BAB 3

Romance Series 71296

BAB 3

Setelah sampai di destinasi mereka keluar dari kereta dan terus Razlan menghampiri Rindiani dan menutup mata Rindiani. Razlan memimpin Rindiani ke tepi pantai semua yang ada di situ terus berdiri.

“1,2,3 Happy Birthday to you, Happy Birthday to you, Happy Birthday to Asyu Happy Birthday to you.” Nyanyi mereka serentak selepas Razlan membuka penutup mata Rindiani.

Rindiani yang melihat ibubapa dan abang-abangnya ada di hadapannya. Dia tak menyangka yang rupanya mereka ingat hari lahirnya. Dato Radzi dan Datin Rose menghampiri Rindiani yang masih kaku berdiri itu.

“Sorry kami terpaksa buat-buat lupa yang hari ini birthday asyu sebab along yang menyuruh ibu dan baba buat begitu.” Kata Dato Radzi sambil emegang bahu Rindiani.

“Ye pagi tadi ibu nak ucap birthday pada asyu tapi awal-awal lagi along sudah larang ibu buat begitu.” Ujur Datin Rose pula.

“Sampai hati along tapi apa-apa pun Thanks along Love you along.” Ucap Rindiani sambil memeluk ibu dan babanya.

“Along saja kami macam mana. Kami pun tolong tau.” Kata Razlan sambil berpeluk tubuh.

“Ye la thanks abang-abangku yang tersayang Love you all.” Balas Rindiani dengan senyuman.

“Ha macam tu la okey ni hadiah dari acik.” Ujur Razlan sambil menghulurkan sebuah kotak kepada Rindiani.

“Thanks Acik.” Ucap Rindiani sambil menyambut huluran itu.

“Asyu ni dari alang.” Kata Rizman sambil memberi sebuah sampul kepada Rindiani.
“Terima kasih alang buat susah-susah pula.” Jawab Rindiani sambil memeluk Rizman. Rizman hanya senyum kepada Rindiani.

“Wey Alang kau bagi apa pada asyu tu aku nak tahu juga.” Tanya Rosyam dengan wajah ketatnya.

“Tak ada apa cuma kad kredit je.” Balas Rizman selamba.

“Kad Kredit berapa banyak duit dalam tu.” Soal Razlan pula.

“Tak banyak 10k saja.” Jawab Rizman bersahaja.

“Wow banyaknya apa asyu nak buat dengan duit banyak macam tu.” Tanya Ruzaini kepada Rindiani.

“Asyu nak simpan, along boleh tolong simpankan untuk asyu tak.” Balas Rindiani.

“Okey nanti kalau asyu nak guna asyu bagitahu along okey.” Kata Ruzaini sambil menghulurkan tangannya kepada Rindiani.

“Okey thanks along.” Jawab Rindiani sambil menyerahkan sampul itu pada Ruzaini.

“Dah la tu bila nak potong kek ni aku dah lapar dah ni.” Ujur Rosyam sambil memegang perutnya.

“Ye tak ye pula asyu pun dah lupa meh asyu nak suap semua orang yang ada disini boleh.” Ucap Rindiani sambil melihat kearah semua ahli keluarganya.

“Boleh.” Jawab semuanya serentak.

Selepas mendengar jawapan itu Rindiani terus memotong kek itu dan mula menyuap dari Dato Radzi kemudian Datin Rose dan kemudian abang-abangnya pula. Setelah 2 jam meluangkan masa bersama akhirnya mereka pulang ke rumah Dato Radzi bersama-sama. Setelah sampai di rumah Rindiani terus minta izin untuk naik ke biliknya.
“Ibu, baba, asyu naik bilik dulu te nak rehat tak sabar nak jumpa cikgu baru asyu esok.” Kata Rindiani dengan ceria.

“Ha ye la tapi solat dulu lepastu baru tidur ye.” Pesan Datin Rose yang baru datang dari dapur.

“Baik ibu. Good night semua.” Ucap Rindiani dan terus naik ke biliknya.

“Esok mesti dia terkejut bila tengok cikgu baru dia haha.” Ujur Ruzaini dengan ketawa.

“Kanapa pula along.” Tanya Razlan dengan berkerut dahi.

“Ye la cuba kau bayangkan bila crushku cikguku mesti gempak.” Balas Ruzaini dengan sisa ketawanya.

“Ye ke wah best la asyu lepas ni boleh la tengok crush dia hari-hari kan.” Kata Razlan dengan senyuman yang manis.

“Apa yang kamu katakan ni ibu tak faham la cuba cakap dengan jelas sikit.” Ujur Datin Rose.

“Dah tak payah la nak masuk campur jom kita naik abang dah mengantuk dah ni.” Ucap Dato Radzi sambil menepuk peha isterinya.

“Ha ye la jom.” Jawab Datin Rose dan terus berdiri.

Setelah ibubapa mereka naik ke bilik mereka juga terus naik ke bilik masing-masing. Rindiani yang sedang berbaring diatas katil sambil membalas chat dari kawan-kawannya. Mereka semua tak sabar nak berjumpa dengan guru baru yang akan mengajar mereka. Tepat pukul 11.30 malam Rindiani mengambil keputusan untuk menutup telefonnya kalau di layan kawan-kawannya itu maunya sampai subuh pun masih berchating dan terus menutup mata dan dia terus terbuai mimpi.

Allaahu akbar
Allaahu akbar

Suara azan berkumandang membangunkan Rindiani. Dia segera ke bilik air dan terus membersihkan diri setelah itu dia terus menunaikan solat. Selepas solat Rindiani bersiap berpakaian sekolah dan terus turun ke bawah.

“Morning ibu, baba.” Ucap Rindiani dengan ceria.

“Morning asyu ceria saja ada apa-apa ke.” Tanya Dato Radzi kepada anak gadisnya.

“Mesti la hari ni kan ada cikgu baru harap-harap dia sporting la macam Cikgu Hidayah.” Balas Rindiani sambil menyapu jem kacang pada rotinya.

“Okey nanti bila dah ada cikgu baru tu kena semangat lagi la belajar ye.” Kata Ruzaini yang baru turun ke ruang makan.

“Ye la mana acik ni sekarang dah pukul berapa tak turun lagi nanti lambat pula.” Jawab Rindiani dengan mulut yang penuh.

“Ya Allah cuba makan elok-elok hari ni asyu pergi sekolah dengan along saja sebab acik ada kelas petang semalam dia ada bagitahu along so let’s go now.” Ujur Ruzaini sambil minum air milo panas yang dibuat oleh Mak Moon.

“Okey Jom.” Balas Rindiani sambil mengalas beg sekolahnya.

Setelah bersalam dengan Dato Radzi dan Datin Rose mereka terus ke kereta BMW i8 Coupe milik Ruzaini. Ruzaini terus memandu ke sekolah Rindiani dan kemudian terus ke pejabatnya. Rindiani terus ke tempat biasa dia dan kawan-kawannya berkumpul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience