BAB 27

Romance Series 71296

Setelah sampai di sekolah Rindiani turun dari kereta Samuel dan terus pergi ke tempat biasa mereka berkumpul. Setelah semua kawan-kawannya sampai mereka terus ke dewan untuk perhimpunan. Mereka duduk mengikut kelas masing-masing dan Alisya duduk hadapan sekali dan diikuti oleh kawan-kawannya.

“Di jemput Tuan pengetua untuk memberi ucapan dipersilakan.” Ujur Ketua Pengawas yang ada di atas pentas itu.

Pengetua sekolah naik ke atas pentas dan terus memberi ucapannya. Selepas pengetua akhiri ucapannya Ketua Pengawas terus memanggil Cikgu Haziq untuk memberi ucapan pula. Cikgu Haziq terus naik ke atas pentas untuk memberi salam.

“Assalammualaikum dan selamat sejahtera.” Ucap Cikgu Haziq sebagai pendahuluan kata.

“Wa’alaikummussalam Cikgu.” Jawab Pelajar muslim serentak.

“Selamat sejahtera Cikgu.” Jawab Pelajar bukan muslim pula.

“Baik tanpa membuang masa saya hanya ada satu saja perkara yang saya hendak sampaikan iaitu bagi pelajar tingkatan 5 akan diadakan perkhemahan di Pulau Perhentian selama 4 hari 3 malam. Selepas ini ketua kelas sila jumpa dengan saya untuk mengambil surat kebenaran waris okey nanti kamu dikehendaki menyertakan sekali wang sebanyak RM 180 ketika hendak menghantar surat kebenaran sekali itu saja dari saya terima kasih dan Assalammualaikum dan selamat sejahtera.” Terang Cikgu Haziq dan terus berlalu turun dari pentas itu dengan senyuman.

“Okey setakat ini saja perhimpunan kita pada hari ini terima kasih dan Assalammualaikum.” Ucap Ketua Pengawas dan terus turun dari pentas itu.

Semua pelajar berpusu-pusu keluar dari dewan itu sambil berbual-bual. Rindiani dan kawan-kawannya terus menuju ke dalam kelas mereka. Ketua kelas masuk kedalam kelas itu dan terus mengedarkan surat kebenaran kepada semua yang ada didlam kelas itu. Samuel masuk kedalam kelas itu dan terus melakukan aktiviti untuk mengisi masa lapang pelajarnya.

“Baik sampai sini saja aktiviti kita. Saya minta diri dulu Assalammualaikum. Oh ya Rindiani ikut saya sekarang dan bawa sekali dengan surat kebenaran perkhemahan itu ya.” Ujur Samuel dan terus berlalu keluar.

Setelah Samuel keluar dari kelas itu Rindiani terus mengikuti langkah Samuel dari belakang. Alisya yang ingin tahu terus mengikuti langkah Rindiani tanpa di sedari oleh Rindiani dan Samuel. Rindiani terus masuk ke dalam bilik guru dan terus mendekati Samuel.

“Ye kenapa awak nak jumpa saya siap suruh saya bawa surat kebenaran pula tu.” Tanya Rindiani kepada Samuel.

“Bak sini surat tu.” Minta Samuel sambil menghulurkan tangannya kepada Rindiani.

“Nah tapi awak nak buat apa.” Soal Rindiani sambil menghulurkan surat itu kepada Samuel.

Samuel mengambil surat itu dan dia terus mengisi dan menandatangani surat itu. Rindiani yang melihat Samuel sudah melengkapkan surat itu terus berkerut dahinya. Setelah selesai Samuel terus meletakkan surat itu diatas meja Cikgu Haziq yang ada di tepi mejanya.

“Kenapa awak isi dan tanda tangan surat itu saya belum minta izin dari baba dengan ibu lagi pun tau.” Kata Rindiani kepada Samuel dengan berkerut dahinya.

“Sudah awak tak payah nak tanya baba dengan ibu sebab saya sudah pun tanya pada diorang dan diorang setuju dan baba juga kata yang awak tu isteri saya dan awak kena minta izin dari saya juga faham.” Balas Samuel sambil melihat wajah Rindiani.

“Okey tapi boleh tak petang ni saya nak pergi shopping dengan kawan-kawan saya nak beli barang-barang perlengkapan untuk pergi berkhemah nanti dan lepas tu saya ada nak jumpa dengan seseorang juga boleh kan.” Rindiani minta izin dari Samuel.

“Boleh tapi awak nak jumpa dengan siapa.” Tanya Samuel sambil berkerut dahinya.

“Adalah awak tak perlu tahu la saya jumpa dia pun sebab kerja.” Balas Rindiani sambil berpeluk tubuh.

“Kerja apa.” Soal Samuel lagi.

“Kerja la awak ingat ni asyik nak makan duit orang tua saja ke. Saya pun tahu berdikari la.” Jawab Rindiani sambil melihat kearah lain.

“Ye la kerja apa yang awak buat. Saya suami awak jadi saya nak tahu apa kerja awak, awak dimana dan lain-lain lagilah.” Kata Samuel kepada Rindiani dan terus bangun berdiri dihadapan RIndiani.

“Saya tahu awak suami saya tapi saya tak bersedia lagi nak kongsi saya kerja apa dengan awak. Saya harap awak faham.” Ujur Rindiani sambil melihat wajah Samuel.

“Okey la saya faham. Nanti balik saya hantar okey awak tunggu saya di kereta dan ni kunci kereta nanti awak masuk dalam kereta dulu. Saya takut nanti saya lambat awak kepanasan pula di kereta tu.” Ucap Samuel sambil menghulurkan kunci kereta kepada Rindiani.

“Okey saya pergi dulu ye.” Balas Rindiani sambil ingin berlalu pergi tapi lengannya di pegang oleh Samuel.

“Tunggu.” Kata Samuel sambil menarik lengan Rindiani.

“Ish apa awak ni nanti ada orang nampak macam mana.” Ujur Rindiani dengan berkerut dahinya.

“Mana ada sesiapa disini. Awak jangan risau la saya cuma nak bagi hadiah saja pada awak.” Ucap Samuel dengan senyuman.

“Hadiah?? Hari ni bukan hari lahir saya pun.” Ujur Rindiani.

“Hadiannya adalah...” Kata-kata Samuel terhenti dan dia terus mengucup dahi Rindiani.

Terbuntang mata Rindiani dengan tindakan Samuel tadi. Samuel hanya tersenyum bila melihat wajah isterinya itu. Tanpa mereka sedari ada yang melihat tindakan mereka tadi dengan perasaan marah walaupun dia tak mendengar apa-apa pun yang dikatakan oleh Rindiani dan Samuel tadi tapi dia yakin yang mereka berdua ada hubungan special.
“Tak guna, kau tunggu kau perempuan aku akan balas sakit hati aku pada kau.” Gumum Alisya dengan marah sambil menggenggam tangannya.

Samuel keluar dari bilik guru itu dengan senyuman yang sangat manis. Dia tak pernah merasakan perasaan seperti ini sebelum ini walaupun bersama dengan Rania. Rindiani juga turut keluar dari bilik itu dengan dada yang berdebar-debar dan dia terus masuk ke dalam kelas dan dia terus meletakkan kelapanya diatas meja belajarnya.

“Indi kau kenapa.” Tanya Kaysha yang ada disisi Rindiani.

“Tak ada apalah aku cuma letih saja.” Balas Rindiani yang masih kepalanya diatas meja.

“Sir panggil kau tadi kenapa story la.” Soal Natasha sambil menutup novel yang ada ditangannya.

“Dia cuma minta surat kebenaran tu lepas tu dia isi dan tandatangan lepas tu dia letak kat atas meja Cikgu Haziq.” Jawab Rindiani sambil mengangkat kepalanya dan dia memandang ke luar kelas.

“Tu je punya lama kau pergi takkan yang tu je.” Tanya Samaira kepada Rindiani.

“Yang tu je la kau ingat aku ni apa.” Kata Rindiani sambil melihat kearah Samaira.

“Jangan marah kak long, adik cuma tanya saja.” Ujur Samaira sambil mengangkat tangannya ke atas parah bahunya.

“Kau jangan sampai aku PANG kau kat sini ye Nur Samaira Gabrealla Binti Tan Sir Shamsul.” Ucap Rindiani dengan tegas dan kuat. Entah kenapa amarahnya tiba-tiba naik bila mendengar Samaira memanggilnya dengan panggilan Kak Long.

Semua yang mendengar suara Rindiani yang kuat terus menoleh ke arahnya Samuel juga yang ada di kelas sebelah terus berlari ke kelas Rindiani. Setelah memastikan keadaan adik dan isterinya baik-baik saja Samuel kembali ke kelasnya semula.dengan rasa malu Rindiani terus meletakkan kepalanya diatas meja semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience