BAB 56

Romance Series 71374

Setelah 8 jam lebih perjalanan dari Kuala Lumpur ke Australia kini mereka tiba di Lapangan Terbang Sydney. Owen terus menjemput mereka di Lapangan Terbang itu. Setelah 45 minit dari Lapangan terbang kini mereka ampai di hospital tempat Rindiani dirawat.

“Owen, Indi dirawat di bilik mana.” Tanya Rosyam kepada anak buahnya itu.

“Puan Muda dirawat dibilik D444 bos.” Jawab Owen dengan senyuman. Rosyam hanya mengangguk bila mendengar jawapan dari Owen itu.

Mereka terus mengikuti Owen untuk ke bilik rawatan Rindiani. Setelah sampai dihadapan bilik itu jantung Samuel semakin berdebar-debar dan mukanya juga semakin pucat.

“Mue kau okey tak ni.” Tanya Rosyam sambil menepuk bahu adik iparnya itu.

“Okey angah tapi jantung ni berdebar-debar laju la pula.” Balas Samuel sambil memegang dadanya.

“Ya Allah macam nak jumpa bakal isteri saja padahal yang di dalam tu isteri kau sendiri tau tak dah jom masuk.” Ujur Rosyam dan terus menarik tangan Samuel masuk kedalam bilik itu.

Mereka masuk kedalam bilik itu dengan senyuman Rindiani yang sedang makan terus menoleh kearah mereka. Setelah melihat Samuel, Rindiani terus menoleh kearah lain.

“Sha tolong kemas aku nak rehat.” Kata Rindiani dan terus berbaring dikatil.

“Tapi kau baru makan sedikit saja nanti kau sakit lagi.” Balas Natasha kepada Rindiani.

“Aku dah kenyang nanti aku makan lagi kalau aku lapar.” Ujur Rindiani sambil memejamkan matanya.

“Sha doktor ada bagitahu tak Indi sakit apa.” Soal Datin Rose kepada Natasha yang sedang menyimpan Kembali makanan Rindiani itu.

“Belum ibu nanti doktor datang la kot sebab tadi doktor baru ambil darah Indi untuk check.” Jawab Natasha dengan Senyuman kepada Datin Rose.

“Ha ye la kita tunggu la sampai doktor datang.” Ujur Datin Rose sambil duduk disofa yang ada di dalam bilik itu.

Setelah 10 minit berbual-bual masuk seorang doktor wanita dan seorang jururawat wanita kedalam bilik itu. Rindiani terus bangun bersandar bila Natasha menyuruhnya bangun. Samuel yang merasa sudah tak tahan lagi terus berlari masuk kedalam bilik air yang ada didalam bilik itu.

“Why with him?.” Tanya doktor yang bernama Emma itu.

“There is nothing, just nausea.” Balas Rosyam kepada Doktor Emma dengan senyuman yang manis. Natasha yang melihat terus menghampiri Rosyam dan menghadiahkan cubitan di lengannya.

“Aduh mak aku merah.” Latah Rosyam dengan kuat. Semua yang mendengar terus menoleh kearah Rosyam.

“Kamu kenapa angah.” Soal Dato Radzi kepada anak terunanya itu.

“Tak ada apa-apa baba cuma kena gigit dengan semut hitam saja baba.” Jawab Rosyam sambil menggosok lengannya.

“Sudah sekarang bagi tumpuan dengan apa yang Doktor nak bagitahu kita. Okay please continue doctor.” Ujur Datin Rose kepada Doktor Emma.

“Okay, I just want to let you know that mrs. Rindiani is currently pregnant and is 4 months pregnant.” Jawab Doktor Emma dengan senyuman.

“WHAT!!! Pregnant Alhamdulillah.” Ucap semua yang ada didalam bilik itu.

Samuel yang baru keluar langsung berkerut dahinya bila melihat semua orang sedang tersenyum. Semua yang ada disitu terus menoleh kearah Samuel dengan senyuman.

“Kenapa semua tengok saya macam tu.” Tanya Samuel sambil mengelap mulutnya dengan tisu.

“Ibu tahu kenapa kamu asyik mual-mual dan muntah-muntah sebabnya adalah.” Balas Datin Rose dengan senyuman yang manis.

“Sebab apa ibu. Ibu jangan bagi saya risau ibu.” Kata Samuel dengan cemas.

“Sebab acu pregnant dah masuk 4 bulan doktor kata.” Jawab Datin Rose dengan senyuman kepada menantunya itu.

“WHAT PREGNANT!!! Betul ke ni ibu.” Tanya Samuel dengan kurang percaya.

“Betul kalau kamu tak percaya kamu boleh tanya dengan doktor Emma ni.” Balas Datin Rose sambil menunjuk kearah Doktor Emma dan dibalas dengan anggukan oleh doktor itu.

“Alhamdulillah Ya Allah.” Ucap Samuel dengan gembira sekali.

Rindiani yang melihat kegembiraan di wajah suaminya turut gembira walaupun didalam hati. Setelah Doktor Emma dan jururawat itu keluar Rindiani menoleh melihat wajah Samuel yang tak lekang dengan senyuman.

“Kenapa awak datang sini saya tak suruh awak datang pun.” Ujur Rindiani dengan riak wajah yang serius.

“Baba yang ajak Mue datang sini sebab tempoh yang baba bagi pada acu sudah lama tamat faham.” Ucap Dato Radzi kepada Rindiani dengan tegas. Rindiani yang mendengar terus berkaca-kaca matanya.

“Maaf semua Mue minta izin untuk berbincang 4 mata dengan Indi boleh.” Tanya Samuel dengan senyuman.

“Baik jom semua kita keluar dulu biar suami isteri ni selesaikan masalah diorang sendiri.” Balas Rosyam dan terus menuju ke pintu bilik itu.

Setelah semua keluar dari bilik itu Samuel mendekati Rindiani yang sedang bersandar di kepala katil. Rindiani yang melihat suaminya mendekati kearahnya terus menoleh kearah lain.

“Honey, hubby nak minta maaf pada honey jika hubby sudah menyakiti perasaan honey. Sekarang hubby sudah tahu yang gambar-gambar tu semua tak betul dan hubby sudah jumpa dengan dalang yang sebenarnya dan dia juga sudah terima balasan yang setimpal bahkan lebih dari perbuatannya itu. Please honey maafkan hubby, hubby rindu sangat-sangat dekat honey.” Terang Samuel dan terus memegang tangan isterinya itu.

“Saya boleh maafkan awak tapi dengan 2 syarat itu pun kalau awak sanggup lakukannya.” Ujur Rindiani kepada Samuel.

“Apa pun hubby akan lakukan untuk honey.” Balas Samuel tanpa teragak-agak.

“Kalau macam itu baiklah syarat yang pertama adalah saya nak tahu siapa dalang dari semua itu.” Tanya Rindiani kepada Samuel.

“Oh Dalang yang sebenarnya adalah Alisya.” Balas Samuel bersahaja.

“WHAT!!! Alisya.” Kata Rindiani dengan terkejut.

“Yes Alisya. Dia upah orang untuk tangkap gambar honey dan lepastu dia hantar pada hubby dan masa honey di KLIA pun dia hantar gambar pada hubby.” Jelas Samuel kepada Rindiani asmbil mengusap tangan isterinya itu.

“Masyaallah kenapa dia sanggup buat macam tu sekali.” Gumum Rindiani perlahan tapi didengari oleh Samuel.

“Kerana dia tak puas hati bila tengok kita bahagia honey.” Balas Samuel sambil mengusap pipi isterinya itu.

“Syarat kedua apa pula honey.” Soal Samuel dengan senyuman.

“Syarat kedua adalah peluk.” Jawab Rindiani dengan senyuman dan terus mendepakan tangannya seluasnya.

“Nakal I Miss You Honey.” Ujur Samuel sambil memeluk isterinya dengan erat sekali.

“I Miss You Too Hubby.” Ucap Rindiani sambil mengalirkan airmatanya.

Setelah puas berpelukan Samuel meleraikan pelukan itu dan terus mencium dahi Rindiani. Setelah itu Samuel menyeka airmata isterinya yang jatuh dipipi itu.

“Sudah tak mau menangis lagi nanti baby pun akan sedih honey nak makan apa-apa tak hubby boleh belikan.” Ujur Samuel sambil mengusap tangan isterinya.

“Honey nak makan nasi goreng tapi honey nak hubby yang masakkan boleh.” Balas Rindiani dengan senyuman.

“Boleh apa pun akan hubby buat untuk honey dan bakal anak hubby. Tapi kenapa honey tak bagitahu hubby yang honey sedang pregnant.” Kata Samuel sambil mengusap perut Rindiani yang sedikit buncit itu.

“Honey pun baru tahu yang di sini ada buah hati kita.” Jawab Rindiani sambil memegang tangan Samuel yang ada diatas perutnya.

“Sampai hati honey tukar tempat study tak bagitahu hubby. Patutlah hubby cari honey di korea tak jumpa rupanya ada di sini nombor telefon pun dah dia tukar.” Ujur Samuel kepada Rindiani sambil buat muncung itiknya.

Setelah mendengar kata-kata suaminya itu Rindiani terus memeluk Samuel dengan erat sekali. Samuel turut membalas pelukan itu mereka melepaskan rasa rindu yang terbuku di hati masing-masing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience