BAB 24

Romance Series 71296

BAB 24

Setelah tamat waktu persekolahan Rindiani terus mengikuti langkah Samaira. Tanpa disedari Samaira sendiri. Pak Kamal yang sedang duduk di hadapan pintu itu terus menunduk hormat.

‘Kenapa Pak Kamal tunduk selalu tak macam ni pun.’ Gumum Samaira di dalam hati.

Dengan berkerut dahi Samaira menoleh ke belakang. Terbuntang matanya bila melihat Rindiani sedang berdiri dengan senyuman.

“Kenapa kau datang sini.” Tanya Samaira kepada Rindiani.

“Aku nak tumpang kau balik boleh tak.” Balas Rindiani dengan senyuman.

“Boleh tapi kau dah bagitahu along ke belum.” Soal Samaira.

“Belum aku malas la nak jumpa dengan dia. Pak Kamal tolong bagitahu Samuel yang saya balik dengan Maira ye.” Jawab Rindiani sambil melihat kepada Pak Kamal.

“Baik Puan Indi.” Ucap Pak Kamal sambil menganggukkan kepalanya.

Selepas Rindiani dan Samaira masuk ke dalam kereta Pak Kamal terus menghubungi Samuel. Panggilan itu di angkat dan terus Pak Kamal memberi salam.

“Assalammualaikum Tuan.” Ucap Pak Kamal dengan senyuman.

“Wa’alaikummussalam ya ada apa Pak Kamal.” Tanya Samuel di talian.

“Tuan saya cuma nak bagitahu yang Puan Indi ada di dalam kereta Puan Sir dengan Cik Maira dia mahu balik dengan Cik Maira.” Balas Pak Kamal.

“Oh ye ke ha yela Pak Kamal pastikan dia masuk dalam rumah dulu baru Pak Kamal balik okey.” Pesan Samuel.

“Baik Tuan Assalammualaikum.” Ucap Pak Kamal.

“Wa’alaikummussalam.” Jawab Samuel dan terus menamatkan panggilan.

Selepas menamatkan panggilan Samuel terus masuk ke dalam keretanya. Dia menghidupkan enjin keretanya dan terus menekup wajahnya dengan kedua tangannya. Tiba-tiba telefonnya berbunyi tanpa melihat siapa pemanggilnya dia terus menjawab panggilan itu.

“Yes Samuel speaking.” Kata Samuel masih dalam keadaan menutup matanya.

“Bos nanti pukul 3 bos ada meeting penting dengan wakil Syarikat M.A SDN BHD bos boleh datang tak.” Balas Nizam di talian.

“Oh ye ha okey aku datang sekarang tapi kau tolong order makanan kegemaran aku lepastu bawa masuk bilik kerja aku.” Ujur Samuel sambil memandu kereta.

“Okey bos ada apa-apa lagi.” Soal Nizam kepada Samuel.

“Tak apa yang itu saja. Okey la ni aku sudah dalam perjalanan aku off dulu ye Assalammualaikum.” Ucap Samuel.

“Okey Wa’alaikummussalam.” Jawab Nizam dan terus menamatkan panggilan itu.

Setelah menamatkan panggilan Samuel memandu sambil memikirkan tentang Rindiani. Beberapa kali juga dia mengeluh sambil memikirkan tentang ini. Akhirnya dia sampai di pejabat dan dia terus turun dan menyerahkan kunci keretanya kepada salah seorang security guard yang ada di hadapan pintu pejabatnya dan terus naik ke bilik kerjanya.

“Zam mana makanan aku dah sampai belum.” Tanya Samuel sambil berdiri di hadapan meja Personal Assistantnya.

“Sudah bos tadi saya sudah letak di atas meja dalam bilik bos.” Balas Nizam sambil berdiri.

“Good okey aku masuk dulu kau bawa fail yang nak meeting kejap lagi masuk dalam bilik aku sekarang.” Kata Samuel dan terus berlalu pergi.

“Baik bos.” Jawab Nizam dan terus mengambil beberapa fail yang ada di atas mejanya dan terus masuk ke dalam bilik kerja Samuel.

Tok.. Tok..

“Masuk.” Laung Samuel dengan mulut yang penuh.

“Bos ni semua fail-failnya.” Kata Nizam sambil meletakkan fail-fail itu di atas meja kerja Samuel.

“Okey lepas makan nanti aku baca.” Jawab Samuel sambil menyuap makanan ke dalam mulutnya.

Selepas mendengar jawapan dari Samuel, Nizam terus berlalu ke pintu bilik Samuel. Samuel yang melihat Nizam hendak keluar terus memanggil Nizam. Nizam terus Kembali berdiri dihadapan Samuel sambil menanti arahan dari bosnya itu.

“Ya ada apa bos.” Tanya Nizam yang sedang berdiri tegak dihadapan Samuel.

“Aku nak tanya cara pujuk orang perempuan merajuk macam mana. Selama ni kalau Rania merajuk bila aku belikan dia barang branded untuk dia, dia dah okey tapi ni lain tak macam tu aku dah buntu dah macam mana lagi nak pujuk dia. Cuba kau bagitahu aku apa cara lagi untuk aku pujuk dia.” Balas Samuel sambil meraup wajahnya.

“Sorry bos saya pun tak tahu sebab bos sendiri tahu saya mana pernah bercinta ni. Kali ini saya tak boleh tolong bos sorry sekali lagi.” Kata Nizam sambil menundukkan kepalanya.

“Aduh kau ni tak apa la kau boleh pergi sekarang.” Ujur Samuel dan terus mengambil telefonnya yang ada di atas meja itu.

Samuel menaip sesuatu di telefonnya dan dia terus mengambil fail yang di bawa oleh Nizam tadi dan terus membaca isi didalamnya. Setelah 30 minit membaca fail itu Nizam masuk kedalam bilik itu dengan di tangannya sehelai kertas.

“Sorry saya cuma nak bagi ini tadi saya ada tanya dengan adik saya jadi dia bagitahu beberapa cara nak pujuk orang perempuan bos bolehlah cuba.” Ujur Nizam sambil memberi kertas itu pada Samuel.

“Oh ye thanks. Meeting bila nak mula.” Tanya Samuel sambil melihat kertas yang diberi oleh Nizam.

“Semua sudah sedia saya masuk ni pun selain nak bagi kertas itu saya nak bagitahu yang itulah tadi.” Balas Nizam.

“Okey jom kita ke sana dulu nanti-nanti la aku cuba cara yang kau bagi tu.” Kata Samuel sambil bangun berdiri dan terus berlalu keluar dari bilik itu.

Selepas Samuel keluar dari bilik itu Nizam juga mengikuti langkah Samuel ke bilik meeting. Setelah sampai di bilik meeting Samuel menerima satu chat dari kawan-kawannya tanpa membaca chat itu dia terus masuk dan memulakan meeting itu dengan sempurna.

Setelah 2 jam meeting di jalankan akhirnya Samuel menamatkan meeting dengan berjabat tangan dengan wakil syarikat M.A SDN BHD. Mereka keluar beriringan sambil berbual-bual kosong dan mereka berpisah setelah sampai di hadapan bilik Samuel. Samuel juga terus pulang Bersama dengan fail yang diserahkan oleh Nizam.

“Assalammualaikum.” Samuel memberi salam ketika membuka pintu rumah Tan Sri Shamsul.

“Wa’alaikummussalam.” Jawab Puan Sri Giselle dan Samaira serentak.

“Mama dengan adik saja mana yang lain.” Tanya Samuel sambil duduk di sofa Samaira.

“Haah berdua saja papa ada di bilik kerja dia. Angah pula belum balik kamu ni dari mana.” Soal Puan Sri Giselle pula.

“Dari Office tadi ada meeting okey la mama along naik dulu nak rehat.” Balas Samuel dan terus naik ke biliknya.

Setelah membersihkan diri Samuel terus berbaring di atas katilnya. Selepas makan malam Samuel terus keluar untuk berjumpa dengan pujaan hatinya. Setelah sampai di sebuah kelab malam Samuel masuk dan terus mencari pujaan hatinya.

“Hai baby do you miss me.” Soal seseorang Wanita sambil memeluk Samuel dari belakang.

“Hai yeah I really miss you too very much.” Jawab Samuel sambil meleraikan pelukan itu dan terus menarik Wanita itu ke dalam pelukannya.

“Jom kita pergi sana I nak lepaskan rindu I pada you.” Kata Wanita yang bernama Rania itu sambil menarik tangan Samuel.

“You landing pukul berapa tadi.” Tanya Samuel.

“Tadi pukul 7 tadi.” Balas Rania sambil meneguk air haram itu.

“Betul ke.” Soal Samuel ragu-ragu.

“Betul la kenapa you tak percaya ke.” Jawab Rania dengan nada sedikit dibuat merajuk.

“Okey I believe you.” Kata Samuel sambil mengusap bahu Rania yang terdedah itu. Rania hanya membalas dengan senyuman.

‘Untung dia percaya kalau tak aduh habis aku.’ Gumum Rania didalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience