BAB 1

Romance Series 71296

BAB 1

Sudah 1 jam Rindiani menunggu di bus stop tapi bayang abangnya belum lagi kelihatan. Rindiani menunggu sambil menyiapkan homework yang diberi oleh gurunya tadi. Tak lama kemudian ada sebuah kereta datang menghampiri Rindiani dan terus menekan hon kereta dua kali.

Pon.. Pon..

“Baru nak datang ingat nak datang esok saja.” Gumum RIndiani sambil menyimpan buku-bukunya ke dalam beg sekolahnya.

“Ha kali ni alasan apa pula acik nak bagi pada asyu.” Tanya Rindiani pada abangnya yang Bernama Razlan.

“Sorry la asyu tadi acik ada test tu yang lambat datang ambil asyu tu ala acik bukan sengaja pun nak datang lambat.” Balas Razlan dengan senyuman dan terus memandu.

“Baik sebagai hukuman acik sebab lambat datang ambil asyu hari ini asyu nak acik bawa asyu pergi mall kejap sebab asyu nak beli hadiah untuk Cikgu Hidayah sebab dia dah nak pindah sekolah.” Ujur Rindiani sambil melihat wajah abangnya itu.

“Okey tapi asyu nak beli hadiah apa.” Soal Razlan dengan mata yang masih focus pada jalan raya.

“Asyu tak tahu lagi nanti la asyu tengok yang mana sesuai untuk Cikgu Hidayah tu.” Jawab Rindiani.

“Em okey.” Kata Razlan ringkas.

Razlan memandu ke Pavilion Kuala Lumpur setelah parking kereta ditempat yang disediakan mereka terus masuk ke dalam Pavilion itu dan Rindiani terus kearah kedai Jam tangan. Setelah memilih yang sesuai Rindiani terus menyuruh Razlan untuk membayar di kaunter.

“Lagi asyu nak apa lagi kita tak boleh lambat la nanti ibu marah lagi pun acik belum solat lagi ni.” Ujur Razlan sambil melihat telefonnya.

“Kita beli McDonald la lepastu kita balik terus boleh tak.” Balas Rindiani sambil menunjuk kearah kedai McDonald.

“Okey jom cepat nanti lambat pula.” Ucap Razlan sambil menarik tangan adiknya itu.

Setelah memesan mereka duduk di kerusi yang disediakan dan selepas nombor mereka dipanggil Razlan terus mengambil makanan mereka dan terus keluar dari kedai itu. Razlan memandu pulang ke rumah mereka.

“Jom biar acik bawa makanan ni asyu pergi la masuk dulu mandi lepastu baru turun makan okey.” Kata Razlan sambil membuka pintu belakang keretanya.

“Okey thanks acik.” Jawab Rindiani dan terus masuk ke dalam rumah.

Datin Rose yang ada di ruangtamu terus melihat kearah pintu yang dibuka dari luar. Rindiani yang baru masuk terus menyalami Datin Rose dengan senyuman.

“Baru balik anak dara ibu ni kenapa lambat sangat.” Tanya Datin Rose.

“Iye ibu acik datang ambil asyu lambat lepastu asyu ajak acik pergi beli hadiah untuk Cikgu Hidayah sebab tu la kami lambat okey la ibu asyu naik dulu mandi dulu nanti asyu turun balik ye.” Balas Rindiani dan terus naik ke biliknya.

Rindiani mengambil tualanya dan terus masuk kedalam bilik air setelah menbersihkan diri dia mengambil telefonnya yang ada di atas meja belajarnya dan terus membuka aplikasi whatsapp. Banyak chat dari Kaysha masuk dan dia terus membaca satu persatu.

‘Indi kau dah balik ke aku chat kau satu pun kau tak balas lagi risau pula aku.’- Kaysha.

‘Dah aku baru sampai di rumah kau jangan risau la acik aku datang ambil tadi lepas tu aku terus pergi beli hadiah untuk Cikgu Hidayah.’- Rindiani.
‘Kau beli hadiah apa untuk Cikgu Hidayah Indi.’- Kaysha.

‘Aku beli jam tangan saja kau dah beli belum.’- Rindiani.

‘Belum kejap lagi aku keluar dengan Nat. kau nak ikut tak.’- Kaysha.

‘Tak kot sebab aku ingat lepas ni aku nak buat homework la.’- Rindiani.

‘Okey la aku nak turun makan jap lepas ni aku chat kau lagi ye.’- Rindiani.

‘Okey-okey.’- Kaysha.

Selepas membalas chat dari Kaysha, Rindiani terus ke bawah dan terus duduk di meja makan dia terus membuka kotak McDonald yang di beli tadi dan terus menikmati dengan senyap sunyi. Setelah selesai Rindiani terus naik ke biliknya kembali dan terus menyiapkan homework yang diberikan oleh guru-gurunya tadi.

Tok.. Tok..

“Masuk la pintu tak kunci pun.” Laung Rindiani yang masih menulis di buku sekolahnya.

“Asyu dah makan belum.” Tanya Datin Rose sambil menutup pintu bilik itu.

“Dah ibu lepas makan tadi asyu terus naik buat homework.” Jawab Rindiani sambil menoleh melihat wajah ibunya.

“Okey kalau macam tu ibu keluar dulu ye.” Ujur Datin Rose sambil mengusap belakang anak bongsunya.

“Okey ibu.” Balas Rindiani dengan senyuman yang sangat manis.

Setelah ibunya keluar Rindiani terus mengambil telefonnya dan terus membuka aplikasi Instagram dan terus mencari nama sang pujaan hatinya. Dia menatap gambar yang ada di telefonnya dengan senyuman yang sangat manis sekali.

“I love you with all my heart even though you don't love me.” Gumum Rindiani sendirian.

Selepas mengungkap kata-kata itu dia terus menutup telefonnya dan menyiapkan homeworknya sehingga selesai. Setelah selesai dia Menyusun buku-buku itu diatas meja belajarnya.

“Ah baring kejap la sakit pula pinggang aku ni bila duduk lama-lama.” Kata Rindiani sendiri dan terus berbaring diatas katilnya.

Pada mulanya Rindiani hanya ingin berbaring saja tapi entah macam mana dia tertidur nyenyak sekali. Bunyi ringtone telefonnya menyedarkan Rindiani dari tidurnya dia terus menjawab tanpa melihat nama pemanggil itu.

“Hello assalammualaikum Indi disini.” Kata Rindiani dengan mata yang masih tertutup.

‘Hello Wa’alaikummussalam Indi ni Maira em.. Maira nak minta tolong sikit boleh.’ Tanya Samaira di dalam talian.

“Minta tolong apa Maira.” Soal Rindiani sambil mengosok matanya.

‘Maira nak Indi tolong ajarkan Maira matematik boleh sekarang Maira dalam perjalanan ke rumah Indi ni boleh kan.’ Ujur Samaira.

“Boleh datang la Indi tunggu Maira di depan ye.” Balas Rindiani sambil duduk di birai katilnya.

‘Okey tunggu tau Assalammualaikum.’ Ucap Samaira dengan gembira.

“Ye Wa’alaikummussalam.” Jawab Rindiani dengan ringkas dan terus menutup telefonnya

Setelah menamatlkan panggilan Rindiani terus ke bilik air untuk membasuh mukanya dan setelah itu dia terus turun ke bawah sambil membalas chat dari kawan-kawannya.

“Assalammualaikum.” Ucap seseorang dari luar rumah.

“Wa’alaikummussalam masuk la Maira.” Jawab Rindiani sambil membuka pintu.

“Thanks Indi.” Kata Samaira.

“Welcome.” Jawab Rindiani dengan senyuman yang manis.

Mereka duduk di ruang tamu dan Rindiani terus mengajar apa yang Samaira tidak faham tadi. Setelah selesai Samaira minta diri untuk pulang setelah bersalam dengan Datin Rose, Samaira terus masuk kedalam keretanya dan terus pulang kerumahnya.

Malam itu mereka makan malam Bersama-sama sambil berbual-bual. Setelah selesai Rindiani menolong Mak Moon basuh pinggan itulah kerjanya jika ada masa terluang. Selepas menolong Mak Moon, Rindiani terus ke ruangtamu dan duduk di sisi Razlan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience