BAB 19
Setelah Rindiani sedar Samuel terus memanggil Doktor untuk memeriksa keadaan Rindiani. Datin Rose membantu Rindiani bangun dan bersandar di kepala katil. Samuel masuk bersama dengan Doktor atikah.
“Maaf boleh tunggu di luar sebentar.” Ujur Doktor Atikah sambil memakai statoskopnya.
Setelah semua keluar Doktor Atikah mula memeriksa Rindiani. Setelah selesai memeriksa keadaan Rindiani, Doktor Atikah menulis sesuatu di papan yang di pegang oleh Nurse itu.
“Nurse tolong panggil keluarga pesakit masuk.” Ujur Doktor Atikah yang masih menulis itu.
“Baik Doktor.” Jawab Nurse yang bernama Diana itu dan terus berlalu pergi.
Dato Radzi, Datin Rose dan Samuel yang sedang duduk di kerusi yang ada dihadapan bilik itu terus berdiri bila melihat pintu bilik itu dibuka dari dalam. Nurse Diana keluar dengan senyuman lalu menghampiri mereka.
“Maaf Doktor nak jumpa dengan keluarga Puan Rindiani silakan.” Ujur Nurse Diana dengan senyuman lalu mempersilakan mereka untuk masuk.
Mereka masuk dan terus mendekati Rindiani dan Doktor Atikah. Samuel yang berdiri di sisi Rindiani terus mengusap kepala Rindiani yang berbalut itu.
“Baik Puan Rindiani sudah boleh balik tapi Puan perlu berehat selama 2-3 hari ye.” Kata Doktor Atikah dengan senyuman.
“Baik Doktor.” Balas Rindiani.
“Kalau tak ada apa-apa lagi saya minta diri dulu Assalammualaikum.” Ucap Doktor Atikah dan terus berlalu pergi.
Setelah Doktor Atikah keluar Samuel meminta diri untuk ke kaunter ubat. Setelah mengambil ubat Samuel terus mengambil kerusi roda yang ada tak jauh dari situ. Masuk kedalam bilik rawatan Samuel terus meletakkan kerusi roda itu di sisi katil Rindiani. Samuel membantu Rindiani untuk duduk di kerusi roda.
“Thanks.” Ucap Rindiani dengan senyum hambar.
“Welcome.” Jawab Samuel dan terus menolak Rindiani keluar dari bilik itu.
“Asyu nak makan apa-apa tak sementara kita ada diluar dah ni.” Tanya Datin Rose sambil berjalam di samping Dato Radzi.
“Tak nak la ibu, asyu tak lapar lagi.” Balas Rindiani sambil menundukkan kepalanya.
“Betul ni.” Soal Dato Radzi pula.
“Betul sekarang asyu nak balik lepastu nak rehat.” Jawab Rindiani.
“Okey kalau macam tu jom kita balik tapi asyu balik dengan Mue ye sebab baba dan ibu nak pergi office kejap.” Ujur Dato Radzi dengan senyuman.
“Ha okey la kalau macam tu.” Balas Rindiani.
“Mue, baba dengan ibu pergi dulu tolong tengok-tengokkan asyu ye.” Pesan Dato Radzi sambil menepuk bahu menantunya.
“Insyaallah baba.” Balas Samuel sambil menghulurkan tangannya kearah Dato Radzi.
“Okeylah Assalammualaikum.” Ucap Dato Radzi dan terus berlalu pergi diikuti oleh Datin Rose.
Selepas Dato Radzi dan Datin Rose pergi Samuel terus menolak Rindiani yang sedang duduk diatas kerusi roda ke keretannya. Selepas Rindiani masuk ke dalam kereta Samuel Kembali semula ke wad kecemasan dan terus meninggalkan kerusi roda itu dan kembali keretanya.
“Kau betul-betul tak nak beli apa-apa ke sebelum balik ni.” Tanya Samuel sambil memandu.
“Tak nak.” Balas Rindiani sambil memandang ke luar tingkap.
“Baiklah kalau macam tu.” Kata Samuel dan terus memandu ke rumah Dato Radzi.
Setelah sampai Samuel terus memarking keretanya di garaj yang kosong. Rindiani terus keluar dari kereta itu setelah mengucap terima kasih kepada Samuel. Samuel turut keluar dari kereta dan mengikuti langkah Rindiani.
“Mak Moon tolong buatkan air milo lepastu hantar ke bilik Indi boleh Indi nak mandi kejap.” Kata Rindiani dan terus berlalu pergi menaiki lift.
“Mak Moon meh saya yang bawa naik.” Ujur Samuel kepada Mak Moon yang ingin memasuki kedalam lift.
“Terima kasih Tuan.” Balas Mak Moon dengan senyuman.
“Sama-sama. Mak Moon dah berapa kali saya bagitahu jangan panggil saya Tuan panggil saja Mue.” Ucap Samuel sambil mengacau air milo itu.
“Baik Tuan eh Mue.” Balas Mak Moon. Samuel senyum dan terus berlalu pergi.
Rindiani Terus masuk ke dalam bilik air dan membersihkan diri. Setelah siap Rindiani keluar dengan hanya memakai bathrope sahaja. Samuel yang sedang duduk di birai katil memandang Rindiani tanpa berkelip matanya. Rindiani yang baru hendak ke katilnya terus terkejut kerana melihat Samuel ada di dalam biliknya.
“Argh..” jerit Rindiani dengan kuat. Samuel terus bangun dan terus menutup mulut Rindiani.
“Ni aku la suami kau yang kau menjerit tu kenapa.” Tanya Samuel sambil membuka tangannya yang sedang memekup mulut Rindiani itu.
“Yang awak masuk bilik saya ni kenapa. Awak tak pergi sekolah ke.” Soal Rindiani balik.
“Aku tak pergi sekolah aku ambil cuti hari ini untuk jaga kau dan tu air milo kau.” Balas Samuel sambil mengelilingi Rindiani dan terus menunjuk kearah Meja kerja Rindiani.
“Saya rasa awak tak perlu ambil cuti disebabkan saya buat rugi saja.” Kata Rindiani sambil berdiri.
“Kenapa salah ke aku nak jaga isteri aku yang sedang sakit.” Soal Samuel sambil berhenti di belakang Rindiani.
“Saya rasa tak perlu kot awak nak jaga isteri atas kertas awak ni. Lebih baik awak jaga kekasih awak tu lagi bagus.” Jawab Rindiani sambil berpeluk tubuh.
“No sekarang aku akan jaga kau esok aku akan pergi kerja semula.” Ujur Samuel sambil memeluk Rindiani dari belakang.
“Awak buat apa ni lepas la.” Ucap Rindiani sambil membuka tangan Samuel yang ada dipinggangnya.
Tanpa menghiraukan apa yang dikatakan oleh Rindiani, Samuel terus memusingkan badan Rindiani menghadapnya. Wajah mereka semakin dekat dan akhirnya bibir mereka bertaut Rindiani yang menyedari hal itu terus menolak dada Samuel dan tanpa di duga tangannya naik ke pipi Samuel.
Pang..
“Awak sorry saya tak sengaja.” Ujur Rindiani sambil menundukkan kepalanya.
“Kau kenapa setiap inci tubuh badan kau adalah hak aku tahu tak.” Marah Samuel dengan kuat mujur bilik Rindiani kalis bunyi.
“Sorry saya tak sengaja tapi kita tak patut buat macam tu sebab perkara itu ada tertulis di kontrak kita kan.” Kata Rindiani.
‘Oh shit aku sampai lupa tentang kontrak itu macam mana ni.’ Gumum Samuel di dalam hati.
“Tak apa anggap saja tak ada apa-apa yang berlaku saya pergi dulu.” Ucap Rindiani dan terus masuk ke dalam bilik wardropnya.
Selepas memakai pakaian Rindiani terus keluar dan mengambil telefonnya yang ada di atas meja kerjanya. Selepas menghantar chat kepada Cikgu Haziq, dia menghantar kepada Kawan-kawannya pula. Selepas itu dia terus keluar dan terus turun ke laman belakang dan bermain dengan kucing kesayangannya.
Share this novel