Hari ini Rindiani bangun awal kerana dia tidak sabar untuk mengambil keputusan SPM nya. Selepas bersiap Rindiani turun ke dapur untuk membuat sarapan untuk mereka semua. Mak ina keluar dari biliknya untuk melihat siapa yang berada di dapur awal pagi ini.
“Awal Puan Muda bangun hari ini.” Ujur Mak Ina dengan senyuman.
“Mak Ina ni berapa kali saya kata panggil Indi saja hari ini keputusan SPM keluar tu yang excited tu Mak Ina.” Ucap Rindiani sambil mengoreng nasi.
“Tak boleh Puan Muda kan isteri Tuan Muda jadi saya kena panggil Puan Muda juga. Puan Muda masak apa tu.” tanya Mak Ina kepada Rindiani.
“Saya masak nasi goreng kampung saja Mak Ina. Oh ya Mak Ina tolong buatkan air boleh.” Soal Rindiani kepada Mak Ina.
“Boleh Puan Muda kejap Mak Ina buatkan ye.” Jawab Mak Ina kepada Rindiani dan terus berlalu pergi.
“Terima kasih Mak Ina.” Ucap Rindiani dengan senyuman.
“Sama-sama Puan Muda.” Jawab Mak Ina sambil membalas senyuman Rindiani.
Setelah selesai mengoreng nasi Rindiani meletakkan ke dalam mangkuk besar dan diletakkan diatas meja makan. Mak Ina juga sudah siap membuat air dan diletakkan diatas meja makan.
“Wow sedapnya bau semakin lapar pula perut ni.” Kata Puan Sri Giselle sambil menyuap perutnya.
“Kalau lapar mama makan la dulu.” Balas Rindiani dengan senyuman kepada ibu mertuanya.
“Tak apalah mama tunggu papa je la. Siapa yang buat sarapan pagi ni.” Soal Puan Sri Giselle kepada Rindiani dan Mak Ina.
“Puan Muda yang buat Puan Sri.” Jawab Mak Ina sambil menunjuk kearah Rindiani.
“Wow bestnya dapat rasa air tangan menantu mama ni.” Ujur Puan Sri Giselle dengan senyuman.
“Alhamdulillah, insyaallah Indi akan selalu masak untuk semua yang ada di rumah ini.” Ucap Rindiani dengan senyuman.
“Okey mama tunggu okey.” Balas Puan Sri Giselle sambil menarik kerusi dan terus duduk.
“Okey mama.” Kata Rindiani dengan senyuman yang manis.
“Awal Indi bersiap cantik-cantik pagi ini nak pergi mana.” Tanya Puan Sri Giselle.
“Hari ini keputusan SPM keluar mama sebab itu Indi siap awak takut lambat pula.” Balas Rindiani dengan senyuman.
“Maira tak ada bagitahu apa-apa pun tadi mama.” Ujur Puan Sri Giselle.
“Mungkin nanti dia akan bagitahu mama. Mama jangan risau la Indi akan jaga dia.” Ucap Rindiani.
“Ha ye la. Angah mana.” Soal Puan Sri Giselle kepada Rindiani.
“Tadi lepas subuh katanya nak buat kerja office sikit tak apa Indi naik tengok kejap.” Jawab Rindiani dan terus berlalu kearah lift.
Rindiani masuk ke dalam lift dan dia menekan butang no 2 dan lift terus naik ke atas. Setelah sampai Rindiani terus masuk ke dalm bilik dan dia melihat Samuel sedang bersandar di sofa. Rindiani menghampiri Samuel dan terus menepuk bahu suaminya itu.
“Hubby, hubby okey tak ni.” Tanya Rindiani sambil mengusap pipi suaminya.
“Okey cuma mual sikit.” Balas Samuel sambil memejamkan matanya.
“Hubby nak pergi klinik kalau nak pergi honey boleh coll Ben.” Ujur Rindiani sambil duduk disamping Samuel.
“Tak perlu la sebab hari ini diorang sibuk mungkin perut hubby masuk angin saja kot.” Jawab Samuel sambil memegang perutnya.
“Kalau macam tu jom kita pergi sarapan dulu lepas tu boleh hubby makan ubat.” Kata Rindiani kepada Samuel.
“Ha ye la jom.” Balas Rindiani sambil bangun dari sofa itu. Samuel hanya membalas dengan senyuman dan anggukan saja.
Mereka keluar dari bilik dan terus menuju lift yang ada berdekatan dengan bilik mereka. Sampai dibawah mereka terus duduk di meja makan bersama keluarga mereka. Mereka bersarapan bersama sambil berbual-bual dan gelak ketawa. Setelah selesai makan Samuel, Rindiani dan Samaira terus bersalam dengan Tan Sri Shamsul dan Puan Sri Giselle dan mereka terus bertolak ke sekolah menggunakan kereta Vellfire milik Samuel.
“Hubby okey ke ada rasa mual-mual lagi ke.” Tanya Rindiani kepada Samuel.
“Dah okey dah sikit honey jangan risau la ye.” Balas Samuel dengan senyuman sambil melihat wajah isterinya itu.
“Okey hubby.” Ujur Rindiani dengan senyuman yang manis.
“Aduh banyak pula semut dalam kereta ni Mail awak tak vacuum ke sampai banyak sangat semut macam ni.” Kata Samaira dengan senyuman kepada Ismail yang sedang memandu kereta.
“Saya baru kemarin saya hantar car wash kereta ni Cik Maira kalau ada lagi semut tu jangan ganggu cuma dengar saja apa yang diorang cakap.” Balas Ismail dengan nada sindir kepada Bosnya.
“Kau sindir aku ye Mail bulan ni gaji kau aku potong ye.” Ujur Samuel dengan nada tegas kepada Ismail.
“Jangan macam tu bos saya gurau saja.” Ucap Ismail dengan senyuman.
“Tahu takut dah cepat sikit nanti lambat pula sampai. Nanti fail ni kau bagi pada Ben faham.” Kata Samuel sambil membaca fail yang ada di tangannya itu.
“Baik bos.” Balas Ismail dan terus menambahkan kelajuan.
Setelah 15 minit perjalanan akhirnya mereka sampai di hadapan Sekolah Edward Smith. Mereka terus keluar dari kereta itu dengan senyuman Rindiani dan Samaira terus berlalu ke tempat biasa mereka berkumpul manakala Samuel pula berlalu ke bilik guru.
Share this novel