Ting..
Rindiani yang sedang menulis novel di tepi kolam renang sambil menemani suaminya yang sedang berenang terus membuka telefonnya bila mendengar ada chat yang masuk. Rindiani membaca chat itu dan terus membalas chat itu dengan senyuman Samuel yang sedang berenang terus mendekati isterinya yang sedang tersenyum sambil bermain telefonnya.
“Hei honey senyum-senyum ja chat dengan siapa.” Tanya Samuel kepada Rindiani sambil mengambil tualanya yang ada di kerusi sebelah Rindiani.
“Siapa lagi kalau bukan dengan the girls.” Balas Rindiani kepada Samuel.
“Oh ya apa yang diorang chat honey tu.” Soal Samuel sambil mengelap rambutnya.
“Diorang tanya lusa nak pergi ambil result nak pakai baju warna apa diorang nak pakai sedondon.” Jawab Rindiani dengan senyuman.
“Habis honey nak pakai baju warna apa, boleh hubby pun nak sedondon dengan honey.” Ujur Samuel sambil membuka teefonnya.
“Honey ingat nak pakai baju warna hijau muda la sebab baju honey semua ada di rumah baba honey bawa baju sikit saja datang rumah papa.” Ucap Rindiani sambil melihat wajah suaminya.
“Okey kalau macam tu hubby setuju kebetulan hubby ada baju warna itu.” Kata Samuel dengan senyuman.
“Okey deal. Hubby, honey nak naik boleh nak baring la.” Jawab Rindiani sambil mengemas buku nota dan pencilnya.
“Kalau macam tu jom naik kejap lagi Ben dan yang lain nak datang.” Ujur Samuel sambil memakai bathropenya.
Mereka naik ke bilik sambil berbual-bual setelah masuk ke dalam bilik itu Rindiani terus berbaring diatas katil entah kenapa sejak seminggu ni badannya cepat letih. Samuel pula sudah masuk kedalam bilik air untuk bersiap-siap kerana anak buahnya sudah hampir sampai. Setelah selesai Samuel terus keluar dari bilik air dan melihat Rindiani sudah tertidur dengan nyenyak sekali Samuel mengambil telefonnya dan terus menelefon Ben.
“Hello Ben korang dah sampai belum.” Tanya Samuel kepada Ben ditalian.
‘Sudah bos kitorang dah sampai sekarang kitorang ada di markas.’ Jawab Ben di talian.
“Baik aku datang sekarang.” Ujur Samuel menaiki lift untuk turun ke bawah.
‘Baik bos.” Ucap Ben dan Samuel terus menamatkan talian itu.
Setelah menamatkan panggilan itu Samuel terus menyimpan telefonnya kedalam poket seluarnya. Setelah pintu lift terbuka Samuel terus berjalan menuju kearah markasnya. Samuel terus masuk kedalam markasnya dan melihat anak-anak buahnya sedang duduk di tempat masing-masing.
“So ada apa korang nak jumpa dengan aku.” Tanya Samuel kepada anak-anak buahnya sambil duduk dikerusinya.
“Kami sudah buat apa yang bos arahankan tadi.” Balas Ben.
“So macam mana reaksi dia.” Soal Samuel sambil membuka laptponya.
“Dia kata dia akan cuba nasihatkan anak dia tapi saya bagitahu kalau anak dia buat lagi bos akan buat mereka sekeluarga akan hidup dibawah jambatan.” Jawab Ben kepada Samuel.
“Good ada apa-apa lagi tak.” Tanya Samuel sambil menaip sesuatu di laptopnya.
“Ada bos.” Balas Iman dengan senyuman.
“What!!!.” Kata Samuel sambil berkerut dahinya.
“Boleh saya tahu bila kitorang akan dapat anak buah.” Soal Iman kepada Samuel dengan senyuman yang penuh makna.
“Apa yang kau merepek ni Iman kau nak makan peluru pistol aku ni ke.” Balas Samuel dengan tegas sambil mengangkat pistolnya keatas.
“Sorry bos tapi saya tak sabar nak main dengan baby bos.” Ujur Iman dengan senyuman.
“Kau tunggu saja khabar baik dari aku insyaallah kalau ada rezeki aku dan Rindiani.” Ucap Samuel bersahaja.
“Alhamdulillah amin.” Kata semua anak buahnya serentak. Samuel terus melihat semua anak-anak buahnya yang sedang mengusap wajah mereka masing-masing dengan senyuman.
Tergeleng-geleng kepalanya bila melihat gelagat anak-anak buahnya. Sedang mereka berbual-bual dan bergelak tawa tiba-tiba pintu markas dibuka dengan kasar menyebabkan semua terdiam.
“Hubby I need you now.” Ujur Rindiani dan terus masuk kedalam sebuah bilik yang ada didalam markas itu.
“Coming. Korang tunggu kejap.” Ucap Samuel sambil bangun dan berjalan masuk kedalam bilik yang dimasuki oleh Rindiani tadi.
“Wey jom kita berlatih di luar.” Ajak Ben sambil mengeyitkan matanya kepada rakan-rakannya.
“Okey jom.” Balas Semua rakan-rakannya dan mereka terus keluar dari markas itu.
Sementara itu Samuel yang baru masuk kedalam bilik it uterus mencari Rindiani. Setelah 5 minit menunggu Rindiani keluar dari bilik air dengan keadaan terhoyong-hayang. Samuel terus memimpin isterinya itu kearah katil dan mereka terus duduk diatas katil itu.
“Honey okey tak ni.” Tanya Samuel kepada Rindiani.
“Okey cuma sakit kepala sikit honey datang sini cuma nak minta hubby tolong urutkan boleh sorry la kalau honey menganggu hubby sedang metting tadi.” Balas Rindiani sambil memicit dahinya.
“Honey dah makan ubat belum ni tadi okey saja kenapa tiba-tiba boleh sakit kepala pula ni.” Soal Samuel sambil mengurut kepala isterinya itu.
“Sudah honey dah makan ubat sebelum datang sini.” Jawab Rindiani sambil berbaring dipeha Samuel.
“Okey kalau macam tu honey tidur biar hubby yang urut kepala honey okey.” Ujur Samuel sambil mengurut kepala Rindiani. Rindiani hanya menjawab dengan anggukkan.
Samuel mengurut isterinya sambil berselawat Rindiani juga sudah mula memejamkan matanya. Samuel mengambil telefonnya dan menghantar chat kepada Ben.
‘Korang di mana sekarang.’- Big Bos.
‘Kitorang ada diluar bos tengah belatih.’- Ben.
‘Good kejap lagi kalau makanan dah sampai korang makanlah tapi simpankan untuk aku dan Rindiani juga faham.’- Big Bos.
‘Baik bos.’- Ben.
Setelah membalas chat itu Samuel terus memesan makanan di aplikasi Foodpanda. Selepas itu dia terus meletakkan telefonnya di atas meja sisi katilnya. Setelah itu dia terus mengubah posisi tidur Rindiani dan dia juga turut berbaring di sebelah Rindiani.
Allahu akbar
Allahu akbar
Rindiani terubangun bila mendengar suara azan dari telefon Samuel. Rindiani bangun dan bersandar di kepala katil dan dia menoleh kearah Samuel yang sedang nyenyak tidur itu. Baru dia hendak turun dari katil Samuel menghalangnya dengan memeluk pinggangnya.
“Hubby lepas la honey nak mandi lepas tu nak solat hubby bangun la.” Ujur Rindiani sambil mengusap pipi suaminya.
“Honey sakit kepala lagi tak.” Tanya Samuel kepada Rindiani.
“Honey dah okey dah sekarang hubby bangun mandi lepastu kita solat sama-sama.” Balas Rindiani dengan senyuman. Samuel hanya menganggukkan kepala saja.
Setelah mereka membersihkan diri kini mereka hendak menunaikan kewajipan kepada tuhan yang esa. Selepas mengaminkan doa Samuel keluar dari bilik itu untuk mengambil makanan yang dipesan tadi. Setelah itu dia kembali menemui Rindiani semula dan mereka menikmati makanan itu sambil berbual-bual.
Share this novel