BAB 22

Romance Series 71296

Bab 22

3 bulan kemudian

Kini tiba masanya untuk Rindiani dan kawan-kawannya menduduki peperiksaan SPM. Setelah semua sudah siap mereka mula masuk ke dalam dewan peperiksaan. Rindiani duduk bersebelahan dengan Samaira.

"Indi aku nervous la." Kata Samaira dengan nada berbisik-bisik.

"Aku pun sama jantung ni macam nak jatuh dah ni." Balas Rindiani sambil memegang dadanya.

"Kita berdoa dulu jom mana tau lepas tu okey." Ujur Samaira dan terus mengangkat tangan dan mula membaca doa.

Selepas membaca doa Rindiani terpandang Samuel yang sedang berdiri di sebalik tiang tak jauh dari situ. Samuel mengeluarkan sehelai kertas yang bertulis 'Good luck' kepada Rindiani. Rindiani yang melihat terus tersenyum ceria.

'Thank you.' Balas Rindiani dengan gerakkan mulut saya.

"Ehem.. amboi Along aku ni ucap kat isteri kesayangan dia saja adik dia ni dah lupa agaknya." Ujur Samaira dengan perlahan.

"Ala kau ni jangan la ambil hati kau anggap saja tu ucapan dia untuk kau juga." Jawab Rindiani juga dengan nada suara perlahan.

"Ha ye la." Kata Samaira dengan muncung itiknya.

"Dah tak payah la anak buat mulut macam tu buruk dah muka adik ipar kesayangan aku ni." Ucap Rindiani dengan senyuman.

"Ye la aku tahu la aku ni buruk tak macam kau cantik, baik ada suami yang handsome pula tu." Balas Samaira dengan muncung itiknya lagi. Rindiani hanya menggelengkan kepalanya sahaja.

Selepas pengawas peperiksaan mengedarkan kertas soalan mereka terus menjawab tanpa sebarang suara. Setelah habis masa yang ditetapkan pengawas peperiksaan mengutip semula kertas soalan dan kertas jawapan itu. Setelah itu semua murid keluar dari dewan itu dan terus ke kantin untuk membeli makanan.

"Aduh macam mana ni aku rasa aku banyak jawab salah la." Kata Natasha sambil menyuap kentang goreng ke dalam mulutnya.

“kita dah buat yang terbaik dah lepas ni kita hanya perlu tawakal dan berserah pada Allah.” Balas Rindiani sambil membaca buku Mathematik.

“Kau senang la cakap kau pandai tak macam aku. Aku ni kurang sikit kalau sejarah tapi kalau yang lain aku okey saja.” Ujur Natasha lagi dengan muncung itik.

“Sudah la tu baik korang makan cepat nanti lambat pula masuk dewan.” Kata Kaysha dengan tegas.

Setelah mendengar kata-kata Kaysha mereka terus makan sambil membaca buku untuk peperiksaan yang selanjutnya. Selepas membeli makanan Samuel terus mencari Rindiani di pondok tempat mereka berkumpul.

“Indi ni untuk awak dan yang ni untuk korang semua.” Ucap Samuel sambil meletakkan bungkusan plastik di atas meja pontok itu.

“Saya sudah kenyang la awak makan la.” Balas Rindiani yang masih membaca.

“Kenyang awak makan apa tak nampak bekas makan awak pun.” Tanya Samuel dengan berkerut dahi.

“Saya dah makan burger tadi jadi awak boleh ambil balik makanan awak ni.” Balas Rindiani sambil memandang wajah Samuel.

“Burger mana kenyang awak makan ni sekarang. Adik kau tengok kakak ipar kau ni kalau dia tak makan kau bagitahu aku tahu la aku nak buat apa pada dia.” Ujur Samuel dan terus berlalu pergi dia sempai mengeyitkan matanya pada Rindiani.

“Baik along.” Ucap Samaira dengan senyuman yang manis.

Setelah mendengar jawapan dari Samaira, Rindiani terus melihat wajah adik iparnya sambil mengecilkan matanya. Samaira hanya senyum dan mengangkat keningnya beberapa kali ke pada Rindiani. Rindiani yang faham sangat jika Samaira buat wajah macam tu maknanya dia harus mengikuti apa yang Samuel katakan.

“Apa la nasib dapat suami dengan adik ipar macam ini.” Kata Rindiani sambil membuka makanan yang diberi oleh Samuel tadi.

“Terima saja nasib kau Indi.” Ujur Natasha sambil ketawa kecil.

Rindiani terus makan makanan yang diberi oleh Samuel sehingga habis. Kawan-kawannya hanya ketawa melihat Rindiani menikmati makanan itu dengan lahapnya.
“Wey jom la kita masuk dewan nanti lambat pula.” Kata Rindiani sambil mengelap mulutnya.

“Okey jom.” Jawab Mereka serentak dan terus bangun berdiri.

“Wait.” Laung Samuel dengan kuat.

Mereka menoleh melihat siapa yang memanggil mereka terbuntang mata mereka bila melihat Samuel sedang berlari mendekati mereka. Samuel berdiri di hadapan Rindiani sambil mengatur nafasnya biar stabil.

“Ye ada apa Sir.” Tanya Natasha dengan berkerut dahi.

“Saya cuma nak bercakap dengan My Wife boleh tapi bukan dekat sini.” Balas Samuel dengan tercungap-cungap.

“Awak nak cakap apa dengan saya kalau pasal nasi goreng itu saya dah makan habis awak jangan risau.” Kata Rindiani sambil berpeluk tubuh.

“Bukan tentang itu tapi ada perkara penting yang saya nak katakan please.” Ujur Samuel dan terus menarik tangan Rindiani berlalu pergi.

Samuel menarik tangan Rindiani ke Makmal Sains 2. Samuel terus menolak Rindiani ke dinding dan mendekatkan wajahnya ke wajah Rindiani. Rindiani terus menolak Samuel dengan kuat tapi tenaganya tak mampu berbuat apa-apa.

“Awak kata nak cakap benda penting kan jadi cakap la sekarang nanti saya masuk lambat pula saya masuk dewan.” Kata Rindiani sambil berpeluk tubuh.

“Ye memang ada tapi saya nak awak tutup mata dulu.” Balas Samuel.

Rindiani hanya mengikuti arahan Samuel tanpa bantah Samuel yang melihat isterinya sudah menutup mata dia terus mengucup bibir isterinya dengan rakus sekali. Dari pagi lagi dia asyik teringat akan bibir Rindiani itu setelah 5 minit Samuel melepaskan kucupan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience