BAB 18
Ramai para pelajar mula keluar dari dalam dewan itu. Alisya yang sedang berjalan ingin keluar melihat kearah Rindiani dan kawan-kawannya yang juga ingin keluar dari dewan itu.
‘Eh tu Perempuan tu aku nak balas apa ye kat dia.’ Gumum Alisya di dalam hati.
“Korang tunggu kejap kat sini aku nak pergi kat perempuan tu jap.” Kata Alisya dan terus berlalu pergi kearah Rindiani.
“Aduh apa pula dia ni nak buat pada Indi tu.” Ujur Hana sambil mengaru darinya.
“Entah la aku pun tak tahu la nanti silap-silap sekali dengan kita kena. Dia ni cari pasal sungguh la.” Balas Hani dengan geram.
“Tu la aku dah tak larat la nak hadap Cikgu Shahnaz tu lebih baik kita pergi kelas cepat kalau kita ada di sini Cikgu akan tangkap kita sekali macam mana.” Soal Hana sambil melihat wajah Hani.
“Baik kalau macam tu jom kita pergi sekarang.” Balas Hani dan terus menarik tangan Hana keluar dari dewan itu.
Alisya menghampiri Rindiani dengan perlahan dan terus menolak Rindiani sehingga terhantuk di dinding dengan kuat. Natasha yang ada di belakang Alisya terus memegang tangan Alisya supaya dia tak melarikan diri.
“Kau kenapa tolak Indi.” Tanya Natasha dengan Kuat.
“Ma..mana ada aku tolak dia. Dia yang jalan tak tengok depan.” Bohong Alisya sambil mencuba melepaskan tangannya dari genggaman Natasha.
“Kau ingat aku bodoh ke aku nampak apa yang kau buat tadi.” Kata Natasha dengan tegas dan kuat.
Semua yang ada di dalam dewan itu terus melihat kearah mereka. Kaysha terus mendekati Rindiani yang sedang terbaring di atas lantai dia terus memangku kepala Rindiani. Samaira terus berlari mencari Samuel untuk membantu Rindiani.
“Along, along tolong.” Panggil Samaira sambil berlari.
Samuel yang sedang berjalan dengan Cikgu Haziq terus menoleh ke belakang. Samuel memandang adiknya dengan berkerut dahi begitu juga dengan Cikgu Haziq.
“Kenapa ni adik. Kau lari macam nampak hantu saja.” Tanya Samuel dengan kerutan dahinya.
“Kak Long, kak long tolong.” Balas Samaira dengan termengah-mengah.
“Kenapa dengan Indi.” Soal Samuel dengan cemas.
“Alisya tolak Kak Long sampai terhantuk sekarang Kak Long pengsan di dalam dewan cepat along.” Jawab Samaira sambil mengatur nafasnya.
“Ya Allah dah jom pergi tengok.” Ujur Samuel dan terus berlari menuju ke dewan.
Setelah sampai Samuel terus melihat Alisya dan Natasha yang sedang bergaduh. Samuel terus mencari keberadaan isterinya dia melihat Rindiani yang sedang terbaring di lantai yang sedang dipangku oleh Kaysha.
“Astaghfirullah Indi bangun Indi.” Panggil Samuel sambil menepuk pipi Rindiani.
“Sir saya dah panggil banyak kali tapi masih belum ada respon sampai sekarang.” Kata Kaysha sambil memangku kepala Rindiani.
“Ini kenapa kamu pegang dahi dia macam ni.” Soal Samuel sambil menunjuk kearah dahi Rindiani.
“Oh ni dahi Indi luka sebab terhantuk tadi Sir darah banyak juga keluar.” Balas Kaysha kepada Samuel.
Tanpa menunggu banyak Samuel terus mengendong Rindiani menuju kearah keretanya. Terbuntang mata semua yang melihat Samuel mengendong Rindiani dengan selamba.
“Wey Sir gendong dia macam tu saja.” Kata salah seorang pelajar yang ada di situ.
“Tu la kalau aku pun mau digendong macam tu.” Balas pelajar yang lain pula.
“Sudah semua boleh masuk ke kelas masing-masing dan kamu Alisya ikut saya sekarang.” Ujur Cikgu Haziq dengan tegas.
Cikgu Haziq terlalu pergi diikuti oleh Alisya dengan wajah yang murum. Samuel memandu dengan laju ke hospital yang terdekat dari sekolah itu. Setelah sampai di hadapan wad kecemasan Samuel terus mengendong Rindiani masuk kedalam wad itu.
“Nurse tolong tadi isteri saya terhantuk di dinding sampai sekarang belum sedar dari pengsan.” Kata Samuel kepada Nurse itu.
“Baik Encik. Encik sila tunggu di sini dulu ye.” Balas Nurse itu dan terus berlalu masuk ke dalam bilik rawatan.
Setelah 15 minit menunggu ada seorang Doktor Wanita keluar dari bilik itu. Samuel terus mendekati Doktor itu dengan cemas.
“Doktor macam mana keadaan isteri saya.” Tanya Samuel kepada Doktor itu.
“Alhamdulillah isteri Encik selamat tak ada apa-apa yang serius berlaku cuma dia perlu berehat 2-3 hari. Nanti saya bagi MC untuk dia ye.” Balas Doktor yang bernama Atikah itu.
“Baik Doktor. Bila isteri saya boleh balik.” Soal Samuel lagi.
“Kita tunggu dia sedar dulu nanti saya akan check dia lagi kalau tak ada apa-apa dia boleh balik.” Jawab Doktor Atikah dengan senyuman.
“Baik Doktor terima kasih.” Ucap Samuel.
“Sama-sama kalau macam tu saya minta diri dulu ye.” Balas Doktor Atikah dan berlalu pergi.
Setelah Doktor Atikah berlalu pergi Samuel terus mengambil telefonnya dan terus menghantar chat kepada ibu mertuanya. Setelah itu dia terus hantar chat Haziq untuk mengabarkan yang Rindiani akan mengambil cuti selama 3 hari.
‘Assalammualaikum Ziq, aku nak bagitahu yang Indi akan cuti 3 hari nanti aku akan hantar surat MC dia.’- Samuel.
‘Wa’alaikummussalam okey nanti aku bagitahu guru kelas dan kawan-kawan dia.’- Haziq.
‘Okey thanks. Aku pun akan ambil cuti hari ini.’- Samuel.
‘Okey la kalau macam tu aku sambung mengajar dulu ye.’- Haziq.
Setelah membalas chat dari Haziq, Samuel terus menyimpan telefonnya ke dalam poket seluarnya. Dato Radzi dan Datin Rose yang baru sampai terus mendekati Samuel yang sedang menunggu di luar bilik rawatan itu.
“Mue macam mana keadaan asyu.” Tanya Datin Rose dengan cemas.
“Indi okey ibu tak ada apa pun yang serius cuma perlu rehat saja nanti Doktor bagi surat MC untuk Indi dan Mue pun dah ambil cuti hari ni untuk jaga Indi.” Balas Samuel sambil berdiri.
“Alhamdulillah lega hati ibu dengar.” Ujur Datin Rose lalu duduk di sisi Dato Radzi.
Mereka menunggu di hadapan bilik rawatan itu sehingga seorang nurse keluar dari bilik itu dan terus berjumpa dengan Samuel lalu dia menghulurkan surat MC Rindiani kepada Samuel dan dia terus berlalu pergi.
Share this novel