Setelah tamat waktu persekolahan Rindiani terus mengemas beg sekolahnya dan terus berjalan beriringan dengan kawan-kawannya kearah pintu pagar sambil berbual-bual.
“Wey Indi kau okey ke lambat pergi kat kereta nanti marah pula big boss kau tu nanti.” Kata Natasha sambil membuka penutup botol airnya.
“Tak big boss aku tu lambat sikit lagi pun aku ada ini.” Balas RIndiani sambil menunjukkan kunci kereta Samuel kepada kawan-kawannya.
“What!!! Along bagi kau pegang kunci kereta dia biar betul.” Ujur Samaira tak percaya kepada Rindiani.
“Ye la kenapa.” Soal Rindiani dengan berkerut dahinya.
“Kau tahu kau adalah orang yang ketiga yang aku tahu boleh pegang kunci ni selain mama dengan along tau wow ni petanda yang baik.” Jawab Samaira sambil mengangkat keningnya.
“Kau biar betul Maira aku tak percaya la.” Kata Rindiani dengan tak percaya.
“Betul kalau kau nak tahu siapa pun tak boleh pegang kunci ni selain along dengan mama kalau orang lain pegang silap-silap boleh patah tangan orang tu termasuk aku, angah dan papa. Kalau kau tak percaya kau boleh tanya angah.” Terang Samaira dengan tekun.
“Sampai macam tu sekali tapi kenapa.” Tanya Kaysha yang ingin tahu kenapa Samuel buat macam itu.
“Sebab sebelum ni along pernah bagi kereta kesayangan dia pada kawan dia tapi kereta tu dicuri sampai sekarang tak jumpa jadi start dari hari itu along dah tak percayakan orang untuk pegang kunci kereta dia.” Balas Samaira sambil melihat kearah Rindiani.
“Ye ka kalau macam tu lepas ni aku tak nak la pegang kunci ni. Takut ada apa-apa jadi pula lepas ni.” Kata Rindiani sambil melihat kunci kereta yang ada di tangannya.
“Kenapa pula along percaya kat kau sebab tu dia bagi kau pegang kunci kereta dia ni.” Balas Samaira sambil melihat wajah kakak iparnya itu.
“Tak naklah nanti kalau jadi apa-apa pada keretanya aku juga yang susah. Eh korang jangan lupa petang nanti siapa lambat dia belanja makan okey.” Ujur Rindiani dengan senyuman yang nakal.
“Ye la.” Ucap mereka serentak.
“Good kalau macam tu aku pergi dulu ye nak rehat kejap.” Kata Rindiani dan terus berlalu pergi ke tempat letak kereta.
Sampai saja di kereta Samuel dia terus masuk kedalam kereta dan dia menghidupkan enjin kereta dan memasang penghawa dingin. Setelah meletakkan begnya di kerusi belakang RIndiani terus menurunkan kerusinnya dan terus berbaring sambil menyanyi mengikut lagu yang diputarkan oleh radio.
Plak..
Samuel yang baru sampai di keretanya terus membuka pintu kereta dan dia terus masuk kedalam kereta. Rindiani terus bangun dari pembaringannya dan membetulkan kerusinya. Samuel terus memandu keluar dari perkarangan sekolah itu.
“Honey, awak ada nak makan apa-apa tak.” Tanya Samuel kepada Rindiani sambil matanya masih fokus pada jalan.
“Tak.” Balas Rindiani ringkas.
“Awak tak lapar ke.” Soal Samuel lagi.
“Tak.” Jawab Rindiani ringkas lagi.
Samuel yang mendengar jawapan Rindiani yang ringkas itu terus memberhentikan keretanya di tepi jalan. Setelah itu dia menoleh kearah Rindiani yang sedang duduk disisinya.
“Awak okey tak ni honey.” Tanya Samuel sambil mengusap kepala Rindiani.
“Okey.” Jawab Rindiani ringkas lagi.
“Kalau awak ada masalah awak boleh kongsi dengan saya. Saya kan suami awak.” Kata Samuel sambil melihat wajah Rindiani.
“Saya okey cuma lepas ni saya tak nak awak bagi saya pegang kunci kereta awak lagi sebab saya tak nak apa-apa berlaku pada kereta awak dan saya yang dipersalahkan boleh.” Balas Rindiani sambil melihat wajah Samuel. Mata mereka bertembung dan Samuel mendekatkan wajahnya pada wajah Rindiani.
“Tapi kenapa awak kan isteri saya jadi awak pun berhak keatas semua benda yang saya ada.” Ujur Samuel dan dia terus mengucup bibir Rindiani lama.
Lama ciuman mereka bertaut dan Samuel melepaskan pautan bibir mereka. Selepas itu Samuel melanjutkan pemanduannya sambil mengenggam tangan Rindiani dan di letakkan di atas pehanya.
“Kenapa awak buat semua ni awak bukan cintakan saya Rania lagi berhak dari saya.” Kata Rindiani sambil melihat ke luar tingkap.
“Tapi awak kan isteri saya jadi awak lagi berhak.” Balas Samuel yang masih fokus pada jalan.
“Saya ini cuma isteri atas kertas awak saja dan perkhawinan kita ni mungkin takkan bertahan lama.” Ujur Rindiani lagi dan terus menarik tangannya yang di genggam oleh Samuel.
“Kenapa awak cakap macam tu.” Tanya Samuel kepada Rindiani.
“Tak ada apalah.” Balas Rindiani dan terus menutup matanya.
‘Kenapa dia kata macam itu. Dia nak minta cerai ke??.’ Gumum Samuel didalam hati.
Mereka mendiamkan diri sehingga sampai dihadapan rumah Dato Radzi. Rindiani terus keluar dari kereta dan dia terus berlari masuk ke dalam rumah. Samuel juga turut turun dari kereta dan dia terus mengikuti langkah isterinya masuk ke dalam rumah.
“Assalammualaikum ibu.” Samuel memberi salam sambil menyalami tangan ibu mertuanya.
“Wa’alaikummussalam Mue. Eh duduk la Mue. Kak Moon tolong buatkan air untuk Mue.” Ujur Datin Rose kepada Mak Moon yang ada di meja makan.
“Baik Datin.” Jawab Mak Moon dan terus ke dapur untuk membuat air untuk Samuel.
Setelah siap membuat air Mak Moon terus ke ruang tamu sambil menantang sebuah dulang. Mak Moon meletakkan cawan air di hadapan Samuel. Samuel hanya membalas dengan senyuman kepada Mak Moon dan Mak Moon juga membalas senyuman Samuel itu.
“Kamu tak pergi office ke Mue.” Tanya Datin Rose kepada Samuel.
“Tak ibu oh ya ibu malam ni saya nak tidur sini boleh. Esok saya pergi sekolah dengan Indi dari sini saja.” Balas Samuel sambil menghirip air yang di buat oleh Mak Moon.
“Boleh saja lagipun inikan rumah kamu juga dan isteri kamu juga ada disini nanti naik la ke bilik ye ibu nak naik dulu.” Kata Datin Rose dan terus naik ke atas.
Setelah Datin Rose naik ke atas Samuel juga naik ke bilik Rindiani masuk saja kedalam bilik itu dia tak melihat keberadaan isterinya. Samuel membuka bilik air tapi isterinya tak ada. Dia pergi ke wardrop dan isterinya juga masih tidak ada. Baru saja dia hendak keluar dari bilik itu tiba-tiba pandangannya teralih pada pintu sliding yang sedikit terbuka dia terus mendekati pintu itu dan melihat kearah luar.
‘Ye aku tahu nanti jumpa di tempat biasa aku akan bagi pada kau. Aku dah siapkan kau jangan risau la okey la aku nak siap-siap dulu nanti jumpa di sana kau jangan lambat pula kalau kau lambat gaji kau bulan ni aku potong faham.’ Kata Rindiani di talian dan terus menamatkan panggilan.
‘Kerja apa yang dia lakukan sampai dia boleh potong gaji orang yang dia nak jumpa itu. Aku kena buat sesuatu kalau aku nak tahu apa pekerjaan dia ni.’ Gumum Samuel sendiri dan terus berlalu kearah katil Rindiani.
Setelah menamatkan panggilan itu Rindiani masuk ke dalam biliknya dan dia terkejut bila melihat Samuel sedang berbaring di atas katilnya. Dia mendekati Samuel yang sedang memejamkan matanya Rindiani terus menepuk bahu Samuel tapi Samuel tak memberi jawapan langsung tanpa berlengah Rindiani terus berlalu ke bilik air dan membersihkan diri.
Share this novel