BAB 70

Romance Series 71296

Setelah sampai di lapangan terbang Kuala Lumpur Samuel terus mengejutkan Rindiani yang masih tidur dengan nyenyak itu. Rindiani bangun sambil mengosok matanya dan menutup mulutnya yang sedang menguap.

“Mengantuk lagi la hubby.” Kata Rindiani sambil mengusap perutnya.

“Nanti honey sambung tidur lagi ye sekarang jom angah dah tunggu dah tu nanti bising pula dia.” Balas Samuel sambil berdiri dihadapan Rindiani.

“Ha ye la tapi honey dahaga la hubby kita minum dulu boleh.” Ujur Rindiani sambil berjalan keluar dari bilik itu.

“Kejap hubby minta dekat Azura dulu ye honey tunggu di kerusi tu dulu.” Ucap Samuel sambil menunjuk kearah sebuah kerusi kepada RIndiani.

“Ha ye la.” Jawab Rindiani dan terus berjalan kearah kerusi yang ditunjukkan oleh suaminya tadi.

Setelah mengambil sebotol air di pantri Samuel kembali mendekati Rindiani yang sedang bermain telefon itu. Rindiani tersenyum bila melihat Samuek datang kearahnya dengan sebotol air. Samuel membuka dan memberi air itu pada isterinya.

“Amy dengan Sha mana hubby tak nampak pun.” Tanya Rindiani selepas minum air mineral itu.

“Diorang dah turun tinggal kita saja lagi beg honey Ben dan uruskan jadi sekarang jom kita turun sekarang.” Balas Samuel dan terus memimpin tangan isterinya menuruni tangga Private jet itu.

Samuel dan Rindiani turun dari jet itu dan sudah ada Iman sedang menunggu dengan sebuah kerusi roda. Samuel menyuruh Rindiani duduk diatas kerusi roda itu dan dia terus menolak Rindiani sehingga sampai di balai ketibaan.

“Ha turun pun pasangan merpati dua sejoli ni ingat nak duduk dalam jet tu sampai esok.” Sindir Rosyam kepada adik dan iparnya itu.

“Tak adalah angah tadi asyu tertidur ni masih mengantuk lagi ni dah la jom balik asyu rindu ibu, baba, mama dan papa.” Ujur Rindiani sambil memegang tangan suaminya.

“Aku kau tak rindu ke. Along, alang, acik dengan yang lain-lain kau tak rindu ke.” Soal Rosyam sambil berjalam di sisi Natasha.

“Rindu juga tapi sikit saja sebab orang yang tepi angah tu lagi rindu angah tau.” Jawab Rindiani sambil muncung mulutnya kearah Natasha.

“Eh kau jangan nak memandai eh dah la aku balik dulu bye.” Ujur Natasha dan terus berjalan meninggalkan mereka semua.

“Eleh malu la tu.” Ucap Rindiani dengan senyuman.

“Sudah jom kita gerak sekarang nanti marah pula dua orang mem besar dirumah tu nanti.” Kata Samuel dan terus menolak kerusi roda kearah keretanya.

Samuel membantu Rindiani masuk kedalam kereta dan kemudian mereka terus menuju kerumah Tan Sri Shamsul. Ben memandu seperti yang diarahkan oleh Samuel. Rindiani menyandarkan kepalanya dibahu Samuel dan mereka berbual-bual dan gelak ketawa. Setelah sampai di halaman rumah Tan Sri Shamsul, Rindiani melihat ada ramai orang sedang berkumpul disitu.

“Kenapa ramai orang di rumah papa hubby.” Tanya Rindiani kepada Samuel dengan berkerut dahinya.

“Diorang sedang merewang untuk masak juadah raya dah jom kita pergi sana.” Balas Samuel sambil membuka pintu kereta vellfirenya.

“Jom rindunya dekat diorang semua.” Ujur Rindiani dengan teruja.

Samuel memimpin Rindiani kearah ahli keluarga mereka yang sedang memasak. Setelah sampai Rindiani dan Samuel menyalami semua yang ada disana dengan senyuman yang manis.

“Ya Allah Indi dah sarat sangat dah ni tok umi tengok bila jangkanya.” Tanya Puan Hidayah nenek kepada Rindiani itu.

“Dua minggu lagi duenya tok umi mulai sekarang Indi nak makan sepuas-puasnya buatnya baby keluar awal kempunan pula Indi nak merasa semua ni.” Balas Rindiani dengan senyuman kepada neneknya itu.

“Ha kalau macam tu Mue pergi ambil pinggan hidangkan semua jenis makanan yang Indi nak makan tu.” Kata Puan Sabrina nenek kepada Samuel pula.

“Baik opah. Honey duduk saja sini nanti hubby datang balik ye.” Balas Samuel dan terus berlalu melakukan apa yang disuruh oleh neneknya itu.

Setelah 5 minit berlalu Samuel datang dengan sepinggan makanan dan terus duduk disisi Rindiani. Terbuntang mata Rindiani bila melihat pinggan yang dibawa oleh Samuel itu manakan tidak makanan yang didalam pinggan itu penuh sehingga ada yang jatuh dari pinggan.

“Ha.. ha.. ha.. Wey Mue kau ambil makanan tadi tu ikhlas ke tak Ha.. ha.. ha.” Kata Ruzaini yang sedang membakar lemang itu.

“Aku ambil ikhlas la ni bukan untuk Indi sorang ni untuk aku dan anak-anak aku sekali kau apa tahu.” Balas Samuel sambil menguap sepotong lemang periuk kera kedalam mulut Rindiani.

“Hurm.. ye la tu eh cepat la makan tu lepas tu tolong gantikan aku pula aku nak keluar kejap ada hal mustahak sikit.” Ujur Ruzaini sambil mengipas bara ap aitu.

“Hal apa malam raya ni along.” Tanya Rindiani kepada Ruzaini.

“Adalah asyu tak payah sibuk just duduk dengan santai saja disitu.” Balas kepada adiknya itu.
“Ha ye la.” Ujur Rindiani dengan muncung itiknya.

Rindiani menyumbang menikmati makanannya sambil di suapi oleh Samuel. Setelah selesai makan Samuel terus menggantikan Ruzaini membakar lemang bersama Razlan dan Rizman. Rindiani yang sedang berbual dengan Puan Hidayah dan Puan Sabrina terus berkerut dahinya bila perutnya tiba-tiba mengeras lagi.

“Kenapa Indi berkerut semacam saja ni.” Tanya Puan Hidayah kepada cucunya itu.

“Okey Tok Umi cuma perut mengeras saja kejap lagi okey la ni Tok Umi dan Opah jangan la risau.” Balas Rindiani kepada neneknya itu.

“Ha ye la kamu pergi la baring di bilik nanti kalau masih sakit kita terus pergi hospital ye.” Ujur Puan Sabrina pula kepada Rindiani.

“Baik Opah.” Ucap Rindiani sambil berjalan menghampiri Samuel.

Samuel yang melihat Rindiani mendekatinya terus berlari kearah isterinya itu. Setelah memberitahu tentang keadaan perutnya kepada suaminya Samuel terus memimpin Rindiani naik ke biliknya.

“Honey baring dulu hubby nak turun kejap honey nak apa-apa tak nanti hubby ambilkan.” Kata Samuel kepada Rindiani sambil membantu isterinya berbaring diatas katil.

“Hubby tolong panggilkan Maira boleh lepastu kalau hubby nak sambung buat kerja pun boleh nanti apa-apa honey coll hubby okey.” Balas Rindiani sambil mengusap perutnya.

“Okey hubby panggilkan adik dulu tapi hubby akan coll honey sekarang tapi honey jangan tutup langsung nanti apa-apa senang hubby terus naik saja.” Ujur Samuel dan terus mengeluarkan telefonnya dan terus mendail nombor telefon isterinya.

“Okey hubby ingat pesanan hubby tu.” ucap Rindiani kepada suaminya itu.

Setelah mendengar jawapan dari isterinya Samuel terus turun ke halaman rumah semula. Samuel memanggil Samaira yang sedang menganyam ketupat itu Samaira yang mendengar terus menghampiri abangnya itu.

“Indi nak jumpa kau dan aku nak kau jaga dia elok-elok kalau ada apa-apa jadi cepat-cepat panggil aku faham.” Ujur Samuel dengan tegas walaupun dia sedang on the phone dengan isterinya tapi dia masih risau dengan keadaan isterinya itu.

“Faham along.” Jawab Samaira sambil menundukkan kepalanya.

“Kalau faham kau naik sekarang.” Kata Samuel dengan tegas dan sedikit tinggi nadanya.

Terkocoh-kocoh Samaira lari bila mendengar suara abangnya yang kuat itu. Rindiani yang mendengar dari telefon terus marah semula pada Samuel. Samuel yang mendengar isterinya marah dari earphone hanya tersenyum dari earphonenya Samuel dapat mendengar suara pintu tertutup oleh seseorang.

“Adik dah masuk ke honey.” Tanya Samuel melalui earphonenya.

“Dah sekarang ada ditepi honey, hubby jangan risau la ye.” Balas Rindiani ditalian.

“Ha ye la kalau macam tu hubby sambung kerja dulu nanti apa-apa bagitahu hubby okey telefon jangan tutup pula.” Pesan Samuel kepada Rindiani.

“Baik hubby.” Jawab RIndiani.

Setelah berpesan panjang pada isterinya Samuel melanjutkan kerjanya. Rindiani juga sedang berbaring sambil berbual-bual dengan adik iparnya. Setelah 30 minit berbaring Rindiani bangun untuk bersandar di kepala katil.

“Wey Indi kalau sakit jangan la bangun lagi kau baring saja dulu.” Ujur Samaira kepada Rindiani.

“Tak apa aku dah okey perut aku pun dah kurang sikit dah ni kau jangan risau.” Balas Rindiani sambil mengubah posisi bantal dibelakangnya.

“Mau tak risau jadi apa-apa pada kau aku yang kena dengan along kau tau la along macam mana.” Kata Samaira kepada Rindiani perlahan-lahan agar Samuel tak dengar dari earphonenya.

“Tak adanya lah dah kau jangan la risau aku dah okey.” Jawab Rindiani dengan senyuman kepada adik iparnya.

“Hubby tolong ambilkan air boleh.” Ucap Rindiani dengan kuat.

“Okey kejap tunggu tau.” Balas Samuel ditalian.

5 minit kemudian Samuel datang dengan segelas susu dan segelas air masak. Samaira yang melihat abangnya masuk terus bergerak menjauh sedikit. Samuel menghulurkan segelas susu kepada Rindiani dan disambut oleh Rindiani.

“Thanks hubby.” Ucap Rindiani dengan senyuman dan terus minum sehingga habis.

“Welcome honey.” Jawab Samuel sambil membalas senyuman isterinya itu.

Setelah habis Rindiani menghulurkan semua gelas itu pada Samuel. Samuel menyambut dengan senyuman yang manis. Setelah itu Rindiani baring semula diatas katil dan terus menutup matanya. Samaira keluar dari bilik itu dan terus ke biliknya. Samuel terus mengunci pintu setelah adiknya keluar di biliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience