambil mengenggam tangan Rindiani dengan erat sekali.
“Okey thanks hubby sebab izinkan honey mencapai cita-cita honey.” Ucap Rindiani sambil mengusap pipi suaminya itu.
“Welcome honey.” Balas Samuel dan terus mencium bibir isterinya itu.
Tok.. Tok..
Mendengar ada seseorang yang mengetuk tingkap Samuel terus melepaskan ciuman bibir itu dan terus melihat siapa yang berada di luar kereta itu. Samaira yang sedang berada di luar dengan wajah yang marah Samuel terus membuka kunci keretanya dan Samaira terus masuk ke dalam kereta itu.
“Kenapa lama sangat nak buka pintu ni korang buat apa dalam kereta tengahari macam ni ha.” Kata Samaira dengan marah.
“Ini urusan orang yang dah kahwin kau tu belum kahwin jadi tutup mulut kau rapat-rapat dah jom gerak.” Balas Samuel dan terus memandu keretanya.
Samuel memandu keretanya ke sebuah restoran dan mereka turun untuk makan tengahari. Sedang mereka memesan makanan ada seorang wanita datang menyapa Samuel. Mereka terus memandang kearah Wanita tu dan terus berubah riak wajah Rindiani dan Samaira ketika melihat wajah wanita itu.
“Em wey Maira jom teman aku pergi bilik air kejap.” Ujur Rindiani kepada Samaira.
“Ha jom aku pun tiba-tiba rasa nak termuntah la pula Indi.” Balas Samaira sambil bangun berdiri.
“No siapa pun tak boleh pergi mana-mana selagi tetamu tak diundang ni tak pergi faham sekarang honey dan adik duduk balik.” Ujur Samuel dengan tegas.
Setelah mendengar kata-kata Samuel mereka kembali duduk di tempat duduk masing-masing. Rania hanya memandang dengan geram kearah mereka berdua.
“Ada apa datang sini Cik Rania.” Tanya Samuel kepada Rania dengan lembut.
“I datang sini nak jumpa you baby.” Balas Rania sambil mengusap bahu Samuel yang sedang duduk disisinya.
“Sorry Cik Rania I tan nak jumpa dengan you dan you boleh pergi pada scandle you tu lagipun I dah ada isteri.” Kata Samuel dan terus memeluk bahu Rindiani yang duduk disisinya.
“Hurm.. Isteri!! You bukan cintakan dia pun cinta you hanya pada I saja.” Ujur Rania dengan senyuman kepada Samuel.
“Dulu memang I cintakan you tapi sekarang I cintakan isteri I dan antara you dengan I dah tak ada apa-apa sejak you tidur dengan scandle you tu okey. Sekarang you dah boleh pergi I tak nak tengok muka you lagi kat sini.” Ucap Samuel dengan tegas kepada Rania.
“Takkan semudah itu saja you padam cinta you pada I. I tak percaya la ke you saja nak ambil hati budak ini saja.” Balas Rania sambil menunjuk kearah Rindiani.
“Ini semua bukan nak ambil hati atau apa sekarang I betul-betul cintakan isteri I dan you adalah masa lalu I. I nak mulakan hidup baru dengan isteri dan anak-anak I itu saja.” Kata Samuel dengan ikhlas sambil melihat wajah Rindiani.
“NO I tak percaya.” Balas Rania dengan kuat sehingga semua pelanggan melihat kearah mereka berempat.
“Kalau kau tak nak percaya sudah yang penting aku percaya apa yang abang aku katakan baik kau berambus sekarang sebelum tapak tangan aku naik kat pipi kau tu.” Ujur Samaira yang dari tadi mendiamkan diri.
“Hurm.. korang tunggu dan lihat apa yang aku akan buat.” Ucap Rania dan terus berlalu pergi dari situ.
Setelah Rania pergi Samaira melihat kearah Samuel dan Rindiani. Gembira hatinya bila melihat abang dan kakak iparnya bermesra begitu. Samuel yang merasa seperti diperhati terus mengalihkan pandangannya kearah adiknya.
“Asal kau pandang kitoranga macam itu.” Tanya Samuel kepada adiknya itu.
“Adik gembira bila tengok along dengan kak long macam ni rasanya tak lama lagi adik dapat anak buah la jawabnya.” Balas Samaira dengan senyuman yang manis.
“Pandailah kau kalau pasal anak buah tu insyaallah kan honey.” Ujur Samuel sambil melihat wajah isterinya dengan keningnya diangkat berkali-kali.
“Tak payah nak mengada-gada ye.” Ucap Rindiani dengan merah wajahnya menahan malu.
“Ala-ala.. Suka la tu.” kata Samaira kepada Rindiani.
“Dah la jom makan aku dah lapar ni.” Balas Rindiani sambil menarik sepinggan Nasi Ayam dihadapannya.
“Aik.. tukar topik nampak.” Ujur Samaira sambil melihat wajah Rindiani.
“Sudah makan cepat nanti lambat pula sampai rumah mama,papa.” Ucap Samuel dengan tegas dan terus menikmati Nasi Ayam yang ada dihadapannya.
Mereka menikmati makanan mereka sambil berbual-bual. Rania yang duduk tak jauh dari mereka hanya melihat dengan parasaan marah. Setelah selesai mereka terus ke kereta setelah Samuel membayar bil makanan mereka.
“Hubby boleh tak honey nak minta tolong sikit.” Tanya Rindiani kepada Samuel dengan senyuman.
“Honey nak minta tolong apa.” Soal Samuel balik.
“Tadi honey ada nampak di kaunter restoran tadi ada jual asam hubby tolong belikan boleh tak.” Balas Rindiani sambil mengusap tangan suaminya.
“Asam.. Aik ada apa-apa ke honey.” Ujur Samuel sambil tangannya diletakkan di perut Rindiani.
“Tak ada maknanya honey memang suka makan asam la hubby tolong please.” Ucap Rindiani dengan nada manja.
“Ye la hubby pergi beli kejap. Ni kunci kereta honey dengan adik masuk dulu ye.” Jawab Samuel sambil menghulurkan kunci keretanya kepada Rindiani dan terus berlalu ke restoran itu semula.
Setelah Samuel berlalu pergi Rindiani dan Samaira masuk kedalam kereta dan menunggu Samuel. Setelah membeli asam yang isterinya mahukan Samuel terus kembali ke kereta dengan senyuman. Dia masuk ke dalam kereta dan terus menyerahkan bungkus plastik itu kepada Rindiani. Rindiani mengambil dengan gembira dan tanpa dia sedar dia mencium Samuel dihadapan Samaira.
Share this novel