BAB 12

Romance Series 71296

BAB 12

Sudah 5 minit semua cikgu-cikgu menunggu di dalam bilik mesyuarat itu sambil berbual-bual. Akhirnya Pengetua sekolah masuk ke dalam bilik mesyuarat dan terus duduk ditempatnya.

“Assalammualaikum semua maaf saya lambat sikit.” Kata Pengetua sekolah yang bernama Ibrahim itu.

“Wa’alaikummussalam.” Jawab semua cikgu-cikgu itu.

“Okey kita mulakan mesyuarat kita. Yang pertama saya nak kita adakan kelas tambahan untuk murid-murid tingkatan 5 jadi semua guru-guru yang mengajar tingkatan 5 akan terlibat. Kelas tambahan ni kita akan adakan pada waktu habis sekolah jadi semua pelajar tingkatan 5 tak dibenarkan pulang dan kita akan terus sambung sehingga pukul 4 petang. Macam mana boleh semua cikgu-cikgu.” Terang Tuan Ibrahim selaku pengetua sekolah.

“Boleh Tuan.” Jawab semua guru yang ada di situ.

“Bila kelas tambahan ini akan bermula Tuan.” Tanya salah seorang cikgu Wanita.

“Kita akan bermula hari ini. Cikgu-cikgu boleh ambil jadual yang ada diatas meja ini dan tolong edarkan pada murid-murid tingkatan 5 ye.” Jawab Tuan Ibrahim sambil menunjuk timbunan kertas yang ada diatas meja mesyuarat itu.

“Baik Tuan.” Balas Semua Cikgu-cikgu.

“Baik kalau tak ada apa-apa lagi mesyuarat bersurai.” Ucap Tuan Ibrahim sambil bangun berdiri dan terus berlalu pergi.

Setelah mengambil jadual yang ditunjukkan oleh Pengetua tadi semua guru-guru keluar dari bilik mesyuarat itu dan terus ke kelas masing-masing. Setelah masuk ke dalam kelas 5 Diamond Samuel terus mengedarkan kertas jadual itu pada semua murid yang ada didalam kelas itu.

“Okey start dari hari ini kamu akan ada kelas tambahan lepas waktu sekolah jadi kamu tak dibenarkan balik pada pukul 1 tapi kamu akan balik pada pukul 4 petang kelas tambahan akan mengikut jadual yang saya edarkan tadi faham.” Terang Samuel dengan tegas.

“Faham Sir.” Jawab semua murid 5 Diamond serentak.

Setelah mendengar apa yang dikatakan oleh Samuel tadi Alisya terus tersenyum lebar. Hana yang melihat senyuman Alisya terus merasa tak sedap hati seperti Alisya akan merancang sesuatu.

“Sya yang kau senyum-senyum ni kenapa.” Tanya Hana dengan berbisik-bisik.

“Adalah nanti aku bagitahu kau. Kau dengan Hani kena tolong aku nanti.” Balas Alisya dengan senyuman yang sukar ditafsirkan.

“Okey tapi kau jangan nak buat pekara yang boleh menyebabkan kita dibuang sekolah sudah.” Kata Hana dengan perlahan.

“Tak adanya kalau racangan aku ni berjaya aku akan bahagia seumur hidup aku.” Ujur Alisya dengan gembira.

“Ha ye la.” Ucap Hana lagi.

Selepas habis waktu mengajar Samuel keluar dari kelas itu dan digantikan dengan guru lain pula kedalam kelas itu. Samuel masuk kedalam bilik guru dan terus duduk di tempatnya tiba-tiba telefonnya Samuel mengambil telefonnya yang ada di dalam poketnya dan melihat Personal Assistantnya yang menelefon.

“Hello Zam ada apa.” Tanya Samuel sambil menyandar di kerusinya.

‘Maaf bos saya cuma nak bagitahu yang saya ada di hadapan sekolah bos sekarang sebab ada dokumen penting yang bos perlu sign segera.’ Balas Nizam di talian.

“Okey kau tunggu aku datang sekarang. Kau ada dipagar mana.” Soal Samuel sambil berjalan.
‘Saya ada di pagar yang besar bos.’ Jawab Nizam.

“Ha okey kau tunggu di situ.” Kata Samuel dan terus menutup telefonnya dan terus memasukkan ke dalam poketnya.

Alisya yang baru keluar dari sebuah bilik melihat Samuel yang sedang berlari terus mengikuti Samuel senyap-senyap.

“Sir nak pergi mana tu siap berlari lagi.” Gumum Alisya sambil berjalan perlahan-lahan mengikuti Samuel.

Samuel berjumpa dengan security guard sekolah untuk menyuruhnya membuka pintu pagar itu dan tanpa menanya apa-apa security guard itu terus membuka pintu pagar itu. Selepas itu Samuel terus keluar berjumpa dengan Nizam tanpa mereka sedari ada sepasang mata yang sedang memerhati mereka.

“Mana dokumen yang aku kena sign tu.” Tanya Samuel sambil bersandar disisi kereta.

“Ni bos.” Balas Nizam sambil menghulurkan sebuah fail kepada Samuel.

“Lagi ada apa-apa lagi tak yang aku nak kena sign.” Soal Samuel sambil menandatangani fail itu.

“Tak ada bos yang ini saja.” Jawab Nizam.

“Baik kalau macam tu kau balik la dulu hari ni aku tak masuk office sebab hari ni aku ada kelas tambahan.” Kata Samuel sambil memeluk tubuhnya.

“Baik bos.” Ujur Nizam sambil menunudukkan kepalanya sedikit.

“Nanti kalau apa-apa kau coll saja aku faham.” Ucap Samuel yang masih memeluk tubuhnya.

“Faham bos kalau macam tu saya pergi dulu nanti.” Balas Nizam.
“Okey.” Kata Samuel dan terus berlalu masuk ke dalam kawasan sekolah.

Setelah Samuel masuk ke dalam Kawasan security guard terus menutup pintu pagar itu. Selepas itu Samuel terus kembali ke bilik guru dan terus melalukan kerjanya semula.

“Wow aku tak sangka Sir ada syarikat sendiri ini yang aku semakin suka pada dia. Aku kena cepat laksanakan rancangan aku.” Gumum Alisya sendiri sambil berjalan ke kelasnya.

Sampai saja di kelasnya Alisya terus menceritakan apa yang dia melihat tadi pada kawan-kawannya. Hana dan Hani yang mendengar terus salin berpandangan satu sama lain mereka sudah faham sifat-sifat Alisya macam mana jadi mereka harus merancang sesuatu yang akan mencegah Alisya untuk meneruskan rancangannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience