BAB 39

Romance Series 71296

Setelah memastikan Alisya diuruskan oleh anak-anak buahnya Samuel kembali ke caravan. Dia masuk dan melihat Rindiani dan Samaira sedang dirawat oleh Kaysha, Amy dan Natasha.

“Macam mana Kay, Indi dan Maira sakit teruk ke.” Tanya Samuel sambil duduk di sisi Rindiani.

“Maira terseliuh di pergelangan tangan kiri. Indi kaki kiri yang terseliuh Sir.” Balas Kaysha sambil membalut kaki kiri Rindiani.

“Ha okey thanks Kay.” Ucap Samuel dengan senyuman.

“Welcome Sir.” Jawab Kaysha dengan senyuman juga.

“Adik kau nak duduk sini ke nak balik ke khemah kau.” Tanya Samaira kepada Samaira.

“Adik balik khemah la tak nak la jadi pengacau kat sini.” Balas Samaira sambil bangun berdiri.

“Ish kau ni mana adalah aku lagi suka kalau kau ada di sini.” Kata Rindiani sambil menepuk lengan Samaira.

“Tak apa korang duduk dulu disini saya nak pergi jumpa dengan Ben kejap.” Ucap Samuel dan terus berlalu keluar dari caravan itu.

Setelah Samuel keluar dari caravan Rindiani bangun dengan dibantu oleh Kaysha. Samaira pula sudah baring di atas katil sambil berbual-bual dengan Amy dan Natasya.

“Kay kau tolong ambilkan sudu kejap.” Kata Rindiani kepada Kaysha.

“Nah.” Balas Kaysha sambil menghulurkan sudu kepada Rindiani.

“Thanks.” Ujur Rindiani dan terus mengacau air didalam cawan itu.

“Dah siap kau tolong bawa kat sana ye.” Sambung Rindiani sambil berjalan perlahan-lahan kearah katil.

“Ha yela.” Ujur Kaysha dan terus menatang dulang kecil itu dan di letakkan di atas meja yang berhampiran katil.

Setelah meletakkan dulang itu di atas meja Kaysha minta diri untuk bersihkan diri. Setelah keluar dari caravan itu Kaysha melihat Samuel sedang berbual dengan Cikgu Haziq. Samuel yang melihat Kaysha sedang mendekati mereka dia terus memanggil.

“Kay sini kejap.” Panggil Samuel sambil melambai kearah Kaysha.

“Ada apa Sir.” Tanya Kaysha kepada Samuel.

“Indi dengan Maira macam mana.” Soal Samuel sambil melihat kearah caravannya.

“Diorang ada di dalam caravan sambil bual-bual kenapa Sir.” Balas Kaysha.

“Ha okey kejap lagi awak tolong ambil baju Indi lepastu bagi pada saya ye. Saya tunggu di sini.” Kata Samuel sambil melihat kearah telefonnya.

“Baik Sir saya minta diri dulu ye.” Ucap Kaysha dan terus berlalu pergi.

Setelah Kaysha berlalu pergi Samuel terus menelefon anak buahnya. Cikgu Haziq hanya melihat kearah Samuel sambil memasang telinga. Panggilannya dijawab oleh anak buahnya itu dan dia memberi arahan seterusnya.

“Ben kau tunggu aku di jeti sebab aku ada benda yang aku nak bagi pada dia.” Kata Samuel dengan tegas di talian.

“Baik bos.” Balas Ben.

Selepas mendengar jawapan dari Ben, Samuel terus menamatkan panggilan itu dan terus berlalu kearah jeti. Cikgu Haziq mengikuti Samuel dari belakang dia ingin tahu apa yang Samuel lakukan selanjutnya kepada Alisya.

“Boss.” Ujur Semua anak-anak buahnya sambil menundukkan kepala mereka.

“Macam mana dah settle ke.” Tanya Samuel kepada anak-anak buahnya.

“Sudah bos sekarang hanya tunggu arahan dari bos saja.” Balas Ben sambil melihat kearah Samuel.

“Baik korang boleh hantar dia balik hari ni aku tak nak tengok lagi muka dia.” Kata Samuel sambil berpeluk tubuh.

“Ba..” Kata-kata Ben terhenti apabila ada seseorang yang memotongnya.

“Mana boleh macam ni kami dah bayar jadi kami nak habiskan perkhemahan ini juga.” Ujur Alisya dengan sedikit meninggi suaranya.

“Oh kalau itu kau jangan risau aku akan bayar balik ganti rugi itu. Yang penting sekarang ni aku tak nak tengok muka kau disini lagi dan aku tak nak apa-apa yang buruk berlaku pada isteri dan adik aku lagi.” Ucap Samuel dengan nada yang santai.

“Is.. isteri??.” Kata Alisya dengan gagap.

“Yes isteri aku Rindiani kenapa tak percaya korang boleh tanya Cikgu Haziq ni. Ben ni ambil ni bagi pada mereka sama banyak aku nak pergi solat dulu nanti korang datang balik sini Entender.” Ujur Samuel dengan tegas.

“Entender jefe (Faham bos).” Jawab semua anak-anak buah Samuel dalam Bahasa Spinish.

“Buen movimiento ahora (Bagus gerak sekarang).” Ucap Samuel dan terus berlalu pergi dari situ.

“Buen Jefe (Baik Bos).” Jawab semua anak-anak buahnya sambil menganggukkan kepala mereka.

Kring..

Samuel yang sedang berjalan berhenti apabila telefonnya berbunyi dia terus melihat siapa yang menelefonnya. Ternyata Personal assistantnya yang menelefon dia terus mengangkat panggilan itu.

“Hello ada apa.” Tanya Samuel dengan kemarahan masih ada.

“Sorry bos ganggu tapi ada beberapa fail yang bos kena tandatangan dan Tan Sri minta fail ini segera.” Balas Nizam ditalian.

“Nanti Ben datang ambil kat office lepas aku tandatangan aku suruh dorang hantar kau jangan risau. Ada apa-apa lagi tak.” Soal Samuel lagi.

“Tak ada bos yang itu saja baik terima kasih bos. Assalammualaikum.” Ucap Nizam.

“Wa’alaikummussalam.” Jawab Samuel dan terus menamatkan panggilan itu.

Setelah menamatkan panggilan itu Samuel terus menghantar chat kepada Ben untuk singgah di officenya dan mengambil beberapa fail yang diberitahu oleh Nizam tadi. Setelah itu dia terus memasukkan telefonnya ke dalam poket seluarnya semula.

“Sir.” Panggil Kaysha dari arah belakangnya.

“Astaghfirullah Kay, awak buat saya terkejut saja la ye ada apa.” Tanya Samuel sambil mengurut dadanya.

“Sorry kalau saya buat Sir terkejut saya cuma nak bagi apa yang Sir pesan tadi.” Balas Kaysha sambil menghulurkan sebuah beg kepada Samuel dengan senyuman.

“Baik terima kasih saya pergi dulu ye.” Ujur Samuel sambil menyambut huluran dari Kaysha itu dan dia terus berlalu ke caravannya.

Setelah mengambil beg itu Samuel kembali ke caravannya dan terus masuk ke dalam dia melihat Rindiani sudah tertidur dan yang lain masih berbual-bual dan bergelak tawa. Samuel terus menaikkan suhu penghawa dingin dan terus membetulkan posisi tidur isterinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience