BAB 43

Romance Series 71296

BAB 43

Setelah sampai dirumah Tan Sri Shamsul mereka terus keluar dari kereta dan mengambil semua barang-barang mereka yang ada di dalam bagasi kereta. Rindiani dan Samaira masuk dahulu ke dalam rumah meninggalkan Samuel yang sedang mengangkat barang-barang.

“Assalammualaikum.” Ucap Rindiani dan Samaira serentak.

“Wa’alaikummussalam eh menantu mama dah sampai Ya Allah rindunya mama dekat kamu.” Jawab Puan Sri Giselle dan terus memeluk Rindiani.

“Indi pun rindu mama. Indi minta maaf ye mama sebab lama tak datang jenguk mama dan papa.” Ujur Rindiani sambil membalas pelukkan ibu mertuanya.

“Haih mama dah ada menantu kita yang anak ni dah dilupakan dah ke.” Ucap Samaira dengan muncung itiknya.

“Mana ada mama lupa anak mama yang seorang ni meh sini mama nak peluk rindunya.” Balas Puan Sri Giselle kepada anaknya itu.

Samaira terus memeluk Puan Sri Giselle dengan erat dan dibalas oleh Puan Sri Giselle. Rindiani hanya melihat gelagat ibu mertua dan adik iparnya itu dengan senyuman. Samuel yang baru masuk ke dalam rumah terus melihat kearah mama dan adiknya yang sedang berpeluk itu.

“Amboi peluk bukan main macam setahun tak jumpa padahal 4 hari saja tak jumpa.” Ujur Samuel sambil meletakkan beg pakaian di tepi tangga.

“Jealous la tu kalau nak peluk tu Indi ada boleh peluk kan mama kan.” Balas Samaira sambil melihat kearah Rindiani dan Samuel.

“Kalau Indi bila-bila pun boleh kan honey.” Ujur Samuel dengan lembut kepada Rindiani.

“Jangan mengada la hubby.” Ucap Rindiani dengan malu-malu.
“Dah along kau jangan buat kilang gula pula dekat sini nanti ada semut banyak datang susah pula Mak Ina dengan Kak Tina nak kena spray.” Kata Samantha yang baru turun dari tingkat atas.

“Biarlah semut banyak pun kau jealous la tu tak boleh nak bersweet-sweet dengan Zul hahaha.” Balas Samuel kepada Samantha.

“Ish kau ni dah la malas nak layan kau jom Indi kita pergi duduk di kolam ikan sambil berbual-bual banyak benda yang aku nak tanya kau ni.” Ujur Samantha dan terus menarik tangan Rindiani ke luar rumah.

“Wey nanti bagi balik isteri aku tu.” Jerit Samuel dengan kuat.

“Ye la.” Ucap Samantha kepada abangnya.

Puan Sri Giselle dan Samaira hanya melihat gelagat Samuel dan Samantha. Samuel mengangkat beg pakaiannya dan Rindiani terus naik ke tingkat atas menggunakan lift. Setelah masuk kedalam biliknya Samuel terus meletakkan beg pakaiannya dan Rindiani ditepi bilik wardrop.

“Aduh penatnya.” Ucap Samuel dan terus berbaring diatas katilnya.

Kring.. Kring..

Samuel terus bangun dan mengambil telefonnya yang ada didalam poket seluarnya. Setelah melihat nama pemanggil Samuel terus menjawab panggilan itu.

“Yes hello ada apa.” Tanya Samuel kepada pemanggil itu.

‘Sorry bos kita ada masalah boleh kita jumpa.’ Balas Pemanggil itu.

“Baik korang datang rumah aku sekarang tunggu di markas now.” Kata Samuel dengan tegas dan terus keluar dari biliknya.

“Along nak pergi mana tu.” tanya Puan Sri Giselle kepada Samuel yang baru keluar dari lift.

“Markas mama ada hal sedikit.” Jawab Samuel dengan tegas tanpa melihat kearah Puan Sri Giselle.

“Ha ye la.” Ucap Puan Sri Giselle dan kembali membaca majalahnya.

Samuel terus menuju ke sebuah rumah yang tak jauh dari garaj kereta itu. Rindiani yang melihat Samuel masuk kedalam sebuah rumah dengan perasaan hairan. Samantha yang melihat perubahan wajah kakak iparnya terus tersenyum.

“Mesti kau hairankan kenapa along masuk rumah itukan. Sebenarnya rumah itu adalah markas atau tempat along dan anak-anak buahnya berkumpul ni kalau along masuk situ mesti diorang aka nada perjumpaan.” Ujur Samantha kepada Rindiani.

“Oh macam tu selalunya apa yang diorang bincangkan kalau ada perjumpaan.” Tanya Rindiani sambil melihat kearah markas Samuel.

“Macam-macam nanti kau akan tahu apa yang diorang lakukan okey.” Balas Samantha sambil memberi ikan makan.

“Contohnya.” Soal Rindiani lagi.

“Kalau kau nak tahu kau tunggu sampai anak buah along datang tapi nanti kalau kau tak kuat untuk tengok apa yang diorang buat aku nak kau terus masuk dalam okey.” Jawab Samantha sambil menutup bekas makanan ikan itu.

“Ha ye la eh tu bukan Ben ke.” Kata RIndiani sambil menunjuk ke arah Ben yang sedang menarik seorang lelaki dengan kasar.

“Betul la tu aduh apa pula masalah diorang kali ini.” Ujur Samantha sambil duduk disisi Rindiani.

“Iman sini kejap.” Panggil Rindiani sambil melambai tangannya kearah anak-anak buah Samuel.

Semua anak buah Samuel terus memandang kearah Rindiani. Iman terus melihat kearah Ben dan memberi isyarat kepada Ben dan terus mendekati Rindiani. Manakala anak buah Samuel yang lain terus menuju kearah markas.

“Ye Puan ada apa-apa yang boleh saya bantu.” Tanya Iman kepada Rindiani sambil menundukkan kepalanya.

“Tak ada apa saya cuma nak tanya kenapa Ben Tarik lelaki tu kasar sangat.” Balas Rindiani sambil melihat wajah Iman.

“Oh sebenarnya lelaki tu adalah mata-mata dari Syarikat pesaing yang ingin merosakkan bangunan yang baru di bina jadi kami menangkapnya dan sekarang kena tunggu arahan dari Bos saja lagi.” Ujur Iman sambil melihat kearah kawan-kawannya.

“Oh kalau macam tu saya ikut awak jom.” Ucap RIndiani sambil bangun dan terus kearah markas dan diikuti oleh Iman.

“Eh tapi nanti kalau along marah macam mana.” Laung Samantha dengan kuat.

“Kau jangan risau la okey.” Balas Rindiani juga dengan kuat.

Tok.. Tok..

Setelah mengetuk pintu itu Rindiani masuk ke dalam diikti oleh Iman. Semua yang berada di dalam markas terkejut bila melihat Rindiani di hadapan pintu. Samuel yang sedang duduk diatas kerusi terus bangun dan mendekati Rindiani tapi Rindiani terus berjalan dan duduk diatas kerusi yang di duduki oleh Samuel tadi. Terbuntang mata semua yang berada di situ bila Rindiani duduk di kerusi Samuel.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience