Izinkan aku mencintaimu selamanya

Juliana Nazri

Romance Series 71296
5
(195 ratings)

Synopsis

Sedang mereka berbual-bual tiba-tiba Hana datang kearah mereka dengan keadaan termengah-mengah. Semua yang ada di situ terus memandang kearah Hana dengan berkerut dahi. “Kau dah kenapa lari macam tu kau ada nampak hantu ke.” Tanya Amy kepada Hana. “Sorry tak adalah aku cuma nak bagitahu yang Sir Samuel nak jumpa kau Indi sekarang penting di makmal sains 2.” Balas Hana dengan termengah-mengah. “Sekarang ke.” Soal Rindiani sambil berdiri. “Ye sekarang baik kau pergi sekarang.” Jawab Hana. “Baiklah aku pergi sekarang la nanti aku terus masuk kelas okey.” Ujur Rindiani dan terus berlalu pergi. Setelah sampai di depan makmal sains 2 Rindiani mengetuk pintu itu dan terus masuk kedalam makmal itu. Samuel yang sedang menyalin baju terus terkejut melihat Rindiani masuk ke dalam makmal itu. “Sorry-sorry saya tak sengaja tadi Hana bagitahu yang Sir nak jumpa dengan saya ada apa.” Tanya Rindiani sambil membelakangi Samuel dengan mata yang tertutup. “Mana ada abang nak jumpa dengan Indi. Abang tumpang salin baju saja tadi abang dengan cikgu Haziq berbual-bualdan sekarang cikgu Haziq baru keluar pergi kantin.” Balas Samuel sambil merapikan bajunya. “Kalau macam tu saya keluar dulu la.” Kata Rindiani sambil melangkah pergi. Baru saja Rindiani membuka pintu makmal itu dia melihat ada pengetua sekolah, ustaz Hasyim dan beberapa orang guru lain di hadapan pintu itu. Alisya yang ada tak jauh dari situ terus hanya memandang dengan terkejut. “Astaghfirullah apa yang kamu buat di dalam ni Rindiani, Sir Samuel.” Soal Tuan Ibrahim dengan kuat. Akibat rancangan dari seseorang Rindiani dan Samuel yang menjadi mangsa apakah yang akan terjadi kepada Rindiani dan Samuel teruskan menbaca.


Share this novel

Rate this story


Comments

Zairie
2024-08-25  1 Replies

Donated 200 ncoins.

Rosni Man
2023-11-02  1 Replies

crta ini sudah tamat kh.mcm tiada kesudahan cerita ini bergantung mcm itu sahaja.lama sy tggu

Alieeya Ahmad
2023-07-15 

saya pun begitu kehilangan idea nak menulis

Juliana Nazri

100 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience