BAB 21
Setelah sahabat-sahabatnya balik Rindiani naik ke biliknya dan sambung study selepas menunaikan solat maghrib. Rosyam yang baru keluar dari biliknya melihat kearah pintu Rindiani yang terbuka.
Tok.. Tok..
“Masuk la.” Laung Rindiani yang masih menulis.
“Asyu tak tidur lagi ke.” Tanya Rosyam sambil duduk di birai katil Rindiani.
“Belum ada sikit lagi ni. Lepas solat isyak asyu tidur la.” Balas Rindiani yang masih menulis.
“Okey. Asyu dengan Mue macam mana.” Soal Rosyam sambil main telefonnya.
“Okey saja tak ada apa yang menarik pun tapi kadang-kadang asyu tak faham la dengan dia tu tiba-tiba datang peluk asyu pelik la dia tu.” Jawab Rindiani dengan berkerut dahinya.
“Mue peluk asyu betul ke macam tak percaya pula setahu angah Mue takkan buat macam tu kalau dia tak cintakan Wanita itu. Macam dia dan Rania diorang selalu juga berpeluk tapi tak lebih dari itu walaupun Rania selalu ajak Mue buat lebih-lebih lagi.” Ujur Rosyam dengan Panjang lebar.
“Betul ke angah tak sangka dia macam tu.” Ucap Rindiani dengan tak percaya.
“Itu yang angah tahu la yang lebih-lebih angah tak tahu.” Balas Rosyam selamba.
“Ha tak apa la angah biar la apa pun yang dia nak lakukan janji jangan melampaui batas sudah. Sudah la angah asyu nak sambung ulang kaji ni lepas ni nak solat lepastu nak rehat pula.” Kata Rindiani dan terus menghabiskan ulangkajinya.
“Ha ye la angah keluar dulu ye asyu jangan tidur lewat sangat tau.” Pesan Rosyam dan terus keluar dari bilik itu.
Selepas Rosyam keluar dari bilik itu Rindiani terus menyiapkan ulangkajinya. Selepas itu Rindiani terus ke bilik air untuk mengambil wuduk dan terus menunaikan solat isyak. Setelah itu Rindiani terus baring di atas katilnya sambil bermain telefonnya.
“Betul ke apa yang angah cakap tu macam tak percaya pula dia macam tu.” Gumum Rindiani sendiri.
“Baik aku stalk IG dia mungkin ada gambar dia dengan Rania.” Sambung Rindiani sendiri lagi.
Rindiani mengambil telefonnya dan terus membuka aplikasi Instagram. Dia terus mencari akaun Samuel dan mula melihat semua gambar-gambar Samuel tapi tak ada satu pun gambar Rania.
“Gambar dia saja tak ada pun gambar Rania. Mungkin dia tak nak orang tahu yang Rania tu Girlfriend dia.” Kata Rindiani.
Tok.. Tok..
“Kejap-kejap.” Laung Rindiani dan terus bangun membuka pintu biliknya.
Terbuntang matanya bila melihat Samuel sedang berdiri di hadapan pintu biliknya. Samuel masuk ke dalam bilik itu dan terus baring di atas katil Rindiani. Rindiani terus menutup pintu itu dan terus duduk di birai katil.
“Kenapa awak balik sini.” Tanya Rindiani sambil menundukkan kepalanya.
“Kenapa salah ke aku balik nak tidur dengan Isteri aku sendiri ada masalah ke.” Soal Samuel balik.
“Tak salah pun em.. tak apa la awak tidur la di katil saya boleh tidur di bawah.” Balas Rindiani dan terus ingin bangun tapi tangannya di tarik oleh Samuel.
“Kau nak pergi mana dah tak payah tidur bawah kita tidur sama-sama saja di atas katil ni bukan aku nak buat apa-apa pun kat kau dan kau tidur saja sebelah aku sekarang.” Ujur Samuel dengan tegas. Rindiani terus baring di samping Samuel.
Baru saja Rindiani ingin menutup mata ada sesuatu naik ke atas perutnya. Rindiani terus membuka mata semula dan terus melihat kearah perutnya dan Samuel silir ganti.
“Kenapa dengan awak ni. Tangan tu duduk diam-diam boleh tak.” Kata Rindiani sambil mengangkat tangan Samuel dari atas perutnya.
Samuel bangun dari baringnya dan terus naik ke atas Rindiani. Rindiani yang terkejut dengan tindakan Samuel terus menjerit tetapi Samuel terus mencium bibir Rindiani dengan rakus. Terbuntang mata Rindiani dengan tindakan Samuel itu tangannya terus menolak dada Samuel tapi tenaganya tak sebanding dengan tenaga Samuel.
Pang..
“Argh.. kau apa hal.” Tanya Samuel sambil memegang pipinya.
“Awak tahu tak yang awak sudah banyak kali langar peraturan awak sendiri lagipun saya tak selesa la dengan semua ni tapi saya tengok awak ni macam dah biasa saja lakukan hal yang macam ni.” Balas Rindiani sambil bangun bersandar di kepala katil.
“Aku tak pernah buat macam tu pada Wanita lain kecuali kau dan aku masih tahu yang mana halal dan haram kalau aku nak lebih pun dari kau itu memang hak aku dan kau kena layan aku sebab tu tanggungjawab kau sebagai seorang isteri faham.” Terang Samuel dengan Panjang.
“Tapi saya belum bersedia lagi untuk hal-hal itu tak apa la saya dah mengantuk ni saya tidur dulu ye saya harap awak faham.” Balas Rindiani dan terus baring dan memejamkan matanya.
"Ha tak apa la aku faham. Tapi tak salahkan kalau aku nak peluk kau." Kata Samuel sambil kembali baring di sebelah Rindiani.
"Boleh tapi jangan lebih-lebih faham." Jawab Rindiani sambil mata yang terpejam.
Selepas mendengar jawapan dari Rindiani, Samuel terus memeluk Rindiani dengan erat sekali. Rindiani merasa hangat pelukan itu terus terlelap dan selepas mencium dahi Rindiani, Samuel terus tidur dengan nyenyak sekali.
Allahu Akbar
Allahu Akbar
Azan subuh berkumandang membangunkan Rindiani yang sedang tidur di pelukan Samuel. Rindiani bangun lalu mengejutkan Samuel dari tidurnya.
"Awak bangun mandi nanti nak solat subuh pula. Awak bangun la." Ujur Rindiani sambil mengoyang bahu Samuel.
"Ye, ye aku bangun kau pergi mandi dulu kejap lagi kita solat jemaah." Balas Samuel sambil bangun bersandar di kepala katil.
"Okey tapi awak jangan tidur balik pula." Kata Rindiani sambil bangun mengambil tualanya dan terus masuk ke dalam bilik air.
"Yelah." Ucap Samuel sambil membuka telefonnya.
Setelah membersihkan diri Rindiani keluar dan terus memakai telekung dan menghamparkan sejadah Samuel dan dirinya. Samuel terus masuk ke dalam bilik air dan terus membersihkan dirinya. Samuel keluar dari bilik air itu dan terus mengimamkan solat itu.
"Ya Allah Ya Tuhanku kau ampunkanlah dosaku, dosa isteriku, dosa ibu bapaku dan dosa ibubapa mertuaku Ya Allah. Kau limpahkanlah rahmat kepada kami. Kau rahmatullah rumah tanggaku Ya Allah. Kau permudahkanlah isteriku dalam peperiksaan nanti Ya Allah. Amin ya Rabbal Alamin." Doa Samuel selepas solat dan dia terus memusingkan badannya menghadap Rindiani.
"Saya minta maaf kalau saya belum jadi isteri yang baik untuk awak." Ujur Rindiani sambil bersalam dengan Samuel.
"Tak apa saya faham tapi saya akan cuba terima awak dalam hidup saya walaupun susah." Jawab Samuel sambil mengusap kepala Rindiani.
"Terima kasih tapi kalau awak rasa tak mampu awak jangan paksa diri awak dan saya akan faham." Kata Rindiani sambil membuka telekungnya. Samuel hanya menganggukkan kepalanya sahaja.
"Sudahlah awak pergi siap nanti lambat pula kita pergi sekolah. Saya nak turun ambil baju dalam kereta kejap." Jawab Samuel dan terus turun ke keretanya.
Mereka bersiap untuk ke sekolah. Setelah siap mereka turun ke ruang makan. Selepas sarapan mereka bertolak ke sekolah setelah sampai Rindiani terus ke pondok tempat dia dan kawan-kawannya selalu berkumpul.
Share this novel