Setelah lama mereka berbual-bual Kaysha melihat jam yang ada pada screen telefonnya dan jam menunjukkan 3.50 petang. Dia terus mengajak kawan-kawannya semua untuk pergi berkumpul di tempat tadi mereka berkumpul.
“Wey jom la pergi tempat berkumpul nanti lambat pula sekarang dah pukul 3.50 dah.” Kata Kaysha sambil mengemas plastik keropok dan botol airnya.
“Okey jom tapi aku nak pergi tandas kejap korang ada nak pergi tak.” Tanya Rindiani sambil menutup buku notanya.
“Jom aku nak ikut.” Balas Amy sambil bangun berdiri.
“Jom eh Maira tolong letak buku aku ni dalam beg aku jap thanks.” Ujur Rindiani sambil menghulurkan buku notanya kepada Samaira yang sedang membetulkan baju t-shirtnya.
“Okey welcome.” Ucap Samaira dengan senyuman.
Setelah Samaira mengambil buku notanya Rindiani terus berlari ke bilik air diikuti oleh Amy. Dua orang anak buah Samuel juga mengikuti mereka dari belakang Alisya yang melihat juga mengikuti mereka dan dia masuk ke dalam bilik air dan tak lama kemudian dia keluar dengan senyuman sinis.
“Ah.. leganya wey Indi cepat la keluar asal lambat sangat.” Ujur Amy sambil basuh tangannya di sinki.
“Kejap la.” Ucap Rindiani sambil ingin membuka pintu tapi tak boleh dibuka.
‘Aduh kenapa ni tadi okey je pintu ni kenapa sekarang tak boleh buka pula rosak ke.’ Gumum Rindiani di dalam hati.
“Wey Indi cepat la lagi 2 minit saja nak dekat pukul 4 cepat la.” Kata Amy sambil berdiri di hadapan pintu masuk.
“Kejap la pintu bilik air ni buat hal pula. Dari tadi aku cuba buka tapi tak boleh kau tolong aku jap.” Balas Rindiani sambil cuba membuka pintu itu.
“Betul ke kau jangan main-main tak lawak tau tak.” Ujur Amy dengan tegas bercampur takut.
“Betul la buat apa aku nak tipu kau tadi okey je tapi sekarang dah tak boleh nak buka wey tolong la.” Ucap Rindiani dengan mata yang mula berkaca-kaca.
“Kejap aku cuba kau duduk jauh dari pintu sikit nanti terkena kau pula.” Jawab Amy sambil cuba merempuh pintu itu dengan bahunya tapi sia-sia saja pintu itu tetap tak terbuka.
“Wey Indi tak boleh la kau tunggu kejap di sini aku pergi cari bantuan kejap tau.” Sambung Amy dan ingin berlalu pergi tapi suara tangisan Rindiani memberhentikan langkahnya.
“Wey Indi kau jangan takut aku pergi kejap je nanti aku datang balik.” Pujuk Amy perlahan.
“Aku takut Amy tolong aku Amy.” Balas Rindiani sambil tangisannya makin menjadi-jadi.
“Ye ye aku tahu tapi macam mana aku nak cari bantuan kalau aku masih ada dengan kat dalam ni.” Kata Amy dengan cemas.
“Kau buat la macam mana pun kau nak jerit ke coll ke yang penting kau ada dengan aku. Tolong jangan tinggalkan aku Amy.” Balas Rindiani dalam keadaan duduk memeluk lututnya dan menangis.
“Ha okey-okey aku coll Maira suruh dia datang kejap aku ada dengan kau kat luar ni.” Ujur Amy sambil mengetuk pintu itu supaya Rindiani tahu yang dia ada bersamanya.
Kring..
“Hello wey cepat la asal lambat sangat nasib Cikgu Haziq belum ada di tempat berkumpul ni.” Tanya Samaira dengan kuat.
‘Hello Maira kau kena tolong aku, Indi terkunci dalam tandas tolong cepat dia dah menangis dah ni cepat sikit.’ Balas Amy dan terus menamatkan panggilan itu.
“Astaghfirullahal azim Indi.” Kata Samaira dengan cemas. Kawan-kawannya yang lain terus mendekatinya.
“Kenapa Maira.” Tanya Kaysha dengan berkerut dahinya.
“Indi terkunci di dalam tandas. Korang pergi tandas dulu aku pergi cari along kejap. Korang tolong pujuk Indi tadi Amy kata dia dah mula menangis dah tu.” Balas Samaira dengan cemas.
“Astaghfirullahal azim ha ye la kami pergi dulu kau cepat sikit tau.” Ujur Kaysha dan terus berlari kea rah tandas.
“Aduh mana aku nak cari along ni.” Gumum Samaira sendiri.
“Maira kamu kenapa nampak cemas saja ni.” Tanya Ustazah Hashitah kepada Samaira.
“Saya cari Sir Samuel Ustazah ada nampak tak.” Soal Samaira balik.
“Sir Samuel ada di khemah Cikgu Haziq kenapa.” Balas Ustazah Hashitah sambil menunjuk kearah khemah yang berwarna hijau itu.
“Terima kasih Ustazah.” Ucap Samaira dan terus berlari ke khemah itu.
Samaira berlari dengan selaju mungkin sampai saja di khemah itu dia terus menarik tangan Samuel tapi Samuel malah mengeraskan diri. Berkerut dahi Samuel bila melihat adiknya yang kelihatan cemas dan kekurangan nafas.
“Adik, kau kenapa ni datang-datang terus tarik tangan along.” Tanya Samuel kepada Samaira.
“Along cepat la along.” Balas Samaira dengan kekurangan nafas.
“Cepat-cepat nak pergi mana cuba kau bagitahu along apa yang terjadi.” Soal Samuel dengan berkerut dahinya.
“Along ikut la cepat ni antara hidup dengan mati ni along.” Jawab Samaira sambil cuba menarik tangan abangnya itu.
“Cuba kau bagitahu aku apa yang terjadi.” Kata Samuel dengan tegas dan kuat.
“Indi terkunci di tandas sekarang dia dengan yang lain tapi dia sudah mula menangis cepat la along. Along bukan tak tahu yang Indi trauma dengan situasi macam tu” Balas Samaira dengan gugup.
Memdengar saja apa yang dikatakan oleh adiknya dia terus berlari ke tandas dia melihat anak-anak buahnya yang sedang berada di luar tandas dengan merah mukanya. Tanpa membuang masa dia masuk ke dalam dan terus memanggil nama isterinya tapi tak ada jawapan.
“Indi.. Rindiani did you hear me Rindiani.” Panggil Samuel dengan kuat sekali sehingga semua yang ada di dalam tandas itu menutup telinga.
“A..Awak tolong saya takut.” Jawab Rindiani dengan gagap.
“Awak kebelakang sikit saya nak buka pintu ni.” Kata Samuel dengan kuat.
“Sudah belum.” Tanya Samuel kepada Rindiani.
“Sudah.” Jawab Rindiani dengan ringkas berserta tangisan.
Selepas mendengar jawapan dari isterinya Samuel terus menendang pintu itu dengan sekuat tenaga tapi pintu itu masih belum terbuka. Dia mencuba sekali lagi tetap sama dia keluar dari tandas itu dan masuk semula dengan seorang anak buahnya.
“Kau tolong aku pecahkan pintu ni tendang dengan sekuat hati faham.” Kata Samuel kepada Ben.
“Faham bos.” Balas Ben sambil menunduk.
“Baik kita mula sekarang. 1..2..3 tendang.” Jerit Samuel dan mereka mula menendang pintu itu.
Prak…
Dengan sekali tendangan sahaja pintu itu telah terbuka. Samuel masuk kedalam dan melihat Rindiani yang sedang memeluk lututnya. Samuel terus mendekati Rindiani dan mengangkat Rindiani keluar dari tandas itu dan terus masuk kedalam caravannya.
Share this novel